Quantcast
Channel: SifuBad
Viewing all 620 articles
Browse latest View live

7 Tips Bagaimana Menjadi Penulis ‘Content’ Yang Baik di Facebook

$
0
0

7 Tips Bagaimana Menjadi Penulis 'Content' Yang Baik di Facebook

Menulis merupakan skill yang yang penting untuk menghasilkan pemasaran yang berkesan.

Untuk merangka strategi untuk sesuatu kempen iklan, anda perlu MENULIS!

Untuk mempromosikan produk guna Fb Ads, anda perlu MENULIS!

Untuk elakkan anda dari terlupa perkara yang penting, anda perlu MENULIS!

Jadi, sangat rugi anda tak kuasai skill penulisan walaupun anda sebenarnya MALAS menulis!

Percaya atau tidak, masih ramai orang di luar sana yang tak pandai menulis walaupun sepucuk surat! Alangkah bagusnya jika mereka suka bertanya, “Bagaimana saya nak jadi penulis yang baik?”, berbanding cepat putus asa dan terus membelenggu diri dengan mensia-siakan potensi diri yang ada.

Menulis ini pada pandangan saya adalah satu skill yang sangat penting bagi setiap komunikasi dalam bisnes.

Oleh itu, kepada anda yang mahu belajar, ataupun ingin melatih diri untuk menulis, saya ingin kongsikan 9 Tips Bagaimana Untuk Anda Menjadi Penulis Yang Baik di bawah…

1. Tambahkan Bahan Bacaan

Untuk menulis sesuatu content, anda perlu banyakkan membaca…

Semakin banyak anda membaca, anda akan semakin biasa dengan intonasi bercerita dalam menerangkan isi-isi dalam penulisan anda.

Jika anda lebih suka menulis berkenaan tip-tip ringkas, anda boleh rujuk kepada bahan bacaan yang berbentuk artikel. Jangan risau, ada banyak sangat artikel-artikel yang bagus bertebaran di internet. Contohnya seperti blog Sifufbads.

Gabungan antara membaca dan menulis ini memang terbukti berkesan. Ianya akan mempengaruhi cara anda menulis dan seterusnya menambahbaik corak dan gaya penulisan anda.

2. Menulis 1 Jam Sekali

Sekejap, poin ke-2 ini bukanlah bermaksud anda mesti menulis 24 kali dalam sehari. Apa yang penting adalah, anda perlu KERAP MENULIS.

PRACTICE, PRACTICE, and PRACTICE!

Anda tidak boleh terus menjadi penunggang motor yang hebat melainkan anda kena selalu berlatih di litar lumba motorsikal. Sama juga seperti menulis. Anda perlu KERAP menulis!

Cari sahaja apa-apa perkara yang anda minat. Contohnya tips nak jadi pelajar terbaik ke, atau tip main congkak, tip cantikkan bulu kucing, dan sebagainya. Asalkan anda mula menulis.

Untuk permulaan, anda boleh cuba buat 1 muka surat dulu menggunakan Notepad atau Microsoft Word, kemudian boleh tambahbaik ke muka surat yang ke-2 dan seterusnya.

3. Ringkas Tapi Padat

Penulisan yang terlalu panjang boleh buatkan pembaca PENAT. Jadi, anda perlu menulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca. Ringkas di sini bermaksud PADAT! Kandungan penulisan anda mestilah padat dengan info-info yang audiens inginkan..!

Bukannya tulis ala kadar je. Nanti pembaca juga akan bosan baca tulisan anda..

Seeloknya, anda jadikan penulisan anda seringkas dan sejelas yang mungkin. Bagi penerangan dan contoh itu bagus, tapi jangan terlalu meleret. Jika isi yang disampaikan itu ringan, tidak perlu penjelasan yang berlebihan.

Selebihnya anda boleh sambung dalam SIRI seterusnya.

Ini TIPS dari saya, menulislah seperti kita sendiri yang jadi pembacanya..

4. Berfikiran Terbuka

Percaya atau tidak, tak semua orang suka makan di KFC dan Pizza Hut.

Mengapa? Sebab masing-masing ada citarasa tersendiri..

Jadi, anda jangan terlalu defensif dengan segala komen dan kritikan yang diberi. Segala maklum balas yang ditujukan kepada hasil penulisan anda itu mempunyai pengajaran yang berharga.

Percayalah, tiada orang yang beri komen untuk menjatuhkan anda (kecuali orang yang memang hidup dalam dunia negatif). Setiap orang ingin bantu-membantu antara satu sama lain. Ambillah segala kritikan itu dengan hati yang terbuka dan tingkatkan usaha untuk jadi lebih baik.

5. Masukkan Unsur Emosi

Sekali-sekala, masukkan sedikit unsur-unsur EMOSI dalam tulisan anda. Gayakan penulisan anda seperti sebuah cerita supaya pembaca tak bosan baca penulisan anda. Ingat! Manusia ini sangat suka baca cerita.

Tahukah anda, ramai orang suka baca penulisan dalam bentuk cerita.. lebih-lebih lagi jika anda menulis dalam blog atau ayat iklan untuk promosikan sesuatu produk.

Unsur emosi yang saya maksudkan adalah lawak, sedih, marah dan seronok.

Macam mana nak hasilkan penulisan yang beremosi? Mesti anda tak tahu kan?

Ok, saya beri tips mudah. Anda perlu menulis seperti anda bercakap dengan audiens, bagaimana anad bercakap.. macam tulah anda tulis. Susah ke?

Saya rasa cara ini lagi mudah sebab anda tak perlu belajar universiti pun. Anda hanya perlu menulis dari hati.

Nak contoh..?

Anda boleh baca kisah-kisah inspirasi student Sifufbads DI SINI..

Lihat bagaimana mereka menulis, sempoi je.. bukan saya yang tulis tau!

6. Tulen, Asli, Original

Setiap orang mempunyai skill penulisan yang UNIK. Anda boleh gambarkan profil anda dengan hanya menulis mengikut rentak sendiri. Orang lain pun boleh kenal pasti yang anda penulis sesuatu artikel tersebut apabila anda ada gaya penulisan tersendiri.

Jadi, jangan takut untuk menulis ikut STYLE sendiri. Jangan COPY PASTE hasil penulisan orang lain. Anda sudah pasti tidak mahu buatkan pembaca rasa yang tulisan anda itu palsu, dan diciplak daripada tulisan individu yang anda tiru stylenya.

Walaubagaimanapun, style ini tidak akan datang dengan mudah. Anda perlu KONSISTEN menulis dan kenal pasti jenis penulisan yang anda selesa. Mungkin anda cenderung kepada penulisan berbentuk formal, mungkin dalam bentuk otai, garang, manja, dan sebagainya.

Jadi, kerapkan latih diri untuk cuba menulis dalam pelbagai jenis penulisan.

TAK RUGI MENCUBA

7. Percaya Kepada Diri Anda

Ini adalah jawapan yang paling saya suka beri kepada sesiapa yang tanya soalan, “Bagaimana saya boleh jadi penulis yang baik?”

Anda tidak akan berupaya untuk lakukan apa-apa melainkan anda percaya pada diri anda. Nak makan pun perlukan rasa percaya yang anda boleh makan makanan tersebut.

Ya, mungkin betul bahawa rasa takut dan rendah diri dengan penulisan yang kita hasilkan itu tidak dapat dielakkan.

TETAPI…

Anda boleh mengubahnya dengan buat tak tahu sahaja apa respon umum terhadap penulisan anda. Jangan sesekali terikut dengan emosi negatif yang membawa keburukan kepada diri sendiri. Jika anda tidak tekan butang publish artikel anda, siapa lagi yang akan tekankan untuk anda? Ibu anda? Adik anda? Sudah pasti tidak..!

Jadi jangan biarkan tanggapan negatif anda itu mensia-siakan bakat yang terpendam dalam diri. Siapa tahu, mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi anda mampu menjadi penulis yang hebat!

Bertindak Sekarang!

Anda boleh jadi penulis yang hebat jika anda mahukannya. Anda boleh jadi copywriter yang berpengaruh jika anda mahukannya. Anda boleh membuatkan pembaca beli produk dengan iklan anda jika anda mahukannya.

Walaubagaimanapun, semua di atas ini tidak akan diperolehi tanpa USAHA dan ILMU yang cukup. Dan, ia juga tidak akan diperolehi jika anda tidak MULA SEKARANG!


Cara ‘Follow Up’ Prospek di WhatsApp

$
0
0

Cara 'Follow Up' Prospek di WhatsApp

Bagaimana cara nak tukarkan prospek kepada pembeli..?

Caranya adalah anda perlu FOLLOW UP prospek menggunakan teknik yang betul sehingga mereka bertukar menjadi pembeli..

Siapa prospek ni?

Prospek adalah orang yang sudah berminat nak dapatkan produk yang kita jual, tapi atas sebab-sebab tertentu.. mereka terpaksa TANGGUHKAN niat mereka untuk membeli produk anda.

Apa pula follow up?

Follow up adalah satu tindakan untuk memujuk prospek yang berminat dengan produk kita tapi masih belum membuat pembelian.

Biasanya, ada 5 cara yang boleh kita gunakan untuk follow up..

  • PM
  • Whatsapp/SMS
  • Emel
  • FB Ads
  • Telefon

Setiap cara di atas menggunakan teknik follow up yang berbeza, tapi objektifnya tetap sama.. nak tukarkan prospek jadi pembeli.

Dari 5 cara di atas, saya syorkan anda untuk pilih WhatsApp.

Kenapa WhatsApp?

Sebab saya pasti, ramai orang di Malaysia gunakan WhatsApp dalam kehidupan harian mereka. Saya boleh katakan, itulah cara paling MUDAH dan JIMAT untuk berinteraksi dengan prospek. Mereka juga pasti lebih selesa menggunakan WhatsApp berbanding cara lain..

Kenapa kita perlu follow up prospek?

Kita dah keluarkan kos iklan untuk dapatkan prospek, agak rugi kalau kita asyik mencari prospek baru. Dari 1000 prospek yang kita dapat, berapa banyak yang kita boleh tukarkan kepada pembeli?

10 orang..?

100 orang..?

Lebih banyak, lebih baik!

Kita dah dapat JIMATKAN banyak kos iklan dan tingkatkan keuntungan bisnes.

“Saya dah follow up banyak kali, tapi takde pun orang beli”

Itu mungkin sebab cara anda follow up tu salah!

Nak follow up pun ada caranya, bukan ikut suka hati anda je!

Dalam artikel ni, saya nak tunjukkan cara  follow up yang betul menggunakan Whatsapp.

Ini Contohnya..

Ada prospek Whatsapp anda..

“Salam, saya berminat”

Ini jawapan yang anda boleh beri..

“As salam Puan Minah.

Saya Wawa, dari page KRIM AAA. Terima kasih kerana PM.

HARGA SEBENAR “KRIM AAA – RM200

HARGA PROMOSI – RM 150 SAHAJA

Harga Promosi akan TAMAT pada 2 Okt 2014.

Dengan kos PELABURAN RM150, puan akan dapat;

1) 3 TIUB KRIM AAA

2) PERCUMA TUALA AAA

3) PENGHANTARAN PERCUMA

Puan BERMINAT dengan tawaran promosi ini?”

Selepas sejam

Tanya pada prospek sama ada mereka masih berminat nak dapatkan produk anda atau tak. Ceritakan semula apa offer yang anda berikan pada mereka.

“As salam Puan Minah.

Beberapa hari yang sudah saya ada hantar mesej pada puan. Ada terima tak?

Untuk makluman puan, harga promosi KRIM AAA masih lagi ada. Kini TINGGAL 2 HARI LAGI sebelum harga promosi BERAKHIR.

Puan boleh buat bayaran RM150 ke salah satu akaun di bawah ye;

1) MAYBANK – 56834343434

2) CIMB – 89343434

Jikalau puan buat bayaran pada hari ni sebelum jam 3 petang, kami akan poskan hari ini juga.
Dan kami berikan..

BONUS XCLUSIF – PERCUMA 1 TIUB KRIM AAA (JIMAT RM70)

Selepas buat bayaran, puan maklumkan pada kami ye.

Puan nak kami poskan ke ALAMAT RUMAH atau ALAMAT PEJABAT?”

Selepas 24 jam

Update info terkini mengenai produk anda. Berapa kuota yang tinggal? Bila tarikh offer anda akan tamat? Lebih baik anda berikan offer jika prospek buat bayaran pada waktu juga.

“As salam Puan,

Saya nak maklumkan HARGA PROMOSI KRIM AAA bakal tamat esok. Stok pun tinggal sikit lagi.
Puan jadi nak order?

Jika jadi, boleh saya tahu BILA puan nak buat bayaran ye?”

Waktu Gaji

Waktu gaji adalah waktu WAJIB untuk anda follow up. Kalau boleh, cuba pujuk prospek untuk bayar pada hari tu juga.

“Salam puan, sori ganggu…

Hari tu ada bro ada tanya pasal KRIM AAA kan?

Saya just nak inform, harini LAST DAT PROMOTION!

Kalau puan buat bayaran sebelum jam 10 mlm ni, esok jugak kami post barang puan..
Lepas dari offer ni, kami dah tak terima.

So, puan masih berminat?”

Ini antara strategi yang boleh anda gunakan untuk follow up prospek. Jangan terlalu kerap buat follow up! Nanti mereka akan lari dari anda dan beli dari peniaga lain, anda dah rugi 1 pelanggan.

Kalau 10 orang lari? Berapa banyak anda dah rugi?

Kalau kos dapatkan 1 pelanggan adalah RM5.. means, anda dah rugi RM50!

Sebab tu, jangan paksa prospek beli produk anda. Cari masa yang sesuai untuk follow up, guna cara yang berhemah..

Di bawah ni saya berikan beberapa tips follow up..

Tips follow up;

  • Mulakan dengan ayat pengenalan; Salam bro, Salam sejahtera bro..
  • Sebut nama prospek yang bertanya; As salam Puan Minah..
  • Perkenalkan siapa anda yang menjawab pertanyaan prospek.
  • Akhiri jawapan anda dengan pertanyaan; Bro masih berminat?
  • Jangan ulang info pada post ketika menjawab soalan. (ciri-ciri, manfaat produk)
  • Gunakan gambar testimoni untuk yakinkan prospek dengan jawapan anda.
  • Tulis maksima 5 baris bagi setiap perenggan.
  • Gunakan emoticon yang sesuai supaya prospek tak rasa bosan bersembang dengan anda.
  • Akhiri jawapan anda dengan soalan.

Kesimpulannya, jangan terlalu banyak keluarkan kos untuk dapatkan pelanggan baru. Jaga pelanggan sedia ada. Keuntungan bisnes kita perlu banyak bergantung pada pelanggan sedia ada. Jelas?

Saya Anak Kampung Jer…

$
0
0

Saya Anak Kampung Jer…

Kali ni dengan kisah inspirasi yang lebih menarik…

Seorang pensyarah yg sudah hidup selesa dengan kerjaya beliau, bertukar kerjaya kepada usahawan untuk keluar dari comfort zone.

Dgn smgt yg kuat, beliau travel dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk mulakan bisnes sendiri. Apa bisnes yg dibuat? Bisnes pakain la yg menjadi pilihan hati, sbb dh biasa berniaga secara kecil-kecilan jual pakaian di rumah.

Ia bukan satu kerja yg mudah, banyak dugaan yang datang…

Nak jual 1 helai sehari pun susah! Selalu lambat bayar sewa kedai, hari-hari terpaksa ikat perut, pernah kena tipu dgn supplier luar negara dan banyak lagi..!

.. tapi, beliau tetap kentalkan jiwa untuk teruskan hidup macam tu.. sehingga beliau berjaya hasilkan jualan sehingga 6 angka!

Bagaimana beliau lakukannya?

Ini al-kisahnya…

” Saya Naimey Jalil. Anak kampung, dari Kelantan. Berasal dari keluarga yang sederhana namun ahli keluarga saya bukan orang bisnes..

Sebelum ni, saya bekerja sebagai seorang Pensyarah di UiTM (secara kontrak) dan merupakan pelajar PHD di UPNM. Masa tu, kerjaya yang saya ada ini, saya rasakan berada di tempat yang cukup selesa tambahan lagi ini kerjaya impian saya.

Namun, saya sedar.. “Hidup ini bukan tentang diri sendiri sahaja!”

Dari situ lahirnya ‘BIG WHY’ yang kuat sehingga menyebabkan saya tinggalkan kerjaya impian saya dan membawa diri ke Kuala Lumpur!

Untuk apa ..? ..BISNES!!

Ya, bisnes pakaianlah yang menjadi pilihan saya waktu itu, memandangkan sewaktu bekerja dahulu saya sudah berjinak secara kecil2an menjual pakaian di ruang tamu rumah ibu bagi menampung perbelanjaan pengajian PHD saya..

ALHAMDULILLAH, dengan izinNya.. hari ini, saya merupakan pemborong pakaian muslimah bagi jenama CaryaZara yang sudah 3 tahun bertapak di Jln Kenanga, KL.

NAMUN, laluan saya tidak semudah ini..

HAMPIR HANYUT..!

Itulah yang boleh saya gambarkan bila bercerita tentang bisnes saya sebelum ni! Menjual pakaian tidak semudah yang disangka.. apatah lagi dikelilingi ‘player2’ otai di sini!

Bermula sebagai pemborong pakaian di Jalan Kenanga, tahun pertama perniagaan merupakan tahun yg amat mencabar bagi saya! Bukan senang nak menyakinkan orang untuk menjual pakaian yang jenamanya masih baru di pasaran lebih lebih lagi mereka sudah lama berurusan dengan ’supplier’ lain sebelum ini. Apatah lagi untuk mempunyai reseller di setiap negeri.

Kesannya, bisnes waktu tu seolah2 HIDUP SEGAN MATI TAK MAU walaupun saya berhabis hampir RM25,000 untuk membuat pengiklanan di majalah tetapi hasilnya tidak seberapa.

Pelanggan masuk kedai dalam sebulan boleh dikira dgn jari menyebabkan saya kesuntukan tunai waktu itu untuk membayar sewa kedai, sewa rumah, api, air, internet malah tak boleh nak rolling modal lagi sebab duit saya ada pada stok.

Perkara ini berlarutan sehinggakan saya terpaksa IKAT PERUT, catu makan! Bawa bekal makanan dari rumah. Waktu tu hari hari saya makan nasi goreng sebab nak jimatkan duit yang ada untuk membayar sewa kedai & utilities. Masa tu, keperitan yang saya tanggung tidak di ceritakan kepada sesiapa walaupun kepada keluarga sendiri.

(Pada saya, biarlah dipendamkan saja keperitan yang ditanggung ini sehingga saya bersedia untuk bercerita kembali keperitan ini dalam keadaan tersenyum setelah berjaya melaluinya.. )

Pada waktu itu…

Walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian termasuk ditipu oleh ‘supplier’ di luar negara, namun, untuk berundur dari bisnes ini langsung tidak kerana ‘BIG WHY’ saya amat kuat!

Lagi pun saya dah berhenti kerja dan saya sedar ini sahaja ‘periuk nasi’ saya! Itu yang memaksa saya & partner, Nik untuk terus memandang ke hadapan dan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kami keluar daripada situasi ini.

Kemuncak ujian yang kami tanggung, apabila 2-3 bulan kedai kami tidak mampu menghasilkan sebarang jualan bermula pada pertengahan ogos 2013. Hanya tuhan yang tahu perasaan saya waktu itu.

Dengan duit ‘rolling’ ( pinjaman bank ) dah nak habis dan sewa kedai pun kami dah tak mampu bayar untuk bulan berikutnya.. Memang hari2 la main ‘biola’..

Hanya air mata mengiringi setiap doa waktu itu..

TETAPI… aturan Allah maha hebat! Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui..

Satu hari, partner saya, Nik rekemen kat saya..

“Emi, ada seminar fb ads di KL, jom kita join nak?”

Saya kata ok. So, kami pun pergi..

Itu kali pertama sy join seminar berkaitan perniagaan…

Sebenarnya, perasaan nak dgn tidak utk masuk seminar tu sama banyak kerana saya tidak yakin fb boleh membantu bisnes saya kerana saya memang sudah ada fanpage waktu itu, tapi.. paling ramai orang membeli melalui fb pun setakat 4 pasang sahaja sebulan.

Jadi, mana mungkin saya percaya seminar sifufbads ini boleh membantu bisnes saya untuk melangkah dengan lebih Jauh.

Sepanjang seminar SIFUFBADS, saya dapat lihat rasional ilmu yang diterangkan dan bagaimana fb ads dapat membantu bisnes saya.

“WOW!” Makin teruja saya apabila melihat kejayaan demi kejayaan yang dikongsi oleh student SIFUFBADS yang naik HOT SEAT time tu.

Sehingga saya bagitau partner saya..

“Ni tak boleh jadi, kalau diorang boleh buat kita jugak boleh buat!”

Hilang segala kebuntuan.. yang saya tahu saya kena buat apa yang ‘orang2’ HOT SEAT ni buat!

“Masuk kelas elite?” (Skrg kelas elite dah takde)

Bukan semudah tu keputusan dibuat! Berkali-kali kami pikir nak masuk ke tak! Hehe..

Sebab waktu tu, kami memang kesuntukan duit sehinggakan kami buat keputusan hanya salah seorang sahaja yang masuk.

Masa kelas hari pertama, laptop saya rosak..

MasyaAllah, saya rasa down sangat sebab satu hari tu tak boleh belajar betul2..

Balik tu terus ajak partner saya g beli laptop baru di lowyat.
Dalam hati cuak dah..

“Keluar lagi duit aku..” Jadi saya tekad dalam hati.. ‘macam mana sekalipun aku akan pastikan apa yang aku keluarkan ni balik modal..!’

HASILNYA, memang rasa nak nangis..

Kalau dulu saya hanya mampu jual 4 helai shj melalui FB tetapi bulan pertama selepas kelas saya dapat jana sales RM20,000 ke RM30,000 sebulan. Melalui ilmu fb ads yang dipraktikkan ni, 3 bulan lepas tu sales meningkat sehingga 6 angka. Teruja sangat sale offline & online sama naik!!

KALAU DULU..

+ Kalau dulu stok cuma 200 helai tetapi untuk bulan puasa shj stok hampir 30,000 helai.

+ Kalau dulu susah sangat kami nak cari reseller untuk CaryaZara, tetapi kini reseller CaryaZara dah berada di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak & sekarang dah masuk pasaran Singapura.

+ Dan NIKMAT yang tidak terhingga kepada kami apabila dapat membantu ramai reseller CaryaZara meningkatkan pendapatan mereka sehinggakan ada yang dapat menjana pendapatan sehingga RM50,000 sebulan hanya melalui jualan secara ONLINE SAHAJA..

+ Bukan itu sahaja, reseller CaryaZara yang dulu jual baju kami melalui online sahaja tetapi sekarang sudah mampu buka butik sendiri. Syukur..

+ Paling best ada juga di antara reseller butik siap buka satu butik khas lagi untuk jual baju CaryaZara sahaja bagi menampung permintaan customer.

Syukur Alhamdulillah, tunjuk ajar yang berterusan dari sifu Jamal & team Sifufbads lah banyak membantu saya sehingga ke tahap ini..

NASIHAT SAYA..

Berniagalah dgn ILMU! Pilih MENTOR yang tepat! Buat sampai jadi! Kepada peniaga2 di luar sana :

1. Kalau anda baru start berniaga : Carilah guru yg tepat untuk SEDUT ilmu bisnes! Jgn sampai langgar dinding dulu baru nak berguru! Dalami ilmu Marketing Online sebab ni LUBUK KEKAYAAN BARU!

2. Yg dah lalui pengalaman pahit maung mcm sy : JANGAN berterusan membayar ‘cukai kebodohan’! Selalu langgar dinding kalau jatuh blh bangun balik takpa tapi kalau jatuh tak bangun2 mcmana?! So.. Apa yg kita kena buat? CEPAT2 cari guru yg tepat bila dapat JGN NAK TUNGGU2 atau BNYK PIKIR lagi follow aja apa yg guru cakap terus apply ilmu itu! (buat sampai jadi itu apa yg sifu Jamal selalu pesan pada saya sehingga sekarang)

3. Kpd peniaga yg dah terbang tinggi : Teruskan dampingi ilmu. Utk kekalkan MOMENTUM supaya terus terbang tinggi!

Dgn ilmu yg diajar Sifufbads, kami sempat berpaut dan menyelamatkan CaryaZara dari terus hanyut malah dgn ilmu ini jugalah CaryaZara berkembang membina nama sehingga sekarang.. Malah, sekarang CaryaZara selalu masuk TV, Majalah & surat khabar semuanya secara PERCUMA..

Bila fikir balik, kalau saya tidak mengambil keputusan itu dahulu.. sy tidak tahu DI MANA CARYAZARA AKAN BERADA SEKARANG..

Sampai sekarang saya masih belajar dengan sifufbads, join seminar, jadi crew.. saya rejoin kelas elite. Bagi saya ilmu itu perlu di recharge sentiasa dan sudah pasti ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Terima kasih buat sifu jamal & team..”

Ditulis sendiri oleh Naimey Jalil

~ Fanpage : Caryazara Official

Sifu Jamal Penyelamat Maruah Saya!

$
0
0

Sifu Jamal Penyelamat Maruah Saya!

Beliau adalah student saya yang pernah menjalankan bisnes MLM. Sales yang beliau dah hasilkan meman agak lumayan, tapi malangnya syarikat MLM yang beliau join tu bermasalah..

Bermasalah sampai menyusahkan diri dank keluarga beliau!

Akhirnya, beliau buat keputusan untuk berguru dengan saya.

Beliau kata saya yang selamatkan dia?

Tak……

Sebenarnya, bukan saya yang selamatkan beliau..

Beliau sendiri yang selamatkan diri sendiri untuk keluar dari segala masalah yang beliau hadapi..!

Apa kisah beliau? Baca lagi di bawah…

” Pada tahun 2009, saya telah menyertai sebuah syarikat MLM. Syarikat tersebut mengeluarkan produk pendidikan dan kesihatan.

Pada awal penghujung 2013, pihak syarikat telah mengeluarkan satu produk kesihatan baru.

Tim saya bertungkus-lumus buat marketing habis-habisan..! Tak kira siang dan malam.. pagi dan petang…

Alhamdulillah! Kami berjaya membuat jualan sebanyak 7 angka. Seronok betul masa tu.. dah rasa macam JUTAWAN!

.. tapi, kegembiraan tu tak lama…

Apa yang menyedihkan saya adalah produk tersebut GAGAL diserahkan kepada semua pembeli. Ini kerana pihak syarikat mengalami MASALAH dengan pihak kilang.

Hanya selepas 3 bulan menunggu, barulah saya terima produk tersebut.. fuuhhhh…

3 BULAN!? LAMA TU…

Rasa macam 3 tahun saya menunggu! Sebab apa?

Sepanjang 3 bulan tu, saya kenyang menerima CACI MAKI dan sumpah seranah. Ada sampai tahap boleh membahayakan keluarga saya. Tak cukup MAKI HAMUN saya, keluarga saya pun terkena tempias juga. Tak pasal2 keluarga saya terlibat.. BAHAYA BETUL!

Memang kelam-kabut jadinya..!

Ramai pembeli yg cari saya, dah macam kena kejar Ah Long. Takkan saya nak lari kot? Bukan salah saya pun..

Pada pandangan pembeli, saya telah makan duit pembelian produk. Padahal duit tu saya sudah serahkan kepada syarikat. Mereka TUDUH saya bawa lari duit tu.

MEMANG SAYA RASA TAK PUAS HATI BETUL LA!

Org lain buat hal, saya yg salah..

Bila produk yang di tunggu2 sudah tiba, saya jadi BUNTU. Apa yang saya perlu buat dengan STOK produk yang berlambak2 ni? Pening kepala saya! Pembeli pula nakkan duit mereka balik. Mereka dah tak percayakan saya.

ALLAHU…

Kebetulan masa tu, Tuan Jamal SifuFBAds mengeluarkan PANDUAN bagaimana menjual di Facebook dengan menggunakan FB Ads.

Selepas membaca segala butiran maklumat di laman web sifufbads, saya terus mendapatkannya tanpa RAGU2 lagi. Saya rasa inilah panduan yg boleh selesaikan masalah saya.

Masa tu, saya mmg tak fikir panjang.. sangat TERDESAK sgt ketika tu. Saya betul2 perlu cari jalan bagaimana cara nak JUAL BALIK semua produk tu…

Bila panduan tersebut tiba ke rumah saya, saya terus APLIKASIKAN teknik2 yang diterangkan oleh Tuan Jamal SifuFBAds. Ikut step by step..

Mula-mula tu mmg susah sangat! Payah betul nak paham apa yg sifu ajar dlm panduan tu..TEKNIKAL sgt.. tapi, saya buat jugak! Saya mesti buat utk kembalikan MARUAH saya yg sudah tercalar tu..!

Alhamdulillah! Seawal hari pertama, saya mula dapat menjual produk kesihatan yang berlambak2 di dalam simpanan saya.

Dalam masa 6 bulan, saya berjaya menjual HABIS semua produk dan membayar balik duit pelanggan saya. Alhamdulillah.. Settle masalah saya! YESSS..!

Tiada kata yg boleh saya ungkapkan kecuali setinggi2 penghargaan kepada Tuan Jamal SifuFBAds kerana tanpa bantuan beliau, MARUAH saya yang tercalar tidak dapat ditembus kembali.

DUIT BOLEH DICARI, MARUAH TIADA GALANG GANTI..

BAIK MATI DRPD HILANG HARGA DIRI..

Alhamdulillah..!

Sekarang dengan ilmu yang diberikan oleh Tuan Jamal SifuFBAds, saya dapat membina perniagaan online yang sangat2 menguntungkan.

Dgn ilmu yg ada, saya dapat kembangkan lagi bisnes saya ke tahap yg lebih tinggi…

Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesihatan kepada Tuan Jamal SifuFBAds untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia.”

TERIMA KASIH…

~ Ditulis oleh Ahmad Fadzli Fauzi

Buku 21 Inspirasi Sifufbads Dilancarkan!

$
0
0

pelancaran buku inspirasi

Rahsia disebalik kejayaan ‘Student Sifufbads’ yang akan membuka minda anda mengenai REALITI hidup dalam dunia bisnes. Kisah yang dibukukan adalah EKSKLUSIF dari individu yang sudah berjaya menghasilkan jualan besar dari internet!

Percayalah! Ia bukan citer dongeng, bukan citer drama, bukan citer rekaan.. it’s a true inspiration story behind the scene..!

Dengan secara rasminya, saya melancarkan BUKU TERBARU saya..!

Apa kisah inspirasi yang bakal anda baca dari buku ini?

  • Bagaimana mereka bangkit dari zaman kejatuhan mereka, ada yang berhutang besar, ada yang hidup susah dengan hanya cukup-cukup makan sahaja, ada yang ditipu oleh rakan kongsi sendiri, dan macam-macam lagi kisah yang menyayat hati. Dari pengalaman buruk tersebut, mereka bangkit secara agresif untuk ubah hidup mereka dari ‘Zero to Hero’.
  • Apa teknik dan strategi yang digunakan oleh anak didik Sifufbads untuk hasilkan jualan sehingga 6 angka, malah ada yang cecah jualan sehingga 7 angka. Apa yang pasti, mereka menggunakan Facebook Ads untuk meletupkan jualan bisnes mereka.
  • Tips peribadi dari mereka mengenai sikap, tabiat, niat dan mindset yang WAJIB ada dalam diri seorang usahawan. Anda juga akan diberi tips bagaimana cara untuk bertahan lama dalam dunia bisnes yang penuh dengan persaingan.

Dalam buku ini, anda akan dikongsikan kisah mengenai 21 individu yang mempunyai kisah pahit manis yang akan memberi inspirasi pada anda. Mereka adalah;

  • Dila Mubarak – Kisah dari surirumah zero income ke millionaire housewife.. Geng-geng surirumah, kalau tengok brand dia, insyallah kenal…

Dila Mubarak

  • Mas Habshee – Seorang IRON LADY DALAM BIZ ONLINE. Bukan calang-calang orangnya. SERIUS! Niaga produk kosmetik, krim muka! 6 angka sebulan walaupun dia hanya stokis. Jual sendiri ye, guna fb, tanpa guna agen..

Mas Hasbee

  • Dian Pixy – Dia bermula dengan hanya jual produk org lain secara dropship, untung pun sekadar RM5 jer. Kecik giler untung.. Sekarang, Dian ni dah ada produk sendiri!

Dian Pixy

  • Farra Tuffa Tuffa – Pernah dengar tak mengenai kedai online Tuffa Tuffa? Ia adalah butik fesyen online yang menyediakan pakaian wanita muslimah. Beliau adalah seorang yang tak kenal erti putus asa. Berniaga kecil-kecilan semasa kerja makan gaji, sales 4 angka.. ia bukan satu perkara yang mudah dilakukan..

Farah Tuffa Tuffa

  • Naimey CaryaZara – Seorang pensyarah yg sudah hidup selesa dengan kerjaya beliau, bertukar kerjaya kepada usahawan untuk keluar dari comfort zone.. tapi, beliau tetap kentalkan jiwa untuk teruskan hidup macam tu.. sehingga beliau berjaya hasilkan jualan sehingga 6 angka!

Naymey

  • Encik Sang – Tuan Norhisham Nordin, ataupun panggilan terkenalnya Encik Sang, merupakan salah seorang pemilik Syarikat Hybrid Nutrilab Sdn. Bhd. yang telah menjana jualan 7 angka dalam masa 3 bulan sahaja selepas produk pembakar lemak Elite S7 dilancarkan pada umum. Malah, jualan produk Elite S7 kini konsisten dengan jumlah jualan purata sebanyak 10,000 botol setiap bulan.

Encik Sang

  • Muaz Ruslan – Beliau lebih dikenali sebagai Muaz Borong China di laman Facebook kami iaitu “Info Borong di China”. Matlamat beliau adalah untuk membantu para usahawan yang mahu memulakan perniagaan dan yang ingin mengembangkan perniagaan dengan cara mengimport produk daripada China. Di samping itu, antara fokus dan aktiviti utamanya adalah bertindak sebagai pemborong dan pembekal kepada mana-mana tender dalam sektor kerajaan dan swasta.

Muaz Ruslan

  • Nauf Safwan – Dulu kerja polis, sekarang dah turun pangkat jadi penjual tudung.. Bunyi macam kelakar tapi tu la kebenarannya.. Lagi pelik, macam mane laa brader ni ada terdetik hati nak tukar kerja dari Mat Polis kepada Mat Tudung.. ikuti kisahnya dalam buku ini…

Nauf Safwan

  • Zahrul Tuffa Tuffa – Dulu mamat yang kerja MAKAN GAJI, sambil-sambil tu.. buat bisnes online sendiri.. kemudian, MENGAJAR orang ramai ilmu dalam permasaran bisnes online. Boleh nak buat bisnes jika masih bekerja, tetapi kena pandai BAHAGI masa dan tugas serta perlu byk BERSABAR. Jangan buat bisnes sampai kerja di ofis terabai, tak pasal2 nanti kena buang kerja..

Zahrul

  • Sue Adira – 1st time datang KL, ada RM50 jer. Itu jelah duit yang ada semasa beliau pertama kali jejak kaki di KL. Kalau anda nak tau, beliau juga pernah berhutang sehingga RM300K tau! Banyak tu..! Ambil bertahun jugak la byr hutang tu! Takkan hidup untuk bayar hutang je!! Jadi, camne caranya nak settlekan hutang tu? Ada dikongsikan kisahnya dalam buku ni…

Sue Adira

  • Hafiz Colorblast – Seorang lelaki graduan UKM yang terus cari kerja lepas habis belajar.. dapat la kerja dengan syarikat besar. Hari2 kerja dah macam robot.. keluar pagi, balik malam. Memang penat GILER kalau hari2 macam tu! Sambil kerja sambil buat bisnes pulak tu..! Apa yang saya boleh katakan mengenai beliau adalah beliau tak kedekut keluar duit iklan, tak kenal erti putus asa dan berani untuk berkembang..

Hafiz Coloblast

  • Eaisyah Hamzah – Beliau adalah pengasas syarikat Bina Mutiara Global Entreprise, jual produk makanan sunnah ~ Habbasauda Listra Nuderm Skin Series. Masa mula-mula buat bisnes dulu, beliau lebih suka guna cara kuno. Buka kedai, jual produk, cari agen. Beliau pernah marah saya sebab iklan yang dibuat tak jadi.. tulah, lain kali dengar cakap cikgu ye!

Eaisyah

  • Wanie Idayu – Mungkin ramai orang berasa selesa dengan kerja yang duduk di pejabat, dengan dokumen-dokumen yang berselerak di atas meja, 24 jam menghadap laptop, lihat nombor-nombor yang perlu disusun, dan sebagainya. Tetapi tidak bagi beliau. Beliau ini cepat bosan dan tidak minat kerja yang melibatkan pengurusan akaun, walaupun ketika itu beliau memegang jawatan sebagai akauntan di sebuah syarikat yang berdaftar. Bagaimana beliau bermula bisnes? Beliau ada kongsikannya dalam buku ini…

Wanie Idayu

  • Nizaruddin Md Arif Healthcare – Beliau mula berniaga pada hujung tahun 2013. Sebelum ni makan gaji selama hampir 15 tahun. Jawatan terakhir adalah sebagai Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan di salah sebuah syarikat MNC. Nak tahu kisahnya bagaimana beliau buat keputusan untuk berhenti kerja dan buka syarikat bersama isterinya? Ada dikongsikan dalam buku ini…

Nizaruddin Md Arif

  • Aliza Mohd Nor – Namanya Aliza Mohd Nor, tetapi ramai yang lebih selesa memanggil saya dengan panggilan sebagai Kak D. Bisnes yang beliau jalankan sekarang, adalah Dafinah Collections, syarikat membekalkan produk yang berjenama “Inner Magic” di Malaysia.

Aliza

  • Marina Ibrahim – Beliau sudah mula bisnes online sejak tahun 2012 lagi. Sebelum beliau mulakan bisnes online, beliau merupakan seorang jurutera komputer. Memandangkan sepanjang masa beliau diluangkan untuk bekerja, beliau takde langsung masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Sampailah satu masa, di mana beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan bisnes secara lebih serius…

Marina Ibrahim

  • Marina Ismail – Syarikat CQ Global Sdn. Bhd. diasaskan oleh Marina Ismail dan Dalila Fisal. Mereka berdua merupakan rakan kongsi sejak daripada awal penubuhan syarikat iaitu pada tahun 2010. Syarikat mereka membekalkan tudung dan pakaian muslimah berjenama Chenta Qaseh kepada para wanita yang ingin sentiasa kelihatan muda dan bergaya..

Marina Ismail

  • Hafiy Azmi – Beliau adalah seorang salesman kereta. Jualan setiap bulan dah capai lebih dari 30 unit kereta. Ini nasihat beliau untuk salesman baru, untuk buat sales, kita kena KONSISTEN dan ISTIQAMAH. Jangan mudah give up! Jangan harap nak hasil segera.

Hafiy Hazmi

  • Anidanita Kanapi – Dulu akak ni surirumah sepenuh masa.. sekarang usahawan sepenuh masa. Sebelum ni, dia banyak buat dropship untuk baju ibu mengandung. Kemudian, beliau buat produk sendiri.. Set Bersalin Danita. Pakaian untuk ibu-ibu mengandung. Pada tahun lepas je, lebih 600 set bersalin dapat dijual. Sape2 yang berminat nak jadi agen, boleh la terus tanya beliau..

Anidanita

  • Leo Adi Putra – Nama beliau Leo Adi Putra, 35 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Beliau merupakan pengarah urusan kepada Wasima Wafa Sdn Bhd., dan pengarah kepada 3 lagi syarikat lain iaitu Warna Rizqi Sdn. Bhd., Chocorich Nation Sdn. Bhd., dan Dania Beauty Sdn. Bhd. Produk utama yang beliau jual adalah Gel Amani, selepas menggunakan FB Ads untuk promosikan Gel Amani.. jual sebulan konsisten 6 angka. Anda wajib berguru dengan beliau!

Leo Adi Putra

  • Jamal Sifufbads – Sifu JaMaL, bukan nama asing lagi dalam dunia pemasaran internet. Beliau merupakan Mentor #1 dalam Pemasaran FB di M’sia. Beliau berpengalaman lebih dari 7 tahun dalam arena pemasaran internet. Melalui program latihan dan mentoring yang disediakan oleh pihak Sifufbads, ribuan usahawan-usahawan berjaya dihasilkan. Misi utama Sifu Jamal untuk rakyat Malaysia, melahirkan lebih 50 jutawan facebook yang berjaya dunia dan akhirat.

Jamal

Selepas menghayati kisah jatuh bangun mereka, ia boleh jadi pemangkin semangat untuk anda yang sudah putus asa dalam bisnes. Jika mereka boleh, anda juga boleh!

Perkongsian ini sesuai untuk anda yang buat bisnes tak kira secara online, offline, part time ataupun full time. Jadi, BACA.. HADAM.. FAHAM dan AMALKAN apa yang terkandung dalam buku ini!

Dari pengalaman saya, untuk memulakan sesuatu bisnes memang mudah, tapi nak kekalkan rentak dan prestasi bisnes untuk jangka masa panjang, ia bukan perkara yang boleh diambil ringan. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah belajar dan berguru dari mereka yang sudah lalui pahit getir dalam dunia bisnes.

Semoga segala kisah kejayaan ‘Student Sifufubads’ yang dikongsikan dalam buku ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk anda!

Sudah bersedia nak belajar sesuatu dari mereka?

“YA! Saya dah bersedia..! Saya nak baca buku ni…”

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN BUKU INSPIRASI INI!

Tutorial Cara Buat ‘Like Marketing’ Untuk Fanpage Anda

$
0
0

Tutorial Cara Buat 'Like Marketing' Untuk Fanpage Anda

Masih tidak tahu bagaimana cara bina fans di page anda?

Kali ini saya nak terangkan bagaimana membina iklan untuk tarik like ke fanpage anda.

Lepas ini takde lagi alasan mengapa like ataupun fans di page anda sikit je! Ikuti tutorial cara buat like marketing untuk fanpage anda seperti di bawah ya..!

Jom kita mulakan…

1) Klik pada butang atas paling kanan di FB Profile anda dan pilih “Create Ads” atau boleh sahaja taip address ini di browser anda.

1

2) Apabila keluar paparan seperti ini, Pilih ‘Promote your Page’. Iklan ini bertujuan untuk tarik ‘Like’ sahaja.

2

3) Selepas itu pilih ‘Page’ yang anda ingin tingkatkan likes ataupun yang anda ingin fokus kepada pembinaan ‘Fans’.

3

4) Namakan Campaign, dan kemudian klik ‘Set Audience & Budget’ apabila selesai.

4

5) Masukkan maklumat audiens yang anda ingin sasarkan utk lihat iklan Like anda ini. Anda juga boleh lihat ‘Potential Reach’, iaitu jumlah anggaran audiens yang telah anda pilih berdasarkan maklumat audiens yang telah anda isi.

5

6) Tetapkan budget yang anda ingin belanjakan untuk iklan ini. Kemudian namakan Ad Set, dan klik butang Choose Ad Creative.

6

7) Untuk iklan tarik Like, anda boleh gunakan gambar ataupun video. Pilih salah satu..

Kemudian, tuliskan ayat iklan untuk tarik Like. Tips untuk iklan tarik Like –  masukkan ayat CTA (Call-to-Action) seperti “Sila LIKE…”, “LIKE sekarang..”.

Pilih placement yang anda mahu iklan ini dipaparkan. Sama ada ‘Desktop’, ‘Mobile’, ataupun ‘Desktop Right Column’. Tips – Sebaiknya, jika anda baru hendak bermula, gunakan paparan ‘Mobile’ sahaja dulu. Remove placement yang lain.

Klik ‘Review Order’.

7

8) Paparan ini akan muncul selepas ‘Review Order’. Letakkan ‘Ad Name’ atau nama iklan untuk rujukan anda. Semak butiran iklan anda sebelum klik ‘Place Order’.

8

SELESAI!

Tutorial Cara Tukar ‘Currency’ Akaun Fb Ads Dari USD Ke RM

$
0
0

Tutorial Tukar 'Currency' Akaun Fb Ads Dari USD Ke RM

Jika matawang atau ‘currency’ pada akaun FB Ads yang anda gunakan adalah dalam unit USD, anda sebenarnya boleh tukarkannya kepada unit Malaysian Ringgit (MYR). Jadi jika anda nak tukar currency dari USD ke MYR, jom follow tutorial ni:

 LANGKAH 1: Pergi ke ‘Ads Manager’, dan klik Account Settings.

1

LANGKAH 2: Di bahagian ‘Time Zone’, klik pada ‘Change Currency’.

2

LANGKAH 3: Pilih currency yang anda mahukan. Dalam kes ini, kita mahu gunakan currency Ringgit Malaysia (MYR).

3

LANGKAH 4: Klik ‘Create New Account‘. Selesai!

4

Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes yang mana function ‘Change Currency’ ini hilang. Jadi, jika itu berlaku, ada satu lagi option yang boleh anda lakukan untuk ubah currency FB ads akaun anda.

LANGKAH 1: Klik pada button atas sebelah kanan Fb anda. Klik Settings.

5

LANGKAH 2: Klik ‘Payments‘.

6

LANGKAH 3: Klik ‘Account Setings‘.

7

Pilih ‘Currency’ yang anda mahukan. Kemudian klik ‘Save Changes‘. DONE!

8

Ok, itu sahaja tutorial untuk kali ni. Moga bermanfaat ye :)

Tutorial Cara Menggunakan Butang ‘Call to Action (CTA)’ di Fanpage Anda

$
0
0

 

Tutorial Cara Menggunakan Butang Call to Action (CTA) di Fanpage Anda

Perasan tak ada fungsi Call to Action (CTA) di fanpage anda?

Anda boleh gunakannya untuk menyuruh fans lakukan sesuatu tindakan.

Contohnya,

Anda ingin menyuruh audiens untuk buat tempahan atau pendaftaran. Masukkan link tempahan di butang tersebut.

Jika anda nak kumpul database, bawa audiens ke squeeze page. Masukkan link squeeze page di butang tersebut.

Untuk buat CTA, lihat di ‘Cover Photo’ fanpage anda, kemudian klik butang ‘Create Call to Action’.

1

Pilih jenis CTA yang anda nak..

2

Sekarang, masukkan link website, kemudian, klik butang ‘Create’..

3

Siap! Senang je kan?

4

Cuba klik pada butang tu. Pergi tak ke link website yang kita letak tadi?

Jika anda klik pada butang tu, akan keluar dropdown menu seperti di bawah..

5

Nak promosikan butang CTA tu pun boleh! Klik pada butang tu dan pilih ‘Promote’. Akan keluar paparan seperti ini..

6

Kemudian, masukkan copywriting, gambar dan audiens yang mahu disasarkan dalam iklan anda..

Nak tahu bagaimana prestasi iklan untuk butang CTA anda? Klik ‘View Insight‘, nanti akan keluar paparan seperti ini..

7

Jika anda nak edit butang tersebut pun boleh! Klik ‘Edit Call to Action‘.

Tak suka ada butang CTA ada di fanpage anda? Rasa nak buang butang tu? Klik je ‘Delete Call to Action‘..

Settle! Itu sahaja yang saya nak kongsikan dalam artikel ni..

Harap tutorial yang ringkas ni sedikit sebanyak dapat membantu anda.


Tutorial Cara Menggunakan ‘Ads Manager’ Terbaru Tahun 2015

$
0
0

Tutorial Cara Menggunakan 'Ads Manager' Terbaru Tahun 2015_1

Dalam artikel ni, saya nak tunjukkan anda cara nak gunakan Ads Manager terbaru untuk tahun 2015 ni. Jika anda biasa gunakan FB ADS, pasti anda perasan yang paparan Ads Manager dah berubah. Untuk anda yang masih baru, follow je tutorial ni untuk buat FB ADS.

Ok, jom ikuti tutorialnya di bawah..

Mula-mula, klik pada pada ‘Create Ads‘..

1

Langkah seterusnya,

  • Pilih ‘Boost your posts
  • Pilih Page
  • Pilih Post yang anda ingin iklankan.
  • Namakan Campaign
  • Klik ‘Set Audiens & Budget

2

Isikan maklumat audiens di bawah..

t1.1

1) Custom Audiens: Jika anda ada gunakan WCA ataupun CA anda boleh masukkan di ruangan ini

2) Locations: Masukkan lokasi yang anda ingin sasarkan, anda juga boleh filter pada bandar atau negeri sahaja. Untuk lebih mudah pilih sahaja Malaysia.

3) Age: Pilih umur yang bersesuaian dan mempunyai kuasa membeli untuk produk anda.

4) Gender: Pilih jantina yang bersesuaian untuk produk anda.

5) Language: Anda boleh kekalkan ataupun masukkan jenis language yang digunakan oleh pengguna facebook.

6) Detailed targeting: Pilih interest yang berkaitan dengan produk anda, abaikan suggested dari facebook.

7) Connections: Anda boleh pilih connection yang anda inginkan untuk sasarkan iklan ini pada ‘semua’ atau pada ‘fans anda sahaja’ atau ‘kecuali fanpage’ anda ataupun pada ‘kawan kepada mereka yang like fanpage anda’.

Setelah selesai isikan maklumat di ruangan audiens, kini letakkan budget anda. Untuk Like Ads ini, pilih OCPM untuk dapatkan result yang pantas.

8) Budget: Anda boleh pilih untuk gunakan Daily Budget ataupun Lifetime. Untuk permulaan, mulakan bajet Like Ads anda dengan minimum RM5 sahaja dan maximum adalah RM10-RM15 sahaja.

9) Schedule: Jadualkan bilakah anda ingin iklan anda mula bergerak dan tamat pada tarikh yang ditetapkan

10) Bid Amount: Pilih AUTO jika anda mahu FB yang tetapkan nilai terbaik, atau MANUAL jika anda mahu tetapkan sendiri jumlah bid.

11) When you get charged: Impression (anda dicas setiap kali iklan keluar pada audiens), atau Page Likes (anda dicas untuk setiap Like page yang anda terima).

12) Advert scheduling: Tetapkan masa yang anda mahukan iklan tersebut berjalan. (Hanya boleh digunakan jika Budget adalah Lifetime)

13) Namakan Ad Set anda mengikut kreativiti anda ataupun sasaran anda.

14) Klik ‘Choose ad creative’.

t3.1

Untuk bidding ini, saya syorkan anda guna OCPM dan mulakan dengan bajet RM5 dan tingkatkan hingga maximum RM30, jika iklan anda CR bagus.

Pilih ‘Placement’ untuk iklan anda.

5

Klik review order, dan semak dahulu setting iklan sebelum tekan ‘Place Order‘.

6

Paparan ini akan muncul menandakan iklan anda sudah pun siap dibina. Jika anda ingin bina iklan yang sama tapi dengan sedikit perubahan kecil, klik ‘Create Similar Ad‘. Pastikan anda bina Ad Set yang baru.

Jika tiada, klik ‘Continue‘.

7

Selepas iklan anda dah di-approved, delivery akan berubah jadi hijau. Jika anda ingin edit iklan tersebut, klik pada butang seperti di bawah..

9

Ok, itu je untuk tutorial kali ni.

Kalau ikutkan, ada banyak lagi fungsi dalam Ads Manager ni. Saya hanya tunjukkan benda basic sahaja. Harap anda dapat faham.

Selamat mencuba!

Update Ilmu, Update Income!

$
0
0

Nor Arika Syarif

Kisah inspirasi untuk anda pada harini.. mengenai seorang akak comey yang dulu bekerja sebagai Programmer..

Memang bukan calang2 orang akak ni, pandai main coding pelik2 tu.. hebat!

Tapi, macam mana akak ni yang dulu kerja sebagai Programmer bertukar jadi peniaga online. Bukan berniaga online je, beliau dah boleh buat bengkel dan kelas untuk ajar pemasaran fb. Lagi la hebat!

Saya tak mau sembang panjang lagi, baca sendiri kisahnya…

” Nama saya Nor Arika Syarif, berasal dari Kuala Lumpur, berumur 35 tahun, saya merupakan founder kepada Wardrobe Ummi dan juga RikAds Network.

Dulu, saya adalah bekas Senior Analyst Programmer, bank logo rimau. Mula berniaga sebab bonus mengikut KPI yang ditetapkan. Walau KPI bagus macam mana pun, jika bukan milik anda, ia tidak akan menjadi milik anda. Untuk dapatkan bonus setiap bulan dan tidak perlu tunggu bonus tahunan, saya mula berniaga kain secara PART TIME yang lagi best secara online.

Masa tu mana ader fb lagi. Saya berniaga online via blogspot dan iklan2 di forum2 niaga. Orang perlekehkan saya niaga online? Ader ke orang nak beli kain online, boleh ke buat duit dari online ni..

Walaupun orang cakap macam2 pasal saya, saya tetap tak putus asa! Saya gagahkan diri untuk berniaga jugak!! Biarlah apa orang kata, saya buat je apa yang saya rasa betul. Jual kain online? Salah ke..? Tak tau la, saya fikir orang yang sibuk mengata saya ni dengki dengan saya.. Betul tak?

Ok..

Tahun 2010 saya bermula bermain fbads, bayar satu seminar berharga RMxxx itu pun dah rasa mahal. Tapi, bila apply ilmu yang diajar memang menjadi. Tapi, tak tahan lama teknik yang diajar. Perubahan fb ads sangat pantas.

Apa yg anda belajar dan praktikkan harini, belum tentu boleh digunakan untuk 3 bulan akan datang.. mesti kena selalu UP TO DATE kalau nak kekal lama berniaga guna platform fb ni..

Saya mula cari mentor yang sentiasa update dengan ilmu fbads yang FRESH. Sebelum seminar, saya dah cuba beberapa teknik SIFUFBADS dgn membeli dvd teknik oren (dvd ni dah tak dijual). Tetapi biasa la, tonton dan dengar apa yang diajar dalam dvd tak semua benda akan paham. Tonton ulang2 banyak kali, ader je yang confuse.. susah betul nak faham!

Ada je masalah! Lepas buat, kos iklan mahal.. komen sikit.. sales ciput je. ADOII… masa tu, rasa nak putus asa pun ada!

.. tapi, saya bertekad nak belajar dan cari jalan jugak macam mana nak kurangkan kos iklan, saya mencari peluang untuk belajar dengan mentor dengan lebih dekat. Tapi, ia tak mudah! Dah belajar, tapi masih tak menjadi, buat lagi pun tak jadi..!

Lama2, dugaan pun mula datang, saya jatuh sakit nak dekat sebulan dan bisnes pun jalan gitu2 sahaja. Sales setiap bulan, cukup2 makan je la..

Saya rasa tak boleh kalau nak teruskan berniaga macam ni… sampai bila nak biarkan sales cukup2 makan je? Saya kena cari jalan untuk ubah haluan bisnes saya sekarang! Saya kena tingkatkan usaha untuk majukan bisnes saya!

Jadi, setiap hari saya berdoa dan bertekad nak improve skill yang ader supaya sales bertambah dari sedia ada. Lepas beberapa sesi klinik, skill semakin improve dan yang bestnya.. sell sangat2 menjadi dari biasa ke luar biasa!

HASILNYA…

Alhamdullilah, sekarang dari berniaga kain secara online.. kini, kami ceburi satu cabang biz yang baru. Syukur! Sales bulanan kami meningkat dari bulan ke bulan. Yang bestnye, Oktober ini kami berjaya menyewa ofis untuk training centre kami sendiri.

Disamping bisnes trading, saya dan tim juga buat bengkel dan kelas untuk mengajar ilmu pemasaran fb. Apa yang saya belajar dari sifu, saya kongsikan kembali ilmu tu pada pelajar2 saya.

KALAU DULU…

Nak dapatkan SALES sehari pun susah, nak naikkan bajet iklan pun takut.. RM5 sehari. Lepas sifu marah suruh naikkan bajet iklan, baru saya naikkan…

Alhamdulillah syukur! Sekarang ON je Ads, order masuk macam mesin duit. Saya gunakan pelbagai teknik yang saya belajar dari sifu..

Yang manisnye, kami memang buat duit raya tahun nie. Perkataan nak kerja balik lenyap dalam kamus buat masa ini.

Terima kasih Sifu Jamal and Sifufbads team! Ilmu dan nasihat dari anda semua sangat2 berharga!

Setiap kali belajar dengan Sifu Jamal, mesti dapat ilmu baru.. memang best!

Sampai sekarang saya masih belajar dengan Sifu dan team, join seminar, jadi krew. Ia perlu supaya saya sentiasa berada di landasan yang betul. Dah jumpa dengan orang yang betul untuk berguru, ikut je la..

Terima kasih sekali lagi buat Sifu Jamal & Team!”

NASIHAT SAYA…

Kepada anda yang baru nak berniaga atau sedang berniaga dan ingin meningkatkan sales jualan bulanan, carilah ilmu dan MENTOR yang bersesuaian dengan perniagaan anda.

Dah BERMENTOR, pastikan TINDAKAN di buat sepantas agar ilmu itu tidak pudar. Lagi cepat anda buat, lagi cepat anda mendapat RESULT.

Dh dapat result tu, kongsikan pula dengan orang lain.. baru berkat ilmu tu.

Ada pepatah inggeris yang saya jumpa..

IF U WANT TO LEAD, THEN LEARN HOW TO FOLLOW <– (lebih kurang camtu la)

Tutorial Cara Bina ‘Instagram Ads’ Menggunakan Ads Manager

$
0
0

Tutorial Cara Bina 'Instagram Ads' Guna Ads Manager

Anda ada akaun Instagram? Ingin bina iklan di Instagram?

Sebelum ini, kita hanya boleh bina iklan Instagram di Power Editor sahaja.. sekarang, kita dah boleh bina di Ads Manager juga. Ia lebih mudah digunakan dari sebelum ini, kita tak perlu ada akaun Instagram pun dah boleh beriklan di Instagram, gunakan fanpage je.

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan caranya langkah demi langkah…

Langkah 1: Macam biasa, klik dulu ‘Create Adverts’. 

0_1

Langkah 2: Untuk bina iklan di Instagram, ada 4 jenis objektif yang kita boleh gunakan iaitu ‘Send people to your website’, ‘Increase conversion on your website’, ‘Get install of your app‘ dan ‘Get video views’. Dalam tutorial ini, saya pilih objektif jenis ‘Send people to your website’. Lepas tu, masukkan link website yang anda ingin sasarkan pada audiens iklan.

1_1

Langkah 3: Kemudian, kita perlu setting segala maklumat untuk audiens dan bajet iklan di bahagian Advert Set. Anda boleh rujuk tutorialnya dalam ARTIKEL INI..

2

Langkah 4: Di bahagian ini, kita boleh bina iklan baru (Create New Advert) atau gunakan sahaja post iklan yang sudah ada di fanpage (Using Existing Post). Untuk iklan baru, kita boleh pilih untuk bina iklan dengan satu gambar atau banyak gambar.

3_1

Langkah 5: Pada bahagian Advert, pilih gambar yang sesuai. Di bahagian placement, remove je placement yang lain. Kita pilih placement Instagram sahaja.

4_1

Langkah 6: Masukkan pula ayat iklan yang sesuai untuk iklan. Kita hanya boleh masukkan ayat 90 patah perkataan sahaja. Ayat selebihnya tidak akan dipaparkan.

5_1

Selepas kita dah berpuas hati dengan segala maklumat iklan, klik butang ‘Place Order’.

Selepas iklan dah di-approved oleh facebook, iklan kita akan dijalankan mengikut masa dan hari yang kita dah tetapkan. Untuk lihat prestasi iklan Instagram kita, masuk ke ‘Manage Adverts’.. lihat pada placement Instagram.

6

Itu je caranya, kejap je kan..?

Dengan menggunakan Insta Ads, iklan kita akan dapat dilihat lebih ramai audiens. Anda aktif di Instagram? Gunalah Insta Ads, inilah peluang anda untuk tingkatkan jualan bisnes dengannya.

All the best!

Ps – Jangan lupa follow Instagram Sifufbads DI SINI

3 Cara ‘Close Sales’ Yang Biasa Digunakan Oleh Usahawan Facebook

$
0
0

Facebook adalah salah satu platform online yang mempunyai banyak TRAFIK. Jadi, di situlah tempat untuk kita dapatkan prospek yang banyak. POTENSI untuk kita dapatkan pelanggan juga sangat tinggi. Dengan menggunakan FB ADS, post iklan kita akan dapat dipaparkan pada lebih ramai audiens di Facebook.

Apabila mereka berminat nak dapatkan produk kita, mereka pasti akan hubungi kita. Dari situlah, kita akan hasilkan jualan. Proses untuk tukarkan prospek ke pembeli dinamakan CLOSE SALES.

Di Facebook, ada 3 cara close sales yang biasa digunakan iaitu;

  • WHATSAPP
  • PM
  • WEBSITE

Dalam penulisan ayat iklan, ketiga-tiga channel close sales ini dinamakan ayat CALL TO ACTION (CTA).

Dalam post iklan, anda perlu letak satu sahaja ayat CTA. Jangan letak lebih dari satu, nanti prospek akan keliru! Prospek tak suka perkara yang buatkan mereka banyak tindakan dan berfikir. Ada banyak lagi masalah lain yang mereka perlu fikirkan. Sebab itu, kita perlu mudahkan kerja mereka untuk membuat pembelian.

Ok, dah faham, kan?

Jadi, sekarang saya akan terangkan lebih lanjut bagaimana cara menggunakan 3 channel ini:

1) WHATSAPP

close sales WhatsappAnda pernah guna Whatsapp? Mesti pernah kan? Kalau tak pernah, anda dah rugi sebab ia PERCUMA sahaja. Ia adalah cara yang paling POPULAR digunakan oleh usahawan Facebook.

Dengan menggunakan Whatsapp, kita boleh menjawab segala soalan/pertanyaan prospek dengan MUDAH dan PANTAS.

Susah nak Whatsapp di Smartphone? Banyak sangat yang wassap anda? Rileks.. gunalah ‘Whatsapp Web’. Dengan applikasi ini, kita boleh layan segala Whatsapp yang banyak menggunakan Desktop.

Macam mana nak gunakannya? Ok, mula-mula anda masuk ke website ini – WHATSAPP WEB

2) PM

Baru-baru ini, Facebook telah UPGRADE fungsi PM dengan pelbagai fungsi baru. Antaranya:

  • Kita sudah boleh PM pada audiens yang komen di post kita guna fanpage.

close sales PM 2

  • Fungsi ‘Saved Replies’ untuk simpan template mesej untuk PM audiens.

close sales PM 1

  • Ada banyak ‘Emoticon’ menarik yang disediakan untuk berkomunikasi dengan audiens.

close sales PM 3

  • Paparan baru ‘Messages’ yang memudahkan kita untuk URUS dan BACA mesej.

close sales PM

Dengan pelbagai fungsi baru ini, kerja kita untuk close sales akan jadi lebih senang. Jadi, gunakannya dengan sebaik-baiknya. Jangan salah gunakannya untuk SPAM audiens di fanpage. Binalah engagement dan trust dengan cara yang betul.

3) WEBSITE

close sales websiteChannel ini digunakan apabila kita sudah menerima Whatsapp dan PM yang terlalu banyak sehingga kita tak larat nak layan kesemuanya. Ini akan merugikan kita kerana kita akan terlepas banyak peluang untuk close sales dengan prospek!

Apabila kita sudah capai tahap begitu, sudah tiba masanya untuk gunakan WEBSITE…

Dengan menggunakan website, proses jualan akan berlaku secara AUTOMATIK! Potensi untuk kita hasilkan jualan berlipat kali ganda juga tinggi! Sekarang, kita tak perlu risau lagi mengenai PM/Whatsapp yang banyak. Kita hanya perlu suruh pelanggan membeli melalui website tersebut je, dan jualan akan sentiasa masuk ke akaun kita walaupun kita sedang tidur. Best kan?

Channel ‘Close Sales’ Yang Paling Berkesan?

Jika anda tanya saya, “Sifu, mana satu channel close sales yang paling berkesan?”

Jawapan saya, ikut la kesesuaian situasi…

Kalau anda baru nak bermula, pelanggan  pun tak ramai lagi, boleh la gunakan Whatsapp dan PM sahaja. Kalau pelanggan anda dah ramai sangat, sampai anda tak terlayan semuanya, lebih baik gunakan website. Barulah anda dapat hasilkan lebih banyak jualan.

Boleh faham, kan?

Ok, sekarang cuba bayangkan ada banyak prospek yang PM/Whatsapp kita. Tapi, tak ramai yang nak membeli. Mereka hanya mahu bertanya harga sahaja, ada yang bertangguh nak tunggu hari gaji, nak tanya suami/isteri dulu dan macam-macam lagi.

Walaubagaimanapun, kita tak boleh paksa mereka. Sebagai pelanggan, mereka ada hak nak membeli pada bila-bila masa. Oleh itu, kita sebagai penjual perlu bijak menyusun strategi close sales.

Proses ini dinamakan Closing Rate (CLR). Anda boleh gunakan formula ini untuk mengira CLR:

–> CLR = (Pembeli/Jumlah Respons) x 100

Sebagai contoh,

Respons = 500

Pembeli = 50

Closing Rate (CLR) = (50/500) x 100 = 10%

Jumlah CLR yang bagus adalah >30%, jika <30%, kita perlu lakukan pula Closing Optimization (CLO). Dalam contoh di atas, CLR <30%. Jadi, CLO perlu dilakukan segera!

Bagaimana caranya?

  • Reply PM/Whatsapp dengan PANTAS.
  • Akhiri setiap mesej dengan SOALAN.
  • Sediakan segala soalan BANTAHAN dari prospek sebagai persediaan.
  • FOLLOW UP prospek yang masih belum membeli.

“Ini je ke caranya?”

Sebenarnya, ada banyak lagi caranya yang anda boleh buat. Anda hanya perlu jadi seorang yang kreatif dan pelbagaikan lagi teknik dalam melakukan CLO.

Ok, saya akan terangkan lebih lanjut setiap poin di atas…

1) ‘Reply’ PM/Whatsapp dengan PANTAS.

Setiap orang pasti sukakan kepantasan. Siapa yang tak suka, kan? Ini kerana teknologi yang memudahkan kita untuk bertindak pantas dalam melakukan segala kerja harian.

Dalam bisnes, kepantasan memainkan peranan yang sangat penting, terutamanya dalam close sales. Apabila prospek sudah PM/Whatsapp anda, jangan biarkan mereka lama-lama. Sebabnya, ketika itu mereka dalam MOOD membeli.

Apabila mereka menunggu lama untuk anda reply, mood membeli mereka akan semakin menurun. Akhirnya, mereka tak jadi membeli atau akan membeli dari peniaga yang lain. Anda dah rugi, kan?

Paling lambat pun, anda reply dalam tempoh 24 jam. Kalau lebih, kemungkinan besar mereka tak akan berminat lagi nak membeli dari anda.

2) Akhiri setiap mesej dengan SOALAN.

Semasa dalam proses close sales, jangan lupa untuk bertanya soalan pada prospek. Tak kira la, di PM/Whatsapp. Pastikan setiap mesej yang anda reply diakhiri dengan soalan.

Dengan cara ini, kita dapat menarik prospek untuk REPLY semula mesej kita. Ini dapat jadikan komunikasi antara prospek dan kita berlaku sehinggalah mereka jadi pembeli.

“Soalan yang macam mana?”

Tak susah, ikut la kesesuaian…

Jika prospek tanya,

“Salam bro, berapa harga Mesotropin ni?”

Anda jawab la,

“W’salam bro, sebelum saya beritahu harga, saya cuma nak tanya, bro tahu tak produk ini guna untuk apa?”

Prospek jawab,

“Saya dah tahu, saya cuma nak tahu harga je. Mana tau boleh dapat harga diskaun.”

Anda pula jawab,

“Ok bro, takde masalah. Harga 1 unit RM190, kalau beli 2 unit harga RM300. Lebih JIMAT! Bro berminat?”

Prospek jawab semula,

“Ok, saya beli 2 unit. Beri saya no. akaun bank.”

Anda tanya,

“Bro nak bayar CIMB atau Maybank?”

Prospek buat pilihan,

“Saya bayar ke CIMB”

Anda beri no. akaun bank,

“Ini no. akaun CIMB – [Nama, No akaun bank]”

Macam tu je, tak susah pun. Tapi, ikut situasi juga. Tak semua prospek mudah nak close sales. Ada yang banyak tanya, ada yang kita tanya.. mereka tak jawab langsung. Lain manusia, lain perangai. Pandai-pandailah anda handle prospek yang camni…

3) Sediakan segala soalan BANTAHAN dari prospek sebagai persediaan.

Biasanya, apabila ramai prospek yang PM/Whatsapp anda, pasti ada yang banyak tanya pelbagai soalan. Ini mungkin kerana mereka memang berminat nak membeli, tapi kurang yakin dan takut ditipu oleh peniaga.

Ini perkara biasa jika mereka belum kenal lagi siapa anda. Sebab itu, anda perlu sentiasa tingkatkan kepercayaan dengan kerap bina engagement dengan mereka.

Apa soalan yang biasa ditanya oleh prospek?

  • “Mahalnya produk ni?”
  • “Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?”
  • “Saya kena suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye..”
  • “Berkesan ke produk ni?”

Setiap soalan yang mereka tanya, ada cara untuk kita menjawabnya. Bukan mereka tanya, kita diam je. Sebab kadang-kadang, ada prospek yang hanya nak TEST je sama ada peniaga tu jujur ke tak.

Saya berikan contoh nak jawab soalan-soalan ini..

a. “Mahalnya produk ni?” 

  • Berikan testimoni pelanggan yang kata produk ini berbaloi.
  • Terangkan manfaat dan kelebihan yang bakal diperolehi prospek jika mereka membeli produk ini.

b. “Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?” 

  • Suruh prospek buat bayaran deposit dulu.
  • Buat reservation dulu, bayar kemudian.

c. “Saya kena suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye..” 

  • Tanya prospek, bila boleh follow up kita semula?
  • Beritahu prospek, kita akan follow up dia pada hari berikutnya.

d. “Berkesan ke produk ni?” 

  • Berikan testimoni yang produk ini berkesan.
  • Suruh prospek cuba 1 dulu dengan berikan diskaun.

4)FOLLOW UP’ prospek yang masih belum membeli.

Topik cara nak follow up prospek ini, saya sudah terangkan dalam artikel ini..

Kalau tak faham, boleh tanya di bahagian komen ye..

Boleh?

..

Jika anda pandai gunakan 3 cara close sales ini dengan sebaik-baiknya, saya pasti anda dapat tingkatkan jualan bisnes anda. Apa pun cara yang anda pilih, pastikan anda tahu cara close sales yang betul. Salah cara close sales, takdelah prospek nak membeli dari anda.

Saya doakan kejayaan bisnes anda. Semoga berjaya!

Tutorial Cara Pembayaran Iklan Guna Perbankan Internet

$
0
0

Tutorial Cara Pembayaran Iklan Guna Perbankan Internet

Pernah tak anda ada masalah tak dapat nak buat pembayaran iklan dengan menggunakan kad debit/kredit?

Kalau pernah, apa kata anda gunakan pula pembayaran iklan menggunakan Perbankan Internet/Prepaid. Ia lebih mudah nak dilakukan berbanding menggunakan kad debit/kredit yang selalu bermasalah untuk buat pembayaran.

Itu berita baik. Berita buruknya adalah cara ini hanya boleh digunakan oleh akaun FB yang belum pernah buat iklan. Kalau anda dah pernah buat iklan sebelum ini, tak dapat lah gunakan cara ini.

“Saya nak buat jugak! Ada cara lain tak?”

Nak buat jugak? Boleh… tapi, anda kena buat akaun FB baru la. Tu je caranya.

Ok, sekarang saya nak tunjukkan tutorial bagaimana caranya nak lakukannya…

Masuk ke Ads Manager, kemudian klik pada menu Billing. Nanti akan keluar paparan seperti ini…

1

Pilih Perbankan Internet (pilih salah satu je, lepas tu cara pembayaran ini tak boleh diubah), klik Continue

2

Tick pada kotak tu, kemudian klik butang Use Manual Payments..

Sekarang, letakkan berapa ringgit yang anda ingin masukkan ke dalam akaun FB ADS anda. Klik Review Payment.

3

Klik Make Payment..

4

Pilih Bank yang anda ingin gunakan untuk buat pembayaran. Letakkan juga alamat emel dan no. telefon anda di ruangan yang disediakan..

5

Klik butang Buy. Nanti akan keluar Pop Up untuk ke website bank. Jika anda bayar guna CIMB Bank, anda akan dibawa ke website CIMB Clicks. Jika anda bayar guna Maybank, anda akan dibawa ke website Maybank2u. Sama juga dengan bank yang lain.

Begitu je caranya. Selepas selesai je pembayaran, duit tersebut akan TRANSFER ke akaun FB ADS anda.

Jadi, bagaimana proses pembayaran berlaku?

Apabila anda dah buat iklan, dan iklan tersebut dah berjalan. Duit tersebut akan automatik ditolak mengikut kos iklan yang anda dah jalankan.

Dan apabila duit tersebut dah habis digunakan, iklan anda akan PAUSE secara automatik. Lebih selamat dan dapat elakkan kita dari BAZIR duit kerana terlupa tutup iklan.

Bagus juga guna cara pembayaran ini, kan? Tapi, ada juga keburukkannya…

“Huh.. ada juga keburukkannya ke?”

Well, takde benda yang perfect dalam dunia ini. Setiap benda pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Apa kelemahan cara bayaran jenis ini?

Kelemahannya, jika akaun FB ADS kita kena FLAGGED, duit yang ada dalam akaun tersebut akan burn..

Jadi, anda janganlah TOP UP banyak duit dalam akaun tu. Maksimum, letaklah bawah RM300. Nak lebih selamat, kalau akaun anda masih baru, letak bawah RM100 je dah cukup. Kalau kena flagged pun, takde la rugi sangat.

Okay, setakat itu sahaja. Harap tutorial ini dapat bantu selesaikan masalah pembayaran iklan anda. All the best!

Tutorial Teknik Video ‘Slideshow’

$
0
0

Tutorial Teknik Video 'Slideshow'

Kali ni. kami nak share satu lagi teknik terbaru yang boleh digunakan sebagai post iklan di FB page anda. Teknik yang dipanggil sebagai ‘Slideshow’ ini baru je beberapa bulan dilancarkan oleh pihak FB, dengan tujuan utamanya adalah untuk menggalakkan penggunaan iklan berbentuk video – salah satu pemasaran yang diramalkan menjadi salah satu strategi pemasaran paling EFEKTIF  oleh ramai international online marketer.

Dengan teknik ‘slideshow’, mereka yang takde kemahiran buat video sekalipun dah boleh hasilkan iklan berbentuk video dengan cara yg sangat MUDAH dan CEPAT.

Dah tak sabar nak belajar caranya? Jom follow TUTORIAL ni:

LANGKAH 1: Di bahagian post FB page anda, klik Photo/Video. Pilih ‘Create Slideshow’.

1

LANGKAH 2: Pilih gambar yang anda ingin masukkan dalam slideshow. Jumlah gambar yg dicadangkan adalah antara 5 – 7 gambar. Selesai pilih, klik ‘Open’.

2

LANGKAH 3: Masukkan ayat copywriting anda. Kemudian klik ‘Publish’.

3

LANGKAH 4: Pop-up ini akan keluar. Klik ‘Close’.

4

LANGKAH 5: FB akan memproses post ‘slideshow’ anda itu terlebih dahulu. Tunggu sehinga ‘notification’ ini keluar, yang menandakan bahawa post slideshow anda sudah pun siap dan terpapar pada timeline FB page anda.

5

LANGKAH 6: Tadaa..inilah hasilnya! Tak susah mana pun kan?

6

Inilah contoh video slideshow yang dah dihasilkan..

 

X PUAS HATI DGN DESIGN LOGO COMPANY?
.
Dah pnah buat logo, tp xbkenan? Bila dh siap, org kata mcm pnah nampak la, mcm amatur la, itu la, ini la.. Niat hati nk go international, tp logo x nmpak mcm boleh g jauh. Pakar bisnes ada kata, 1st impression adalah pada logo, betul..Dah try design byk kali, tp still x dapat logo yg diinginkan. Camne ye?
.
Dont worry…
Sifustudio Insyallah cuba selesaikan mslh anda.
– Cakap je, nak logo yg lain dari yg lain?
– Nak nampak international?
– Unik?
– Sesuai dgn tema?
InsyaAllah kami bantu anda.
.
Kami selesaikan mslh anda sekarang. PM link di bwh utk berhubung dgn kami.
–>[ PM ] http://bit.ly/1QP9Yza
.
P/S : Prinsip kami, “Design sampai jadi, janji anda puas hati”

Posted by SifuStudio on Wednesday, 6 January 2016

 

Ok, tu sahaja tutorial kali ni. Apa lagi, jom la try wat slideshow ni.

Selamat mencuba kay!

Tutorial Cara Bina ‘Facebook Carousel Ads’ di Ads Manager

$
0
0

Tutorial Cara Bina 'Facebook Carousel Ads' di Ads Manager

Pernah jumpa iklan seperti di atas?

Dalam iklan ini, ada banyak gambar yang kita boleh letak. Ia sangat membantu untuk tingkatkan performance iklan supaya dapat berikan RESULT yang lebih baik.

Bagaimana nak buat iklan seperti ini? Ada banyak caranya tapi saya akan tunjukkan satu cara je, iaitu dengan menggunakan Ads Manager.

LANGKAH 1: Masuk di Ads Manager. Di Campaign, pilih ‘Send People To Your Website’..

1.1

LANGKAH 2: Pergi ke Advert Set, lengkapkan segala maklumat iklan anda. Cara nak isi maklumat ini, anda boleh rujuk dalam artikel in – KLIK SINI

2.1

LANGKAH 3: Di bahagian Advert, pilih option ‘Multiple Images In One Advert’..

3.1

LANGKAH 4: Kemudian, pilih fanpage yang anda ingin gunakan untuk iklan. Pilih gambar yang sesuai..

4.1

LANGKAH 5: Tulis ayat iklan di bahagian Headline, Description, dan Destination URL. Kemudian, pilih Placement yang anda mahu sasarkan. Akhir sekali, klik butang Place Order. Siap!

5.1

Tips Untuk Gunakan Carousel Ads

Gunakan gambar yang mempunyai urutan dalam bentuk storytelling. Pelbagaikan teknik dan strategi iklan bergambar anda. Jadikannya menarik dan seronok untuk dilihat. Anda perlu KREATIF dalam menyampaikan maklumat iklan kepada pelanggan.

Itu kalau anda gunakan teknik bercerita. Ia juga boleh digunakan jika anda menjual banyak produk. Anda boleh letakkan produk seperti produk pakaian, buku dan makanan.

Website e-commerce seperti Lazada dan PTS banyak menggunakan teknik iklan ini. Cuba like fanpage mereka. Anda pasti akan jumpa iklan tersebut.

Anda boleh letak gambar produk maksimum sehingga 5 gambar je. Setiap gambar produk akan bawa audiens ke halaman produk tersebut apabila mereka klik pada gambar.

Itu sahaja tutorialnya. Selamat mencuba!


1st Time Datang KL, Saya Ada RM50 Jer…

$
0
0

Sue Adira

Itu jelah duit yang ada semasa beliau pertama kali jejak kaki di KL.

Bila dah dapat keje, gaji RM400 je. Ok la, dari takde keje.. dari duk merempat kat rumah goyang kaki, baik pergi cari pengalaman keje…

Sambil-sambil kerja tu, dapat pula tawaran untuk belajar di IPTS. Itupun duit tak cukup nak buat bayaran, terpaksa la kumpul duit dulu. Nak kumpul duit yang sakit tu, kerja dari 8 pagi sampai 2 pagi! Keluar pagi, balik pagi! Hidup dah tak mcm org! Dah macam mesin kat kilang..! Keje 24 jam!!

Bila masa nak belajar kalau camtu?

Kalau anda nak tau, beliau juga pernah berhutang sehingga RM300K tau! Banyak tu..!

Ambil bertahun jugak la bayar hutang tu! Takkan hidup untuk bayar hutang je!! Jadi, camner caranya nak settlekan hutang tu?

Teruskan membaca perkongsian dari beliau…

” Hai… saya SUE ADIRA berasal dari Ipoh Perak kome……Anak sulung dari 3 org adik-beradik.

KISAH SAYA MULA BERNIAGA…

Saya terlibat dalam dunia perniagaan ni, sejak dibangku sekolah lagi. Bayangkan sejak umur 7 tahun, saya dah didedahkan dengan dunia perniagaan oleh mak saya.

Saya berniaga buah nangka di dalam bas sekolah (belum sampai sekolah dah habis) di sekolah pulak saya berniaga sagun (yang tepung putih-putih tu pastu main sembur2) dan nasi lemak.

Seronok juga jual sebab dapat duit banyak. Tapi yg tak bestnya bukan duit saya, duit mak saya….. kadang-kadang cilok juga duit MAK sebab teringin nak minum air GAS punya pasal. Pernah kena marah ngan macik kantin sekolah.

Kena mengadap ngan GURU BESO. Takut tahap gaban waktu tu kome. Tapi, Makcik kantin tak tahu pelanggan VVIP saya adalah semua cikgu sekolah dan juga guru besar. huhuhuhuhu….

Pertama kali saya jejak kaki ke KL dalam poket saya ada RM50 sahaja. Masa tu, saya tumpang umah nenek saya kat Sg Buaya. Kebetulan dapat offer kerja di bandar Rawang dengan gaji RM400 sahaja.

Nak tak nak saya terima ajer dari duduk umah goyang kaki, kang kena halau pulak ngan nenek saya. Waktu yang paling sedih waktu rehat.

Orang lain makan, tapi, saya tak mampu nak beli makanan sebab RM50 tu hanya cukup untuk tambang bas ajer selama sebulan. Saya terpaksa ikat perut ni sementara tunggu gaji.

Dalam saya bekerja, saya dapat la tawaran IPTA dan IPTS . Saya terpaksa menolak tawaran IPTA sebab jauh giler nun di Sabah dan JB.

Akhirnya, saya ambil IPTS ajer la secara part time. Nak bayar pendahuluan pun mahal RM2000 waktu tu, nak gadai apa harta pun tak de. sementara nak tunggu PTPTN lulus.

Saya minta second intake sebab nk kumpul RM2000 tu. Waktu tu saya bekerja dari 8 pagi -6 petang di sebuah Firma, sambung lagi kerja dari 7 petang – 10 malam di kedai pakaian BB KIM WAH, tak habis disitu, saya sambung lagi kerja dr pukul 11 malam – 2 pagi di kedai cina ambil order makan nasi lemak.

Pukul 3 pagi baru saya dpt study . Begitu la rutin saya sampai saya habis belajar. Dah macam robot saya bekerja.

KORANG percaya tak, saya dan suami pernah berhutang lebih dari RM300k dalam masa 1hari?

RM300k tau….. boleh beli rumah kos rendah cash kot!!!

Bila korang ada masalah , terutamanya melibatkan duit, korang ingat ada BIDADARI nak bantu? Jangan mimpi wokeh!! Adik beradik pun belum tentu lagi dapat membantu. Yang boleh bantu hanya ALLAH dan DIRI KITA SENDIRI (Tiada orang lain).

Kami hanya sempat jual rumah double storey dan office shop (bahagian belakang) untuk dapatkan cash. Dalam sibuk mencari duit nak bayar hutang, kereta pun kena tarik sebab tak mampu bayar, shop office dibahagian depan pulak kena lelong. Lagi la stress nama pun blacklisted, CTOS CRIS memang teruk la kat Bank Negara tu.

Dalam kesusahan, bapak mertua sudi membantu kami bagi pinjam RM100K cash. Sedikit sebanyak kami dapat bernafas dan memulakan hidup baru sambil bayar hutang2 yang lain.

Kawan saya yang bernama Hasni (student sifu juga) ajak saya pergi kelas SIFUFBADS bagi saya flyers. Saya tengok belek2, alamak….MELAYU la. Saya memang tak confident dengan produk melayu (Minta ampun dan maaf) saya simpan buat pekasam. Dalam masa yg sama, saya skodeng juga fanpage SIFUFBADS.

Dah buat bisness macam2 tapi tak kaya2 juga…. Setakat paras hidung aje. Hutang pun tak habis2 juga. Last2 ambil juga la keputusan nekad nak masuk kelas SIFU JAMAL sbb nampak ramai testimoni yg dah berjaya.

Masa tu saya takde produk, tapi saya apply jer apa yg Sifu Jamal ajar…..tak sangka weiiiii ada org PM, orang whatsapp.. mmg gembira tak terkata! Jual power bank hello kitty saja waktu tu. Pastu, saya jual monopod bila produk dah tepu jual Jubah Frozen pulak. Bila jubah Frozen diciplak, saya jual ubat kesihatan.

Cara saya mudah je, cari produk yg betul2 HOT dan tgh TREND.. kemudian, gunakan teknik yg Sifu Jamal dh ajar, 1 teknik je yg sy guna.. tu pun dah stok dah settle…

Agak2 kalau sales dh turun tu, maknanya produk tu dah TEPU. Cari pula produk baru yg tgh HOT masa tu.. ulang lagi… ulang lagi…

Senang je kan? Takyah susah2 nak guna strategi marketing yang power2! Kan?

Lepas guna cara ni je, dalam masa beberapa bulan jer saya dah boleh settle hutang kat bank! Dengan bangganya gi bank cakap saya nak bayo hutang cash..! Dulu bank berlagak, apa salahnya saya berlagak pulak kali ni kan….syok giler dapat balas dendam ngan bank! Hahaha…!

Tapikan…. Bukan sekali buat jadi….berkali-kali saya cuba ads ni sampai menangis pun ada… ada rugi sikit pada permulaannya. Tapi bila dah dapat rentak….kasi pulun habis wokeh!!!

Sampaikan tak sedar gigi pun x sempat nak gosok, sedar2 dah Zohor sebab buka mata ajer phone dah berbunyi2 non stop. Umah pun dah macam tongkang pecah… penuh dgn kain2. Tak lama lagi korang rasalah penangan TEKNIK-TEKNIK dari Sifu Jamal.

Asyik bayo hutang orang ajer, saya pun nak REWARD diri saya sendiri jugak!

Terima kasih buat Cikgu Jamal , kerana sudi ambil saya jadi anak murid walaupun last minute sampai sesat2 jalan. Jasa cikgu terlalu besar buat saya dan keluarga. Kehidupan tukar 360 darjah.

MENYESAL tak masuk awal, MENYESAL buat perkasam flyers tu…. Dah terlambat bagi saya. Saya harap, kawan2 sekalian tak menyesal…………………………………………….. macam saya.”

Kesimpulannya…

ELAKKAN DARI BERHUTANG!

Nak berhutang bole, tapi.. biarlah ikut kemampuan kita…

Jangan la berhutang sampai boleh merosakkan hidup kita…

SAPE SINI YANG ADA MASALAH HUTANG?

Saya Ada 2 Page, Nak Gabung Boleh Ke?

$
0
0

Merge Page

Jawapannya… Boleh…

Sebahagian dari kita ada yang mempunyai beberapa page yang digunakan untuk jalankan fb marketing. Kadang-kadang tu, hanya 1 atau 2 page je yang aktif. Yang lain tu, tak buat ape pun. Jarang log in, jarang buat posting. Jarang buat posting, bermaksud ENGAGEMENT akan jadi rendah tau. Sudahnya, page jadi ‘berhabuk’ dan ‘bersawang’.

So, daripada biarkan page yang dibiarkan tu terus sepi, gabung atau ‘merge’ kan je dengan page yang aktif.

Tapi sebelum tu, ada beberapa syarat yang perlu anda tahu dan faham:

  • Anda MESTI admin bagi kedua-dua page tersebut.
  • Page mesti mpunyai nama yang sama atau sekurang-kurangnya hampir sama.
  • Page yang ingin digabung mesti berkenaan bisnes/produk yg sama.
  • Kalau ada kedai/premis, alamat yang diletakkan kat bahagian info page tersebut, mesti sama.

Faham dah syarat-syarat kat atas ni?

Ok, jom gi ke next steps.

Langkah 1

Klik ke link ni –> facebook.com/pages/merge

Langkah 2

Apabila anda klik link kat atas ni, satu pop-up akan keluar dan meminta anda untuk masukkan password account fb anda. So, isikan, ye..

1

Langkah 3

Selepas masukkan password, anda akan dibawa ke halaman baru untuk pilih 2 pages yang anda ingin gabungkan. Ada dropdown menu yang ada semua list page business. Masukkan nama page yang anda ingin kekalkan di kotak pertama, serta page yang anda ingin gabungkan dalam kotak kedua.

2

Page yang anda ingin gabungkan (kotak 2) akan di-delete serta tidak boleh dapatkan semula page tersebut. Jadi, fikir masak-masak dulu sebelum merge page tersebut.

Klik ‘Merge Pages’..

3

4

Nota : Page yang anda ingin gabungkan (kotak 2) akan di-delete serta tidak boleh dapatkan semula page tersebut. Anda akan kehilangan semua posting termasuk gambar yang terdapat pada page yang ingin digabungkan.

Langkah 4

Seterusnya, tick-kan bahagian seperti dalam gambar, Klik ‘Send’.

5

Langkah 5

Anda dapat lihat status dan history untuk semua permintaan anda.

6

Begitu sahaja caranya. Simple je tutorial ini.

Jika ada sebarang soalan, sila komen di bawah ye..

5 Langkah Yang Anda Perlu Tahu Dalam ‘Facebook Sales Funnel’

$
0
0

5 Langkah Yang Anda Perlu Tahu Dalam 'Facebook Sales Funnel'

Jika anda menggunakan Facebook untuk promosikan sesuatu produk, anda perlu tahu proses SALES FUNNEL.

Di Facebook, kita namakan proses ini.. “Facebook Sales Funnel”.

Dalam artikel ini, saya akan terangkan bagaimana proses Sales Funnel di Facebook.

#1: Bina Fans

Ini adalah langkah pertama yang paling penting dalam sales funnel. Jika kita gagal dalam melakukan langkah ini, semuanya akan gagal!

Di Facebook, fans yang dimaksudkan adalah audiens yang sudah likes fanpage kita.

Facebook fans

Untuk tingkatkan likes fanpage, anda perlu lakukan pemasaran yang dinamakan LIKES MARKETING.

Tapi ingat! Anda perlu fokus pada KUALITI likes, bukan pada KUANTITI!

Jika likes fanpage banyak, tapi tak berkualiti, anda susah nak dapatkan engagement dari fans. Apabila anda susah nak dapatkan engagement yang banyak, anda susah nak hasilkan jualan.

Apabila likes fanpage berkualiti, anda mudah untuk dapatkan kos iklan yang murah. Fanpage anda juga akan nampak AKTIF. Ini dapat buatkan audiens suka melawat ke fanpage anda.

#2: Berikan Value

Ok, sekarang kita dah ada fans yang banyak dan berkualiti.

Apa yang kita perlu buat sekarang? Jual!?

JANGAN!

Walaupun kita dah ada fans yang berkualiti dan banyak, tapi mereka belum percaya pada kita lagi. Mereka masih belum kenal lagi siapa kita, mereka baru hanya berminat nak tahu mengenai siapa kita.

Bagaimana nak buat mereka PERCAYA pada kita?

–> Berikan VALUE yang mereka nak dan sedang cari!

Tak tahu nak beri value yang macam mana pada fans anda?

Tak perlu risau sangat pasal tu! Anda boleh tahu sendiri nak beri value apa, apabila anda dah tahu siapa sasaran audiens anda. Malah, anda sendiri akan dapat IDEA dari fans apabila mereka mula bertanya soalan pada anda.

Kalau kita hanya terus menjual, kemungkinan besar mereka tak akan berminat nak beli dari kita. Lagi teruk, mereka akan beli pula dari peniaga yang lain! Kan anda dah rugi! Sebab anda hanya fokus menjual sahaja, sehingga lupa nak beri value pada fans, akhirnya mereka tak nak lagi berurusniaga dengan anda.

Setiap hari, SHARE pada fans dalam bentuk tips dan story yang dapat membantu mereka. Benda ni perlu buat secara KONSISTEN! Bukan harini share, esok dah tak share. Kena hari-hari share tau!

#3: Bina Engagement

bina engagement

Kita dah share secara konsisten dengan fans, tapi ia belum cukup selagi kita tak bina ENGAGEMENT dengan mereka. Lebih banyak kita bina engagement dengan fans, mereka akan lebih percaya pada kita.

  • Apabila mereka KOMEN, anda perlu REPLY komen mereka.
  • Apabila mereka tanya soalan di PM, anda perlu jawab soalan mereka.

Layan dengan fans seperti anda dah kenal mereka. Tanya apa masalah yang mereka sedang hadapi dan apa penyelesaian yang mereka sedang cari. Jika anda mampu bantu mereka, beritahu bagaimana cara anda boleh bantu.

Bukan hanya tanya, berminat ke tak nak beli produk anda! Nanti mereka akan jadi menyampah dan tak suka dengan anda! Akhirnya, mereka batalkan niat untuk membeli produk anda.

#4: Kumpul Database

Dalam bisnes, sangat penting untuk kumpul database prospek dan pelanggan kita.

Biasanya, database yang kita akan kumpul adalah No. Telefon dan Emel.

  • Untuk kumpul database No. Telefon, anda boleh gunakan software SMS BLASTER seperti ETSI.

etsi

  • Nak kumpul database emel, anda boleh gunakan software AUTORESPONDER seperti Aweber dan Getresponse.

aweber

Jika anda dah lama buat bisnes, tapi tak pernah kumpul database, maknanya anda tak buat bisnes! Anda hanya buat duit je! Bila nak duit je baru nak cari dan jual produk.

Bisnes ni kita perlu buat untuk jangka masa panjang! Untuk pastikan bisnes kita bertahan lama, database lah yang kita perlukan. Ia adalah ASET penting dalam bisnes kita!

Database yang ada, kita JAGA supaya mereka sentiasa setia dengan kita. Untuk kembangkan lagi bisnes, kita perlu tambahkan lagi database yang baru. Jadi, kita perlu ada bajet setiap bulan untuk dapatkan database yang baru. Database yang lama digunakan untuk cover kos untuk dapatkan database yang baru.

#5: Mulalah Menjual

Akhirnya, dah tiba masanya untuk kita menjual!

Inilah langkah yang paling kita suka! Masa inilah kita tukarkan prospek kepada pembeli.

Sebelum anda mula menjual, buat satu preview dengan harga OFFER untuk tempoh masa/kuantiti yang TERHAD. Lihat respons/engagement dari fans anda. Lagi banyak respons yang anda dapat, lagi tinggi potensi untuk anda hasilkan jualan besar!

Kita boleh buat satu post di fanpage, hantar SMS/EMEL ke database yang sudah berminat dengan produk kita. Kemudian, iklankan post kita pada fans.

Pada hari jualan dibuka, pastikan anda hantar satu lagi SMS/EMEL dan buat satu post di fanpage yang tempahan sudah dibuka! Waktu itulah, proses CLOSE SALES akan berlaku.

Anda boleh close sales menggunakan channel:

  • Whatsapp – Cara paling POPULAR untuk close sales dan follow up prospek. Saya sangat rekomen untuk anda gunakan channel ini, mudah dan pantas! PERCUMA je..

whatsapp

  • PM – Boleh juga digunakan, tapi agak sukar untuk follow up prospek kerana prospek jarang buka PM. Prospek lebih selalu buka Whatsapp berbanding PM. Jadi, mereka akan lebih AWARE dengan mesej yang anda hantar pada mereka.

Facebook-Messenger

  • Minisite – Jika tempahan yang anda dapat terlalu banyak, lebih baik anda gunakan channel ini. Segala tempahan berlaku secara AUTOMATIK! Tak perlu la anda bersusah payah nak layan segala respons dari prospek. Mereka akan KLIK link tempahan, segala maklumat bayaran akan diisi sendiri oleh pelanggan.

minisite

Selepas anda jalankan iklan, jangan lupa untuk MONITOR report iklan di Ads Manager. Kira CONVERSION RATE dan ROI. Ada banyak cara kita boleh gunakan untuk monitor sama ada iklan kita bagus atau tak.

Untuk channel close sales Whatsapp dan PM, kita boleh kira berapa banyak respons dan pembeli yang kita dapat. Contohnya;

Respons = 500

Pembeli = 150

Closing Rate (CLR) = (150/500) x 100 = 30%

Jumlah CLR yang bagus adalah >30%, jika <30%, kita perlu lakukan pula Closing Optimization (CLO). Dalam contoh di atas, CLR = 30%. Jadi, iklan ini bagus!

Untuk channel close sales Minisite, kita boleh pasang Conversion Tracking di bahagian Thank You Page (TQ Page) . Selepas pelanggan buat tempahan, mereka akan terus dibawa ke TQ Page. Dari situlah kita akan dapat kira conversion rate iklan kita.

Cara paling mudah nak guna channel ini adalah dengan menggunakan Click to Website. Dari berapa KLIK yang kita dapat, berapa banyak Conversion yang kita dapat. Contohnya;

Click = 500

Conversion = 100

Conversion Rate (CR) = (100/500) x 100% = 20%

Jumlah CR yang bagus adalah > 1%. Jika CR < 1%, kita perlu adjust post iklan dari segi copywriting, gambar dan sasaran audiens.

Itulah secara asasnya proses Facebook Sales Funnel.

Jangan SKIP setiap langkah di atas ini! Kalau tak, proses jualan akan jadi susah. Nanti jangan tanya saya, kenapa anda tak dapat buat sales! Sebabnya, anda tak ikut proses sales funnel dengan betul!

Harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu bisnes anda…

All the best!

15 Tips ‘Marketing’ Untuk Owner Produk

$
0
0

15 Tips 'Marketing' Untuk Owner Produk

Anda owner produk? Tauke krim muka? Tauke produk dalaman wanita? Tauke produk slimming? Tauke baju? Tauke produk perbidanan? Atau apa saja, yang mana produk-produk anda memang ada demand..

BIASA TAK;

  • Ada produk, tapi tak tau camner nak promot.
  • Nak cari agen, tak reti..
  • Dah ada agen, tak pandai jaga.. agen pasif!
  • Produk bertahan sekejap saja.. 1-3 bulan.
  • Dah buat marketing kaw-kaw, tapi tiada sambutan..

Ya, biasa kan?

“Ada yang labur dekat sejuta untuk produk kosmetik, tapi bila produk dah siap, tak reti nak pasarkan. Berbulan-bulan stok simpan dalam tangan”

“Ada yang harap kepada agen aje. Sendiri tak reti marketing. Kalau dapat agen pandai marketing, best la. Dapat yang buta marketing, apa nak dibuat?”

“Dah dapat agen bagus, tapi tak lama pastu dia buat produk sendiri. Lagi meletup sales-nya”

Pernah alaminya?

Belum?

Bagus! Nasihat saya, sebagai owner produk, anda perlu ketahui ilmu-ilmu marketing, terutamanya tentang PELANCARAN PRODUK.

Ok la…

Di bawah ni, saya share 15 tips penting sebagai owner produk:

#1: JANGAN KEDEKUT!

Untuk promosikan sesuatu produk, kita perlu sediakan bajet iklan yang cukup mengikut objektif kempen marketing kita. Jangan kedekut untuk keluarkan bajet untuk buat  marketing!

Tak kira la anda buat marketing secara ONLINE mahupun OFFLINE… jangan kedekut!

Sebab apa..?

Sebabnya, apabila kita dapat tingkatkan bajet marketing, keuntungan juga akan meningkat. Bagi peniaga baru, benda ini nampak pelik.. tapi, bagi peniaga yang berpengalaman, ia adalah perkara biasa yang perlu dilakukan.

Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika kita dapat KURANGKAN bajet marketing.. tapi, dapat hasilkan UNTUNG yang banyak. Kerana itulah, kita perlu belajar Facebook Sales Funnel..

Apa yang dimaksudkan dengan Facebook Sales Funnel? Baca artikel ni..

#2: SENTIASA REKRUT AGEN.

Sebagai owner produk, kita perlu buat marketing untuk rekrut agen.

Bukan buat marketing kejap-kejap, tapi KONSISTEN!

Ini kerana tak semua agen yang kita dapat tu AKTIF dan BERKUALITI. Mungkin dalam 10 agen yang kita dapat, hanya 3 agen je yang aktif. Yang lain.. TIDUR..!

Kalau agen tak aktif, camner nak hasilkan jualan.. kan?

Apabila kita dapat rekrut agen yang ramai dan berkualiti, ini dapat memudahkan kita untuk melakukan marketing dengan lebih sistematik. Kita akan dapat lebih fokus pada customer support, ia lebih penting daripada produk yang kita jual.

Pada peringkat permulaan, memang kita boleh lakukan marketing seorang diri.. tapi, apabila kita sudah ada agen, jualan yang dapat kita hasilkan juga adalah lebih banyak.

Inilah rahsia bagaimana owner produk hasilkan jualan jutaan ringgit dalam tempoh yang singkat.

#3: JAGA AGEN!

Dah dapat agen tu, jangan duduk rileks jer! Si owner produk pun kena buat kerja jugak..!

Ok, sekarang agen kita dah ramai. Lepas tu, apa yang perlu kita buat?

Kita perlu JAGA mereka! Guide mereka untuk lakukan marketing dengan cara yang betul dan berkesan. Dan paling penting, layan mereka macam kawan-kawan. Barulah mereka happy nak promot produk kita, betul tak?

Bagaimana kita promot produk tersebut, macam tulah yang kita perlu ajar pada agen kita.

“Apa yang saya perlu ajar pada agen saya?”

Anda boleh bantu agen dari segi:

  • Sediakan bahan-bahan marketing dengan secukupnya.
  • Buat kelas asas marketing.
  • Berikan skrip cara close sales prospek.
  • Beritahu apa strategi marketing selengkapnya

.. dan banyak lagi yang anda boleh lakukan.

#4: BERI INSENTIF/BONUS

Sekali-sekala, kita boleh berikan INSENTIF/BONUS pada agen-agen yang berjaya hasilkan jualan yang konsisten setiap bulan. Ini dapat buatkan mereka jadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk hasilkan lebih banyak jualan!

Kita juga boleh buat race supaya mereka berlumba-lumba promot produk dan generate high sales. Buat cabaran, apabila agen dapat capai jualan tertentu, berikan mereka hadiah dalam bentuk wang tunai atau barang fizikal.

Ikut kreativiti anda sendiri nak beri hadiah apa..

Untuk buat cabaran ini, owner produk perlu selalu update position jualan siapa yang hasilkan jualan TERTINGGI sehinggalah TERENDAH. Dengan cara ini, apabila agen melihat position jualan mereka.. pasti mereka akan jadi tercabar dan akan fikirkan bagaimana untuk kejar agen-agen lain yang berada di atas mereka.

Ia memang satu games yang menyeronokkan! Cubalah..!

#5: AJAR AGEN ‘MARKETING’!

Yup! Anda wajib ajar agen buat marketing..!

Kalau tak, bagaimana mereka nak buat sales, kan?

Tak semua agen yang rekrut tahu nak buat marketing. Mereka hanya tahu menjual.. menjual.. dan menjual!

Student-student Sifufbads yang buat sales bulanan 7 angka, semuanya ajar agen mereka marketing!

  • ajar agen buat FB ADS!
  • ajar tulis copywriting!
  • ajar nak jual produk!

dan banyak lagi…

Kalau anda tak ajar, memang susah nak capai jualan yang konsisten 5-6 angka sebulan.

#6: ‘INTEGRATION MARKETING’.

Cara ini hanya perlu digunakan apabila kita ingin kembangkan lagi bisnes kita. Tak wajib pun!

Tapi, pada peringkat permulaan.. kita perlu fokus pada 1-3 channel marketing je. Fokus pada channel marketing yang berikan result sahaja. Barulah kita tak bazirkan bajet iklan untuk channel marketing yang tak berkesan.

Banyakkan buat SPLIT TEST!

Gunakan segala channel marketing yang ada. Online, offline! Guna fb, email, blog, radio, paper, tv, booth, dll.

Kesannya bukan pada hasil jualan je, kredibiliti bisnes kita juga akan naik.. tapi, bajet yang diperlukan agak besar. Jadi, fikir masak-masak dulu ye…

#7: KREATIF DALAM ‘MARKETING’.

Ia bukan perkara yang mudah dilakukan, tapi ia perlu dilakukan..

Especially online. Pesaing bisnes ramai, jadi kita kena KREATIF dan UNIK dalam marketing. Barulah kita boleh menonjol berbanding pesaing.

Bagaimana cara nak kreatif dalam marketing..?

Sebelum nak buat marketing, anda perlu tahu dulu bagaimana apa itu marketing?

“Marketing ada menjual produk ada audiens yang betul!”

Kalau ini jawapan anda.. SALAH!

Marketing bukannya proses untuk menjual! Ia adalah proses untuk BERITAHU dan INGATKAN mesej kita pada audiens dan channel yang betul mengenai bisnes kita.

Itulah maksud sebenar marketing!

#8: KONSISTEN DALAM ‘MARKETING’.

Jangan jadi macam biskut “chipsmore”. Kejap ada, kejap takde. Marketing perlu konsisten, barulah ianya membantu bina POPULARITI dan TRUST..

Kenapa perlu konsisten?

Kerana manusia mudah lupa! Cuba lihat di sekeliling anda, berapa banyak iklan yang anda nampak dalam sehari?

.. 10 iklan?

.. 30 iklan?

.. 100 iklan?

Mungkin lebih, mungkin kurang.. cuma anda perasan atau tak jer…

Apa yang saya nak tekankan adalah, setiap hari kita dikelilingi dengan pebagai jenis iklan sehingga kita jadi BOSAN dan abaikan iklan tersebut.

Sebab itulah, kita perlu bina iklan yang berbeza dari iklan yang lain.. kemudian, lakukan pemasaran secara KONSISTEN!

#9: BINA ‘FOLLOWERS’.

Followers adalah audiens yang sudah kenal kita..

Mereka mungkin audiens yang kenal kita melalui facebook, emel, kedai, dan rakan mereka, dll..

Sangat penting untuk bina followers kerana lebih mudah menjual pada audiens yang sudah kenal kita berbanding audiens yang belum kenal kita.

Jadi, binalah audiens yang bakal jadi PROSPEK dan CUSTOMER anda. Tak kiralah sama ada ianya database phone, emel database, fans, insta followers, blog followers, dll..

Mereka inilah yang akan membantu untuk bangunkan bisnes kita.

#10: ‘RETARGETTING’.

Ya, buat retargetting dalam online marketing ni. Ada fans? Anda boleh tarik mereka menjadi customer. Ada pelawat web? Cari mereka balik dengan kaedah retargetting..

“Camner nak buat retargetting?”

Di Facebook, ada 2 cara yang boleh kita gunakan:

  1. Buat Like Marketing, dan target iklan pada fans. Baca ARTIKEL INI untuk tutorial cara buat Like Marketing.
  2. Bina satu web/ecommerce/minisite, kemudian letak kod Website Custom Audience (WCA) dalam web tersebut. Anda boleh baca tutorial cara bina Website Custom Audience DI SINI.

Dengan lakukan retargetting, kita boleh sasarkan iklan pada audiens yang pernah jadi customer kita. Jadi, kerja-kerja menjual akan jadi lebih mudah.

#11: ‘REPEAT ORDER’.

Apabila kita sudah ada customer, sangat penting untuk kita menjaga mereka. Kita perlu galakkan customer sedia ada membeli lagi atau lakukan repeat order.

.. Berikan mereka offer menarik.

.. Buat follow up!

.. Tanya khabar.

dan banyak lagi!

Cuba fikirkan jalan bagaimana nak tarik customer untuk lakukan pembelian berkali-kali.

Jangan biarkan pelanggan lama lari dari kita! Nak cari pelanggan yang baru perlukan kos yang tinggi. Jadi, adalah lebih baik kita fokus pada pelanggan sedia ada.

Artikel berkaitan – 5 Cara Pakar Gunakan Untuk Dapatkan Pelanggan ‘Repeat Order’

#12: REFERRAL.

Apa kata minta customer perkenalkan produk anda kepada rakan-rakan mereka.. kemudian, berikan mereka insentif seperti, mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda.

Gunakan ayat seperti ini:

As salam tuan,

terima kasih kerana telah membuat pembelian produk saya kelmarin.

Saya nak minta tolong boleh tak?

Jika tuan suka dengan produk saya, boleh tak rekemen produk tersebut pada kawan-kawan yang mungkin berminat juga?

Saya akan berikan 1 produk percuma kepada tuan untuk setiap 1 kawan yang tuan rekemen sebagai hadiah. Syaratnya, kawan tuan mesti membeli produk tersebut.

Reply mesej ini jika tuan berminat..

Terima kasih.

#13: DAPATKAN ‘FRESH TESTIMONIAL’.

Testimoni sangat penting dalam promosikan sesuatu produk! Ya, sangat penting..!

Kalau takde testimoni, sangat susah untuk menjual produk kita. Sebab, prospek lebih percayakan feedback dari orang ketiga. Itulah manusia, konsep ini tak akan pernah berubah sampai bila-bila.

Dan testimoni mestilah updated! Jangan lupa, orang membeli kerana RESULTS..!

“Mana saya nak dapatkan testimoni pelanggan”

Pergilah tanya mereka!

.. Tanya di WHATSAPP.

.. Tanya di PM.

.. Tanya di EMEL.

.. Tanya di TELEFON.

Apa lagi..?

Ikutlah bagaimana caranya, asalkan anda dapat testimoni mereka.

#14: ‘SOCIAL PROOF’!

Apa benda social proof ni?

Contoh mudah,

Jumlah fans adalah social proof. Jumlah komen yang tinggi pada post di FB juga adalah social proof! Ianya mampu pengaruhi prospek-prospek baru..

Camner nak tingkatkan social proof?

  • tingkatkan komen pada post
  • banyakkan gambar testimonial – printscreen, gambar, video
  • tunjukkan gambar stok..gambar pelanggan dtg kedai..
  • buat album koleksi testimonial..

“Kenapa kita perlu ada social proof ni?”

Inilah psikologi manusia!

Orang lebih mudah tertarik pada kawasan yang ramai orang.

Sebab apa?

Kerana, orang akan tertanya-tanya kenapa kawasan tersebut ramai orang. Apa yang buatkan ramai orang datang ke kawasan tersebut? Mesti best, kan?

Ok, sekarang.. bagaimana cara nak TARIK ramai orang datang ke kedai/fanpage kita?

  • Berikan FREE GIFT.
  • Berikan OFFER terhad.

Ini adalah salah satu strategi marketing! 

Kalau tak percaya, cubalah guna…

#15: TINGKATKAN BAJET MARKETING!

Ada orang tanya,

“Bila waktu yang paling sesuai untuk tingkatkan bajet iklan?”

Memang bagus nak tingkatkan bajet iklan, tapi bukan saje-saje!

Bukan setiap masa kita boleh tingkatkan bajet iklan. Ada masa tertentu jer..

  • Hari gaji, hujung bulan. Ni semua orang tahu, waktu semua orang duit masuk dalam akaun.
  • Pada bulan ramadhan, ramai orang shopping makanan untuk berbuka puasa dan beli barang raya.

Ini antara waktu demand adalah paling tinggi! Tapi, tak semua bisnes sama waktu demand-nya.

Sebagai peniaga, kita perlu TEST sendiri bila waktu yang paling banyak hasilkan jualan.

..

Tu lah.. sebahagian tips yang dapat dikongsikan.

Selamat beramal!

Bagaimana Aiman Jual Baja Guna Fb Ads?

$
0
0

aiman cover

Best kan sekarang. Sapa2 boleh buat bisnes. Budak u bleh buat bis, org gomen, dok kmpung, sesapa boleh. Yang penting ada kemahuan, semua insyallah menjadi..

.
Nak share story pasal sorang anak murid Sifufbads ni, dia jual baja. Jual baja online? Dan menariknya dia masih belajar di kolej..

Baca kisahnya untuk inspirasi anda..

Apa khabar guys?

Saya Aiman. (Yg berbaju kuning)

Saya sepatutnya jadi doktor. Sebab dah layak jadi student medic. Satu hari jiran India tanya, “Nak sambung bljr mana?

“Nak ambil medic sbb nak buka klinik sendiri.” Sambil hidung kembang kempis, mulut tersenyum.

“Daripada you belajar 5-6 tahun nak jadi doctor sbb nak buka klinik, baik you belajar bisnes. Nanti you yang buka klinik dan minta doktor2 ni yg jg klinik.”

Tersentap bro!

Rupanya jiran ni doktor juga. Dia yg buka minda saya. Thank you, uncle!

Saya tak jd ambil medic walau pun layak. 2 tahun saya tak sambung belaja. Buat kerja macam2. Famili tak berapa gembira sgt sbb sy tak ada sijil. Ayah suh belajar jg.

Sebab mahu berkat doa mak ayah, saya ambik la kos akaun. Ni tgh study lagi la..

Tapi saya suka cabaran. Jiwa meronta suh buat bisnes.

Mula bisnes baja formula kawan punyer. Saya terjun ke bidang pertanian. Then, sy asaskan Akademi Flora dgn member td.

MULA BAJAKAN DIRI….

1st step belajor buat website. Gi kursus buat website sajer bayor 3 ribu.. huhuhu.

Mahal giler! Terpakse pinjam duit member.

SBLM GUNA FB ADS, SALE RM3K JER SEBULAN. Cenonet nye!
Bila pi bljr FB Ads,, mencanak2 naik bulan pertama. RM40-50k dah sebulan.

Apa yg sy buat? Ajar teknik2 pertanian secara online. Dan jual barang pertanian yg unik. Baja buatan sendiri & produk pertanian yang tak dak di pasaran.

Saya jual baja yg rata2 kpd golongan umur 35-an ke atas, bulan2 dapat la juga 5 angka. Mostly yang order baja, pemilik ladang berekar2. Jd, sekali order, byk lah…

REZEKI MENJENGUK…

Tak cukup setahun, Akademi Flora org dh kenal. Satu hari dapat panggilan.

“Hello, boleh encik kongsi cucuk tanam di slot tv kami?”

Hoorei!!!! Melompat kami

Apa yang best… Akademi Flora jadi pengisi slot 10 minit di TV Al-Hijrah setiap Khamis selama 26 episod. Ini selepas fanpage mula di share dan pos byk dapat like.

Kemudian MARDI pula datang support. Bagi kebun utk aktiviti pertanian.

Kebun pulaakk!!!

Dari yang tak reti berkebun, lani… dah mahir tanam-menanam, siram menyiram.

Universiti2 pun banyak jg yg order baja utk lanskap diorg.. Ini semua salah FB Ads! Hehehe…

RARE LA JUAL BAJE…

Jual baja ni rare la di Facebook. Nak pos baja pun x mudah. So banyak COD la awal2 dulu.

Skrg guna khidmat pos KTMB. Tp, tiap 2 minggu sekali je dtg pickup… itu cabaran skrg.

KENA BERSISTEM…

Formula bisnes pertanian senang jer.., yg paling penting kena ada SOP. Cara ambil order, kena ada sistem.

Pastu, ayat balas di Whatsapp dan FB dah siap2 buat template. Senang utk staf handle. Sgt mudah dan laju.. kawan Cina yg x mahir bahasa Melayu pun boleh buat… copy paste je.

Tp closing jual baja yg terbaik adalah dengan call. Jd, bila ada org call, saya terus layanzzz..

Nak tingkatkan engagement fans FB, bykkan bagi tip2.
Tip tanam tauge pun dapat ribu riban likes & share.

Lagi satu cara, bagi baja free dgn buat contest. Packing kecik2.

Lani plan buat iklan guna FB ads jadi dropship jual baja.
Fuh,,, inilah nature seorang petani moden.

SAYALAH DOKTOR BAJE…!!!

Viewing all 620 articles
Browse latest View live