Quantcast
Channel: SifuBad
Viewing all 620 articles
Browse latest View live

Takde Idea Nak Jual Produk Apa? 4 Tips Ini Boleh Bantu Anda…

$
0
0

takde idea jual produk

Ramai orang ingin berniaga di Fesbuk!

Ini merupakan salah satu cara atau medium yang digunakan untuk berniaga secara online. Namun apabila ingin menjual, timbul pula persoalan produk yang bagaimana harus dijual?

Kali ini, saya ingin berkongsi TIPS-TIPS PEMILIHAN PRODUK YANG BOLEH DIJUAL di FESBUK.

Ada 4 jenis produk yang anda boleh jual iaitu:

#1: PRODUK SENDIRI

Ya.. menjual produk anda sendiri. Itupun sekiranya anda mempunyai produk tersendiri yang ingin dijual.

Produk tersebut mestilah suatu produk yang mampu MENYELESAIKAN MASALAH dan pada masa yang sama mestilah mampu MEMENUHI KEINGINAN prospek kita.

Dari segi MARGIN KEUNTUNGAN pula, pastikan sekurang-kurangnya anda mendapat keuntungan sebanyak RM30 atau pun LEBIH.

Produk yang anda ingin jual juga mestilah UNIK, KREATIF dan punya INOVATIF. Jangan jual benda yang sama atau nampak biase-biase je…

Kalau boleh, produk tersebut mestilah IKUT TREND SEMASA dan pastikan BERKUALITI. Jangan jual produk yang tak tahan lama, apalagi produk yang boleh datangkan mudarat serta merugikan orang lain.

#2: PRODUK AFFILIATE

Sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri, anda boleh juga menjual produk orang lain dengan menyertai AFFILIATE.

Kita jual dan mempromosikan produk orang lain dan menerima KOMISEN bagi setiap jualan.

Pastikan juga produk affiliate ini merupakan produk yang “menyelesaikan masalah orang”.

Sebelum itu, pastikan sales letter orang yang menganjurkan affiliate tersebut MEMUKAU. Di mana dari situ ia mampu mempengaruhi orang untuk membeli!

Margin keuntungan pula mestilah RM50 dan keatas. Produk yang anda promosikan mestilah up to date ataupun evergreen.

Kalau kita nak tahu produk yang kita nak jual berpotensi atau tidak, kita boleh lihat carta kedudukan “affiliaters” lain yang turut mempromosikan produk tersebut. Dari situ, kita dapat mengetahui adakah ramai orang lain juga ada mempromosikannya.

Selain itu, kita juga mesti lihat adakah “owner product” ada menyediakan tools-tools pengiklanan sama ada dalam bentuk banner atau copywriting.

#3: AGEN & AGEN DROPSHIP

Jika anda tidak mempunyai produk yang tersendiri untuk dijual. Anda boleh memilih menjadi agen kepada mana-mana usahawan untuk menjual produk mereka.

Kalau secara konvensional, anda boleh sahaja menjadi agen dengan bertindak sebagai pengedar ataupun orang tengah di antara pemborong dan pelanggan.

dropship

Sekiranya dari sudut “Online Marketing“, anda boleh memilih untuk menjual produk orang dengan menjadi agen dropship!.

Seperti biasa, produk yang hendak dijual itu mestilah yang MENYELESAIKAN MASALAH dan MEMENUHI KEINGINAN orang.

Selain itu, sebolehnya cari produk yang kurang pesaing. Margin keuntungan pula sama ada RM30 ataupun LEBIH.

Kebiasaanya harga pasaran sesuatu produk itu dikawal oleh SUPPLIER. Oleh itu, kita kena bijak untuk memilih produk yang bagaimana dan berbaloikah dengan keuntungan yang bakal kita dapat.

Pastikan juga produk itu mempunyai TESTIMONI. Adalah lebih baik kita confirm-kan testimoni itu betul atau tak, ia tidak direka semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.

INFO PRODUK sangat penting! Anda juga perlu memahami cara penggunaan produk dan juga kesan penggunaannya.

Fokus juga dengan memastikan bahawa produk tersebut sebarang KELULUSAN dari pihak yang berautoriti.

Kita juga perlu mengetahui apa BAHAN-BAHAN yang digunakan supaya kita dapat pastikan tiada sebarang mudarat bahkan halal dari segi syariat.

Jangan lupa terangkan KELEBIHAN produk yang anda promosikan nanti.

Jika BAHAN PROMOSI untuk kebanyakkan produk affiliate disediakan oleh pihak pengeluar produk. Pastikan untuk barangan dropship juga anda diberi tools pengiklanan seperti GAMBAR PRODUK dan TESTIMONIAL bagi tujuan promosi.

Oh ya… PACKAGING MENARIK juga penting kerana ia mampu menarik perhatian orang untuk merasakan bahawa produk tersebut “bernilai” dan “berbaloi” untuk dibeli disamping bertindak sebagai satu faktor mampu meningkatkan sales!

#4: SERVIS & PERKHIDMATAN

Ya! Anda juga boleh menjual servis atau perkhidmatan anda. Apa sahaja KELEBIHAN atau KEPAKARAN anda boleh dijual di Facebook!

servis, perkhidmatan

Sama seperti produk, pastikan servis yang anda tawarkan mampu menyelesaikan masalah orang lain! Jangan pula kita tambah masalah pula ya..

MARGIN KEUNTUNGAN yang dicadangkan adalah RM100 dan KE ATAS.

Anda juga boleh promosikan servis anda dengan fokus kepada “branding”. Dengan teknik ini, anda mampu menguasai MARKET dalam niche yang mempunyai ramai pesaing.

Dalam memberikan servis kepada orang ramai, anda juga boleh membina REPUTASI anda yang mampu buatkan anda dipandang sebagai seorang PAKAR!

Sebolehnya anda menawarkan servis yang lebih spesifik dalam sesuatu bidang. Di mana kepakaran anda adalah lain dari yang lain.

Kalau anda ada kepakaran dalam “design grafik”, anda fokus pada design untuk cover buku, kad bisnes, bunting dll.

Kalau anda ada kepakaran dalam “bina website”, anda boleh tawarkan servis untuk bina minisite, blog dan website.

.

.

Lepas baca artikel ini, ada dapat idea nak jual produk apa? Saya pasti anda dah dapat, kan?

Mudah-mudahan perkongsian ini BERMANFAAT.

Insyaallah. SEBARKAN untuk kebaikan bersama okay…!


4 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam “Ilmu Copywriting”

$
0
0

4 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam

Anda dah pening kepala nak tulis ayat iklan yang menjual? Belum start tulis lagi pun dah sakit kepala?

Jadi, anda kena baca ilmu copywriting ni!

Apa dia copywriting ni?

Copywriting lebih mudah dikenali sebagai ayat jualan/ayat promosi/ayat memujuk pelanggan/ayat pukau pelanggan atau apa saja dengan objektif mempengaruhi prospek, dan seterusnya membuatkan mereka bertindak. Dan sudah pasti, tindakan yang dimahukan adalah MEMBELI!

Di sini, saya kongsikan sedikit ilmu copywriting yang boleh membantu anda.

Sebelum anda bermula dalam penulisan copywriting FB ADS ini, 4 perkara yang anda perlu tahu adalah;

  1. MENARIK PERHATIAN PROSPEK
  2. MEMPENGARUHI EMOSI PROSPEK
  3. MEYAKINKAN PROSPEK
  4. MEMBUATKAN PROSPEK BERTINDAK

Apa yang dimaksudkan 4 perkara ini?

Saya akan terangkan satu per satu di bawah…

#1: MENARIK PERHATIAN PROSPEK

Dalam mana-mana medium pemasaran, online atau offline, adalah penting untuk si penjual menarik perhatian prospek mereka terlebih dahulu sebelum mula menjual.

Ayat tarik perhatian juga dipanggil ayat “PEMANGGIL PROSPEK”..

Anda biasa pergi pasar malam? Pernah lihat orang menjual? Apakah cara mereka gunakan untuk tarik perhatian orang ramai? Sebagai contoh, ayat pemanggil yang pernah saya dengar adalah;

.. “KASI RAPAT, KASI RAPAT, RAHSIA MINYAK HAIWAN AJAIB INI AKAN BANTU ANDA”. (ayat si penjual ubat)

.. “DIPILIH, DIPILIH, DIPILIH” (ayat penjual baju bundle)

.. “AIR! AIR! AIR! AIR DIBUAT DARI AIR DIMASAK. AIR BANDUNG ADA, AIR LECEY ADA!” (penjual air)

.. “JAM LELONG, JAM LELONG, JAM LELONG! TAHAN AIR PUNYA!” (si penjual jam lelong (saya la pada sewaktu masa lampau)

Itulah contoh-contoh ayat-ayat pemanggil di pasar malam.

Dengan menggunakan ayat-ayat pemanggil seperti ini, mereka dapat menarik perhatian prospek mereka untuk datang ke ruang niaga mereka.

Jadi, dalam FB Ads bagaimana?

Dalam page post ads, ayat tarikan ini diletakkan di barisan paling awal ayat post. Ianya dipanggil, HEADLINE.

HEADLINE ini adalah item ke-2 yang dilihat oleh audiens selepas gambar post. Headline ini antara fungsi utamanya adalah menarik perhatian audiens untuk membaca ayat post yang seterusnya. Untuk menarik perhatian audiens, headline yang baik perlu mengambil masa 3-5 saat untuk audiens membacanya.

Untuk menarik perhatian audiens dalam masa 3-5 saat ini, penggunaan headline perlulah;

  • Menggunakan ayat yang mudah difahami, pendek tapi padat.

Dalam marketing, ayat yang kita gunakan mestilah SIMPLE dan MUDAH DIFAHAMI.

Sebagai contoh;

“MUKA AWAK BERJERAGAT? ” adalah lebih mudah difahami berbanding “JIKA MUKA ANDA BERJERAGAT, PRODUK INI MEMANG SANGAT SESUAI UNTUK ANDA UNTUK HILANGKAN JERAGAT ANDA”. Ayat headline yang panjang boleh membuatkan peraturan 3-5 saat tidak dapat dipenuhi.

  • Gunakan HURUF BESAR, beserta SIMBOL.

Penggunaan besar membuatkan headline kelihatan seperti tajuk, tajuk iklan. Ianya dapat membezakan antara mesej yang ditulis dengan headline. Jika anda gunakan huruf kecil, headline anda kelihatan sebahagian daripada isi kandungan ayat iklan anda. Penggunaan simbol membantu menarik perhatian audiens untuk membaca HEADLINE iklan anda.

  • Letakkan mesej utama iklan anda di headline.

Jika iklan anda menjual ubat kurus sebagai contoh, anda perlu letakkan mesej utama iklan anda.

Contohnya,

“RAMAI NAK KURUS, TAPI TAK TAHU CARA BETUL”, (mesejnya – untuk perkenalkan produk kurus badan yang betul, terbukti berkesan),

“FORMULA BUANG LEMAK 30 HARI TERBONGKAR”, (mesej iklannya – ingin menjual produk yang mampu bakar lemak dalam tempoh waktu tertentu),

“OFFER HEBAT, PRODUK TUMBUH RAMBUT AAAA”. (mesejnya – ingin menjual produk tumbuh rambut (buat yang bermasalah) dengan harga offer),

“MONA BERJAYA BUANG LEMAK 10KG!” (mesejnya – dapatkan produk ini, ada testimoni yang terbukti berkesan akan penggunaan produk kuruskan badan ni).

  • Headline adalah berkaitan dengan gambar yang digunakan.

Ada orang, promosikan produk kurus, tapi guna gambar monyet comel, kan tak berkaitan tu. Ingat! gambar adalah item no. 1 yang audiens akan lihat. Selepas itu, barulah headline. Dan headline perlulah RELEVAN dengan gambar!

  • Penggunaan ayat-ayat AJAIB, UNIK.

Hahaha, yang ni, anda boleh pikirkan apa-apa ayat yang anda rasa AJAIB, yang mampu tarik perhatian audiens.

Contohnya,

“MANE NAK CARI “KUIH KOCI MELETOP KG PAK ABU” NI? Ayat ajaibnya adalah “MELETOP” dan ayat uniknya “KG PAK ABU”

Itulah antara tips-tips yang boleh anda gunakan dalam penulisan headline bagi tujuan menarik perhatian audiens.

#2: MEMPENGARUHI EMOSI PROSPEK

Menurut kajian, antara faktor utama yang membuatkan orang membeli adalah disebabkan EMOSI. Jadi, dalam FB ADS marketing, anda juga perlu mempengaruhi emosi prospek. Bagaimana mempengaruhi prospek dalam penulisan ayat post anda?

Di sini, saya berikan tips mudah.

  • Anda boleh masukkan senarai masalah prospek, senarai kelebihan produk, ciri-ciri produk dan juga manfaat produk kepada pengguna. Di sini, anda telah memberikan info secukupnya kepada prospek.
  • Situasi masalah juga anda boleh masukkan. Case study, sebagai contoh! Ini akan membawa minda prospek ke dalam situasi yang diceritakan. Seolah-olah mereka juga sedang merasainya.
  • Testimoni juga mampu pengaruhi emosi prospek untuk membeli. Semakin banyak testimoni, semakin membuak-buak emosi prospek untuk membeli. Orang lain dah guna produk tersebut, dan berjaya. Ianya secara terus mempengaruhi emosi prospek untuk turut mencuba produk yang anda iklankan.
  • Demo, cara guna produk juga mampu pengaruhi prospek. Jadi, jika perlu, anda boleh masukkan juga url video demo produk anda dalam copywriting iklan. Demo membantu prospek untuk rasai pengalaman menggunakan produk!

Itu saja serba sedikit tentang bagaimana mempengaruhi emosi prospek dalam copywriting.

#3: MENYAKINKAN PROSPEK

Untuk meyakinkan prospek untuk membeli, ada beberapa tips boleh diikuti.

  • Anda boleh letakkan jaminan seperti warranty, kelulusan pihak berkuasa, jaminan refund, jaminan keberkesanan. Pastikan jaminan anda benar-benar tulen ya :-)
  • Masukkan koleksi testimoni. Bukan bermaksud anda perlu masukkan semuanya, tapi anda boleh berikan url ke koleksi testimoni produk anda. Lebih banyak testimoni yang tulen, memang lebih meyakinkan.
  • Anda boleh masukkan no. phone anda/alamat pejabat/kedai untuk tingkatkan keyakinan prospek untuk membeli. Ada no. phone, mereka biasanya lebih yakin!

Ada banyak cara lagi untuk yakinkan prospek, tapi yang di atas antara yang boleh anda terus praktikkan. Memang berkesan..

#4: MEMBUATKAN PROSPEK BERTINDAK

Ha, ini antara paling susah! Nak suruh prospek bertindak membeli, bukan senang tau!

Untuk membuatkan prospek bertindak untuk membeli dengan segera, anda boleh gunakan tips-tips berikut;

  • Berikan tawaran kepada prospek.

Dalam copywriting, anda perlu tawarkan sesuatu yang prospek rasa nak cepat membeli. Kalau mereka tak beli dari anda, mereka rugi!

Contohnya, diskaun harga, freegift, bonus dll. Almaklumlah, siapa yang tak suka dengan offer. Sememangnya offer mampu buatkan prospek tertarik untuk membeli dengan segera.

  • Masukkan scarcity factor.

Scarcity factor adalah faktor yang mampu takutkan prospek yang mana mereka mungkin takut stok habis, offer tamat, dll.

Sebagai contoh ayat yang ada ‘scarcity factor’,

“HARI NI MEMANG ADA STOK LAGI, TAPI ESOK BELUM DIJAMIN ADA. SEKARANG KAMI TERIMA TEMPAHAN BERTALI ARUS)

  • Beri jaminan bahawa pembelian prospek adalah berbaloi.

Berbaloi dari segi harga, dan keberkesanannya.

Contoh,

“DIJAMIN MASALAH KUTU ANAK ANDA SELESAI DALAM MASA 24 JAM SELEPAS GUNAKAN PRODUK INI. JIKA TAK BERKESAN, KAMI PULANGKAN WANG ANDA KEMBALI. ANDA HANYA BERBELANJA RM3.33 SEHARI UNTUK UBAT KUTU YANG TAHAN 1 BULAN INI”

  • Arahan untuk prospek bertindak.

Nak suruh mereka CALL? SMS? KLIK ORDER FORM ? DATANG KEDAI?

Anda perlu arahkan mereka bertindak. Anda dah tarik mereka, anda dah mainkan emosi mereka, anda dah yakinkan mereka, kini tugas utama anda adalah mengarahkan mereka bertindak.

PENTING: Arahan tindakan ini perlu jelas, mudah dijumpai, dan mudah dibaca!

Cara mana berkesan?

…SMS?

…CALL?

…WEB?

…PM?

Anda sendiri perlu TEST. Lain produk, lain harga, lain pelanggan, lain paparan iklan, lain caranya.

.

Ok, begitulah tips tak seberapa dari kami untuk anda semua.

SEBAGAI KESIMPULAN…

Dalam copywriting, inilah antara elemen utama yang perlu anda ambilkira dalam penulisan ayat post iklan anda. Mula-mula, tarik perhatian, kemudian mainkan emosi, yakinkan mereka dan akhir sekali arahkan mereka bertindak.

Anda rasa ianya bermanfaat? Anda boleh guna! Tak nak guna pun takde masalah. Hanya perkongsian, bukannya arahan untuk anda follow..

Sasaran ‘Sales’ Mestilah Realistik!

$
0
0

Sasaran sales mestilah realistik

Ramai antara kita ni sering melihat kejayaan-kejayaan orang lain dalam FB Ads marketing, menjual pelbagai produk.

..Ada menjual produk kesihatan,

..Ada menjual produk kencantikan,

..Ada jual gajet,

..Ada jual makanan,

Dan sebagainya!

Sales ratus ribu! Sales puluh ribu sebulan! Sehari untung RM10k? Hanya di facebook saja!

Anda boleh baca kisah-kisah student SifuFBads yang dah berjaya DI SINI.

Sales 5 hingga 6 angka sebulan! Tengok macam tak percayer, tapi itulah REALITI.

Yang kita pula sebagai orang baru, memang terasa “sentap” bila orang tunjukkan kejayaan mereka dalam bisnes di facebook.

Hati rasa terbakar..

“Orang lain boleh, kenapa aku TAK BOLEH?”, suara dalam hati kedengaran.

“Kak M tu boleh dapat 500k sebulan dengan jual produk orang lain (Sebagai agen), kenapa aku tak boleh?”, kata-kata motivasi dalam hati semakin berkobar-kobar.

Disebabkan INSPIRASI dan MOTIVASI dari kejayaan orang lain, kita kebanyakkannya terus mengambil tindakan, dengan harapan nak capai seperti apa yang orang lain capai. Dan kita terus letakkan sasaran awal, seperti contoh di bawah:

“SASARAN SALES AKU BULAN NI, BAGI PRODUK NAIKKAN KETINGGIAN INI RM100K”

Sasaran yang baik, mantop dan marvellous..

Setiap usaha, kerja, mesti ada SASARAN..

landing-page-copywriting21

Orang ada berkata,

“DENGAN LETAKKAN SASARAN, IANYA AKAN GUIDE DAN BANTU KITA BERUSAHA GIGIH UNTUK CAPAINYA”

Betul tu…

SifuFBads sendiri juga sentiasa letakkan sasaran dalam apa jua yang dilakukan. Termasuk juga dalam menjual.

Anda juga kena letakkan sasaran! Termasuk la sasaran dalam penjualan di facebook.

Tapi, satu soalan dari saya, untuk saya sendiri dan juga mungkin anda;

ADAKAH SASARAN ANDA REALISTIK?

Hohohoho..

  • Sasaran dah ada, tapi realistik atau tidak?
  • Mampu capai ke tidak?
  • Ada ilmu ke tidak?
  • Ada pengalaman ke tidak?
  • Apa strategi dan teknik untuk capai sasaran? Ada?
  • Ada bajet ke?

“Ada orang terus keluarkan bajet besar, puluh ribu, ratus ribu dengan harapan boleh untung besar di FB akhirnya KECUNDANG DENGAN MUDAHNYA. Sebab utama mereka SASARAN MEREKA TIDAK REALISTIK DENGAN KEMAMPUAN MEREKA”

Kita ORANG BARU! First time nak masuk dalam bisnes di FB, memang kita nak sukses jugak macam orang lain. Orang boleh, kita juga boleh!

Tapi untuk kita, yang baru.. yang berbeza dengan orang yang dah capai kejayaan tu, CUBA LIHAT DIRI KITA, ADAKAH KITA NI;

  1. ADA ILMU SEPERTI MEREKA?
  2. ADA PENGALAMAN SEPERTI MEREKA?
  3. ADA BAJET SEPERTI MEREKA?
  4. ADA MASA SEPERTI MEREKA?
  5. ADA LALUI PROSES SEPERTI YANG MEREKA DAH LALUI?

Kebanyakkan dari kita tidak miliki seperti APA YANG orang dah berjaya MILIKI dalam BISNES FACEBOOK. Mungkin kita ada hanya sedikit, ataupun sebahagian saja dari apa yang mereka ada.

think realistic

Jadi, untuk letakkan sasaran, takde masalah, tapi sasaran kita perlulah realistik dengan KEMAMPUAN DIRI KITA. Untuk menjadikan diri kita LEBIH BERKEMAMPUAN DALAM BISNES DI FACEBOOK INI, kita perlu;

  • DAPATKAN ILMU DULU!

Orang yang dah sukses dalam bisnes di FB tu bukannya buat-buat terus sukses. Diorang juga berusaha dapatkan ilmu. Belajar sana, belajar sini, cari tok guru sana, tok guru sini.. jumpa sifu sana, sifu sini dan macam-macam lagi. Untuk ilmu, memang kita kena berkorban masa, wang ringgit, tenaga…

  • DAPATKAN PENGALAMAN DULU!

Dah ada ilmu, dapatkan pengalaman dengan praktikkan apa yang dipelajari. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Dari situ ianya akan bantu kita dapatkan teknik, strategi dan skill yang bersesuaian dengan diri kita, bisnes kita, pelanggan kita.

Dalam dapatkan pengalaman, adalah penting untuk rasai pengalaman KEGAGALAN SEBELUM KEJAYAAN. Dari KEGAGALAN, banyak yang bakal kita pelajari.

Contoh gagal semasa buat bisnes di Fb ads yang ramai orang alami adalah seperti klik tinggi sales tiada, komen banyak tapi takde beli, sms banyak beli kurang, tersilap buat bidding, duit habis dll.

Tapi dari pengalaman tu, kita perlu cari cara untuk elakkannya atau atasinya.

SALAH SATU KAEDAH BELAJAR TERBAIK, BELAJAR DARI MEREKA YANG DAH ADA PENGALAMAN. TUJUANNYA UNTUK KURANGKAN ATAU MINIMAKAN RISIKO KEGAGALAN.

Cara terbaik, dapatkan mentor.

Lalui proses untuk capai kejayaan FB Ads seperti kita menaiki tangga. Langkah demi langkah. Bukannya “naik escalator” terus sampai di atas. Orang hebat ada berkata, CEPAT KITA NAIK, CEPAT JUGA KITA JATUH. Ni banyak terjadi. Begitu cepat orang itu sukses, tanpa lalui proses-proses sepatutnya, cepat juga mereka jatuh. WAJIB UNTUK KITA LALUI “ANAK TANGGA” untuk sukses.

(Dr Amer Mydin ada berkata begini).

Dalam FB Ads marketing, sebagai permulaan kita boleh mula dengan letakkan sasaran REALISTIK sesuai dengan ilmu, pengalaman, kemampuan kita.

  • Kita mungkin boleh sasarkan RM1k sebulan dahulu sebagai sasaran awal. Dan kita cuba dalam masa sebulan itu bersungguh-sungguh untuk dapatkan income RM1k.
  • Bila dah tercapai, cuba gandakan sasaran kita untuk bulan berikutnya. Dari RM1k menjadi RM2k!
  • Dah capai RM2k, boleh letakkan sasaran besar sikit, iaitu RM4k.

Jangan SKIP! Kita menaiki tangga demi tangga.. step by step! Belajar sikit-sikit. Biar belajar sikit, tapi TINDAKAN banyak. Barulah kita tak mudah jatuh dan rugi di kemudian hari.

Jangan gatal-gatal nak letak sasaran tinggi kalau RM1k sebulan susah nak dapat!

Jika anda terus letakkan sasaran yang tinggi, dan tak dapat capainya.. anda pasti akan lebih mudah putus asa. Rasa nak give up! Lepas tu, salahkan orang lain. Orang macam ni lebih baik jangan buat bisnes! Lebih baik makan gaji jer..! Betul tak?

Biar buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit…

Kalau sasaran tak capai pun, anda takde la rasa down sangat. Cuba check mana yang SILAP, kemudian PERBAIKI.

Buat benda ini berulang kali, sehinggalah anda berjaya capai apa yang disasarkan. Lama-lama, anda akan rasa ia adalah satu proses yang menyeronokkan. Serius!

.

.

Begitulah..

Sekadar sharing dari saya.

Rasa boleh terima, alhamdulillah. Tak boleh terima, tak setuju pun tiada masalah. Sharing dari pengalaman diri, pengalaman dari rakan-rakan seperjuangan, pengalaman dari ramai mentee-mentee dan student-student.

Nak Berjaya Dalam Bisnes Internet, Anda Perlu Ada…

$
0
0

Nak Berjaya Dalam Bisnes Internet, Kena Ada...

.. ILMU ?

Perlu ke ada ilmu untuk berjaya?

Eh..eh…eh! Bukan ke ILMU adalah penting untuk berjaya?

Ya, ilmu penting. Ramai orang yang berjaya dalam bisnes internet ni, bukannya kena ada ilmu power tahap gaban pun.

Mereka ada sedikit ilmu, tapi ianya dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh.

Ada orang, ada bermacam-macam ilmu. Pergi kelas sana, kelas sini, tuk guru sana, tuk guru sini, sifu sana, sifu sini, tapi tak berjaya-jaya juga. Banyak sangat ilmu kot, sampai jadi konpius.. sampai jadi OVERLOAD! 

Akhirnya, satu apa pun tak buat. Membazir masa dan duit je belajar macam-macam, tapi satu apa pun tak buat.

.. PENGALAMAN ?

Pengalaman juga penting. Tapi tak semestinya kena ada pengalaman, baru boleh berjaya.

Ramai je anak-anak muda, yang takde pengalaman atau kurang pengalaman yang berjaya. Mereka hanya belajar dari orang-orang yang dah berjaya. Mereka tak belajar semua benda pun.

Kebanyakkan kesilapan kenapa ramai anak-anak muda lambat berjaya dalam bisnes kerana mereka terlalu fokus pada belajar je,  tapi tindakan kurang.

Biar belajar sikit, tapi tindakan banyak.. barulah hasilnya pun banyak!

Jika ada pengalaman tu, ianya BONUS..

Lagi banyak pengalaman kita ada, lebih mudah untuk kita berjaya dalam bisnes.

Mana nak dapat pengalaman ni?

Semuanya adalah dari TINDAKAN!

.. MODAL BESAR ?

Bisnes di internet ni kan boleh mula dengan MODAL KECIL atau TANPA MODAL langsung.

Contohnya; affiliate, dropship, servis, pre-order..

Dengan strategi yang betul, kita dapat tingkatkan jualan dengan hanya modal kecil sahaja. Tak perlu buat pinjaman, dengan bermula secara kecil-kecilan.. kita perlu kembangkan secara berperingkat.

modal besar

Kalau ada modal besar pun, belum tentu akan bantu kita berjaya dalam bisnes internet.

Mungkin boleh buat kita bertambah rugi. Sebab takde ada strategi yang betul, sebab ilmu takde!

Bila ilmu takde, kita seperti langgar dinding. Takde arah dan panduan yang betul untuk bergerak ke depan. Ikut suka hati kita je nak buat apa. Akibatnya, kita juga yang terima kesannya.

Jadi, jangan takut untuk labur duit untuk ilmu. Ia adalah PELABURAN untuk jangka masa panjang.

So…

Apa jawapannya?

“NAK BERJAYA DALAM BIS INTERNET NI, KENA ADA.. SEBAB!

Ya, untuk berjaya dalam bisnes internet ni, anda perlu ada;

.. SEBAB UNTUK BERJAYA!

Mengapa anda perlu berjaya? Apa alasan anda kena berjaya?

BILA ORANG YANG BERJAYA DALAM BISNES INTERNET DI INTERVIEW

Didapati…

SEBAB YANG KUAT menjadi rahsia kejayaan mereka.

Antara sebab-sebab kenapa mereka mesti berjaya adalah;

  1. MEREKA MAHU UBAH HIDUP MEREKA (DARI SUSAH KE SENANG)
  2. MEREKA MAHU BANTU KELUARGA MEREKA..TAK MAU LIHAT KELUARGA SUSAH..
  3. MEREKA MEMPUNYAI MASA, WANG YANG LEBIH UNTUK LEBIHKAN AMAL IBADAT..(zakat, sedekah, wakaf, tolong anak yatim, dll)

sebab kenapa

Bila ada SEBAB ini, mereka akan mencuba sedaya upaya, bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan..

  • mereka akan mencari ilmu yang terbaik untuk mereka.
  • mereka akan berguru dengan guru yang terbaik.
  • mereka fokus dengan apa yang dibuat.. buat sampai jadi! Buat sampai habis! Bukannya sekerat jalan..
  • mereka tidak mudah berputus asa.
  • mereka BERANI MENCUBA..
  • mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan wang untuknya..
  • mereka sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya dipercepatkan mencapai kejayaan.

.

.

Inilah yang dapat saya share dari pengalaman saya sendiri, pengalaman pelajar-pelajar sifufbads, rakan-rakan seperjuangan, dari pembacaan buku-buku motivasi dan kejayaan, dari sifu-sifu, mentor-mentor..

Jemput share sekiranya anda rasa BERMANFAAT..

Tutorial Bagaimana Cara Menggunakan ‘Facebook Canvas’

$
0
0

facebook canvas cover

Dah cuba fungsi terbaru Facebook?

–> Facebook Canvas Ads..

“Belum lagi Sifu. Apa benda tu?”

Ok2, saya terangkan…

Facebook Canvas ini membolehkan kita menggabungkan gambar, video, teks, dan butang call to action untuk beriklan di Mobile. Fungsi ini agak menarik kerana kita dapat membina iklan dalam bentuk “pengalaman baru” untuk audiens di facebook.

Ini contoh gambar iklan yang saya ambil dari facebook for business..

“Wow! Menarik! Mesti seronok kalau dapat buat..!”

Saya pun rasa macam tu! Hehehe..

Sebab tu…

Dalam artikel ini, saya dah buat tutorial cara bina iklan menggunakan Facebook Canvas.

Orait, jom kita mulakan..

Bina Facebook Canvas

  1. Lihat di fanpage anda, klik pada Photo/Video.. pilih Create a Canvas.

1

2) Kemudian, klik pada “+” seperti di bawah..

2

Akan keluar paparan seperti ini…

3

3) Namakan canvas yang anda mahu bina.

4

4) Klik pada “+Add Component” untuk tambah komponen baru dalam canvas.

5

Pilih component yang ingin ditambah dalam canvas anda.

6

5) Pilih warna “theme” untuk canvas anda.

7

 

6) Letakkan gambar yang sesuai untuk “header” canvas anda. Kalau ada logo, letakkan logo anda.

8

Dalam contoh ini, saya gunakan gambar logo Sifufbads.

Saiz gambar yang perlu anda gunakan adalah 120 x 44 pixels.

Jika anda tak mahu letakkan gambar, anda boleh letakkan warna sahaja di “Background Colour”.

header

7) Dalam komponen “button”, anda perlu masukkan ayat call to action seperti Klik di sini sekarang, Saya nak download, Klik sini untuk info lanjut dll.

9

Dalam contoh ini, saya gunakan ayat call to action untuk suruh audiens klik untuk download ebook percuma.

button

Anda boleh adjust warna butang tersebut untuk nampak lebih cantik dan menarik.

8)  Nak masukkan video pun boleh. Pilih komponen video, kemudian klik butang “Upload video”..

10

Tunggu video tersebut siap upload. Lepas tu, view video tersebut akan jadi macam ni…

video

9) Anda juga boleh tambahkan “text” dalam canvas tersebut. Masukkan content di ruangan yang disediakan.

11

Anda boleh pilih font, colour, bold, italic dan position-kan ayat content anda. Sama macam yang biasa anda gunakan di Microsoft Word. Tapi, lebih simple.

text

10) Untuk buat gambar iklan banyak, anda boleh tambah komponen Carousel. Kemudian, anda perlu upload sekurang-kurangnya 2 gambar. Dalam contoh ini, saya cuma upload 2 gambar sahaja.

12

Ini gambar pertama..

carousel1

Kemudian, gambar pertama akan bergerak ke gambar kedua..

carousel2

11) Ok, lepas dah siap semua.. klik Save Draft. Sekarang canvas anda sudah disimpan.

14

Untuk gunakan canvas ini dalam iklan, anda perlu klik pada Finish. Tapi, sebelum anda klik Finish, klik Preview on Device untuk lihat hasilnya di Smartphone anda.

15

Pastikan anda dah berpuas hati dengan canvas anda, check betul-betul. Sebab lepas tu, anda dah tak boleh edit lagi canvas tersebut. Kena la buat baru.

16

Dah klik Finish?

Ok, klik Get URL untuk dapatkan link canvas tersebut. Link ini kita akan gunakan untuk beriklan.

17

12) Sebelum buat iklan, canvas yang anda buat akan disimpan di bahagian Publishing Tools.

13

Bina iklan dengan menggunakan Canvas.

1) Masuk ke Ads Manager, pilih “Send people to your website” atau “Increase conversion on your website”. Hanya 2 objektif ini sahaja yang boleh digunakan untuk iklan canvas.

Dalam contoh ini, saya pilih “Send people to your website”.

18

2) Masukkan link URL canvas anda dan namakan Campaign iklan anda.

19

3) Anda perlu masukkan gambar untuk bina iklan menggunakan canvas. Pilih single image.

20

4) Untuk beriklan di canvas, anda hanya boleh masukkan satu gambar sahaja.

21

5) Remove placement yang lain. Pilih placement Mobile sahaja.

22

6) Akhir sekali, klik butang Place order. Settle!

23

Itu sahaja. Takde la susah sangat, tapi boleh faham ke ni?

Kalau tak faham, boleh tanya di komen bawah..

Selamat mencuba!

9 Kesilapan Besar Yang Sering Dilakukan Oleh “Owner” Bisnes

$
0
0

9 Kesilapan Besar Yang Sering Dilakukan Oleh Owner Bisnes

Kita sebagai manusia mmg tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Tapi, itu bukanlah satu kelemahan. Ia adalah satu pengalaman yg kita boleh jadikan pengajaran.

Sama juga owner bisnes. Nak buka syarikat sgt mudah, tapi berapa ramai yg dah berjaya dan pergi jauh?

Ia nampak je mudah, tapi ia sebenarnya perlukan masa, kerja keras, usaha dan komitmen utk bina syarikat yg berjaya.

Sebagai owner bisnes, saya nak kongsikan beberapa kesilapan yg biasa dilakukan oleh owner bisnes terutamanya yg masih baru. Supaya bisnes anda berjalan lancar, elakkan dari lakukan perkara berikut:

#1: Gagal merancang

Merancang strategi dalam bisnes sangat penting! Kerana ia adalah satu keperluan utama untuk menjayakan sesuatu syarikat. Tak kira la syarikat tu kecil atau besar, kita kena buat perancangan yang rapi.

planning

Ambil masa sekurang2nya setahun sekali untuk kaji semula segala perancangan strategi dan matlamat yang dah dibuat sebelum ini. Ini untuk memastikan syarikat tak lari dari tujuan asal. Jika kita gagal merancang, bermakna kita merancang untuk GAGAL!

#2: Takde plan marketing

Plan marketing yg berkesan dan konsisten mampu meningkatkan sales syarikat dgn pantas dan mudah. Marketing sgt penting utk tarik orang ramai kenali bisnes kita. Ada byk cara utk lakukan marketin:

  • ada secara online – Promosi di fb, google, blog, emel
  • ada secara offline – Promosi di radio, tv, newspaper, flyers, bunting

Semuanya bergantung kepada siapa sasaran pelanggan kita. Tanpa plan marketing yg betul, kita hanya akan buang masa dan duit sahaja. Duit marketing dah byk keluar, tapi hasilnya sangat menyedihkan.

Apabila marketing kita power, proses nak menjual akan jadi sangat mudah dan cepat. Orang tak fikir panjang, kita jual jer orang terus nak beli. Itulah pentingnya marketing!

#3: Lakukan semuanya sendiri

Semua kerja nak buat sendiri?

  • Buat marketing sendiri..
  • close sales sendiri..
  • bungkus barang sendiri..
  • Hantar barang sendiri..

Hebat! Sangat hebat..! Buat kerja sendiri pun dah boleh hasilkan sales yg lumayan.

Tapi, apa kata gajikan staff untuk buat kerja2 remeh tu. Kita sebagai owner bisnes hanya perlu fikirkan camner nak kembangkan bisnes. Leveragekan kerja2 tersebut pada staff supaya kita ada lebih masa untuk tumpukan perkara yang lebih penting.

#4: Tak berinteraksi dengan pelanggan sendiri

Komunikasi antara owner bisnes dgn pelanggan sgt membantu dlm membangunkan sesebuah syarikat. Dgn cara ini, kita akan dpt memahami apa yg pelanggan nak dan perlukan. Bila kita dpt selesaikan masalah pelanggan sedia ada, mereka akan setia dgn kita.

.

Jgn hasilkan produk yg kita rasakan pelanggan suka. Tapi, sebenarnya mereka tak berminat pun dgn produk kita tu. Kita hanya syok sendiri! Akhirnya, kita juga yg rugi.

Tanya pelanggan, buat survey.

..Apa masalah yg mereka hadapi skrg?

..Apa penyelesaian yg mereka mahu?

..Adakah mereka sanggup bayar jika masalah tersebut dpt kita selesaikan dgn harga RMxxx?

Dgn cara ini, kita akan dpt kekalkan hubungan baik dgn pelanggan utk jangka panjang.

#5: Rompak duit bisnes sendiri

Duit bisnes adalah duit bisnes. Kita tak boleh gunakannya sesuka hati. Jangan curi duit bisnes sendiri! Syarikat susah nak berkembang jika owner bisnes sendiri gunakan duit bisnes utk kepentingan diri. Jika dibiarkan, syarikat tu ada harapan utk ditutup!

.

Sebagai owner bisnes, kita hanya perlu ambil sikit duit bisnes tu untuk gajikan diri sendiri. Kalau tak camner nak sara hidup kita, kan?

Tapi, berapa nak letak gaji kita? Well, terpulang la nak letak berapa.. tapi, kena kira untung dulu. Lagi tinggi untung bisnes, lagi tinggi la gaji kita.

#6: Takde rekod cashflow syarikat

Setiap bulan, kita kena restock semula produk yang habis dijual. Jadi, kita wajib rekod segala duit keluar masuk dlm akaun syarikat.

..Jika transaksi online, kita boleh lihat di bank statement.

..Jika transaksi offline, kita perlu simpan resit. Barulah kita boleh tahu part mana yg paling banyak keluarkan/bazirkan duit.

cashflow

..Kalau banyak keluar duit utk buat marketing, kenapa?

..Kalau banyak keluar duit utk printing, kenapa?

Dengan cara ini, kita boleh cari jalan utk jimatkan kos2 yg tak diperlukan. Pengurusan cashflow perlulah sentiasa diurus dgn sistematik supaya mudah utk kita semak pada bila2 masa.

#7: Tak ambil kisah prestasi & kebajikan staff

Antara cabaran paling susah nak handle utk pemilik bisnes adalah utk menjaga kebajikan staff. Pemilik bisnes tak boleh hanya fikirkan kepentingan syarikat dan abaikan staff. Moral dan motivasi staff sgt penting utk tingkatkan produktiviti syarikat.

.

Jika pemilik bisnes gagal bab ni, susah bisnes tersebut utk berkembang.

Bila kita tak berikan layanan yg sepatutunya pada staff, kemungkinan besar mereka akan kerja sekejap jer dgn kita. Masuk harini, minggu depan berhenti kerja.. lari kerja syarikat lain.

Staff juga perlu dijaga. Jika ada untung lebih, berikan bonus pada staff yg layak. Barulah mereka akan lebih bersemangatdan suka nak bekerja dgn kita.

Ingat! Staff adalah ASET dlm syarikat kita.

#8: Database pelanggan tak disusun dengan rapi

Database adalah nyawa syarikat. Kita perlu susun dan asingkan mereka dgn sistematik.

Camner nak susun database ni? Ok, ni saya share cara paling mudah..

..buat database prospek,

..buat database pelanggan.

.

Utk database prospek, kita fokus utk tukarkan mereka kpd pelanggan. Utk permulaan, kita perlu educate mereka dgn info2 mengenai produk kita. Lama2, bila mereka dah semakin suka dan kenal kita.. mereka akan beli juga produk yg kita offer.

Utk database pelanggan, kita perlu jaga mereka. Merekalah yg paling berkualiti. Kita boleh offer mereka dgn harga yg lebih mahal. Lagi banyak database pelanggan, lebih tinggi keuntungan syarikat yg boleh dihasilkan.

#9: Tak cari ilmu untuk kembangkan bisnes

Utk kembangkan sesuatu syarikat, kita perlu berguru. Jika kita hanya mampu hasilkan sales RM5000 sebulan, bergurulah dgn orang yg dah hasilkan sales RM10k sebulan atau lebih.

kembangkan bisnes

Nak belajar sendiri? Boleh!

Tapi, hasilnya lambat.. sbb kita perlu lalui byk jalan yg salah utk capai matlamat tersebut. Jika kita ada guru, hasilnya akan lebih cepat. Guru akan tunjukkan apa yang perlu ubah dan baiki utk kembangkan bisnes kita.

.

.

Itulah antara kesilapan yg biasa dilakukan oleh owner bisnes.

Mmg seronok dpt buka syarikat sendiri.. rasa bangga tapi jgn gelojoh!

Nak bina satu syarikat perlukan perancangan yg rapi dan teratur. Nak bina satu syarikat yg berjaya bukannya mudah. Ia adalah proses yg mencabar! Kita kena berikan masa utk bisnes berkembang sikit2. Jgn terlalu laju, jgn terlalu lambat.

Cuba dptkan nasihat dari yg lebih pakar dlm bab bina syarikat. Insyaallah, segalanya akan berjalan dgn lancar!

SHARE jika anda dapat manfaat dari post ini..

5 Strategi Marketing Untuk Tingkatkan “ROI” Bisnes Anda

$
0
0

ROI vs Margin

ROI, anda semua mesti tau.. kan?

–> RETURN ON INVESTMENT..

Berapa anda dapat, dari apa yang anda laburkan.

..Labur RM10 utk fb ads, berapa pulangannya..

..Labur RM1000, berapa pula pulangannya..

NOTA : LABUR = KOS IKLAN

ROI mmg penting sesangat! Sebelum buat fb ads ni, consider ROI first…

Bukan terus buat ads!

Plan dulu akan ROI anda. ROI ni bakal tentukan untung bersih anda dari FB ni.

ROI ni patut ditentukan ketika anda mula2 nak pilih produk utk dijual di FB.

ROI banyak dipengaruhi oleh MARGIN UNTUNG PRODUK!

Jadi, anda perlu beri perhatian semasa..

..PEMILIHAN MARGIN UNTUNG PRODUK!

Tinggi margin, semakin tinggi potensi ROI nya..

Jom kita calculate skit..

Katakan anda di beri 2 pilihan produk. Produk A dan produk B.

PRODUK A

HARGA SEUNIT PRODUK – RM300

KATAKAN MARGIN UNTUNG – RM100

BUAT ADS PADA 23 JUN, HABIS RM10

PADA TARIKH TU, DPT 3 BUYERS..

ROI = (PROFIT – KOS IKLAN) / KOS IKLAN

= (RM100 (3) – RM10) / RM10

= 29

MAKSUDNYA – labur RM10 untuk iklan, pulangannya 29 kali ganda, iaitu untung RM290…

Kalau dlm % , darab je 100%, dapat la 2900%.. Pulangan 2900%

PRODUK B

HARGA SEUNIT PRODUK – RM30

KATAKAN MARGIN UNTUNG – RM10

BUAT ADS PADA 23 JUN, HABIS RM10

PADA TARIKH TU, DPT 3 BUYERS..
ROI = (PROFIT – KOS IKLAN) / KOS IKLAN

= (RM10 (3) – RM10) / RM10

= 2

MAKSUDNYA – labur RM10 untuk iklan, pulangannya 2 kali ganda, iaitu untung RM20.,.

Kalau dlm % , darab je 100%, dapat la 200%.. Pulangan 200%

Faham kan? Basic je ni…

Semakin tinggi MARGIN, semakin tinggi potensi ROI kita.

1) ORG BUAT SERVIS PASANG KABINET DAPUR, SENANG2 DAPAT ROI BESAR.. Labur iklan tak sampai RM100, dapat untung RM10k..

2) ADA YG JUAL RUMAH (PEMAJU), HABIS RM1k SEBULAN, dapat jual lebih 10 biji rumah berharga RM300k ke atas setiap satu., ROI? 3 angka beb..

3) JUAL PRODUK GAJET, RM100 MARGIN! Memang best la ROI nya..

4) Ada sorang, jual baju kurung, sehari buat iklan RM100, tapi dapat 100 helai sehari, dgn margin untung sehelai RM200. Berapa ROI nya? Cer kira..

  • HIGH MARGIN, HIGH ROI!
  • LOW MARGIN, LOW ROI!

“Camne nak tinggikan margin kalau produk saya mmg dah mcm tu harganya. TAK BOLEH LAH!”

RILEKS..

RILEKS..

RILEKS..

Ada jalannya, iaitu:

1) PAKEJKAN 

Jangan jual seunit, jual 3 atau lebih sekali dalam 1 pakej.

Ada sorang student saya ni, dia jual ubat minda. Satu botol RM30. Margin dia RM10++! Tiap kali orang beli, orang beli sebotol la.. disebabkan itu, ROI nya RENDAH!

Saya advise pada dia;

” Ustat, pakejkan ubat minda tu.. bila org nak beli, jgn jual satu botol. Tapi jual 3 botol terus! Org tya di pm/wassap, trs bgtau harganya RM90.. Kalau org nak beli sebotol, ckp tak jual sebotol.. Ckp kita ni jual 3 botol trus.. Nak beli juga sebotol, harganya RM50″

Dia ikut advise saya…

Dan resultnya boleh dilihat serta-merta, Sales sebulan dlm RM3K NAIK JADI LEBIH RM150k dalm masa bbrapa bulan slps tu..

2) BUAT PILIHAN PAKEJ

Boleh jugak! Bagi orang buat pilihan. Buat sekurang2nya 2 pakej pilihan..

Katakan anda jual shampoo.. Shampoo harga RM40. Margin RM20. Kecik jugak tu.. Camne nak tingkatkan margin? Buat pakej pilihan..

1) Pakej A : RM300 – shampoo + tonik rambut + gel antiklumumur

2) PAKEJ B : RM200 – Shampoo + tonik rambut

3) PAKEJ C : RM50 – Shampoo sahaja

Bila diberi pilihan macam ni, prospek berpotensi juga utk membeli pakej2 yg ditawarkan.. Kan dlm hierarcy of need – “manusia mahukan kepelbagaian/pilihan”.

3) GUNAKAN STRATEGI “MULTIPLE SOURCE OF INCOME”

Bina proper SALES FUNNEL.

Offer produk murah sebagai FRONT SALE. Kemudian boleh gunakan strategi UPSELL, BACK END SELL, CROS SELL, OTO.

Contoh,

Katakan anda jual produk rempah ayam madu. Katakanla harga RM10. Bila org dah setuju nak beli, buat UPSELL. Bagitau anda ada pakej tambahan.. Ada 7 lagi koleksi rempah – Rempah ayam bakar, rempah ayam penyet, rempah ayam golek, rempah ayam tandoori..ayam chicken rice shop, ayam lenyet, bla..bla..bla.. Harga sebenar RM100, tapi ada offer RM80 je..OFFER ni TERHAD utk 37 org terawal..

Tak ke ianya boleh tambah margin untung anda?

Margin naik kan, ROI pun naik!

4) JUAL BUNDLE/BULK

Anda boleh fokus jual pukal/jual group di fb ni. Jual satu2 untung kecik, boleh jual pukal.. Main kuantiti!

Ada student sifufbads, jual kain pasang, dia fokus jual by group. Maknanya org tak beli sepasang, tapi beli sedozen. Prospek yg berminat akan ajak member serumah ke, member sepejabat ke, jiran sblah rumah ke, beli bersama.. Dia tolong belikan utk kawan2! Dapat harga kira borong la…

Jual cadar, juga boleh offer pakej bundle, Kan kaum ibu suka sgt beli byak cadar.. Tiap hari kalau boleh, nak tukar cadar..

5) TARIK ORG DATANG KEDAI/PREMIS

Org dtg kedai, tiada kos pos laju, Betul tak?

Dan kalau orang dtg kedai anda, takkan dia datang sorang2. Contohnya kedai makan, pasti mereka dtg dgn family atau rakan2. Kat situ ROI naik,. Kalau anda jual kerepek sekalipun, anda boleh tarik diorang datang, dan suh la diorang beli lebih. Buat offer.. Buat pakej, gunakan upsell ke..

Untuk bisnes yg memerlukan org dtg ke kedai, ROI boleh diukur dalm masa 1 minggu – 1 bulan. First, lihat pertambahan pelawat dtg ke kedai slps 1 minggu buat iklan. Catatkan pertambahannya.. Untuk naikkan margin, bergantung pula pada skill anda memujuk pelanggan yg dah dtg kedai..

Kalau orang yg berpengalaman, bila ROI tinggi, mereka akan naikkan bajet iklan mereka. Bajet naik, trafik semakin naik, dan potensi PROFIT semakin meningkat..

Tu tak heran, bila..

..Ada orang buat ads sehari RM500

.. Ada RM1k sehari..

.. Ada RM5k sehari..

Mereka tau, ROI awal mereka. Mereka tau iklan mereka menguntungkan. Maka sebab tu mereka naikkan bajet..

  • BILA ROI TINGGI, BOLEH NAIK BAJET..
  • BILA BAJET NAIK, PELAWAT SEMAKIN BERTAMBAH..

DAN SUDAH PASTI NETT PROFITNYA JUGA AKAN SEMAKIN NAIK..

Sebenarnya ada lagi yang banyak mempengaruhi ROI ni selain daripada MARGIN UNTUNG. Ianya adalah CONVERSION. Mungkin saya akan share tentangnya dalam artikel lain.. NAK TAU KAN?

Lelaki Hensem Ni Berhenti Kerja Jual Botol Susu…

$
0
0

 

Shahaeil

Abang hensem ni jual botol susu besi..

Beliau dulu kerja sebagai Jurutera Elektrik. Lepas tu, berhenti kerja tanpa persediaan yang rapi.

Masa kerja, gaji dah berbelas-belas ribu.. lepas berhenti kerja, gaji jadi kosong.

Bisnes pula belum cukup stabil lagi. Hutang pula makin hari makin bertambah! Macam mana nak bayar hutang semua tu. Simpanan yang ada masa kerja pula makin kurang.

Camner nak hidup camtu? Ini kisahnya…

” Saya jual botol susu besi je…

Hmmm… jual botol susu besi jeee..?

Tu soalan yang biasa saya dapat kalau bagitau apa yang saya buat sekarang…

Siapa saya?

Nama saya Mohd Shahaeil Bin Nordin. Saya adalah Sales & Marketing Director Botol Susu Besi dan saya berasal dari Johor Bahru. Tahun lepas, pada tarikh lahir saya yang ke-30 saya telah buat keputusan drastik untuk berhenti kerja sebagai seorang Engineer Elektrik.

Alhamdulillah, saya ada seorang Isteri yang juga supporter terkuat dalam hidup saya Norshahida Binti Zainal Abidin dan kami sekarang dah ada 3 orang cahaya mata. Syukur juga kami dah ada 4 orang staf dan sales kami dah capai 6 angka setiap bulan. Kami juga baru je dapat kunci rumah impian kami selamani.

Tapi dulu, sebelum jumpa MENTOR yang betul iaitu Sifu Jamal, macam-macam cabaran yang kami dah tempuhi. Bayangkan sebelum ni gaji belas-belas ribu tetiba buat je business langsung takde gaji. Kononnya dah hebat sangat berhenti kerja nak buat business full time tanpa ilmu. Dah masuk bulan ke-3 sales still sikit sangat-sangat.

Hutang dah mula tak boleh nak bayar. Bank asyik call je tanya bila nak bayar itu ini. Simpanan pun semua dah paras hidung. Memang STRESS kan kalau takde duit ni? Tuhan je yang tahu betapa rasa down time tu. Nak kerja semula boleh ke dapat gaji macam tu? Dapat ke cover balik hutang-hutang ni semua?

Dah start tanya balik pada diri sendiri betul ke tindakan aku ni? Rasa macam ada yang tak kena. Then, saya start cari dan baca buku pasal perniagaan, tentang marketing apa semua. Tapi buat-buat still tak jadi. Puas semua blog saya explore, kononnya nak belajar pasal marketing online tapi buat-buat tak jadi.

Dipendekkan cerita, saya berguru bertalaqi dgn sifufbads..

Alhamdulillah, balik je kelas terus praktik ilmu yg Sifu Jamal ajar. Dahulu 1 orang staf je, bila praktik fb ads yg sifu ajar terpaksa tambah staf sebab keadaan semakin huru hara bila tak menang tangan nak jawab pm dan whatsapp order masuk tak henti-henti.

Stok yang dulunya rasa sangat susah nak habiskan sekarang tak sampai seminggu habis licin dan kena buat backup order dan buka pre-order selalu.

Sifu ajar cara cari targeted audience yang betul dan lepas tu sales start naik. Sebelum ni nak dapat RM5k sebulan pun susah! Lepas beberapa bulan sales kami naik kepada 5 angka. Then, yang tak tahan sekali… sifu ni suka FOLLOW UP student dia.

Time Sifufbads adakan seminar di Johor Bahru, dia jumpa kami berdua personally untuk guide kami. (kami jadi tourist guide saya di JB) Beliau check personally teknik closing yg kami buat..Syukur sangat-sangat lepas tu sales kami naik kepada 6 angka.

Tak pernah lagi jumpa mentor yang betul-betul dah hebat, tapi tak kisah spent masa untuk kami yang baru nak naik dalam business ni. Bila dah touch target sales yang ok, Sifu still pesan jangan selesa dengan pencapaian yang ada sekarang.

Dia still minta kami untuk push lagi supaya betul-betul pergi jauh dengan business kami ni. Syukur sangat-sangat sebab ada mentor yang terbaik macam sifu Jamal ni.

Saya nak bagi sikit tips la ye….

Kalau dah baca dekat 100 buku pun macam saya ni, tapi takde orang guide, agak susah nak berjaya. Carilah mentor untuk tunjuk jalan yang betul. Senang je cara nak berjaya dengan cepat, ikut apa yang mereka buat dan step-step yang meraka ni dah buat untuk berjaya. Kalau sifu tu dah PROVEN success tak kan kita tak boleh?

Kedua, jangan selesa dengan pencapaian yang dah kita ada sekarang. Sifu Jamal selalu pesan kat kami supaya “push your limit”. Jangan syok pada zon selesa. Orang berjaya selalu bertindak LUAR BIASA dalam hidup mereka.

Nak short cut untuk berjaya? Laburkan sikit untuk belajar dengan mentor yang betul.

InsyaAllah! Lepas dah berjaya nanti mesti ada akan cakap pada diri sendiri ‘kenapa dulu sifu charge murah sangat? Tak padan dengan ilmu yang diberi sebab saya pun dah alami sendiri situasi ini.”

Jika kita baru nak mulakan sesuatu bisnes, kita boleh belajar sendiri.. baca buku, follow fb profile org lain, hari2 baca emel, baca ebook.. tgk youtube, tgk tv dll…

YES.. boleh! Cuma.. LAMBAT! Slow sangat..!

Malah, banyak kesilapan yang kita akan lakukan semasa dalam proses tersebut. Bila gagal je, putus asa! GIVE UP..!

.. itu bukan salah orang lain… tu salah diri sendiri!

Sepatutnya, kita pergilah cari mentor yang sesuai dengan bisnes yang kita sedang lakukan.

Itulah cara paling PANTAS dan BERKESAN untuk berjaya! Tak tipu..!

Ingat pesanan saya ni…

–> BELAJARLAH DARI ORG YG LEBIH BERJAYA DARI KITA!


6 Kesilapan “Owner Bisnes” Sering Lakukan Semasa Promosikan Produk di FB

$
0
0

kesilapan

Iyer.. dah banyak page student SifuFBads sebelum ni yang kami terjah, kebanyakkan mereka memang KONFEM pernah buat kesilapan2 ni.

“Saya buat silap apa Sifu?”

Haa.. kejap lagi nak citer la ni. Sekarang ni rasa nak bebel jap…

Saya faham, kita manusia memang sentiasa buat silap. Selalu sangat! Sape sini tak pernah buat silap? Meh sini nak ketuk kepala! Hehe..

Tapi, jangan selalu sangat buat silap. Nanti orang lain lak sakit hati (saya la tu). Yang penting, kita belajar dari kesilapan tu, dan baiki apa yang perlu. Betul?

Bendanya nampak simple jer.. tu ramai yang ambil mudah. 

Sekali tengok macam tak buat silap pape pun. Tapi, sebenarnya silap. Kalau tak baiki, ianya boleh jadi ‘barah’ dalam pemasaran fb anda. Bahaya sesangat kalau tak rawat dengan segera. Serius bahaya!

.

Ok2. Tak mau bebel panjang lagi. Jom cek, ada tak anda buat kesilapan2 ni:

KESILAPAN #1 – TERLALU HARDSELL

Hardsell ni bahasa mudahnya kita promot sesuatu produk/servis tu secara DIRECT, terang-terangan. Tak salah nak buat hardsell ni, tapi bila dibuat secara kerap dan berterusan, fan kita sendiri akan rasa bosan dan menyampah.

Sikit2 nak jual, sikit2 nak suruh beli. Memang orang lari la. Kalau anda jumpe dengan penjual camni pun, mesti nak lari gak, kan? Jadi, jangan buat camtu ye..

“Habis tu, camner nak buat harsell? Saya tak tahu la..”

SifuFBads pun ada buat hardsell gak. Tengok ni..

Picture1

Sebaiknya, gunakan pendekatan SOFTSELL. Update post2 yang berkaitan dengan bisnes anda. Contohnya, update aktiviti anda, stok baru sampai, tengah packing barang, tutorial cara guna dll..

KESILAPAN #2 – TAK KONSISTEN UPDATE

Satu kesalahan besar jika anda tak update post di page secara konsisten. Arini post, pastu next post 3 hari kendian, next lagi seminggu lepas tu. Silap besar tu..!

Apa kesannya kalau jarang update fanpage?

Reach post di fanpage akan turun. Engagement pun akan kurang.

Sebab apa?

Bila reach turun, ramai fans tak akan nampak post anda secara organik. Dan kesannya engagement akan kurang. Kalau tak cayer, cer check fanpage anda..

Cer tengok fanpage SifuFBads lak, sekali post, banyak engagement. Sebabnya selalu update post di fanpage.

tipsq

Kalau anda benar2 serius nak bina empayar bisnes anda di fb, wajib update post di page anda dengan KERAP dan KONSISTEN. Sekurang-kurangnya 1 hari 1 post. Barulah engagement akan tinggi. Bila engagement tinggi, fanpage tu akan nampak AKTIF. Jadi, orang akan lebih mudah PERCAYA pada bisnes anda.

Bila orang dah percaya, mereka akan lebih mudah nak membeli.

KESILAPAN #3 – UPDATE POST TAK RELEVAN

Dah la kurang update. Update pulak post yang tak relevan dengan bisnes anda. Kalau motivasi, motivasi sahaja memanjang, sedangkan anda mnjual produk pakaian.

Bukan kata post sebegitu tak bagus, tapi ia boleh mengalihkan perhatian fans anda. Walaupun post2 sebegitu bleh dapatkan like, komen dan share yang tinggi, tapi bukan itu yang kita nak.

Anda seharusnya fokus untuk ketengahkan info mengenai produk/servis anda.

  • Kalau jual produk tudung, citer la tips mengenai cara pakai pakai tudung, cara jual tudung dan yang berkaitan.
  • Kalau jual produk bina badan, bagi la info cara nak exercise, video cara bersenam yang betul dll.

Ada dapat idea? Info dan tips yang nak share tu kene la berkaitan.

Tak susah pun, cuma kena rajin jer.

KESILAPAN #4 – TAK TONJOLKAN USP

Sekarang ni zaman orang semua berebut2 nak berniaga. Persaingan tinggi. Customer ada banyak pilihan bila nak membeli sesuatu produk tu. Kedai ni tak best, pergi kedai lain lak.. tak best gak? Cari lagi kat kedai lain..

Kalau kita jadi customer pun, kita buat camtu kan?

So, apa solution nya? Bina USP! tapi sayangnya.. banyak kes, USP ni tak ditonjolkan. Customer tak nak nampak apa yang menariknya mengenai bisnes anda. Jadi, cuba cari USP anda, rajin2 la buat research.. buat SWOT Analysis.

Dah jumpe USP? Tonjolkan USP anda tu dalam bentuk gambar dan juga copywriting iklan FB ads anda.

Saya dah citer panjang lebar bab USP dalam artikel ni..

Baca la kalau tak tahu apa lagi USP tu..

KESILAPAN #5 – TESTIMONI KURANG

TRUST.. ye percaya!

Antara faktor utama yang mampu pengaruhi prospek untuk menjadi customer anda. Salah satu cara untuk tingkatkan TRUST mereka adalah dengan berikan TESTIMONI. Lebih banyak testimoni, lebih tinggi keyakinan mereka terhadap produk anda.

Contohnya SifuFBads sendiri, kenapa seminar kami selalu sold out?

Sebab kami banyak testimoni. Banyak sangat! Bukan testimoni yang biasa2 jer. Testimoni yang kuat..!

..Ada testimoni dari Fizo Omar

..Ada testimoni dari Neelofa

..Ada testimoni dari Calaqisya

dan banyak lagi! Bersepah..! Tak dapat nak tunjukkan semuanya kat sini.

testimoni

Jadi, jangan kedekut invest sikit untuk kumpul testimoni. Berikan SAMPLE PERCUMA pada audiens yang betol2 memerlukan produk anda, dan dapatkan testimoni mereka.

KESILAPAN #6 – LIKE MARKETING TAK KONSISTEN

Ramai yang sangkut bab ni. Buat ads tarik like (like marketing), mahal sikit terus stop. Rasa cam konon2 dah ada mood baru try wat balik. Mahal, stop lagi. Biar lama2 tak tarik fans.

Kalau tak tahu nak buat like marketing, baca artikel ni. Senang jer..

Ni sifu nak ingatkan…

Pembinaan fans tersangat2 penting! Bukan setakat untuk tingkatkan kredibiliti, tapi untuk bina follower kita sendiri.

Mereka yang benar2 kenal dan percaya pada produk, servis dan bisnes anda. Penting untuk jangka masa panjang bisnes anda. So pesanan sifu, teruskan wat Like Marketing.

Jangan cepat putus asa bila kos mahal. Buat banyak SPLIT TEST. Cuba dan cuba lagi. Buat sampai jadi!

.

Orait..tu sahaja untuk sharing kali ni. Tapi ingat ye! Jangan baca je tau. Pastikan anda perbaiki mana yang silap tu.

Jangan cakap sifu tak payung ok!

Berdasarkan pemerhatian, ramai je lagi rakan2 kita yang masih wat kesilapan2 ni, tapi mereka tak perasan. So, apa kata anda pun tolong saya, dengan share artikel ni. Tak ramai sikit pun jadilah. Janji kita share dengan kawan2 ye..

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Untuk Dapatkan “Repeat Customer”

$
0
0

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Untuk Dapatkan Repeat Customer

Yes, berkali-kali! Customer yang sama datang balik pada anda dan repeat order. Pastu, bukan setakat repeat order, die promot lak bisnes anda kat kawan-kawan dia. FREE marketing tu..

Sebagai pemilik bisnes, anda kena fikir macam mana nak buatkan customer jatuh cinta berkali-kali pada bisnes anda, stick dengan anda. Sampai satu masa, anda tak perlu lagi susah-susah nak cari new customer.

Anda fokus pada customer sedia ada, customer sedia ada tu yang tolong carikan customer baru untuk anda..

Amacam, anda nak tau ke? Ke dah tau? Kalau dah tau dan tak nak tau, saya pun tak nak lah share

.

“Jangan la camtu, saya tak tau lagi ni..”

Yela..

Saya share la sikit ye..

Teknik ni saya panggil teknik ‘halus’, sebab customer tak perasan pun kita tengah ‘pikat’ die untuk jatuh cinta pada produk dan bisnes kita.

Pernah dengar CUSTOMER SERVICE? <– Inilah rahsianya..

Customer service yang baik bukan sahaja membantu untuk melonjakkan sales, tapi juga dapat menghasilkan LOYAL CUSTOMER.

LOYAL CUSTOMER ni kita hanya akan dapat kalau mereka LOVE & TRUST dengan servis kita.

“Ok sifu..macam mana caranya?? Bagitau lah cepat!”

Rileks.. rileks.. rileks.. nak citer la ni!

Ok, anda boleh try apply 5 Teknik Halus ni:

.

#1: FAST RESPONSE

One of the important part dalam teknik halus ni, RESPONS dengan “sepantas” mungkin. Customer akan cepat ‘impress’ kalau kita respon pada mereka dengan cepat. Kalau ada orang komen kat post fb kita, reply laju-laju. Kalau ada orang pm, wasap, jawab dengan segera.

Kalau dah tak terlayan nak jawab semua tu, tambah staff khas untuk reply pm dan wasap tu. Jangan biarkan customer tunggu terlalu lama. Kalau mereka tunggu sampai 5 minit pun takde respon, dah kira lambat dah tu.

Mungkin mereka dah beli dari peniaga lain.. rugi tak?

So kalau perlu, jangan kedekut untuk invest sikit, tambah staff dan beli smartphone yang fokus untuk respon pm dan wasap dari customer.

Pada zaman sekarang ni, kepantasan sangat penting! Semua orang nak laju. Lambat sikit je orang dah marah, lepas tu merajuk tak nak beli lagi.

Aduhh.. kadang-kadang sakit hati juga! Tapi apa boleh buat, mereka tak tahu. Sebab itu kita perlu beritahu dan jelaskan kenapa kita lambat. Customer sebenarnya nak respons je, takut kene tipu. Biasalah beli online, ada ramai pembeli yang dah kene tipu.

Jadi, sebagai peniaga.. cubalah cari jalan bagaimana cara nak respons semua pm & wassap dengan cepat.

#2: PERSONAL TOUCH

Pelanggan sukakan “sentuhan peribadi” bila berinteraksi dengan kita. KENALI prospek anda. Panggil mereka dengan gelaran yang sesuai seperti tuan, bro, sis, mommies dll. Kalau anda dapat nama pendek mereka pun lagi baik. Boleh tanya pada permulaan pm.

One more thing, lebih baik jugak kalau anda gunakan nama pendek anda, atau cipta karakter khas sebagai orang yang menjawab soalan2 mereka. Contoh skrip,

“Hai sis, saya Faezah dari fb LoveyBabyShop. TQ bertanya. Sebelum tu boleh saya tau saya tengah wasap dengan siapa ni ye? :)”

Kenalkan diri dulu, siapa anda.. dari mana, barulah orang lebih selesa nak berurusan dengan anda. Jaga ADAB. Jangan terus menjual.  Tips dari saya; Orang suka membeli, tapi orang tak suka penjual.

Bahasa mudahnya.. anda jangan jadi penjual tapi jadi “problem solver”. Kita perlu kaji kenapa orang membeli. Sebab manfaat produk, ye.. MANFAAT! 

.

Selagi tak tahu apa manfaat produk yang anda jual, jangan jual! Buang masa! Kerana susah nak yakinkan orang untuk beli produk anda. Sebab apa? Tak kenal produk!

Sebelum menjual, niatkan dalam diri untuk BANTU, bukan nak duit je. Barulah prospek akan selesa nak keluarkan duit mereka untuk berikan pada kita.

#3: GUNAKAN BAHASA AUDIENS

Prospek juga manusia seperti kita. Bukan robot. Jadi, walaupun kita berkomunikasi dengan mereka melalui pm, whatsapp & telefon.. anggaplah seperti anda sedang bercakap dengan mereka face to face.

Gunakan bahasa audiens. Wassap atau pm mereka ikut jenis audiens. Tidak terlalu formal, tidak terlampau “mesra”. Yang penting, anda perlu bina hubungan dulu dengan mereka. Jangan lupa gunakan emoticon. Ia juga dapat bantu untuk tunjukkan emosi ketika berurusan dengan prospek.

Pastikan mereka rasa selesa bila berkomunikasi dengan kita. Bagaimana?

  • Tanya apa nama yang kita boleh panggil untuk berinteraksi dengan mereka.
  • Tanya apa masalah mereka yang kita boleh selesaikan.
  • Tanya adakah mereka berminat nak beli produk kita.

Banyakkan mendengar dari bercakap. Banyakkan bertanya, biar prospek yang berikan jawapan.

Dari situ, kita dapat agak apa gaya bahasa yang sesuai digunakan untuk bercakap dengan prospek.

#4: BANTU BUAT DECISIONS

Bukan PUSH mereka untuk membeli. Ingat! Prospek mencari produk anda kerana nak cari penyelesaian bagi masalah mereka. Jadi, anda perlu bantu mereka supaya rasa konfiden yang produk anda mampu selesaikan problem mereka.

Contohnya, anda jual produk A untuk bina badan ..

Prospek: Salam tuan, boleh saya tahu sama ada produk ni sesuai tak untuk bina badan? Badan saya ni dah gemuk sangat..

Anda: Sesuai sangat! Produk memang khas untuk orang yang nak mantapkan body supaya nak lebih sado. Dah ramai cuba. Ni saya tunjukkan hasil pengguna yang pernah gunakan produk ni [testimoni]. Tuan biasa bersukan?

Prospek: Saya ni jenis malas nak bersukan. Boleh ke?

Anda: Boleh juga, tapi hasilnya lambat. Mungkin dalam 2-3 bulan baru nampak sikit perubahan badan. Nak hasil cepat, kena banyak bersenam. Dalam sehari tu, buat la 10 push up dah 10 sit up. Konsisten. Itu cadangan saya la.. tuan boleh cuba 1 botol dulu. Sekarang ni ada harga offer. Berminat?

Prospek: Ok, saya nak cuba 1 botol dulu.

Anda: Baik, terima kasih tuan. Ada apa2 lagi nak tanya sebelum buat bayaran?

To be continued…

.. sambungannya anda boleh agak sendiri la kan.

Ini cuma contoh je. Lain customer, lain perangainya. Anda perlu pandai bersembang dengan mereka dulu sebelum suruh buat pembelian.

Dan..

Jangan sesekali membandingkan produk anda dengan brand lain. Fokus saja tentang kelebihan produk anda, serta benefit yang mereka akan dapat jika memiliki produk anda.

#5: AFTER SALES SUPPORT

Last but not least, keep in touch dengan customer anda. Anda ada database mereka, kan? FOLLOW UP mereka. Jangan buatkan mereka rasa anda hanya nak duit mereka saja. Jadikan diri anda sebagai kawan pada mereka. Dengan cara ni, barulah mereka setia untuk membeli dari anda berkali-kali.

Macam mana cara nak follow up customer yang dah buat bayaran? Antaranya..

  • Berikan nombor tracking selepas prospek buat bayaran.
  • TANYA jika barang yang ditempah dah sampai.
  • Berikan TIPS berkaitan dari masa ke semasa.
  • Minta feedback ikhlas dari mereka.
  • DISKAUN khas untuk repeat order.
  • Offer mereka buat side income sebagai EJEN anda

Dan lain-lain yang difikirkan sesuai..

Nak follow up ni bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika database kita dah besar. Takkan nak follow up satu2. Penat kot! Yup.. memang betul, sebab itu kita perlu ada sistem..

“Sistem macam mane tu? Boleh share?”

Boleh.. tapi sebelum gunakan sistem, anda perlu simpan database dalam format excel/notepad. Lepas tu, follow up gunakan sistem. Anda boleh gunakan sistem..

First time dengar sistem guna? Tak tahu guna?

Jangan risau. Ada tutorial disediakan. Anda perlu follow je..

.

Ok.. tu je nak share arini.

Anda dapat sesuatu dari sharing kali ni?

Jangan lupe share dengan rakan-rakan anda pulak ye. Sharing is caring..

9 Langkah Penting Untuk “Owner Bisnes” Yang Tak Pernah Berniaga di FB.

$
0
0

9 Langkah Penting Untuk Owner Bisnes Yang Tak Pernah Berniaga di FB.

“Biasa jual offline je, kat bazaar, karnival, ada kedai sendiri gak.. produk dah ada demand dah pun.. Sales pun ok jeww.. Nak start niaga online ni tak berapa pandai lah, pening pala, tak tau nak mula dari mana..”

Takper, meh saya bantu selesaikan masalah anda tu, kalau dah ade produk, dah pernah buat sales, inshaAllah klu kembangkan lagi platform marketing dengan fesbuk ni mesti lagi ‘BOOM!’..

Silap bulan tak niaga offline dah.. TERPAKSA fokus online pulaks..

Siyes.. Rugi kalau anda berniaga tapi tak menggunakan fb ads.. Zaman sekarang dah moden, jangan kerana ego kita bole ditinggalkan oleh orang-orang baru yang pandai gunakan peluang fb ads ni…

Ok, faham?

Ni saya kongsikan 9 langkah bagaimana nak mula berniaga di fesbuk..

Ikuti satu per satu, dan buat terus buat! Mudah jeww..

LANGKAH 1 – JENAMA ANDA

Langkah permulaan, kenalpasti dulu apakah jenama bisnes anda. Apakah nama yang anda ingin gunakan dan ingin dikenali orang.

Penjenamaan nama ni boleh di pecahkan kepada 2 jenis. Samada BRAND atau GENERAL.

Brand; Jenama anda sendiri, mungkin orang masih belum kenal, jadi anda perlu bina branding jenama anda. Ia bagus untuk long term.

General; Nama page anda secara umum, tapi mudah faham, org tengok nama page dah tahu, tak perlu siyes bina branding untuk permulaan. Tapi agak rugi untuk long term.

Mcm mana pun terpulang pada objektif anda.

Saya bagi contoh, katalah anda berniaga tudung.

  • BRAND : FlowerScarf XYZ / mushroomscarf
  • GENERAL : Tudung Cantik Idaman Gadis

Lagi contoh, katalah anda jual produk kecantikan.

  • BRAND : Beautyessence, whitening xyz
  • GENERAL : rahsia awek korea, rahsia kulit cantik

Faham tak kedua-dua perbezaan nama ni?

Jadi, anda dah ada nama yang nak digunakan?

p/s – nak tahu lebih lanjut TENGOK SINI

LANGKAH 2 – BINA FANPAGE

Kalau anda berniaga secara offline dah tentu anda perlu ada kedai, butik, gerai dn lain-lain.

Jadi.. Kalau nk niaga online di fesbuk, anda perlu ada FANPAGE.

Ia bertujuan untuk memudahkan anda untuk berniaga, fanpage dan fb profile adalah benda yang berbeza ya. Jangan berniaga di fb profile, tak profesional tuh..

So kenapa perlu bina fanpage ni?

  • Unlimited followers, kalau fb profile tu 5000 je max.. Bole ade juta juta fans nanti! Best..
  • Bole fokus pada bisnes bukan personal, takkan nak menjual di fb profile je, tu da kire spamming tu. Nyampah kawan-kawan kite.
  • Branding, boleh fokus bina branding bisnes anda. Nak post berkaitan produk pun takde masalah. Dah name pun page bisnes.
  • FB Ads, hanya dengan Fanpage saja anda boleh promosikan produk anda menggunakan fb ads, dapatkan post paling berkualiti kemudian buat fb ads, post anda bakal dilihat ramai pengguna fb.

Bina sekarang kalau masih belum ada lagi..

LANGKAH 3 – KEMASKINI FANPAGE

Page da siap? Ok, anda kena kemaskini details dalam fanpage anda. Beberapa perkara yang anda perlu kemaskini ialah;

  • timeline cover, gambar paling atas skali tu.. 1st impression orang bila masuk page anda. Upload gambar produk anda.
  • profile picture, upload gambar logo bisnes anda ke, gambar owner ke. Supaya nampak lebih profesional dan bole dipercayai.
  • update details, pastilan anda masukkan semua maklumat-maklumat bisnes anda di ruangan yang disediakan dalam page tersebut. Supaya tak nampak macam bisnes anda ni main-main.

Anda kena ready kan page anda dulu sebelum kita panggil pelawat masuk.

Pahe dok..?

LANGKAH 4 – UPDATE POST

Jangan biarkan fanpage anda kosong. Kalau nampak kosong nanti bakal pelawat akan rasa kurang percaya dan tahu anda tidak serius jalankn perniagaan.

Untuk permulaan, sebelum buat FBAds, anda perlu update sekurang-kurangnya 5 posting. Anda boleh update dalam pelbagai bentuk,

Saya bagi sedikit idea untuk anda bole terus update di page, contohnya;

  • posting gambar, post produk-produk anda.
  • Posting video, cara guna, pengenalan diri atau pengenalan produk secara ringkas sahaja.
  • Gambar stok, anda ada stok? Upload gambar tersebut, supaya nampak bisnes anda real.
  • Gambar aktiviti, tunjukkan suasana bisnes anda, supaya mereka tak curiga dengan anda.
  • Testimoni, upload testimoni yang pernah menggunakan produk anda.

Dah, senang kann, simple jer, buat 5 posting ni dulu. Fokus ambil masa dlm 1-2 jam dulu..

LANGKAH 5 – PIN TO TOP

Sebelum ke langkah yang lebih advance, anda perlu sediakan satu posting yang lengkap dan betul-betul bersedia untuk dilihat oleh prospek anda.

Anda perlu lengkapkan posting tersebut dari segi;

  • Design gambar produk yang menarik.
  • Headline yang memukau.
  • Copywriting yang menarik.
  • Apakah Kelebihan, manfaat, kebaikan produk anda.
  • Offer yang susah nak dilepaskan.
  • CTA yang jelas untuk mereka bertindak dengan segera.

Ambil masa sedikit untuk siapkan posting yang sangat penting ni, kemudian pin to top.

Supaya, 1st impression pelawat yang masuk di page anda akan nampak post pin to top tersebut. Sebab tu, anda perlu hasilkan post dengan gambar yang menarik beserta headline dan copywriting yang memukau.

p/s – takde idea? tak tahu nk tulis apa. BACA SINI

LANGKAH 6 – KAD KREDIT/ KAD DEBIT/ ONLINE BANKING

Langkah seterusnya ialah anda perlu sediakan kad kredit atau kad debit untuk menggunakan fb ads. Ia adalah WAJIB.

Untuk penggunaan online banking pula, tak semua orang ade function ni, hanya sesetengh orang saja yang mmpunyai function untuk menggunakan payment method online banking ni. Kalau nak juga mungkin perlu buat akaun fb baru.

Sebelum tu..

Kad bank yang disarankan ialah easy rhb, public bank dan bank islam. Yang lain bukan tak boleh tapi tinggi risiko untuk akaun anda disekat dan mengalami masalah payment.

p/s – nak tahu cara gunakan perbankan internet TENGOK SINI

LANGKAH 7 – LIKE MARKETING

Like marketing adalah salah satu teknik fb ads yang digunakan untuk dapatkan followers. Selain itu, ia juga berfungsi untuk bina branding produk kita.

Jadi anda perlu bina iklan like yang menarik dan pastikan ia berkaitan dengan produk anda.

Letakkan bajet paling minima untuk permulaan. Rm3-rm10 saja. Pastikan buat berterusan.

So..

Anda prlu sediakan gambar yang menarik, ayat like yang mudah difaham orang. Saya bagi contoh paling mudah, katalah anda jual produk kecantikan;

“Sis! Meh Klik LIKE jika nak kelihatan cantik dn comeh dlm masa 7 hari” tu contoh…

Pastikan ada ayat “klik LIKE jika….”

Pesanan saya, anda perlu buat split test untuk dapatkan result yang terbaik.

p/s – tengok sini tutorial buat like –> KLIK SINI

LANGKAH 8 – BOOST POST

Kan anda dah buat satu post pin to top, jadi post tersebut akan run fb ads dan akan disasarkan pada prospek anda.

Kalau anda miliki fans yang ramai bole sasar pada fans saja, tapi kalau masih baru lagi. sasarkan pada page lain yang punya interest sama seperti anda.

Caranya, anda perlu tekan butang warna biru yang tulis ‘boost post’ pada bahagian bawah post tersebut.

Kemudian, untuk permulaan, tetapkan bajet minima dalam linkungan rm15-30 saja.

Seterusnya, masukkan umur, jantina, lokasi dan interest mereka.

p/s – untuk lebih details anda boleh lawat blog sifufbads.com

LANGKAH 9 – MONITOR ADS

Lepas dah buat boost post, katalah bajet untuk haritu atau selepas 24 jam dah habis.

Tengok, adakah anda untung? Atau rugi?

Kalau untung, boleh teruskan lagi, tambahkan lagi bajet anda.

Kalau rugi, anda perlu perbaiki beberapa faktor berikut;

  • Gambar
  • Headline
  • Audiens
  • Copywriting
  • CTA
  • Urgency

So, semak dan perbaiki semula, buat sampai jadi!

p/s – kalau pening kepala tu cer korek-korek info di blog atau page SifuFBads.. ada banyak khazanah tu.. nak atau tak nak jer.. Okey?

7 Tips Ini Boleh Bantu “Owner Bisnes” Mantapkan Lagi Sistem Ejennya.

$
0
0

7 Tips Ini Boleh Bantu Owner Bisnes Mantapkan Lagi Sistem Ejennya.

“Ejen memang ramai, ada 100, 200, 500 orang.. Tapi geram betul, diorang ni tak aktif, yang bebetul buat sales takat 5-7 orang jer.. Tension arghh..!”

Amboi.. Garang bebenoo.. Jangan marah-marah.. Sabo..

..

Sapa lagi owner bisnes yang ada masalah camni?

Nak tau kenapa benda ni berlaku? Nak tau apa isu sebenar? Kenapa ejen anda slow.. Sloww sesangat.. Cam kura-kura.. Kenapa ejen produk lain laju.. Bedesup! Diorang boleh je, kenapa anda tak boleh?

Senang jer.. Anda nak tau rahsia diorang?

Ni saya nak kongsi 7 tips, camne owner bisnes leh push ejen diorang sampai leh hasilkan jualan 5, 6 dan 7 angka..

Baca jangan tak baca..

Kalau sapa ejen dia level-level top, sales ratus-ratus ribu tu takyah baca. Gi men jauh-jauh..

Yang biasa-biasa tu..

Baca tips kat bawah ni satu-satu, baca kasi sampai faham. Dah faham, buat terus!

#1: TOOLS MARKETING

Sebagai owner bisnes, memang jadi perkara WAJIB untuk labur dan sediakan bahan-bahan promosi. Apa contoh tools marketing yang anda boleh sediakan?

  • Gambar produk, buat shooting profesional, sediakan gambar yang berkualiti dan menarik.
  • Sediakan info produk secara lengkap, anda kne phm, ejen takde masa nak study produk anda. Anda perlu study sendiri kemudian sediakan semua template jawapan yang bakal ditanya pembeli, dan juga sediakan details lengkap produk anda. Anda boleh explain dalam bentuk video atau gambar.
  • Flyers, mungkin ada di kalangan ejen anda yang belum pandai nak buat online marketing, jadi sediakan flyers supaya mereka boleh edarkan di tempat-tempat mereka nanti.
  • Testimoni, sediakan gambar atau video result selepas gunakan produk anda. Senang untuk ejen anda buat sales nanti.
  • Content, apa-apa tips dan content yang di post dalam page anda kongsikan pada ejen anda. Kadang-kadang mereka tiada masa nak sediakan sharing content ni. Bile takde, nanti orang tengok page kosong je, menjual saja, takde orang nak beli, efek pada produk anda juga tu.

Ok, ni antara ‘sales-kit’ yang diperlukan ejen anda untuk buat sales dan letupkan produk anda.

#2: MARGIN BESAR

Anda kena faham kenapa anda perlu berikan untung yang besar pada ejen, dengan berikan keuntungan yang besar, ejen akan lebih tertarik dan akan fokus dengan produk anda.

Biasanya, perangai ejen ni akan cuba cari mana-mana produk yang boleh berikan untung yang besar. So, anda perlu lock mereka awal-awal lagi. Biar anda untung kecil, tapi ejen untung besar. Barulah mereka suka stay dengan anda.

Anda sebagai owner produk, jangan risau dapat untung kecil. Anda sedang sasarkan jualan volume, tak perlu risau. Kan buat sales ramai-ramai tu lebih menguntunglan dari jual sorang-sorang.

Secara tak langsung anda telah menambah nilai hidup orang lain. Paham?

#3: TRAINING EJEN

Kalau anda betul-betul SERIUS nak buat konsep ejen, anda WAJIB buat training untuk ejen anda. Kalau takde training macam mana mereka nak buat sales?

Anda kene faham, training yang anda boleh sediakan pada ejen anda boleh dipecah dalam pelbagai bentuk, contohnya;

  • Ajar buat sales marketing
  • Ajar cara closing
  • Kenali produk anda dgn lebih details
  • Teknik marketing online ke offline ke
  • Ajar strategi marketing

Bila ejen anda dah mahir dan ada ILMU untuk buat sales, inshaAllah mudah untuk mereka buat sales sekaligus ‘payung’ naikkan produk anda.

#4: CABARAN

Kaedah ni memang sangat membantu untuk tingkatkan sales produk anda dalam masa yang singkat. Katalah anda dah sediakan tools marketing dan dah ajar diorang cara-cara marketing, jadi apa step seterusnya?

Buat cabaran atau peraduan dikalangan ejen anda, berikan hadiah lumayan, terpulang samada dalam bentuk wang tunai, gadget atau percutian bagi siap yang capai sasaran yang ditetapkan oleh anda.

Ini boleh buatkan mereka lebih semangat untuk promosikan produk anda dan bersaing sesama sendiri.

Cabaran seperti ini biasanya berjalan selama satu bulan, anda juga perlu update sales agen dari masa ke semasa, update siapa yang sedang leading siapa yang ketinggalan, tujuannya untuk ‘bakor’ mereka.

#5: JAGA EJEN

Ya, anda perlu layan mereka sperti sebuah keluarga. Buat gathering bersama ejen-ejen.. Bina engagement dengan mereka, bila mereka dah jatuh cinta, mereka akan loyal dengan anda.

Semasa gathering berlaku, anda boleh buat sharing session, panggil ejen yang top-top dan kongsikan pada ejen yang lain untuk beri inspirasi.

Dengan cara ni, mereka akan lebih bersemangat untuk promosikan produk anda.

Pesanan saya, tak perlu cari agen yang terlalu ramai tapi takde kualiti. Kita fokus pada KUALITI bukan KUANTITI.

Biar sikit tapi ada ‘function’ dan ia lebih mudah nak jaga berbanding ramai agen tapi takde ‘function’ dan memeningkan kepala nak juga. Paham?

#6: GROUP SUPPORT

Perkara ni sesangat WAJIB untuk anda sediakan pada ejen anda untuk jaga konsistensi dan monitor mereka.

Sediakan fb group ke whatsapp group ke telegram ke. Yang penting mudah untuk anda update ejen-ejen dan berkomunikasi dengan diorang.

Anda juga perlu aktif dalam tu, update mereka setiap ari, tanya khabar, ada problem ke apa ke. So, ini salah satu caranak bina engagement dengan ejen. Takdelah ejen anda diam je bila tengok ejen lain aktif.. Ok?

#7: YURAN COMMITMENT

“Alamak, nak buat berbayar ke? Kalau produk baru camne sifu?”

Ok, kalau produk baru cuba limit untuk 10 orang terawal saja sebagai contoh, selepas tu kenakan yuran register.

Kenapa?

Ini tujuannya untuk filter siap-siap mana ejen yang betul-betul boleh beri komitmen dengan tak. Kita nak fokus pada ejen yang berkualiti je. Barulah sales bisnes boleh naik laju. Tak guna ejen ada 100, tapi yang betul-betul berkualiti hanya 10 orang je. 

Kalau bagi free, nanti ramai join tapi tak aktif, pening nak jaga oo.. Biar sikit tapi aktif dan produktif..

“Tapi.. Takut dorang tak nak join plak..”

Sebab tu, anda perlu mention awal-awal, siapa yang join akan dapat 6 benefit yang saya kongsikan sebelum ni.

..

Amacam? Boleh buat? Kalau tak buat, tak tahu la tips ni boleh bantu anda atau tak..

Tapi saya pasti jika anda buat apa yang saya share ni, anda boleh jana sales 6-7 angka dalam tempoh 1 tahun. Insyaallah! Hanya usahawan yang tak kenal erti putus asa je yang akan berjaya!

Rahsia Penulisan Copywriting Mengikut “Mazhab SifuFbads”. Minat Nak Tahu?

$
0
0

 

Rahsia Penulisan Copywriting Mengikut Mazhab SifuFbads

Dalam dunia penulisan copwriting ni ada banyak ‘mazhab’.. Ada yang style gini, ada yang gitu, ada yang cenggitu.. Macam-macam lah! Dulu.. SifuFBads pernah dikondem kerana menggunakan bahasa santai.. Sobs Sobs..

Tapi kan.. Tapi…

Nak tahu tak? Dengan penulisan ‘mazhab’ SifuFBads inilah ramai usahawan yang telah berjaya meningkatkan jualannya terutama di fesbuk..

Actually, seni penulisan SifuFBads ini adalah hasil kajian saya sendiri selama hampir 8 tahun, dan ternyata ia memang proven kerana dah ramai usahawan yang follow dan sukses…

So.. Nak tak saya kongsikan secret nya nih?

“nak sifu.. nak angat…hee.”

Ok.. Bagus..

Gini..

First skali.. Perkara BASIC yang anda kena tahu ialah, setiap manusia tu ada 2 jenis thinking, mereka akan berfikir samada gunakan otak kiri ataupun otak kanan.

Dua-dua ni ada beza dia tau…

“ooo…. Baru tau…”

Nak tau lebih details pergi baca post kat bawah ni…

#1: LEFT BRAIN THINKING

Ok.. Saya explain jenis yang otak kiri dulu;

Mereka adalah jenis yang berfikir gunakan LOGIK. Tau logik? Ala.. Maksudnya, diorang ni lebih fokus kepada angka, data dan fakta. Jenis yang berfikir secara analisis dan rasional..

“ala.. apa benda tu sifu? Tak paham..”

Ok, camni.. Kalau kita buat copywriting gunakan nombor ke, peratusan ke, itulah yang otak akan fokuskan.. Menurut kajian pakar, nombor yang berakhir dengan GANJIL seperti 1, 3, 5, 6…. eh 6 genap bukan ganjil.. hoho.. tapi itulah angka si ganjil yang boleh menarik perhatian audiens..

“ohh.. betullahh… patutlah. Ok, nak guna angka jelah pasni…”

Boleh. Tapi kalau nak gunakan ayat logik semata belum cukup kuat nak ‘tackle’ prospek.. Kena tambah satu lagi intipati… Iaitu manfaat yang prospek bakal terima..

Contohnya camni;

“DAH LEBIH 137 ORANG YANG BERJAYA ‘JINAKKAN’ LEMAK DEGIL LEPAS GUNA PRODUK XYZ”

So, elemen yang digunakan adalah NOMBOR dan MANFAAT prospek, jika kedua-dua elemen ini digabungkan, ia lebih berkesan kerana membuatkan prospek mula berfikir secara logik, betul ke 137 orang? Lagi, ditambah dengan berjaya ‘jinak lemak degil’, ini buatkan mereka rasa produk tersebut memang berkesan..

Ok.. Itu baru otak kiri. Belum habis lagi..

#2: RIGHT BRAIN THINKING

Otak kanan pula ialah mereka yang berfikir gunakan EMOSI;

Tak dinafikan, ramai pakar berkata, hampir 90% pelanggan bertindak untuk membeli kerana emosi.. Kerana pada mulanya, pembeli akan berfikir secara logik dan rasional iaitu otak kiri, tetapi… keputusan pembeli memang banyak dipengaruhi oleh emosi.

So.. Dats why lahh..

Kita kena gunakan copywriting dan gambar beremosi yang relevan dengan audiens anda..

Satu lagi.. Memang manusia buat keputusan menggunakan emosi, tapi dalam masa yang sama mereka juga akan gunakan logik akal..

Mereka mula fikir, sebab apa mreka perlu membeli. Adakah ia berbaloi?

Maksudnya, selain menjual dengan gunakan emosi, kita juga perlu berikan bukti yang kuat kenapa mereka perlu beli produk kita.

Jadi.. jentik emosi mereka, anda tahu mereka memang dah minat dengan produk anda, Cuma perlu masukkan unsur-unsur emosi..

Mungkin unsur inspirasi, ketakutan.. Susah nak convert sales kalau anda tak mainkan emosi.

“camne nak jentik emosi tuh sifu.. tak sakit ke prospek tu main jentik-jentik ni..?”

Bukan jentik luaran.. jentik dalaman.. Tu lagi sakit.. Hoho..

Ok ok ok!

Ni saya nak dedahkan terus.. straight to the point, tanpa sorok-sorok okeh..

#3: 4 ELEMEN EMOSI UTAMA MANUSIA

Memang emosi manusia ni ada banyak. Tapi, ni saya ambil yang utama dan mudah untuk anda fahamkan. Daripada hasil kajian dan pemerhatian saya, 4 jenis emosi ni boleh kita gunakan dalam copywriting, dan saya pecahkan lagi 4 emosi ni kepada 2 bahagian iaitu positif dan negatif.

EMOSI POSITIF ;

+ Dream
+ Inspiration

EMOSI NEGATIF;

– Fear
– Problem

“apa benda positif negatif nih sifu..? lain macam je bunyi dia..”

Ok, apa beza emosi negetif dan positif yang boleh kita gunakan dalam copywriting ni?

Emosi POSITIF.. Apabila kita mainkan emosi jenis ini, orang yang baca penulisan kita akan rasa seronok dan bersemangat. Senang citer, anda perlu buat mereka terbayang-bayang bagaimana rupa/hasil selepas mggunakan servis/produl yang kita jual..

Emosi NEGATIF.. Emosi negatif ini dapat buatkan audiens rasa stress, takut, gabra.. Kenapa? Sebab mereka asyik terfikir tentang masalah yang sedang dihadapi. Kadang-kadang mereka tak sedar yang mereka sedang menghadapi masalah, jadi.. inilah masanya untuk anda sedarkan mereka dan bantu selesaikan masalah tersebut..

“kalau camtu saya nak guna emosi NEGATIF.. Kasi dorang takut..”

Boleh tiada masalah, tapi saranan saya, lebihkan penggunaan emosi positif kerana dari hasil kajian responsnya lebih tinggi dan bagus. Selain tu, anda juga boleh selamat dari kena flagged. Hoho..

1) FEAR

Bukan fear factor.. Fear.. ‘takut’.. Ia juga adalah emosi yang boleh kita gunakan dalam copywriting. Takut badan gemuk.. Takut muka berjerawat.. Paham tak?

Kita tambah ‘lauk’ lagi, buatkan mereka takut dan akhirnya membuat pembelian.

Tapi.. Ada syaratnya nak guna emosi ni..

“syarat apa plak ni sifu? Tulis ni pun ada syarat..?”

Ya.. ada.. Syaratnya.. Jangan over sangat time takutkan orang tu.. Sebab nanti orang tak suka dengan iklan kita tu.. Nanti respons teruk, bila buat iklan fb ads nanti takde respon.. Tu tanda orang menyampah la tu..

So.. Takutkan sikit-sikit jer.. contoh camni;

“BADAN ‘BAM BAM’ SGT? SELALU KENA EJEK? BENGANG?”

“ISTERI TENSION SBB BRO ‘KEJAP’ SGT? TAK MALUU KE?”

Haa.. Yang penting ada bentuk soalan.. Kalau orang yang ada masalah seperti dalam ayat tu, confirm mereka akan tertarik nak baca suma ayat iklan tu. Tapi jangan ingat mereka nak membeli semudah itu yer..

No..no.. no..

“aik kenapa plak sifu? Kan dorang dah abes takut tu..?”

Haish.. mestilah tak semudah tu, kalau mudah.. semua buat iklan abes kena sapu je sebab skit-skit kena ugut takut-takutkan. Nak tau kenapa tak mudah? Nak tau kenapa dorang tak beli?

Sebab sebelum ni, diorang mesti dah penah cuba macam-macam produk tapi takde satu pun yang berhasil. Kan anda da masukkan emosi FEAR pada headline, jadi anda juga perlu masukkan emosi pada bahagian F.A.B. Apa tu F.A.B?

  • Features..
  • Advanteages..
  • Benefit..

Ok? Faham…?

2) PROBLEM

Suma orang ada masalah, haiwan pun ada masalah.. betul tak? Haha.. Jadi, mereka pasti sanggup buat apa saja asalkan kita mampu selesaikan masalah mereka. Faham?

Ni saya bagi contoh;

Siti ada masalah lemak berlebihan, dia tengah cari solution camne nak buang lemak degil tu. Dah la tak lama lagi nak raya. So, daripada masalah ni, kita bleh jual produk kuruskan badan pada Siti. Semasa buat copywriting, cer buat ayat camni;

“AMAZING! DALAM MASA 3 MINGGU JE , WANITA NI BOLEH ‘HALAU’ LEMAK DEGIL SEKALIGUS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN DARI 100KG KE 90KG TANPA PERLU BERSENAM SETIAP HARI”

Dalam ayat ini, kita dah berikan mereka solusi bagaimana nak kurangkan berat badan dengan cara mudah dan pantas, selain itu ada elemen nombor iaitu MASA.

Kan dah bagitau, manusia ni suka bila nampak nombor dan mereka sukakan kepantasan. Lagi cepat anda boleh selesaikan masalah mereka, lagi bertambah-tambah mereka suka…

3) DREAM

Anda ada impian? Ada angan-angan tak? Ada kan.. Ha.. so orang lain pun ada impian, objektif dan matlamat gak…

Nak muka putih melepak? Nak badan sado? Nak kerete exotic? Tu semua impian lah tu.. Kalau anda nak dapatkan suma tu mesti anda sanggup buat apa saja.. Betul tak?

So.. Apa kata kalau anda tolong diorang ni capai impian tersebut. Mesti produk/servis anda boleh bantu mereka untuk capai apa yang mereka impikan selama ni? Kalau ya, mesti diorang nak..

Faham ke faham ni?

Ok, contoh.. Katalah Faizal ni badan dia agak tembam skit, so dia memang teringin sesangat nak badan sado yang fit dan ada cutting tu. So nak taknak, dia terpaksa pergi gym, perlu jaga diet yang sihat, hari-hari dia ikut program tu.. Tapi still tak jadi-jadi, member habis gelakkan dia. Pastu cer bayangkan tetiba dia jumpa iklan camni:

“197 ORG YG MGALAMI MASALAH BERAT BADAN, KINI AKHIRNYA BERJAYA ‘CONVERT’ JADI ABANG SADO YG BEROTOT, TAK SAMPAI 2 BULAN, DAN INILAH RAHSIANYA…”

Apa Faizal buat? Dah tentu dia berminat nak tahu lebih lanjut. Silap bulan terus buat pembelian, sebab apa tau tak? Sebab headline ni berikan harapan dan angan-angan yang Faizal inginkan selama ni.

Tunaikan impian mereka dengan produk/servis anda..

4) INSPIRATION

Emosi yang terakhir, iaitu inspirasi, manusia suka baca kisah-kisah kejayaan orang lain, anda suka tak baca kisah hidup mereka yang dah sukses? Mesti suka kan, tengok apa yang dia lalui dan bagaimana dia boleh berjaya dan camne hidup dia dah berubah..

Best.. saya pun suka.. hoho

So.. Dalam pemasaran fb ads, inspirasi adalah satu ‘benda’ yang buatkan orang termotivasi dan terbeli produk kita.

Haa.. dahsyat kan? Memang dahsyat.. Nilah kuasa inspirasi..

..

Untuk inspirasi ni ada 4 pecahan yang boleh kita gunakan;

  • TESTIMONI 

Berikan testimoni pengguna produk/servis kita yang ada result dan betul-betul berkesan. So, anda boleh tnjukkan melalui video atau gambar. Masukkan juga dalam copywriting pada bahagian INTRO atau selepas OFFER yang diberikan..

Tak tau camne nak dapat testimoni?

Tanya pelanggan, jangan paksa. Nak senang, buat contest bagi freegift..

  • CASE STUDY 

Anda juga boleh kongsikan kajian kes, anda tahu kisah mereka dan kejayaan mereka, jadi story kan. Contohnya camne Ali ni boleh turunkan berat badan dari 100 kg ke 70 kg dalam masa 2 bulan, orang suka baca case study, sebab dia boleh belajar sesuatu secara live!

  • KATA-KATA PAKAR 

Anda anggap je diri anda ni seorang pakar dalam bidang tersebut, sebab orang suka berhubung dengan orang pakar. Mereka suka kalau anda ada gaya untuk selesaikan masalah mereka. So, cara mudahnya ialah, anda dah boleh mula brandingkan diri anda sebagai apa, buatkan shingga orang tahu apa kepakaran anda dan anda terkenal sebagai apa, jadi setiap perkongsian dan kata-kata hikmat anda boleh jadi satu inspirasi untuk mereka capai dan inginkan.

  • KISAH INSPIRASI 

Ni paling convert! Kongsikan kisah kejayaan pengguna produk/servis kita sebelum ni. Minta mereka ceritakan secara details kisah hidup jatuh bangunnya dan apa perasaan selepas berurusan dengan kita.

Contohnya; ramai ibu yang mempunyai masalah susah nak hamil, pasti banyak kisah sedih. Tapi lepas guna produk anda, mereka berjaya hamil, jadi.. Anda perlu kisahkan perjalan tu dalam bentuk cerita. Buat ‘story’, baru orang seronok nak baca..

Faham?

..

Penting untuk anda fahami 4 emosi ni dulu sebelum nak buat copywriting, barulah ada konsep, ada struktur..

Sedikit tips dari saya;

  • guna ayat yang menjentik emosi
  • guna ayat tawaran terhad, percuma, terbaru, diskaun, rahsia, mudah dan lain-lain..
  • amek copywriting Sifufbads atau produk yang berkaitan dengan anda pastu “COPY & ADJUST”, jangan COPY PASTE! Kang ade kena saman kang.. haa..

Ok praktik teruss!

5 “Secret Resepi” Ini Mampu Bantu Tingkatkan Sales Bisnes Anda Di FB.

$
0
0

5 Secret Resepi Ini Mampu Bantu Tingkatkan Sales Bisnes Anda Di FB.

Sape kat sini dia owner bisnes, dah ada produk sendiri, dah ade team sendiri, tapi sales still cannot go.. Krik krik jer.. Plan strategi suma betul dah, tapi tahla.. macam ada something missing je.. Bukan Missing Chapter tu yer. Yang tu takde dah, ni missing dalam pemasaran fb.

Okay, ni saya nak share, 5 ‘penambah perisa’ dalam pemasaran fb yang anda boleh praktikkan terus.. Takyah tunggu-tunggu lagi. Bendanya simple je, tapi mungkin anda terlepas pandang benda-benda camni.

Kalau rasa diri tu dah power, takyahla baca tau..

Kalau tak power, baca dan hadam satu-satu..

#1 – LIKE MARKETING

Ini adalah langkah yang paling penting dalam pemasaran fb. Itu kalau anda serius dan nak long-term dgn bisnes anda. Kalau tak nak takpelah.. Tapi kalau anda sebagai owner produk, WAJIB buat Like Marketing ni.

Kalau tak buat Like Marketing macam mana nak dapatkan fans? Memang boleh dapatkan fans tanpa buat like, tapi boleh jamin ke fans tu berkualiti? Kita nak KUALITI bukan KUANTITI!

So, bila anda buat Like Marketing, anda boleh filter betul-betul siapa prospek anda. Mereka yang tekan LIKE tu bermakna mereka memang berminat, cuma belum jadi pelanggan saja.

INGAT! Bila fans anda berkualiti, mudah untuk dapatkan engagement dan mudah untuk hasilkan jualan. Yang bestnya, anda berpotensi untuk dapatkan kos iklan yang sangat murah.

OWNER BIZ – Jangan berhenti buat LIKE MARKETING, pastikan run walaupun dengan bajet yang rendah.

#2 – TESTIMONIAL

Percaya tak kalau saya cakap, kadang-kadang manusia ni membeli bukan sebab dia nak sangat dengan produk tu, tapi dia membeli sebab ‘terangsang’ lepas tengok testimoni-testimoni pengguna produk tu.

Serius.. Tak perlu nak cerita panjang lebar pasal produk kalau anda dah ada banyak testimoni yang kuat. Biar pelanggan yang ceritakan.. Yang penting real story! Jangan reka-reka yer.. Nanti tak berkat, dosa.. Tuhan marah.

Pastu.. Satu lagi rahsia, yang ni saya tahu ramai orang tak buat. Anda buat satu posting testimoni, buat copywriting dalam bentuk storytelling, sebelum tu, pegi interview pelanggan tu dulu, minta dia kongsikan pengalaman dia selepas gunakan produk anda. Lepas dah siap, run iklan posting tu dan target pada fans anda.

InshaAllah, posting tu boleh menjadi booster pada iklan utama anda yang lain. Boleh praktik terus ni.

OWNER BIZ – Jangan KEDEKUT nak LABUR untuk dapatkan testimoni..

#3 – CREATE ENGAGEMENT

Konsisten sharing di page tu dah bagus, tapi tak cukup bagus selagi takde ENGAGEMENT dengan fans anda.

Penting sangat ke buat engagement dengan fans ni? Ye, penting sangat. Mereka akan lebih TRUST dengan kita apabila setiap KOMEN dan PM mereka dibalas. Untuk permulaan, anda perlu jawab secara normal, cam orang biasa, jangan jawab macam robot.. Orang tak suka berurusan dengan ‘robot’..

Layan fans anda macam dah kenal lama, ramah mesra sikit. Tanya apa problem dan apa yang anda boleh bantu mereka. Jangan menjual terus, tapi berbual dulu. Bila dah ade TRUST baru senang nak convert.

Satu lagi, setiap posting berbentuk sharing tu pastikan akhiri dengan bentuk soalan untuk bina engagement dgn fans. Jangan asyik akhiri soalan dengan; Sapa nak? Sapa minat? Kalau bebaru lagi cuba elakkan, nanti diorang menyampah.

OWNER BIZ – Hire je sorang staff special untuk layan semua ni.

#4 – PAPARAN SIDEBAR

Saya tahu ramai yang tak gunakan placement right-column desktop ni, sebab dengar orang kata tak efektiflah, takde closing lah, kos mahallah.. Tapi tu orang kata, saya tak pernah kata pun.

Kalau anda tahu intipati sebenar paparan sidebar ni sure anda nak guna sampai lebam, dan inilah antara rahsia yang digunakan oleh otai-otai fesbuk untuk kuatkan branding.

Dengan paparan sidebar ni anda boleh;

  • Kuatkan lagi jenama anda.
  • Tingkatkan kredibiliti anda.
  • Tingkatkan frequency, bila orang nampak banyak kali dia mula ingat.
  • Bantu kuatkan iklan fb ads yang lain.
  • Update dari masa ke masa kempen sales anda.

So, nanti bila buat iklan sidebar ni takyah pening kepala tgk kos CPC mahal ke apa. Fokus 3 benda ni je.

  1. REACH
  2. FREQUENCY
  3. OCPM < RM2

Biasanya kalau OCPM terlalu mahal, reach dan frequency anda mesti effect skali. So, cuba ejas gambar yang lebih menarik dan cuba sampai dapat bawah 2 ye..

OWNER BIZ – Sapa lagi nak buat marketing untuk kuatkan branding bisnes kita kalau bukan owner tu sendiri, nak harap kat agen? No no no.. Anda sendiri yang perlu spend duit.

#5 – TINGKATKAN KREDIBILITI

Cuba kurangkan buat posting secara hardsell atau posting yang asyik nak menjual aje. Banyakkan share tips dan info-info produk. Tunjukkan expertise anda dalam bidang tersebut.

Contohnya; katalah anda ni tauke jubah muslimah, anda boleh share cara-cara nak pilih kain yg berkualiti, anda boleh kongsikan apa kelebihan pakai material jenis A dan material jenis B, kenapa A panas kenapa B sejuk..

Contoh lagi; katalah anda tauke produk kesihatan, kongsikan kenapa bahan A ni perlu dalam badan kita, dan kenapa bahan B ni boleh beri kesan bahaya. Lagi, kenapa berat tak turun-turun? Mungkin metabolisma kita lambat.. Explain semua tu.

Senang citer, tunjukkan kita ni pakar dalam bidang tu, umpama kita adalah penasihat untuk produk tu. Bila orang rasa yakin dan percaya, barulah senang nak convert sales!

OWNER BIZ – Anda patut tonjolkan siapakah diri anda yg sebenar!

Jangan fikir apa yang kita patut dapat, tapi fikir dulu apa yang kita dah beri dan kongsikan.

6 “Mitos Copywriting” Yang Sering Orang Ramai Salah Anggap

$
0
0

6 Mitos Copywriting Yang Sering Orang Ramai Salah Anggap

Copywriting Myth

Anda patut tahu 6 mitos ni kalau anda nak kuasai dan hasilkan copywriting yang bagus, pastu barulah boleh ‘control’ dan ‘arahkan’ audiens anda baca setiap satu point penulisan anda.

So, untuk mantapkan lagi copywriting, anda perlu tahu perkara-perkara ni..

Ni saya nak kongsikan 6 mitos tersebut, teruskan membaca…

#1: ORANG TAK BACA COPYWRITING YANG PANJANG

Ada yang kata tak convert kalau tulis panjang-panjang ni, dan ada pula yang kata convert sesangat bila tulis copywriting panjang-panjang…

“Mana satu ni sifu? Pening kepala.. Nak ikut mana nih?”

Ni saya bagitau, dan ini menurut “pakar copywriting international, David Ogily”. Ni semua cerita berdasarkan kajian dan pengalaman ye, bukan main taramm je.. Dia kata apa tau?

Copywriting yang panjang adalah lebih berkesan berbanding copywriting yang pendek, dan ini memang terbukti kerana mengikut ‘mazhab’ SifuFbads, kebanyakannya semua copywriting SifuFbads yang panjang memang memberikan impak yang positif dan superb sesangat!

Tapi.. tapi…

Anda kena tahu juga, copywriting yang panjang tu bukanlah copywriting yang meleret semata-mata macam buat diari syok sendiri tuhh.. Lain! Tak sama tu!

Copywriting yang panjang mesti ada struktur dia, tersusun rapi, dan padat dengan info penting yang nak disampaikan. Kalau nak buat penulisan yang panjang, anda perlu masukkan elemen yang boleh menyentap emosi pembaca.

#2: TAK PERLU TAJUK

Yang ni memang ramai sangat buat silap. Buat copywriting tapi takde tajuk. Ni nak marah nih.. Grrr!

Anda tahu tak, dalam penulisan copywriting FB Ads, tajuk ataupun headline iklan anda tu adalah elemen yang sangat penting tau..

Sebab, itulah perkara yang pertama dilihat dan dibaca oleh audiens selepas melihat gambar.

Kalau headline anda mantap dan tersentuh emosi audiens, inshaAllah tiada masalah untuk bawa mereka baca yang seterusnya.

“ohh.. patutlah post dengan iklan saya selalu takde respon.. krik..krik jer..”

Yelah, mana taknya.. Tanpa tajuk, audiens ambil masa nak SCAN apa yang anda cuba nak sampaikan..

Tu yang mengurangkan potensi untuk menarik minat mereka baca copywriting anda, apatah lagi nak buatkan mereka bertindak.. Memang taklah…

#3: TULIS JE MASALAH PROSPEK, MESTI KENA PUNYA EMOSI DIORANG TU..

Ha.. Ni lagi satu, memang betul benda tu, tapi ada sesetengah prospek tak berapa tertarik dan kurang berminat jika “1st impression” adalah masalah, masalah dan masalah. Benda negatif jer.. Prospek jadi takde mood.. So, diorang pun blah.. Rugi.. Ish3

Anda juga perlu tahu, bukan faktor MASALAH prospek je yang boleh mempengaruhi mereka, ada banyak lagi faktor lain. Contohnya seperti self-interest, testimoni pelanggan, offer menarik dan lain-lain lagi.

Jangan hembuskan aura negatif dan posting masalah saja.. Takleh..

Anda boleh cuba pelbagaikan konsep copywriting, kemudian lihat mana yang paling berkesan.

Mengikut pengalaman SifuFBads, elemen inspirasi adalah elemen yang paling berpengaruh untuk menpengaruhi emosi manusia, dan ingat! Bukannya masalah ataupun perkara negatif jer..

#4: TAJUK CATCHY CONFIRM IKLAN JADI POWER

Ya betul tu, tak dinafikan. Headline yang catchy, yang nampak cam noty noty, yang santai mantai tu memang boleh menangkap perhatian audiens..

Tapi tapi tapi.. Dia belum cukup nak jadikan iklan tu bebetul power, belum cukup syarat lagi.. Siyesss…

Ni saya dedahkan apa gabungan yang boleh hasilkan copywriting yang superb.. Bukan takat headline je kena power, lain-lain pun kena power gak..

Untuk hasilkan impak iklan yang superb, anda perlu gabungkan gambar yang menarik, headline memukau, flow copywriting yang jelas dan terusun, pastu offer yang menarik dan terakhir sekali CTA yang mudah dan jelas.

Ini antara stuktur copywriting yang paling “simple but convert”..

Tak caya? Cer buat.. Biasanya nak hasilkan satu copywriting yang bagus ambil masa dalam tempoh 1-4 jam..

#5: TAK PERLU STRUKTUR BAGAI, TULIS JE COPYWRITING TU

Boleh takde masalah kalau taknak ade struktur tu, tapi terus terang saya cakap.. Iklan anda nanti memang tak convert! Takde flow! Orang jadi pening..

Yelah, dalam hidup kita ataupun apa-apa kerja yang kita nak buat mesti memerlukan struktur dan sistem yang betul. Kan kan?

So, sama gak macam copywriting ni..

Saya bagi analogy mudah, kalau kita nak bina sebuah bangunan, mestilah kita perlu bina tapak dia dulu, camne nak terus buat dari atas ye dak.. lepas tapak baru masukkan tiang, dinding dan lain-lain. Gittewww..

Nak bagitau ni.. Salah satu rahsia untuk hasilkan copywriting yang terbaik ialah pastikan copywriting anda ada step-by-step, terusun dan berstruktur..

Hasilnya, audiens akan berasa mudah dan faham apabila baca copywriting anda, dan mereka tahu apa yang anda cuba nak sampaikan.

#6: COPYWRITING AYAT FORMAL ATAU BAKU YANG PALING EFEKTIF?

Ya memang betul ayat formal ni berkesan, tapi tidak secara keseluruhannya! Tidak sama sekali!

Nak tau sebab apa? Saya bagi anda satu contoh, katalah anda nak jual produk kesihatan bina badan, dan anda semestinya dah tahu siapa audiens tersebut, jadi saya nak tanya anda..

Agak-agak sesuai tak kalau kita gunakan bahasa formal atau baku ni dengan abang-abang sado kat luar tu? Mesti diorang tak tertarik langsung..

That’s why kita kena guna bahasa audiens bukan bahasa formal belaka.. U got it? Good.. Speaking omputih plaks.. hohoho.

So, kalau audiens anda adalah golongan korporat atau kerja kerajaan barulah boleh gunakan bahasa formal, kena ikut situasi dan kenali siapa audiens anda.

..

Nak tahu salah satu rahsia penulisan SifuFBAds?

Haa.. saya nak bocorkan ni..

Okay, tahu tak jika anda gunakan bahasan audiens, mereka akan berasa selesa semasa membaca dan terasa dekat dengan kita, lagi-lagi SifuFBAds sering beri sentuhan peribadi dalam copywriting tersebut. Memang ummphhhh lah kan.. Haa…

Hasilnya, bila mereka rasa selesa, lebih tinggi potensi mereka untuk berikan respons pada iklan anda. Kasi jentik sikit emosi audiens anda..

So tunggu apa lagi? Cer try ce try


9 Langkah Hasil Copywriting Yg Sentap Lagi Menyentap

$
0
0

9 Langkah Hasil Copywriting Sentap

SUSAH SANGAT KE NK BUAT COPYWRITING YANG SENTAP LAGI MENYENTAPI?

Ya, kalau nak diikutkan memang agak susah sebenarnya, ambil masa berbulan-bulan dan boleh jd bertahun-tahun lamanya utk master copywriting ni. Bukan senang okay.. Yelah.. Gila apa.. Hanya dengan tulisan je boleh buat orang tertarik dan bertindak utk membeli. Dasyat tu…

Tapi, kalau anda ada formula.. Tahu cara.. InshaAllah, anda boleh short cut terus..

Ni sy nk konsgikan bagaimana anda boleh hasilkan copywriting ‘impak maksima’ yg sentap, yg ada ummphh, yg mantopp.. yg tip top condition pny..

“wow wow wow Sifu.. Terbaiklah..”

Haa tau pun.. Ok.. Follow 9 langkah ni;

LANGKAH 1 – LAKUKAN RESEARCH

Of course, sebelum mula buat copywriting, anda ssgt WAJIB buat kajian berkenaan market, audiens dan produk anda. Bila dah faham 3 benda ni, barulah copywriting yg dihasilkan sgt tepat dan ‘headshot’ mengenai audiens anda.. So, buat dulu Formula MAP ni..

“Apa benda Formula MAP ni sifuu?”

Ha saya katuk kepala kang.. Tgk post sblm ni, ada share dah.. Baca dan fahamkan..

LANGKAH 2 – TENTUKAN AUDIENS

Kan dah buat research tentang audiens, ala yang Formula M.A.P tu..

Jadi, kenal pasti siapa audiens sasaran anda, selain digunakan pada copywriting, maklumat ni juga akan digunakan masa nk buat fbads nanti.

Senang cita, pastikan copywriting anda selari dengan audiens yg bakal digunakan dalam fbads.. Faham?

Katalah anda dah buat copywriting utk kaum wanita, umur 24 tahun, tinggal di KL, so settung dia buat  sama mcm dlm fbads tu. Jgn tetiba ayat untuk umur 24-35 tahun tapi target umur 40++ , tinggal kat luar bandar plak.. Tu yg tak sentap tu..

Fahammmm?

LANGKAH 3 – TENTUKAN JENIS COPYWRITING YANG NAK DIGUNAKAN

Kan anda dah belajar ada macam-macam jenis copywriting yang ada.. Ada yg jenis Problem, Inspiration, Dream dan Fear. Nak pecah lagi tu ada banyak lagi tu, so tentukan dulu nk guna yg mana…

Tak de idea nak pilih jenis copywriting yang mana? Ce singgah sini –> https://sifufbads.com/blog/tips-tips/rahsia-penulisan-copywriting-mengikut-mazhab-sifufbads-minat-nak-tahu/

LANGKAH 4 – BINA LEBIH 10 HEADLINE

“wow! Banyaknya sifuu!”

Takdelah, sikit je tu.. Tak banyak pun.. Nak berjaya kan..

Menurut kajian daripada pakar, utk hasilkan copywriting yg terbaik adalah apabila anda hasilkan copywriting yang berbeza-beza.

So, ada lg byk headline lg bagus, bila ada pilihan, anda akan jumpa headline yg plg power. So buat sekurang-kurangnya 10, lg byk lagi bagus.

LANGKAH 5 – TANYA PENDAPAT ORANG LAIN

Dah selesai buat headline bebanyak tu, ce minta tlg kawan-kawan review, tanya mereka, mana ayat yg paling best.

Jangan tanya diri sendiri plak! Kalau tanya diri sendiri, confirm semua nampak best je nnt. Tu namanya syok sendiri tu, lain orang lain pandangan, minta je komen ikhlas diorang.

Selepas dah buat penilaian, pilih headline plg berpotensi utk menyentap audiens anda.

LANGKAH 6 – SUSUN STRUKTUR COPYWRITING

Dalam topik sebelum ni, sy ada kongsikan psl struktur copywriting yg boleh digunakan, ada byk kaedah, ni sy kongsikan struktur plg simple dan paling sering digunakan;

HEADLINE..  (4 jenis emosi manusia)
INTRO..  (Kesinambungan dari headline)
FAB..  (Kelebihan, Manfaat, Ciri-Ciri, USP)
OFFER..  (Offer yang ditawarkan, yang tak boleh dilepaskan)
URGENCY FACTOR..  (tamat bila? berapa kuota? berapa org terawal?)
CTA..  (Call to action)

LANGKAH 7 – TULIS COPYWRITING PENUH

Dah pilih headline paling power? Dah tahu struktur copywriting? Ok, sekarang anda perlu bina copywriting penuh, pastikan ada kesinambungan daripada headline yang anda dah pilih tadi. Jangan lari topik, make sure ada flow..

Dah selesai tulis? Ok..

Jangan!
Jangan!
Jangan!

Jangan lupa…. Semak ejaan, stuktur ayat copywriting dan bahasa yg digunakan.

“Peh.. bikin suspesn je Sifu nih..”

Okay, pastu baca berulang-ulang kali copywriting anda. Senang cita, letakkan anda sebagai seorang prospek,  rasa-rasa tertarik tak bile baca copywriting tu.. Kalau tak, ekjas lagi sampai jadi..

Kalau tak berapa nak menyentap, masukkan unsur emosi dibahagian tertentu jika perlu.

Kalau ikut copywriting ‘mazhab’ SifuFBads, lebih gemar gunakan bahasa santai.. Wlpun ianya bergantung pada jenis audiens.. Anda boleh cuba.

LANGKAH 8 – RUN FB ADS

Rasa-rasa dah okay, dah puas hati, anda boleh run iklan fbads utk post tersebut. Kalau tak berapa nak yakin, mulakan dgn bajet yg rendah dulu, kalau nanti results ok, tingkatkan lagi.

LANGKAH 9 – MONITOR RESULTS & ADJUST

Biar dulu iklan anda selama 1-2 hari, lihat hasil iklan tersebut. Adakah respons audiens terhadap iklan tersebut bagus? Tak bagus? Apa nak buat?

Kena perbaiki lagi copywriting, belum cukup sentap dan ‘memukau’ la tu.. Mula dari 1st skali, kaji semula tentang Formula M.A.P, atau ekjas semula pada bahagian headline dan jenis copwriting yang berbeza pula.

Kena ulang-ulang proses yg sama smpi dapat tune yg plg bagus, bila dah dapat tune, anda fokus pada post tersebut saja dalam tempoh beberapa bulan selagi ia tak tepu, dalam masa yg sama standby posting lain.

Faham?

Tutorial meng’Install’ Apps IFrame Tab di Fanpage

$
0
0

Baiklah murid-murid.. Harini cikgu akan ajar cara-cara bagaimana nak install Apps Tab di Fanpage..

Apps apa tu sifu.. Eh, silap.. Cikgu…?

Hoho.. Okay, actually ni bukanlah benda baru, ia benda lama.. Tapi mungkin ada diantara anda yang masih tak tahu dan tak berapa nak perasan fungsinya. Ok nak tahu tak ni?

“Nak sifu nakk..”

Ok, saya tunjuk contoh dulu;


Tab ni berada di bahagian kanan Fanpage anda (interface baru), nak guna fungsi ni anda perlu install Apps ni dulu.

“Cane nak install Sifu? Nak tahu nak tahu!”

Aiyaa.. Sabar dulu.. Meh saya terangkan fungsinya dulu..

Iframe Tab ni merupakan 3rd party app dalam Facebook yang boleh digunakan sebagai secret weapon untuk meningkatkan lagi jualan anda. Walaubagaimanapun, ia bukanlah secara hardselling, ia hanya softselling sahaja.  Anda boleh menggunakan tab ni mengikut 4 kategori yang disediakan, samada nak masukkan URL , Redirect, Image atau coding HTML..

WOW cam menarik je sifu.. Tak pernah tahu plak.. Sah saya newbie..

Okay, kalau menarik boleh cuba terus nanti. Boleh tambah tools marketing baru, inshaAllah ada perubahan. Tak cuba tak tahu..

Dalam artikel ni saya akan tunjukkan langkah-langkah bagaimana anda nak install nak gunakan fungsi ni..

Orait, jom mulakan..

INSTALL IFRAME TAB APPS

LANGKAH 1- Search “Static Iframe” di ruangan search Facebook, kemudian klik pada icon yang dibulatkan.


LANGKAH 2- Paparan ini akan muncul, kemudian pilih Fanpage yang anda ingin install dan klik pada butang hijau yang dibulatkan.


LANGKAH 3-  Tahniah! Anda telah berjaya install Iframe Tab dia Fanage anda. Langkah seterusnya, masuk ke ruangan Fanpage anda.

LANGKAH 4- Lihat di bahagian kanan Fanpage anda, satu fungsi Apps akan muncul apabila anda berjaya install Iframe Tab tadi. Kemudian, klik pada welcome untuk lakukan perubahan.

LANGKAH 5-  Berikut adalah paparan yang akan muncul, anda perlu isikan beberapa maklumat di bahagian settings ini.

  1. Jika anda ingin gunakan fungsi URL masukkan link yang anda ingin paparkan di ruangan Iframe Tab tersebut. Fungsi ini tidak memaksa pengguna fb untuk keluar dari website facebook.
  2. Redirect, fungsi ini membawa pengguna facebook ke ruangan baru, anda perlu masukkan link URL juga, kemudian mereka akan dibawa ke website lain.
  3. Image, jika anda ingin buat promosi ke, T&C ke dan lain-lain mungkin boleh gunakan fungsi image ini. Ikut kreativiti anda.
  4. HTML, jika anda mahir menggunakan coding, anda boleh masukkan code untuk buat custom design.
  5. Jika anda pilih fungsi URL, masukkan link yang anda inginkan.
  6. Masukkan ketinggian paparan Iframe Tab yang anda inginkan, masukkan dahulu kemudian adjust semula kalau terlalu tinggi atau rendah.
  7. Anda boleh tetapkan apakah yang mereka akan lihat bagi mereka yang masih belum Like page anda. Anda juga boleh off fungsi tersebut jika taknak gunakan.
  8. Boleh kekalkan off sahaja.
  9. Boleh kekalkan off sahaja.
  10. Namakan TAB anda, kalau buat promosi namakan promosi tersebut.
  11. Masukkan gambar untuk TAB tersebut, supaya boleh tarik perhatian pengguna facebook.
  12. Nak tambah lagi Iframe Tab? Klik logo yang sama.

Dah selesai? Tekan save settings..

Tahniah! Anda dah berjaya bina Iframe Tab di Fanpage anda.. Kalau rasa nak ubah settings, klik saja pada Tab tersebut..

Kemudian paparan berikut akan muncul, klik pada settings. Selain itu, anda juga boleh lihat bagaimana contoh paparan yang akan dilihat oleh fans anda.

Berikut adalah paparan yang akan muncul, kalau anda lihat, ia agak berbeza seperti kali pertama anda buat. Tapi fungsinya masih sama, hanya paparan yang berbeza.


Okay, saya akan tunjukkan setiap fungsi bagi 4 jenis page source tersebut, supaya anda nampak gambaran awal dan lebih faham..

“Ok tq sifu…”

No hal lah..

PAGE SOURCE – URL

PAGE SOURCE – REDIRECT

PAGE SOURCE – IMAGE

PAGE SOURCE – HTML

Screen Shot 2016-07-26 at 12.31.25 PM
Pstt.. Tak pandai kita nak coding coding ni.. Hoho.. Yang pandai coding boleh guna ni, buat custom design.. Rupa dia akan jadi sama macam guna page source URL tu..

Okay??

“baekkk sifuu baekkk!”

Tu gambaran untuk setiap page source yang ada.. Ni saya kongsi sikit idea-idea bagaimana anda boleh manfaatkan Apps Tab selain menggunakan Iframe Tab.. Contohnya;

#1 – Install Instagram Apps.

#2 Install Pos Laju Tracking Apps

#3 Kumpul Database

Itu beberapa contoh fungsi Apps Tab yang anda boleh gunakan..

Ni sy kongsi skit tips simple kalau tak pandai nak gunakan integration marketing yang advance..

Anda boleh kumpul database dengan menggunakan google form, integrate kan google form tersebut pada Iframe Tab dgn gunakan Page Source URL, kemudian masukkan URL google form tu..

So, tunggu apa lagi??

Anda dah boleh mula kumpul database, tak kiralah manual ke auto, yang penting buat dulu!

Fahammm ke faham??

Amacam? Tips kali ni ohsemm tak??

p/s – Unfortunately… Fuh speaking plaks.. Fungsi Apps Tab ni tak wujud di mobile.. Maksudnya mereka yang tgk fb guna handphone tak nampak fungsi Apps Tab ni, hanya nampak di desktop sahaja.. Saja bagitau last-last, nanti korang tak berminat and taknak buat.. So buat jugak utk tambah tools marketing anda.. Okayyy?

Abe Ni Buak Marketing Kek Guna Fb Ads…

$
0
0

Muhammad Razi

Jual kek dari rumah jana sales 5 angka sbln? ye ker ni? leh caya ker? mcm impossible jer kan…..ish..ish…mesti ada secret recipe spesel yg digunakan…haaaa…..betul dh tue ada spesel recipe….bkn namanya secret recipe yg digunakan….tp brother ni guna BamBam Recipe…sbb tue MELETOP ! ..eh eh….apakah itu BamBam Recipe?…siyes nk tau?….moh kita terjah stori beliau !

Tuan Muhammad Razi..

Merupakan pengasas kpd yg popular dgn Kek Aiskrim yg superb lazat dan meletop di Kota Bharu, Kelantan. Keunikan kek aiskrimnya berjaya mengumpul RAVING FANS tersendiri yg setia menggemari kelazatannya spnjg masa!

Beliau kini berjaya menjana 5 angka sbln dgn anggaran 400-500 kek terhasil dlm tempoh tersebut sehingga terpaksa membuka kilang khas utk terus menampung permintaan yg terus meningkat !

Tapi…itu skrg…masa nk mula dulu mcm2 yg beliau nk kena hadap…nak tau kisah beliau bermula?

TERUSKAN BACAAN….

ASAL BERMULA

Beliau bermula hny dari dapur rumah shj…wife yg buat kek…beliau fokus pada marketing dan sales…mmg buat kek tue bukan minatnya pn…tp sbb itu shj yg ada…kasi jalan jer dulu…

Bkn sng nk sng….time nk mula tue mmg terpaksa hadap pelbagai situasi sukar yg mencemaskan kehidupan…beliau dipulau oleh keluarga sndr kerana tdk mahu menguruskan bisnes keluarga slps kahwin dan mahu membina hala tuju sndr..malah dicabar pula oleh ayahnya sndr….

“Aq nak tgk dlm tempoh 2 tahun ni ko berjaya buktikan yg kau mampu bina bisnes sndr spt mana yg ko yakini…“, kata2 cabaran itu dijadikan azimat dan inspirasi yg digenggam sekuat2nya…

Maka…dari situlah bermula perjalanannya…..buat mcm2 bisnes utk berjaya..namun hampir semua menemui jalan buntu sehingga wifenya sndr pula berkata padanya…

“Abg…sy dah give up lar dgn semua ni…dari dulu smp skrg tak jadi2…smp bila nak mcm ni? “, naluri kelakiannnya tersentap mendengar luahan hati isterinya….

Maka….

Beliau yakinkan semula isterinya utk teruskan usaha dgn menjual kek pula, sememangnya wifenya mmg suka dan pandai buat kek di rumah…dan beliau memilih utk buat kek aiskrim…

Pemasarannya bermula dari Insta shj…dgn gambar2 yg menarik sudah mula berjaya capai sales Rm3K sebulan…pencapaian yg baik namun masih belum cukup dan perlu usaha lebih lagi….

Jadi…apa yg perlu dilakukan lagi ni?

TURNING POINT

Bulan 4, Tuan Razi mula join klas sifufbads dan mula blaja menggunakan FB sbg medium pemasaran seterusnya….lps klas mmg terus eksited utk praktik ilmu yg dh dipelajari….Alhamdulillah….slps sbln menggunakan FB ADS..sale beliau meningkat sehingga 13K sbln….wow !

Peningkatan mendadak ini membuatkan beliau semakin eksited utk meneruskan usaha mengembangkan bisnes kek resipi BamBam ni sehingga terus jatuh cinta pada bidang pembuatan kek yg dulunya beliau mmg x minat lnsng tau !

Dlm sesi pertemuan dgn sifufbads sblm raya…Tim Sifu telah review resultnya dan menetapkan target sbnyk Rm50K utk dicapai dimana beliau perlu mencapai sasaran penghasilan sbyk 800 kek !

Terus goyah sbb rasa tak mampu nk hasilkan kek sbyk tue dgn kapasiti yg ada ketika itu…namun..cabaran tetap disahut dan beliau terus fokus berusaha dgn strategi2 yg telah dicadangkan dan diajar oleh Tim Sifu…akhirnya sale beliau meningkat juga sehingga kpd Rm30K shj….

Tdk mencapai sasaran..tapi hasilnya sudah semakin meningkat laju hny dlm tempoh kurang 3 bln shj….jadi..utk capai sale yg lbh bsr…beliau perlu membesarkan ruang operasi dan menambah tim lagi.

Kini…

Bermula bulan 8 aritu…beliau sudah berjaya mulakan operasi di kilang sndr yg mampu menghasilkan pengeluaran yg lbh bsr utk mencapai target sales yg lbh tinggi !

STRATEGI SALES DI FB YG DIGUNAKAN

Dlm klas sifu..byk teknik2 yg dipelajari..berikut antara strategi dan teknik2 yg beliau gemar praktikkan utk tingkatkan SALES!

  • Sentiasa menjalankan iklan LIKE secara berterusan di fanpage !
  • Buat Iklan mensasarkan FANS sndr shj !
  • Target bina RAVING FANS seramai mungkin !
  • Teknik Woren 1 merupakan teknik FEVERET beliau !
  • Teknik Close Deal pun mudah jer sbb gambar2 BUYING TRIGGER yg kuat mensasarkan terus pada FANS yg sudah sedia minat ! malah..kos iklan juga semakin murah !

Senang cite..apa yg Tim Sifu ajar dan cadangkan…beliau buat jer….tak pikir byk… kerana…prinsip dan pegangan yg beliau pegang ialah…

BUAT SESUATU BIAR SMP HBS….BIAR SMP JADI ! SUNGGUH2 & FOKUS !

Skrg..beliau amat2 bersyukur dgn perjalanan hidup yg lbh baik dan dipermudahkan…malah…sudah berbaik semula dgn keluarga dan menjadi sumber rujukan ayah dan ahli keluarganya yg lain utk urusan mengembangkan bisnes!

Akhir kata….beliau berpesan...” Utk capai sesuatu kejayaan yg bernilai dan berhasil pada masa yg singkat, anda perlu ada seorang Jeneral ( Mentor ) yg PROVEN dan Walk The Talk ! “

Renung2kan…

Adik Manis dari Penang Ni Nak Share Something, Ada Yang Nak Tahu?

$
0
0

Nur Farhana Hanim

Haaa…jgn tak sangka noo…org penang cantik manis ni pn boleh buat sale letop letop kat FB tau…ni cheq nk habaq mai kat semua xspecially hat dok kat belah2 utagha tue haaa..mai kita sama2 dengaq padia lar yg adik ni nk celoteh skit pasal strategi dia buat duit raya aritue…dengaq2 depa dok habaq katanya dekat 6 angka juga tue….hebat gitu…yg terbaru katanya…baru bukak launch design baru…700 helai hbs dlm masa beberapa hari jer…amboi…dasat sungguh hang noo…

Cite lebat…sembang kencang pn tak kena…baik kita sama2 dengaq perkongsian dari dia teruih naaa….mana tau kan..hat yg dok baca ni boleh try guna strategi yg sama..boleh try ekjas dptkan sale letop2 juga utk duit raya taun dpn pulak kaaaa…mai…mai….mai…

KITA SAMA2 BACA KISAH BELIAU !

“Nama saya Nur Farhana Hanim, merupakan owner dan pengasas kepada NFH Boutique Gallery yg dimiliki sepenuhnya oleh Fizhana Apparell Sdn Bhd. Saya bermula dgn suka2 jer dulu..dari zaman blaja dulu lagi sehinggalah boleh ada seketui butik lar ni, Alhamdulillah…sapa2 free mai Penang, boleh lar sggh2…”

” Sy dlm bisnes ni..asalnya jenis yg tak pernah tahu pn brapa sale masuk n brapa sale yg keluar, brapa untung pn sy tak tau, keje sy buat iklan..kemudian check jer duit keluar masuk, brapa yg ada tue ok jer…selagi ada sale..sy kira ok jer…nak letak target? mmg jauh skali lar kan…”

” Medium pemasaran pn mmg dah guna FB dan online dah…tapi org kata apa…buat pn main pakai hentam kromo jer….xda strategi pn digunakan…jalan mcm tue jaa…mmg dh ada butik…agents pn ada lar jugak sikit2…tak ramai sgt pn…sng cite biasa2 jer bisnes sy….jln sekadarnya shj…”

TURNING POINTS !

“Haaa…..bila mula masuk klas sifu…barulah sy buat sesuatu tue dgn ilmu..byk strategi dan teknik yg sifu ajar saya terus eksited nk buat..malah masa dlm klas tue…sifu paksa sy letak target sehingga sy rasa benar2 tercabar !”

“yg paling sy ingat bila sifu kata jumlah fans ramai yg ada dlm page sy tue lansng tak padan dgn sales yg sy dpt…apatah lg dgn sy sudah ada butiknya lagi…sifu bgtau yg sy patut dpt sale yg lbh besar lagi..dan sifu terus letak target besar kat saya, kata2 tue bnr2 buat saya tersentap dan tercabar ! “

“Bila sifu letak kat sy target besar mcm tue..kdg2 sy mengeluh dan rasa mcm payah jer…tapi sifu kata kat sy…kalau org lain boleh…knapa awk tak boleh?..jd sy xda alasan lagi..so..jenis sy bila org letak target…sy nk tunjuk jugak lar yg sy mmg boleh buat…dan bila sy buat tue mmg mahu betul2 kasi smp dapat ! itu jenis sy…contohnya masa sale utk raya aritue sifu letak target 600K utk sy..Alhamdulillah..tercapai juga…”

USP !

“Dlm klas sifu byk ajar tntng USP, iaitu apa lainnya butik sy berbanding dgn butik2 lain…jadi sy tekankan jualan sy fokus pada pembuatan baju yg memudahkan ibu menyusu anak, mesra wuduk dgn harga mampu milik..Alhamdulillah…design2 kami mendapat sambutan luarbiasa setiap kali launching “

STRATEGI & TEKNIK

“Bila sifu letak target, dia akan beri skali cara2, teknik2 dan strateginya skali utk sy buat…dh bila sifu suruh tue sy buat jer lar..tak byk soal..dan tak byk tny…sy buat jer…bkn mudah juga…berkali2 cuba tak jadi…tapi sy tetap terus buat smp betul2 jadi…antaranya sifu suruh sy buat buzz marketing dan iklan tarik org ke butik…semua sy buat…”

“Begitu juga setiap kali nk keluar dsgn baru..sy akan buat seeding dulu, kemudian sy buat buzz marketing pula dan lps tue terus LAUNCH ! Bila launch guna strategi mcm ni yg buat sy berjaya jual 700 helai dlm masa beberapa hari shj..syukur sgt2…”

“Sy juga suka menggunakan beberapa teknik lain yg sifu ajar seperti :

  • PEMBINAAN RAVING FANS – selalu setiap design yg nk keluar tue..kita akan keluar dsgn sikit2 dulu…jika dh ada pemintaan tgg barulah kita keluarkan byk2…jadi fans pn akan jadi ternanti2 design seterusnya dari kami !
  • TEKNIK WOREN juga pn sy suka sgt guna ! betul2 berjaya impress BUYING TRIGGER fans2 kami.
  • TEKNIK GERILA paling superb !

Sbb first time guna teknik gerila masa tue…impaknya dasat juga..boleh tahan sehingga sy rasa masa tue tak pernah lg lar dpt result mcm tue…dimana ketika tue sy menggunakan teknik gerila No.1 yg menggabungkan TEKNIK HANTU + TEKNIK WOREN + TEKNIK LIKE KE PAGE…resultnya cepat, mesej/whatsapp masuk berlambak2 shgg sale sy masa tue mencecah 5K sehari dgn kos iklan yg murah (seratus lbh jer)

Saya rasa wow sgt time tue…! rasa terkejut pn ada ! sbb tak pnh dpt pn mcm tue lg…mmg eksited sgt time praktik gerila ni lps hbs klas aritu !

PESAN KHAS

“Pesan saya…kalau nk betul2 berjaya kita mmg kena betul2 berguru supaya ada yg pantau dan push kita dan bila dah dapat sesuatu ilmu tue..kena terus buat…jgn tangguh2….buat byk kali…kena buat smp jadi ! sbb mmg bkn buat skali dh boleh dpt…kena smp dpt result yg ok !..itu saja kisah sy…moga perkongsian ini bermanfaat utk semua…”

Haaa..adik manis ni dah berjaya buktikan dgn ilmu dan sikap yg betul…kita mampu beroleh kejayaan luarbiasa yg sbnrnya ! so..ada yg terinpirasi dgn kisah beliau?

2 “Golden Key” Yang Buatkan Brader Ini Upkan Salesnya Selepas…

$
0
0

amir

Sebelum tu, jom sy perkenalkan tuan punya badan. Brader ni, nama beliau Amir Bin Michael. Dah berkeluarga, berasal dari Tawau. Berhijrah dari Sabah pada tahun 1999. Sekarang, brader ni tinggal kat area Bukit Subang.

Ok, Jom baca lagi…

Lepas sampai ke KL, macam2 keje brader Amir buat. Macam2 company dia keje. Duduk KL, mana nk cukupkan stakat makan gaji? Walaupun masa tu still bujang, sakit jugak bila dah tengah2 bulan. So, nak tak nak, kena cara sumber alternative.

“TAK BOLEH CMNI. BUJANG BOLEHLA LG. KANG KALAU DAH KAWEN, AKU NK BG ANAK BINI MAKAN APA?”

Fikir punya fikir, brader Amir decide utk meniaga. So, dipendekkan cerita, beliau start meniaga perfume. Masa tu, meniaga perfume reject je. Masa mula2 start, mana main online atau fesbuk marketing ni. Memang perah tenaga.

Mula-mula start dgn meniaga kt pasar malam je. Masa tu meniaga kt pasar malam Bukit Subang. Boleh kata mmg susah betul perfume nak laku. Yelah, barang mahal. Nama je reject, tapi terpaksa letak harga mahal. Sape nk beli? Baik diorg beli kt butik. Lagi diorg percaya, kan? Kalau ada pun, regular customer yg pernah beli je.

Tak lama lepas tu, dapat peluang meniaga kat Uptown. Siang keje company, malam meniaga sendiri kat Uptown. Time ni, uptown still baru, so mmg ramaila orang meniaga.

“PENATNYA MASA TU, ALLAH JE YG TAU. DAHLA SIANG KENA KEJE. MALAM PLAK MENIAGA SMPAI 2-3 PAGI. ESOK MASUK KEJE BALIK.”

Walaupun meniaga smpai 2-3 pagi, tapi hasil still ciput. Sales bulanan masa tu dlm 15 botol je. Kadang2, nk bayar sewa tapak pun x lepas. Memang betul2 buang tenaga, buang masa. Memang nk give up dah rasa masa tu… Selama 2 tahun, sales maintain cmtu je. Ingatkan, meniaga ni nak topup sket duit belanja. Sudahnya, tahun 2005 behenti meniaga. Tak sanggup dah. Smua stok perfume masa tu simpan bawah katil je.

Sampailah pada tahun 2006, brader Amir start meniaga semula. Masa tu x main retail sangat sebab dah mula meniaga online, guna blog je.. Fesbuk pun baru lg. Masa tu, brader Amir punya angan2 nak ada bisnes dan kedai sendiri. Dia start dgn 13 botol, rolling punya rolling, Alhamdulillah, dapatlah jual sehingga 100 botol sebulan. Masa tu still bkerja makan gaji lg. feeling time tu, mmg syok betul. Walaupun baru lg dlm online marketing, main belasah je, tp dapat buat sales byk tu, mmg bangga… Time tu mana ada fikir nak g carik ilmu meniaga, mentor smua. Sebab rasa boleh buat sendiri. Buang duit je g kelas ke, seminar smua ni.

Hasil dari jualan tetiap bulan tu, brader Amir kumpul. Pada tahun 2012, Alhamdulillah, dapat setup sebuah kedai sendiri. Mmg cita2 dulu tu kira dah tercapailah. Mmg semua cun, Cuma ada satu masalah…OVERHEAD MAKIN TINGGI… Nak tak nak, mmg kena rekrut lbh ramai online ejen. Smua ejen mmg kena pulun utk kejar sales. Margin untung dah semakin kecil, tapi keje makin banyak, MAKIN PENING!!

So, time ni dia dah start fikir, apa nk kena buat.. Dia WAJIB carik alternative lain utk tingkatkan sales. Dah ade fesbuk, apa lg meniagalah kat fesbuklah! Xde teknik, xde strategi. Buat post kt page, memang HARDSELL sesaje. Xde soft sell langsung. Kt fb personal pun sama. Kengkawan pun naik menyampah asyik ‘menjual’ je kt fesbuk. Sampailah pada satu hari di tahun 2014, Brader Amir terjumpa pasal Sifufbad kt fesbuk.

“WHY NOT AKU TRY FOLLOW?”

Dari detik tu, mcm2 info pasal online marketing dia dapat. Strategi, tips, teknik dan memacam lagilah. Masa tu lah, baru sedar, “BANYAK YG SALAH RUPANYA CARA AKU NI.” Serba serbi kena repair. So, slow slow brader Amir betulkan cara marketing dia kt fesbuk.

Tak nak pikir panjang, 2015 join seminar dan mentoring dgn Sifufbads. Start daripada itulah, byk tips, suggestion, marketing startegi yg dia dari Sifufbads. Alhamdulillah! Sales mmg byk perubahan.. Cuma satu je lg cabaran time tu, sales xboleh ‘PERGI’ JAUH, STAGNANT dan MAINTAIN tahap tu je. Sebab apa stagnant :

(-) SEBAB PERSAINGAN TINGGI.

(-) SEBAB NAMA JE REJECT, TAPI MAHAL.

(-) SEBAB SUSAH DPT STOK YG BETUL2 BERKUALITI.

Masalah ni mmg betul2 bikin brader Amir ‘serabut peruk’! Time mengadap Sifufbads, dia dinasihatkan utk keluarkan brand sendiri.. BIAR BENAR?? Tetibe je suruh buat brand baru!

Fikir punya fikir, tenung punya tenung, bincang punya bincang, akhirnya… Brader Amir ckp dlm hati.. “OK XPE, AKU SAHUT CABARAN SIFU… BILA LAGI NK BUAT BIG MOVE KALAU BUKAN SEKARANG”.

So bermulalah episod baru dalam bisnes brader Amir pada tahun 2016, perfume baru dikeluarkan atas brand Lataku. Brand baru ni mmg brader Amir pulun betul2. Nak tau tak? Perfume atas nama brand ni ;

…Walaupun baru,

…Walaupun ‘inspired’ dr perfume femes kt luar sana,

…Walaupun x sampai 4 bulan

…Dah dapat generate 50K tau?

Macamana brader Amir boleh geneate sales byk tu dlm masa yg singkat? Dia kata, selain dari gunakan ejen, ada 2 KUNCI UTAMA yg dibuat utk LETUPKAN brand Lataku :

1. CONSISTENT BRANDING

Dalam apa2 perniagaan sekalipun, konsisten branding sesangatlah penting. Kalau di Sifufbads, consistent branding tmasuklah like marketing bterusan, page post, dan teknik Hantu. Kena sentiasa berjalan, kena sentiasa buat. Bila nak buat kat fans sendiri ataupun suspect, tu smua terpulang pada strategi. Yg terbaik adalah pada fans sendiri.

Kenapa fans sendiri? Sbb… fans sendiri dah kenal dengan kita, dah follow brand kita. Walaupun mereka belum pernah jadi customer lg, tp mereka dah acknowledge sape kita. Berbanding kalau org luar yg xpernah dengar pasal kita, kan susah nk menjual? Dari kajian, menjual kepada org yg dah kenal sape kita, lebih mudah berbanding jual pada ‘orang luar’. X caya? Ce try…

Bila makin kerap prospek lihat iklan atau posting kita, mesti diorg akan start nk discover pasal produk kita.. MESTI PUNYALAH! Kena pulak ada feedback yg baik2 dia jumpa di page kita, insyaAllah diorg akan terjebak dapatkan produk kita. Time tu, mmg senang je lah nak close sale..

2. TESTIMONY CUSTOMER

Produk bagus cemane sekalipun, kalau xde testimony, KOMFEM xlaku. Yelah, cemana nak laku? Xde bukti yg produk kita tu berkesan. So, org pun takut nk cuba atau beli. Tak caya? Ok.. Ce jenjalan kt pasar malam, ada 4 buah kedai yg jual char kuay teow, tp xtau mana satu yg sedap. Cemane nk pilih? Mesti anda akan berhenti dan beli di kedai yg ramai org kan? Kenapa tak pergi je kat kedai yg kurang orang? Sebab… anda TAK YAKIN! Orang ramai kt kedai tu, menggambarkan masakan kt kedai tu sedap.. Setuju?

That’s why, konsep yg sama juga kena digunapakai dlm online marketing, especially fb ads marketing.

“PRODUK BARU MANA NK DAPAT TESTIMONI SIFU!”

Dah tau xde, kenalah dapatkan jugak.. hehe..

Cemane nk dapatkan? Senang je.. bagi sample kt adik beradik, jiran, kengkawan, opismate.. Suruh diorg try.. Pastu nt mintak whatsapp feedback diorg.. Kalau boleh, suruh diorg selpie sekali… Dah dapat feedback diorg, simpan..

Nanti time ada prospek yg dah minat tu contact, bagi diorg baca testimony.., tunjuklah bukti pengguna yg berpuas hati dgn produk kita. Lepas tu, kena sentiasa update testimony terbaru dari pelanggan. Testimony ni juga wajib provide kpd ejen.. mudah keje diorg nak close sale.

So, agak2 korang, branding dah consistent, testimony dah banyak, orang dah ramai trust, senang tak nak buat sales?

Pada sy, InsyaAllah, 2 ’golden key’ ni kalau dah ada, anda senang buat sales, boleh jimat masa banyak, boleh target lebih lagi.

Amacam? Dapat something? Ce share…

The post 2 “Golden Key” Yang Buatkan Brader Ini Upkan Salesnya Selepas… appeared first on Sifu FB Ads.

Viewing all 620 articles
Browse latest View live