Quantcast
Channel: SifuBad
Viewing all 620 articles
Browse latest View live

Lelaki Ni Ngajar Tuisyen Jer…

$
0
0

Ustaz Mohd Arif Asa'ad

Nak baca, bacalah.. Maybe beri inspirasi kpd orang yang ada buat training…
(Tak nak baca pun takpe.. ada ku kisah?”

Fanpage beliau – INFITAH TRAINING & CONSULTANCY

Nama diberi Mohd Arif Asa’ad Bin Johari. Berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Saya sudah berkahwin, mempunyai seorang isteri, seorang anak perempuan dan 4 orang anak lelaki. Pengasas Infitah Training & Consultancy.

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memilih saya untuk berkahwin di usia muda.

Pada hari konvokesyen ijazah, bukan sekadar bersama isteri & ibubapa, malah bersama 2 orang anak dan baby dalam perut isteri hampir 5 bulan. Berkahwin muda menyebabkan setiap masa digunakan untuk fikir menambahkan kualiti kehidupan keluarga baru ini.

Cabaran ekonomi memang sangat besar. Perkara lazim yg dialami setiap keluarga dengan tanggungan keluarga yang ramai & muda adalah faktor kewangan. Sebelum menubuhkan Infitah, saya pernah mengajar selama 1 tahun di sekolah swasta.

Sebelum itu, saya pernah ulang alik dari Seremban ke Shah Alam setiap hari dengan elaun hanya RM30 bersama salah seorang sahabat yang juga salah seorang Co-Founder Infitah Training & Consultancy, Mohd Noor Mohd Tahir. Membantu konsultan training dalam program2 mereka.

Mengajar di sekolah swasta, alhamdulillah ramai ibubapa yang faham tentang konsep ‘Home Tuition & Quranic Home Based’. Kerana mereka sukakan pakej yang eksklusif & privasi. Saya pun dirisik oleh ibubapa pelajar saya sendiri untuk membimbing anak mereka subjek akademik & mengaji.

Ketika itu, semuanya OK je. ON je semua kelas. Yela, dalam proses menambah income sambil mencari ‘passion’ saya yang sebenar. Bila dah penuh kelas setiap malam dengan mengajar ke rumah2 pelajar, Isnin – Jumaat, siapa larat?

Pagi, sekolah swasta. Petang, KAFA pula. Malam kelas sendiri. Langsung tiada masa rehat sepanjang weekdays. Masa untuk family juga berkurang.

6 hingga 7 petang wajib tidur kerana dah ‘flat’ dari pagi mengajar, malam nak mengajar lagi. Risau jika berterusan, mahu jadi gila dibuatnya (tak elok tidur lepas asar). Pagi, petang dan malam bekerja tetapi income masih ‘cukup-cukup makan’.

Pertengahan tahun 2009, bermula idea penubuhan Infitah, berfokus kepada perkhidmatan ‘Tuisyen & mengaji di rumah’. Disebabkan den bukan orang Somban, den tanyalah pendapat beberapa orang ustaz tentang perkhidmatan ini.Tempat orang, kenalah tanya orang setempat dulu.

Golongan ‘tua’, menentang keras. Adab belajar, anak murid cari tok guru. So, mulalah down. Malah, ada yang memberitahu agar usah ubah budaya ini. Jumpa ustaz golongan ‘muda’, buat je Arif. Sampai bila nak tunggu mereka mencari kita?

Kita je cari mereka. Yang penting, manfaat yang kita nak kongsikan, sampai kepada mereka. Berkobar semula semangat!

Selepas Home Tuition & Quranic Home Based mula mendapat sambutan, Infitah Training & Consultancy mengorak langkah untuk menganjurkan program cuti sekolah pada Nov 2009. Program yang dirancang ialah Motivasi Al-Quran.

Perancangan program sudah dibuat awal tetapi masih kurang sambutan, walhal ketika itu lagi, 2 minggu sahaja program akan dibuat. Pelbagai usaha telah dibuat termasuk edar flyers,gantung bunting dan banner. Time tu mana ada guna smartphone. Gerila Marketing hingga sakit kepala dan muntah2.

24 Nov 2009 adalah hari bersejarah yang saya tidak boleh lupakan kerana pada hari tu bermulanya program Motivasi Al-Quran anjuran Infitah Training & Consultancy.

Sehari sebelum program saya mengikuti seminar di UIAM sebagai peserta, disebabkan kekalutan untuk persediaan program, saya meminta pertolongan dari isteri saya untuk mencari bahan2 untuk program.

Ketika itu, isteri mengandung masuk 36 minggu (9 bulan). Sambutan amat menggalakkan dan diluar jangkaan untuk program tersebut. Semua orang jadi kalut. Mana tidaknya, saya sediakan bahan untuk 100 orang tetapi peserta yang join program hampir 170 org. Isteri pula sudah keluar tanda untuk bersalin. Ikutkan due date lagi sebulan.

Alhamdulillah, syukur saat itu kerana saya mendapat 2 nikmat yang tidak langsung saya jangkakan. Nikmat dapat membuat program yang julung kalinya dan nikmat memiliki zuriat yang ketiga.

Infitah Training & Consultancy menguruskan Home Tuition & Quranic Home Based pada awalnya di Seremban. Kemudian di Bangi (Mohd Noor), Shah Alam (Badrul) dan Lembah Klang (Mior). 3 tahun marketing Home Tuition & Quranic Home Based secara offline.

Dulu saya seorang yang tak percaya pada online. Ye ke online ni? Boleh percaya ke?

Hp pun guna yang tak boleh online. Online hanya di laptop sahaja. Hingga 2012, disebabkan dipush oleh partner, barulah terima pakai idea online.

Sebelum ‘percaya’ online, semuanya secara offline. Edar flyers di masjid, surau, pasaraya, dan semua tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Semasa mengedarkan flyers, isteri dan anak2 turut terlibat sama. Isteri akan tolong letakkan flyers disurau perempuan.

Tengah malam, macam biasa, jadi burung hantu sampai ke subuh, untuk gantung bunting. Bengkak mata tahan tidur. Nak gantung siang, malu. Orang nampak & kenal kita..

Sampai bila setiap bulan nak edar flyers dan gantung bunting serta banner (tanpa permit), penat badan. Tidur siang tak puas seperti tidur malam. Tunggang langgang juga rutin harian. Selepas itu, baru mula percaya kepada ‘online’.

Nov 2013, baru join kelas FB Ads dengan Sifu Jamal. Saya ibarat budak yang baru belajar. Minda mula celik dan semangat berkobar2 untuk menguruskan Akademi Infitah.

Dengan offline, saya hanya boleh cover 1 cawangan sahaja. Tak cukup kaki & tangan nak uruskan yang lain. Bila belajar Fb Ads, tup tup, terus buka cawangan lain, walaupun jauh dari rumah. Terus boleh buka Ipoh, Sungai Petani & lain2.

Alhamdulillah, kini Infitah ada 20 cawangan di seluruh Malaysia termasuk di UK yang diuruskan oleh sahabat saya, Mohd Noor. Setiap cawangan yang aktif dan bagus mampu mencecah RM20k setiap bulan.

Jika menggunakan offline sahaja, kami masih ‘self-employed‘. Semua kami buat. Marketing, admin, akaun & lain2. Masa tu, suka sangat kerana telefon bertalu2. Tengah makan pun, orang call. Tengah drive pun orang call. Tengah tidur pun, ada juga yang call/SMS. Tak menentu orang call.. tapi sales tak dapat banyak juga kerana masih kedekut nak ‘hired’ orang bantu dalam pengurusan.

Dah belajar FB Ads, hidup lebih best bersama keluarga. Hanya fokus marketing FB Abds, yang lain semua dikendalikan oleh pengurus.

Tak perlu jawab call lagi. Tak diganggu seperti dulu. Hidup lebih tenang, alhamdulillah. Fokuskan FB Ads capai ke sasaran je. Kini, saya sangat bersyukur kerana urusan dipermudahkan Allah. Isteri tidak perlu lagi bekerja dan saya hanya perlu fokus untuk mengembangkan bisnes. Bila2 masa dan dimana2 sahaja saya boleh buat marketing asalkan ada internet.

Hidup perlu berilmu, hendak berilmu perlu berguru. hidup perlu memberi, Barulah hidup akan diberkati. Betullah kata-kata tu. Semakin banyak saya perlu belajar dan semakin banyak saya perlu memberi peluang orang kepada diluar sana untuk membantu orang lain untuk menuntut ilmu.

Terima kasih kepada sifu Jamal & team yang membimbing FB Ads pada saya. Terima kasih kepada mama, abah, ayah, mak, adik beradik saya serta seluruh ahli keluarga besar saya yang sentiasa menyokong saya dalam bisnes ni.

Alhamdulillah, doa dan restu ahli keluarga tercapai apa passion saya yg sebenar.

Terima kasih juga kepada semua usahawan pengurus cawangan kami & para tutor yang hampir 500 orang. Terima kasih para partner Infitah yang setia. Jatuh bangun dalam bisnes itu lumrah dalam bisnes.

Wallahu’alam.. ALHAMDULILLAH, terima kasih Allah atas ujian ini. “

Tu dia perkongsian dari beliau… habis baca tak ni?

Nak dipendekkan citer, tak kira waktu susah atau senang.. kita perlu sentiasa ada sikap POSITIF dan SABAR dalam apa jua situasi. Cuba jauhkan diri dari perkara-perkara NEGATIF yang boleh buatkan kita hilang keyakinan pada diri sendiri.


5 Sebab Mengapa Anda Patut Mulakan Bisnes Online Pada Awal 20-an

$
0
0

5 Sebab Mengapa Anda Patut Mulakan Bisnes Online

Dalam bisnes, tiada istilah terlalu awal atau lambat untuk seseorang itu mengejar impian mereka. Jika kita ingin jadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, maka teruskanlah usaha ke arahnya. Kejayaan dalam hidup itu tidak mengira umur seseorang. Yang penting, kita berusaha dan sentiasa menambah ilmu.

Tengok sahajalah profil Tuan Ismail Hamid yang merupakan seorang hot-seat di Seminar Missing Chapter 2.0 yang diadakan pada 23 Ogos 2015 baru-baru ini. Tuan Ismail Hamid, 65, yang juga seorang agen Coway, mampu menggandakan jualan beliau menggunakan Facebook Ads pada umur 65 tahun!

Jadi, tidak kisahlah anda umur berapa pun, yang penting adalah keazaman tinggi yang ada dalam diri anda untuk berjaya.

Mengapa Anda Patut Mulakan Bisnes Pada Awal Umur 20-an?

Di bawah adalah 5 sebab mengapa saya amat menggalakkan generasi muda di luar sana untuk mulakan bisnes online mereka pada umur awal 20-an:

1. Kurang Komitmen Semasa Muda

Biasanya orang muda ada banyak masa, terutamanya yang sedang belajar. Jadi, masa tulah waktu yang sesuai untuk belajar buat bisnes.

Sejujurnya, tidak semua idea bisnes akan berjaya dan boleh menghasilkan duit yang banyak. Dalam sehari, boleh kata berpuluh-puluh bisnes online yang sedang meningkat di negara ini.. tapi, tidak semua yang berjaya.

Jadi, amat sesuailah jika pemuda-pemuda di luar sana mulakan langkah untuk mempelajari selok-belok bisnes pada usia mereka sekarang. Sekurang-kurangnya, segala masalah bisnes yang mereka hadapi itu, boleh menjadi pengajaran ketika mereka sudah dewasa nanti.

Bisnes ini bukannya seperti belajar SPM, dah dapat sijil.. habis belajar.. sampai situ je…

Sukatan pelajaran bisnes ini takkan pernah habis. Maka, segala apa masalah yang mereka hadapi, mereka boleh terus FOKUS kepada penyelesaiannya. Ianya sangat berbeza jika mereka sudah dewasa nanti. Sudah pasti terlalu banyak komitmen yang perlu diuruskan.

2. Menjana Sumber Kewangan Sampingan

Bisnes online boleh dikategorikan sebagai bisnes yang stabil, tidak cerewet untuk diuruskan, dan boleh menjana hasil kewangan dengan mudah. Walaupun begitu, jangan terlalu over-confident sehingga memakan diri sendiri.

Masih banyak bisnes online yang melingkup di luar sana. Jadi, berhati-hatilah dan rajin-rajinlah tambah ilmu untuk pastikan anda di landasan yang benar.

Baik, cuba bayangkan jika anda boleh menjana pendapatan sampingan yang tinggi pada usia muda, dan anda gunakannya untuk melabur dalam bisnes korporat, atau hartanah ketika anda sudah dewasa. Sudah pasti ianya menarik dan membuatkan kewangan anda jadi semakin stabil.

Tidak dapat tidak, pada zaman ekonomi yang semakin mencabar ini, generasi muda amat digalakkan untuk mencari alternatif kewangan lain agar mereka tidak sengsara pada usia tua nanti.

Daripada mereka hanya bergantung pada pekerjaan dari jam 9 pagi, hingga 5 petang, lebih baik mereka fikir jalan keluar untuk mempunyai kawalan penuh kepada masa depan hidup mereka.

3. Makin Matang Dan Berpengalaman

Tiada apa yang boleh membuatkan anda menjadi matang dengan lebih cepat (pada usia muda) melainkan dengan anda menguruskan bisnes sendiri.

Dari situ, anda akan rasa betapa susahnya untuk hidup dalam kalangan jerung-jerung bisnes yang sudah berpengalaman meneroka dunia mereka. Tetapi, itulah faktor yang boleh membuatkan anda berfikir semakin KREATIF dan KRITIS untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku di sekeliling anda.

Apabila anda menjalankan bisnes, anda akan berhadapan dengan pelbagai ujian, halangan dan pengajaran. Apabila anda menghadapi perkara sedemikian pada usia muda, anda akan jadi semakin matang, semakin berpengalaman dalam menguruskan masalah.. sekaligus menjadikan anda seorang anak muda yang boleh memberi manfaat kepada orang lain!

4. Boleh Bekerja Di Mana-Mana Sahaja

Ada satu artikel popular dalam bahasa Inggeris di laman web Thrillist yang menerangkan beberapa sebab mengapa anda perlu berhenti kerja dan pergi melancong pada usia awal 20-an.

Kebanyakan isinya berkisar mengenai kelebihan yang anda akan dapat melalui perlancongan, dan kerugian yang anda akan hadapi pada usia tua nanti kerana tidak melancong pada usia muda.

Boleh Bekerja Di Mana-Mana Sahaja

Walaubagaimanapun, saya mahu katakan kepada anda di sini bahawa anda tidak perlu pun untuk berhenti kerja. Anda boleh lakukan perkara di atas dengan mulakan langkah untuk membuka bisnes online anda sendiri.

Selagi anda ada akses kepada internet, anda pergi lah ke mana-mana pun, anda masih boleh uruskan bisnes anda daripada sana. Jangan masuk hutan pula, memang takde la internet. Jadi, rancang dahulu tempat untuk anda pergi dan pastikan segala kelengkapan yang anda perlukan itu cukup.

5. Kos Bisnes Yang Rendah

Sebelum munculnya zaman Facebook dan e-commerce yang lain, sangat susah bagi seseorang yang berumur awal 20-an untuk memulakan bisnes sendiri. Yelah, sudah pasti mereka tidak boleh akses kepada pinjaman bank, kad kredit, dan sewa bangunan yang ada pada zaman tersebut.

Kos Bisnes Yang Rendah

Tapi sekarang, semuanya sudah BERUBAH. Bisnes online secara umumnya boleh mengurangkan kos untuk mereka mulakan bisnes sendiri. Perkara sebegini membolehkan mereka untuk mengejar impian walaupun masih belajar di peringkat kolej.

Jadi, jika anda merupakan generasi muda yang berumur awal 20-an, apa lagi alasan untuk anda tidak mulakan bisnes sendiri SEKARANG?

Aku Budak Sungai…

$
0
0

Hambali

Hari ni saya nak kongsikan kisah inspirasi yang lebih menarik.

Kisah seorang anak ke-15 yg buat bisnes tourism dengan keluarga… Anak yang ke-15!? Banyak betul adik beradik brader ni. Power betul ayahanda beliau! hehe…

Pada sape2 yang buat bisnes tourism, ambillah sikit inspirasi dari kisah beliau…

” Izinkanku berkongsi kisah demi memartabatkan bangsaku dalam dunia perniagaan internet!

Al-kisah bermula…

Aku anak ke-15 dalam keluarga bisnes tourism yg ciput di Taman Negara Pahang! Adik beradik 18 orang. Dua mak dan dua ayah! Senang citer.. duda n janda kawin.. jadilah satu big family! 11 Biz milik keluargaku semuanya kecik-kecik belaka..

Ada niaga servis bot, chalet, hostel, restoren terapung, kedai makan, guide, travel agency dan macam-macam lagi la.. semua kat Taman Negara Pahang… lain owner dan lain nama…

Alhamdulillah.. bolehlah nak sara keluarga.. Biz aku sendiri?? Hmmm.. takde pun! Aku ni jenis LAZY nak tunggu biz tercatuk macam tu.. hehehe. Jangan marah yer.. my family yang amat memahami…

Alhamdulillah, berkat jump sana.. jump sini.. dalam biz family, keluarlahhh idea nak kombinasikan semua biz family ni di bawah satu bumbung! Tak pasal-pasal bab marketing aku kena handle! Mak aiii gelap dunia ketika tu! Besar job tu beb!

DULU…

Nak dapatkan satu sales pun susah!

Bayangkan agensi pelancongan kecik ciput macam kami ni, sapa nak pandang!

Sewa Booth kat memana event pun dah telan beribu-ribu! Belum masuk kos pekerja, sewa hotel, makan minum n duit poket staff lagi!

Kalau sale masyukkk pun suam-suam kuku dan lepaslaa kos.. Mana nak datang untungnyerrr…

Silap Langkah LEBURRRRR….

FB Ads! Saya buat jugak! Ok la, dari langsung tak buat apa..!

Sale ada tapi negative! Hmmm… saya tekankan sekali lagi.. SALES NEGATIF! Angka yang kadang2 korang gelak kat peniaga-peniaga yang baru berjinak ngan FB Ads seperti aku!

Sanggup ke korang meniaga kalau: Penat dapat, mata ngantuk ngadap fb, masa terbuang, wang ringgit lebur, tambah kena sindir ngan orang rumah lagi..last-last sale ZERO! Opshh.. kalau ZERO takpe lagi.. ni negatif terus!!

Percaya tak kalau saya katakan saya SANGGUP! Korang memang takkan percaya kan….

HEI….

Tu dulu laa..

.. Sebab korang gelakkan tu laa aku rasa tercabar!

.. Sebab korang gelakkan tu laa sale aku MELETOP sampai dah tak terkejor nak naip nihh!

.. Sebab korang gelakkan tu laa hari-hari sale aku masyukkk…

KINI…

Wahai TUAN JAMAL FB ADS.. Sebab enkolah aku jadi macam ni..

4 Angka… hmmmm mainan!
5 ANGKA Biasa..
6 ANGKA Tercapai
7 ANGKA… Insyaallah sikit lagi.. Meletup cepat sangat kang korang kata jual DADAH lak!

Aku dah pg rasanya 3 seminar sifufbads. Aku baca blog dia, aku baca emel dia, aku baca page dia.. mmg aku follow. Banyak ilmu aku dapat.. Aku buat teknik like dia ajar, teknik oren, teknik rempit dan tah apa lagi.. tak ingat dah apa nama teknik tuw.. Memang sangat bosan.. sekarang aku dok rumah je buat marketing.. tak buka booth dah..

(ps – Bukan takbur.. tapi ILMU Allah bagi kenalah SHARE..)

BUAT PENIAGA DI LUAR SANA….

TIPS DARI AKU: ” BUAT SAMPAI BERJAYA! TAK BERJAYA, BUAT LAGI, BUAT LAGI…NEVER GIVE-UP”

Kenapa korang baca tulisan aku ni kalau nak biarkan ianya berlalu begitu jerrr..

Buang masa lahhh korang ni…!

Orang Taman Negara kata ‘ong nak nunggu mende lagi’….

Sekian saja coretan sempoi dari ku..”

Ditulis oleh HAMBALI MOHD KHONOPIAH…

Fanpage: Taman Negara Pahang Malaysia
– LIA GROP (Taman Negara Pahang)

4 Tabiat Jutawan Online Yang Boleh Anda Ikut dan Praktikkan

$
0
0

4 Tabiat Jutawan Online Yang Anda Perlu Tahu

Sebagai manusia, kita pasti mempunyai tabiat dan kebiasaan dalam melakukan sesuatu perkara. Jika anda mahu berjaya, sudah pastilah anda perlu melihat kepada profil-profil individu yang sudah berjaya agar anda boleh mengecapi hasil yang sama.

Ramai orang yang ingin berjaya di luar sana suka MENIRU cara jutawan yang sedia ada dan menambah ilmu daripada mereka. Memang benar, tetapi, dengan meniru sahaja tidak memadai. Anda seharusnya memiliki dan mempunyai tabiat-tabiat para jutawan ini agar anda akan menjadi lebih baik daripada mereka pada masa akan datang.

Jadi, di sini saya mahu kongsikan kepada anda 4 TABIAT jutawan online yang boleh anda amalkan…

1. Kerja Keras.

Untuk berjaya dalam sesuatu perkara, kita perlu berusaha keras untuk mencapainya..

Jika anda pernah baca kisah-kisah inspirasi mengenai student Sifufbads, ramai antara mereka yang sudah capai sales 5 angka, malah ada yang dah capai sales 6 angka sebulan..

.. tapi, apa yang kita tidak tahu adalah, kisah-kisah ‘disebalik tabir’ yang mereka hadapi untuk jadi seperti diri mereka sekarang ini.

Mereka tidak takut untuk BEKERJA KERAS dan keluar daripada zon selesa. Mereka tidak risau untuk melakukan perkara yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. Jika gagal, itulah rasa yang mereka gelarkan sebagai resepi untuk mencapai kejayaan.

Anda tanyalah mana-mana jutawan pun, sebenarnya tiada rahsia pun untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam TEMPOH yang singkat. Yang ada hanyalah kerja keras yang KONSISTEN, disiplin yang tinggi, kecekalan untuk sentiasa bertindak dalam apa-apa keadaan sekalipun, dan terus-menerus BERDOA kepada yang esa.

Tiada SHORTCUT yang ada untuk berjaya.

2. Matlamat Yang Jelas.

Pada peringkat permulaan, untuk dapatkan sesuatu perkara, kita perlu bekerja keras. Rahsia sebenar orang yang berjaya adalah mereka sanggup bekerja keras dan bersusah payah untuk capai impian mereka. 

Kenapa?

.. kerana mereka tahu dengan kerja keras tersebut, mereka akan dapat hasil yang setimpal. Mereka ada MATLAMAT dan gol yang jelas. Ia boleh diibaratkan seperti pemain bola yang sanggup bersusah payah meredah sayap pertahanan pasukan lawan demi menjaringkan gol!

Untuk menetapkan matlamat yang jelas, anda perlu tetapkannya sejelas-jelas yang mungkin.

Ini antara contohnya…

Yang manakah anda rasa lebih bersemangat apabila membaca ayat-ayat dibawah :

“Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah kereta yang mewah.” atau, “Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah Lamborghini Aventador LP 750-4 Superveloce, warna merah.”

Yang mana satu pilihan anda yang anda rasa boleh memberi semangat kepada anda untuk bekerja keras?

Letakkan gambar matlamat anda di tempat yang anda SELALU lihat. Contohnya, dengan menggantungkannya di bilik tidur, menetapkannya sebagai wallpaper komputer anda, dan sebagainya.

Cara-cara ini boleh membuatkan anda semakin jelas dengan apa yang anda mahukan dan tidak fokus dengan matlamat yang kabur. Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang, JELASKAN apa matlamat anda, apa perkara apa yang anda mahukan dan bayangkan apa hasil selepas bekerja keras untuk matlamat anda.

3. Berani Untuk Gagal.

Rasa TAKUT untuk gagal biasanya akan membuatkan anda terlalu berhati-hati..

Jika anda terlalu berhati-hati dan takut untuk gagal, anda akan terlepas peluang yang ada mungkin sudah ada di hadapan mata anda. Semuanya disebabkan anda terlalu takut untuk melakukan sesuatu.

Mereka yang berjaya suka untuk mengambil cara dan jalan yang berbeza. Bagi mereka, daripada takut untuk gagal, lebih baik mereka gagal kerana mencuba. Dari kegagalan tersebut tu mereka akan dapat pengalaman yang berharga. Mereka tahu bahawa risiko dan kegagalan itu adalah lumrah bagi setiap keputusan yang dibuat.

Jadi, bukankah kita boleh belajar daripada setiap kesilapan yang kita lakukan?

Walaubagaimanapun, anda janganlah fikir yang anda akan terus gagal jika melakukan apa-apa keputusan di luar sana. Itu pemikiran yang kurang cerdik namanya.. tetapi, jika anda gagal, terima kegagalan tersebut sebagai satu titik permulaan baru untuk anda berusaha dengan cara yang lebih baik dan berbeza.

Ya, ianya mungkin agak memenat dan meletihkan, tetapi.. anda boleh menggunakan kegagalan itu sebagai penambahbaikan dalam hidup dan bisnes anda. Apabila anda sudah biasa dengan kegagalan, anda akan jadi semakin kuat dan tidak kisah dengan apa pun perkara yang berlaku. Asalkan anda boleh capai TARGET matlamat yang anda telah tetapkan.

4. Cari Mentor Jutawan.

Jika anda mahu belajar menjahit, anda tidak akan jadi pakar dalam kemahiran itu dalam sekelip mata. Jika nak belajar sendiri, anda perlu AMBIL MASA. Jadi, anda perlu cari MENTOR yang boleh mengajar anda. Itulah cara paling PANTAS jika anda nak belajar sesuatu yang baru. 

Anda sudah dapat menjimatkan masa yang anda luangkan untuk belajar berseorangan. Contoh, jika anda ingin belajar menjahit sendiri, mungkin anda akan mengambil masa selama 3 tahun dan lebih. Tetapi, jika anda mempunyai mentor, anda mungkin akan menjadi pakar dalam menjahit lebih kurang dalam tempoh setahun sahaja.

INGAT! Perkara yang paling penting jika anda ada mentor adalah, mentor tersebut akan memberi anda jalan pintas untuk capai apa yang anda nak. Mentor pastinya akan tunjukkan cara yang beliau sudah gunakan dan pastinya sudah terbukti berkesan..

Beliau takkan biarkan anda melakukan kesilapan yang sama seperti yang beliau pernah lakukan dulu.

Apapun, yang paling penting adalah, anda kena terus-menerus POSITIF dengan diri anda dan syukuri segala apa yang berlaku dalam diri anda. Setiap apa yang berlaku itu ada SEBAB dan MANFAATNYA. Lihatlah setiap kesilapan itu sebagai GURU yang mengajar kita agar kita melakukan perkara yang sama.

Baik, itu sahaja, semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada anda.

Bekas Imam Dari Universiti Madinah

$
0
0

Amiru

Beliau adalah bekas pelajar dari Universiti Madinah. Balik Malaysia, berniaga online..

Pernah mengalami kerugian mencecah sehingga 6 angka.. tapi, tetap teruskan semangat untuk berniaga.

Lagi sedih, sedara mara.. kawan2 semua BANNED beliau..

Macam mana beliau boleh TAHAN semua tu sehingga berjaya capai sales mencecah 6 angka?

Baca kisah beliau ni…

” Assalamualaikum wbt, nama saya Amiru Mat Rawi, dari Jerteh, Terengganu.

Saya merupakan pengarah urusan Richman Vision Sdn Bhd. Kepakaran saya adalah membantu mereka yang tak pandai langsung berniaga kepada menjadi peniaga dan usahawan yang berjaya menjana sekurang2nya RM2k.

Setakat ni, maximum RM20k sebulan dibawah brand Cypreme, penawar alternatif untuk penyakit kencing manis & gout. Bilangan partner yang kami train dari kosong sehingga berjaya adalah 20 orang. Income diorang RM2k-RM20k maximum.

Bilangan staf kami adalah 15 orang. Perniagaan kami 100% online dan beroperasi di rumah. Bayangkan 30 orang duduk dalam 1 rumah.. macam2 bau ada.

Produk Cypreme ni tak sampai lg setahun, tapi, kita dah mula masuk market Brunei & Singapore dan insyaallah, sikit masa lagi.. kita akan masuk market beberapa negara lagi, seperti Indonesia & juga Thailand..

.. tapi, sebelum ni tak macam sekarang. Kalau saya cerita satu2, memang sangat sedih. Saya merupakan seorang bekas pelajar di Universiti Islam Madinah. Bila saya balik, saya tak tau nak buat apa. Jadi, saya pun berniaga online.

Saya menjual pad tuala wanita. Gila kan ustaz jual tuala wanita… MEMANG GILA! Kawan2 semua cakap, “apa kau ni, ustaz jual tuala wanita?”

Banyak saya terima tohmahan. Saya pernah jadi imam, 2 bulan je, tapi saya berenti sebab nak FOKUS bisnes.

Sedara mara, sahabat handai semua KECAM saya. Semua cakap saya melepaskan peluang yang baik.. tapi diorang tak faham, saya pernah menjual produk kosmetik.

Lelaki…lelaki bertaraf ustaz jual produk kosmetik?

Kami pernah difitnah jual produk fake.. produk tiruan..

Perniagaan kami jatuh sebab fitnah ni.

Sepanjang bisnes, kami banyak membayar cukai kebodohan..

.. Pernah RUGI RM10k dalam saham.
.. Pernah RUGI RM80k dalam pelabutran emas.
.. Pernah RUGI RM50k sebab org x bayar hutang.
.. Rugi buat ads x yah kira la, berpuluh2 ribu jugak la.

.. dan banyak la jatuh bangun bisnes saya yang kalau saya cerita, seminggu pun tak abis.

Keadaan saya berterusan sehinggalah saya join kelas sifu jamal. Mula2 kelas Chapter F, kemudian.. saya amek mentoring dgn sifufbads.

Lepas kelas, saya balik buat, TAK JADI!

Kemudian, saya pergi tanya sifu, balik buat lagi, x jadi jugak..

Selepas beberapa kali saya pergi jumpa sifu, saya pun balik create 1 team dalam bulan feb yang lepas. Saya create team tu, kemudian.. saya ajar diorang apa yg saya belajar dari sifu jamal. Saya LATIH setiap seorang supaya mereka boleh hasilkan sales sekurang2nya 4 angka sebulan..

.. sampailah tiba 2 bulan lepas tu, pada akhir bulan 4, sales kitorang yang dulu dari x pernah sampai RM50k.. tiba2 jadi RM290k.

.. dan bulan 5 lepas, dari RM290k melonjak kepada RM487k!

Sekarang, sales saya dah meletup sehingga RM700k..!

Alhamdulillah…

.. saya bersyukur sangat! Terima kasih sifu jamal kerana tak pernah henti2 bantu saya.”

NASIHAT SAYA…

Walaupun siapa pun diri anda, jangan kedekut LABUR untuk ilmu. Ilmu ni bukan BANTU anda 1 hari je.. tapi, untuk jangka masa panjang. Ilmu akan jadi sia2 jika anda tak amalkannya..

Jadi, penting di sini..

.. lepas belajar, terus buat! Buat sampai dapat.. jangan buat separuh jalan je. Rugi kalau anda dah belajar banyak2 tapi satu apa pun tak buat..

Akhir kata dari saya….

JANGAN STOP BELAJAR! BUAT SAMPAI HABIS..!

Perkara Asas Branding Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Bisnes

$
0
0

Perkara Asas Branding Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Bisnes

Branding ataupun “penjenamaan produk” adalah aspek yang sangat penting dalam strategi bisnes, tidak kira bisnes besar, kecil, retail, dan sebagainya.

Apa Maksud ‘Branding’ Ini Sebenarnya?

Ringkasnya begini, jenama anda adalah apa yang anda janjikan untuk pelanggan anda. Ia adalah apa yang mereka boleh harapkan daripada bisnes anda.

Contohnya, jika kami di Sifufbads, kami menyediakan SERVIS internet marketing dan janji kami kepada pelanggan adalah untuk berkongsi dan memberi tip-tip yang TERBUKTI berkesan supaya mereka dapat TINGKATKAN jualan dengan menggunakan Facebook Ads.

Selain itu, brand bisnes itu datangnya daripada diri anda sendiri, siapa anda pada masa akan datang, dan siapa anda pada sudut pandang orang luar?

Adakah anda orang yang pakar dalam bidang yang anda ceburi? Atau adakah anda orang yang sudah berpengalaman, atau orang yang memang boleh diharap untuk melakukan servis yang anda sediakan?

Kenalkan brand bisnes anda melalui KARAKTER diri anda.

Strategi Asas ‘Branding’

Ini yang perlu anda rancang untuk berkomunikasi dan sampaikan mesej brand anda.

Strategi Asas 'Branding'

Apakah STRATEGI pemasaran yang anda tetapkan? Apakah SISTEM pengagihan produk dan servis yang anda hasilkan? Percaya ataupun tidak, cara anda berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan juga merupakan strategi yang boleh memberi KESAN yang positif kepada brand anda.

Semakin KONSISTEN usaha penjenamaan terhadap sesuatu produk itu, semakin bertambah NILAI yang dibawa jenama tersebut. Apabila jenama anda semakin tinggi nilainya, audiens akan sanggup melaburkan wang mereka untuk jenama anda, walaupun ianya mahal daripada produk yang sama jenis dengan produk yang anda sediakan.

Semuanya kerana BRAND anda.

Contoh yang paling mudah adalah, produk sukan jenama Nike. Mereka tidak menjual kasut semata-mata. Mereka menyampaikan nilai berbentuk EMOSI kepada audiens agar mempunyai perasaan yang berlainan dan lebih bersemangat untuk bersukan apabila menggunakan kasut jenama Nike. Bagi mereka, ciri-ciri istimewa yang ada pada kasut itu bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan produk mereka terjual.

Kenali Brand Anda

Perjalanan untuk mengenali brand anda sama seperti perjalanan untuk anda KENALI diri anda sendiri. Boleh jadi ianya sangat menyulitkan, banyak memakan masa, dan memenatkan. Di bawah ini merupakan beberapa soalan yang anda perlu tahu jawapannya jika anda ingin kenal brand anda..

Brand Concept Blackboard

Contoh soalan-soalannya:

  • Apakah misi syarikat anda?
  • Apakah faedah, ciri-ciri, dan manfaat produk/servis anda?
  • Apakah yang pelanggan dan prospek anda fikir pada syarikat anda?
  • Apakah nilai dan kualiti yang menyebabkan mereka untuk bergaul dengan syarikat anda?

Buat KAJIAN terhadap persoalan-persoalan di atas. Ambil tahu mengenai keperluan, tabiat, dan keinginan pelanggan anda. Apa yang yang membuatkan mereka mahu beli daripada anda?

Jangan terlalu fokus kepada apa yang anda rasa mereka fikirkan. Tetapi, anda kena tahu sebetul-betulnya perkara apa yang mereka fikirkan.

Apa Nak Buat Bila Dah Kenal ‘Brand’ Anda?

Apabila anda dah kenal brand anda, persoalan seterusnya adalah, bagaimana pula anda mahu sampaikan mesej produk kepada audiens?

Di sini saya sediakan beberapa cara ASAS dan MUDAH untuk anda kenalkan brand kepada orang ramai:

1) Dapatkan logo yang sesuai. Letakkan di setiap tempat dan media sosial yang anda ada. Letakkan logo di bahagian Profile Picture dan Timeline Facebook.

2) Kongsikan tips atau kata-kata motivasi secara harian. Ia boleh dikongsikan dalam bentuk gambar, text, video dan sebagainya.

3) Bina satu tagline. Jadikan ia mudah diingati dan mempunyai makna yang tersendiri. Buat seringkas yang mungkin. Semasa menulis post di fanpage, letakkan tagline anda dalam bentuk hashtag.

4) Jujur dengan produk dan servis yang anda sediakan. Jika produk itu boleh mencerahkan wajah, pastikan ia benar-benar berkesan. Jika servis anda boleh meningkat jualan pelanggan sebanyak 100%, maka pastikan ia benar. Pelanggan tidak akan kembali kepada produk anda jika anda tidak jujur dengan brand anda.

5) Konsisten. Sengaja saya letak poin ini akhir sekali kerana ia sangat penting serta melibatkan kesemua poin-poin di atas. Jika anda tidak mampu konsisten dalam praktikkan keempat-empat cara di atas, cubaan untuk anda kenalkan brand anda kepada orang ramai mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk gagal. Kerapkan melabur MASA dan TENAGA untuk brand anda.

Ini adalah langkah-langkah asas bagi sesiapa yang ingin tahu mengenai branding. Anda juga boleh rujuk artikel di bawah jika anda mahu tahu lebih lanjut berkenaan branding yang seterusnya..

Semoga bermanfaat..

Cara Guna ‘SWOT Analysis’ Yang Betul Untuk Bisnes Anda

$
0
0

Cara Guna 'SWOT Analysis' Yang Betul Untuk Bisnes Anda

SWOT Analysis merupakan TEKNIK yang digunakan untuk memahami KEKUATAN dan KELEBIHAN bisnes anda. Ia juga digunakan untuk kenal pasti PELUANG dan ANCAMAN yang bisnes anda bakal hadapi.

Dalam artikel kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk menggunakan teknik SWOT Analysis dalam bisnes anda. Ia sangat penting untuk anda membuat ANALISA mengenai bisnes anda dan pesaing anda.

Apa Itu SWOT?

SWOT ini adalah gabungan antara 4 perkataan dalam bahasa Inggeris yang membawa makna seperti berikut:

1) STRENGTH: Kekuatan dalaman yang ada dalam bisnes anda. Ia berada dalam kawalan anda.

  • Apa kelebihan produk anda berbanding dengan pesaing anda?
  • Apa aspek dalaman yang POSITIF yang memberi kelebihan pada bisnes anda?
  • Apakah sumber-sumber yang anda ada? Sikap pekerja yang positif, reputasi atau teknologi?

2) WEAKNESSES: Apa kelemahan dalaman yang memberi kesan yang buruk pada bisnes anda? Selepas kelemahan ini berjaya ditemui, ia perlu cepat diperbaiki. Anda perlu perbetulkannya untuk bersaing dengan pesaing anda.

  • Adakah bisnes anda bertapak di tempat yang kurang pelanggan sasaran?
  • Apa kekurangan bisnes anda?
  • Adakah bisnes anda mempunyai sumber yang terhad?
  • Apa yang perlu diperbaiki untuk mencapai objektif bisnes anda?

3) OPPORTUNITIES: Peluang merupakan faktor luaran yang boleh membantu bisnes anda menjadi lebih maju dan berjaya.

  • Apa peluang yang wujud dalam pasaran yang boleh anda dapat manfaat daripadanya?
  • Masih adakah peluang untuk produk anda dipasarkan pada waktu wang Ringgit Malaysia jatuh?
  • Adakah terdapat pertumbuhan pasaran baru atau ada perubahan yang lain di pasaran yang mewujudkan peluang?

4) THREAT: Ancaman ini boleh memberi RISIKO pada bisnes anda. Ia juga adalah faktor luaran dan anda tiada kawalan terhadapnya.

  • Siapa pesaing terbesar anda?
  • Siapakah pesaing yang sedia ada atau yang berpotensi anda?
  • Apakah faktor-faktor luar kawalan yang boleh meletakkan perniagaan anda berisiko tinggi?
  • Bagaimana pula dengan perubahan dalam tingkah laku pengguna, ekonomi, atau peraturan-peraturan kerajaan yang boleh mengurangkan hasil jualan bisnes anda?
  • Apa ancaman yang boleh mengganggu usaha pemasaran anda?

Berdasarkan kajian Barat, teknik SWOT ini amat sesuai dan FLEKSIBEL dalam membantu setiap jenis bisnes (termasuk bisnes anda) dalam proses membuat keputusan berkenaan strategi bisnes mereka, tidak kira kewangan, pemasaran, dan lain-lain.

Sebelum itu, mari kita FAHAMI betul-betul dahulu apa benda SWOT ni.

SWOT ini digunakan untuk mengenalpasti maklumat yang penting berkenaan bisnes, agar kita boleh melakukan ANALISI dan KAJIAN terhadapnya nanti.

Contohnya seperti, apa kelebihan bisnes kita berbanding pesaing kita? Apa peluang pasaran produk kita? Dan sebagainya.

Cara Menganalisis SWOT Secara Efektif

Memandangkan teknik ini boleh digunakan dengan pelbagai cara mengikut jenis PRODUK dan SERVIS yang anda sediakan, jadi saya akan kongsikan beberapa point penting yang boleh diaplikasikan dengan teknik ini.

Antaranya:

  • Menggunakan SWOT untuk membezakan antara bisnes anda SEKARANG, dan hala tuju bisnes pada MASA AKAN DATANG.
  • Jadikan kekuatan, dan kelemahan itu realistik dan serius. Elakkan unsur main-main dan tokok tambah perkara yang tidak perlu.
  • Jadikan ia SPESIFIK yang mungkin, masukkan kata kunci yang penting dalam bentuk poin yang ringkas.
  • KAITKAN antara kekuatan dan kelemahan untuk kenalpasti apa faktor yang menyebab bisnes anda boleh berjaya.
  • LABELKAN setiap poin itu mengikut tahap keutamaannya terhadap bisnes anda.
  • Jadikan ia seringkas yang mungkin. Lebih elok jika ianya tidak lebih daripada 1 muka surat.

Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats

Kebiasaannya, strengths dan weaknesses ini merupakan FAKTOR DALAMAN kepada bisnes yang kita boleh kawal. Opportunities dan threats pula adalah FAKTOR LUARAN yang kita tidak boleh mengawalnya.

Untuk lebih jelas lagi, ianya begini:

  • Strengths: faktor dalaman yang positif untuk satu organisasi itu, atau satu situasi, yang berada di dalam kawalan anda.
  • Weaknessess: juga merupakan faktor dalaman yang berada di bawah kawalan anda, yang sekaligus menghalang kemampuan anda untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
  • Opportunities: faktor luaran yang perlu ditambahbaik oleh organisasi tersebut.
  • Threats: faktor luaran yang bukan dibawah kawalan anda, yang boleh mmebuatkan projek atau organisasi anda berada dalam risiko yang tinggi.

SWOT_example

Cara Mengendalikan SWOT Analisis 

Untuk mendapatkan kesempurnaan dalam proses menganalisis SWOT ini, anda amat digalakkan untuk melakukannya bersama beberapa lagi kumpulan lain.

Contohnya, seperti pihak pengurusan bisnes anda, bahagian jualan, khidmat pelanggan, dan mungkin beberapa pengguna.

Antara manfaat lain aktiviti SWOT ini adalah, ia merupakan satu proses yang boleh membuatkan ahli-ahli organisasi anda semakin rapat antara satu sama lain, serta menggalakkan penyertaan mereka dalam memutuskan strategi bisnes anda.

Dalam membincangkan SWOT ini, saya menggalakkan anda untuk mengadakan sesi BRAINSTORMING untuk kenal pasti setiap satu faktor bagi 4 kategori tersebut. Antara langkah yang anda boleh lakukan adalah dengan membuka ruang kepada semua ahli untuk mengemukakan pendapat. Tiada istilah anda boss, hanya anda sahaja yang betul. Jangan sekat mana-mana idea yang timbul.

Selepas selesai BRAINSTORMING, buatkan satu draf minit mesyuarat yang direka KHUSUS untuk analisis SWOT. Senaraikan mengikut kepentingan prioriti masing-masing, daripada yang paling perlu dititikberatkan, dan yang mungkin anda boleh abaikan dahulu buat masa yang terdekat.

tows_small

Merancang Strategi Seterusnya

FASA analisis seterusnya adalah untuk mengambil poin-poin SWOT yang anda sudah lakukan tadi mengikut tahap kepentingannya. Kemudian, selepas anda selesai senaraikannya, anda jawab soalan-soalan di bawah:

1. Bagaimana anda menggunakan Strengths untuk mencari dan mendapatkan Opportunities?

2. Bagaimana anda menangani masalah Weaknesses yang menghalang anda daripada mencari dan mendapatkan Opportunities?

3. Bagaimana Strengths anda boleh mengurangkan risiko Threats?

4. Apa yang anda boleh buat dengan Weaknesses anda untuk mengurangkan Threats?

Apabila anda menjawab soalan-soalan ini, insyaallah anda akan mula memahami faktor luaran yang anda hadapi dalam bisnes dan cara bagaimana anda boleh mengatasinya.

Kesimpulannya

Analisis SWOT ini secara ringkasnya adalah untuk mengambil kesempatan terhadap kekuatan bisnes anda (S), menangani kelemahan (W), memanfaatkan peluang yang ada (O), dan mencegah segala ancaman yang mendatang (T).

Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti isu dan masalah yang paling penting dalam bisnes kita, menetapkan prioriti terhadapnya, menilai segala pilihan yang ada, dan mengambil tindakan keatasnya.

Anda juga boleh rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

SWOT

Penat Belajar Oversea, Balik Malaysia Jadi Salesman

$
0
0

Hafiy Hazmi

Kisah inspirasi arini, yang juga diambil dari koleksi inspirasi anak murid Sifufbads. Kali ni dengan kisah seorang salesman kereta…

“JUAL KETA KAT FB? BIAQ BETOI?”

Apa tak bolehnya.. Fb ni kan medium/platform marketing.. Apa saja leh diniagakan..

Malas nak citer banyak, jom terus baca kisah dia di bawah.. Malas baca, toksah baca.. Rajin baca, insyallah anda dapat ilmu.. mana tau pasni jual kete jugak ke?

” Assalamualaikum sifu jamal dan team sifufbads. Semoga dimurahkan rezeki dan berada dalam rahmat Allah Selalu.

Sebenarnya dah lama nak cuba share pengalaman saya. Tapi, memandangkan agak busy menjelang raya baru2 ni kerana tempahan kereta terlalu banyak. Baru sekarang free untuk share pengalaman. Saya share kan pengalaman saya ini sebagai tanda penghargaan kepada Sifu Jamal dan juga team Sifufbads kerana banyak mengajar dan membantu saya dalam bidang fbads ini.

Saya sebenarnya bermula dalam bidang Jualan Perodua dalam keadaan kosong. Memang saya tak pernah ada pengalaman jual kereta sebelum ini. Sebelum saya menceburi bidang jualan Perodua. Saya merupakan seorang Jurutera Panasonic selama hampir 3 Tahun. Saya graduate dari University of Melbourne Australia dalam bidang Kejuruteraan Elektronik.

Saya berhenti kerja dari Panasonic dan cuba untuk mencari kerja Jurutera yang lain tapi tak berjaya. Setelah hampir 2 bulan Jobless, kawan saya mencadangkan agar saya cuba jual kereta Perodua sementara waktu.

Niat awal dulu memang nak menjual kereta ni sekejap sahaja. Sebab susah sebenarnya nak jual kereta ini.

Saya ingat senang. Ketika awal dulu, saya membuat marketing guna cara konvensional. Edarkan Flyers di Stesen LRT Putra dan KTM, pasang banner di pokok2 dan tiang eletkrik, membuat roadshow di Pasaraya dan juga membuat duty di Showroom. Result saya bulan pertama adalah kosong jualan. Saya fikir ketika itu memang tak boleh pergi jual kereta Perodua ni. Saya kerja dari selepas Subuh (edar flyers di LRT ) sehingga la ke waktu malam jaga roadshow di pasaraya.

Masuk bulan kedua, saya kuatkan juga semangat untuk teruskan jualan. Ketika ini, saya dah mula berjinak jinak dengan online marketing. saya sudah mula membuat fanpage dan juga blog. Teknik online marketing memang zero. Ketika itu saya ingat lagi saya invite hampir 1000 orang Friendlist saya untuk LIKE fanpage saya. Cuma 300 orang je yang respons. Teknik marketing secara konvensional masih diteruskan macam biasa. Akhir bulan kedua, jualan saya hanyalah 2 unit sahaja.

6 bulan dah berlalu, jualan kereta saya average hanya 3 unit sahaja setiap bulan. Saya mula hampir dikenakan WARNING LETTER kerana setiap salesman wajib menjual minimum 4 unit. Saya dipanggil Manager saya dan beliau tanya apa yang saya buat untuk jual kereta. Saya cerita yang saya membuat jualan menggunakan teknik konvensional dan juga online marketing.

Manager saya suruh abaikan buat online marketing kerana dia cakap takde orang yang nak beli kereta secara online. Dia suruh saya fokus terus teknik konventional. Waktu tahun 2011, tiada lagi orang yang PROVEN boleh menjual secara ONLINE. Ketika itu, saya tekad nak buktikan yang Manager saya salah.

Bulan June 2011, ketika itu semakin dekat dengan pelancaran Myvi Baru Lagi Best. Sebulan sebelum launching saya tekad saya nak all out buat online marketing untuk kumpul booking sebelum launching. Saya mula buat iklan di blog2, forum2 dan juga fb ads. Pada tahun 2011, ketika itu ilmu fb ads sangatlah sikit. kurang rujukan dan tiada bukti PROVEN yang orang boleh berjaya dengan fb ads marketing. Kos satu LIKE atau engagement ketika itu lebih kurang 50 sen hingga RM1 setiap Klik. Sangat mahal sebab ilmu fb ads pon belum ada waktu tu.

Alhamdulillah, ketika launching Myvi baru saya dapat hampir 10 booking setiap bulan dan momentum itu berterusan sehingga akhir tahun. average jualan ketika itu ialah 10 buah unit sebulan. Dan penghujung tahun 2011 saya buat rekod 17 unit sebulan. First time jual lebih 15 unit sebulan. Kali ini manager saya panggil sekali lagi ke biliknya. Dia tanya macam mana saya menjual. saya cakap saya fokus kepada online marketing. Akhirnya, dia endorse saya untuk menjual kereta secara ONLINE.

Bermula tahun 2012 hingga 2013, saya mula fokus buat marketing 100% melalui online. Saya sudah tidak lagi menggunakan cara konventional. Ilmu fb ads sudah mula berkembang ketika itu. Tapi, still belum mencukupi. Average jualan saya ketika itu antara 15 unit hingga 20 unit.. dan sangat susah nak lebih 20 unit sebulan.

Saya rasakan seperti ada yang tak kena dengan fb ads yang saya jalankan seperti sudah TEPU. Ketika itu, saya tambah ilmu dengan menghadiri seminar fb ads anjuran sifu Jamal. Ketika itu terbuka mata saya.. rupanya banyak lagi selok belok fb ads yang saya belum tahu.

Saya nekad berguru dengan sifu jamal untuk mendalami dengan lebih mendalami ilmu fb ads. Alhamdulillah hasilnya sangat memberangsangkan. Tempahan kereta saya bertambah 2 kali ganda. Average Jualan saya sekarang mencecah 30 hingga 35 unit sebulan + Pending Stock 30 unit. Total hampir cecah 50 hingga 60 unit sebulan (termasuk pending stock).

Tahun 2012 hingga 2014, saya hanya ada seorang pembantu membantu urusan teknikal. Sekarang ini tahun 2015, saya mempunyai 3 orang full time staff dan juga 3 orang student praktikal untuk membantu saya. Saya sekarang sudah tidak lagi menjawab Call dan Whatsapp dari customer. Staff saya yang berdedikasi yang uruskan semua.

Pencapaian saya untuk tahun 2014, Saya telah mendapat 2 anugerah dari Perodua.

.. No. 2 SSI Ranking di Malaysia
.. No. 4 Sales Ranking di Malaysia

InShaAllah target saya untuk tahun 2015 adalah untuk menjadi Salesman No. 1 di Malaysia.

Sebelum saya mengakhirkan cerita saya nie, saya nak sentuh sikit berkenaan redha Mak dan Ayah kita. Ketika saya berhenti kerja Jurutera dulu, Mak dan Ayah saya sangat marah. Mana tak nya.. kerja jurujual ni hanya perlukan SPM sahaja. Sedangkan saya mempunyai Degree Overseas.

Hampir setiap minggu parents saya suruh cari kerja baru dan tinggalkan kerja salesman nie. Tapi, saya pujuk perlahan-lahan. Saya cakap yang saya serius nak cuba bidang baru ini. Tunjukkan kepada parents kita yang kita ni serius dan jaga hati parents kita.

Alhamdulillah, selepas setahun Mak dan Ayah redha dengan pilihan saya. Mak saya selalu doakan semoga saya berjaya dalam bidang ini. (Kalau tanpa redha mak, susah untuk kita pergi jauh. Mak saya sudah meninggal dunia. Namun, saya bersyukur sebab Mak dah redha sebelum dia meninggalkan saya).

Alhamdulillah, sampai di sini sahaja perkongsian pengalaman hidup saya. Saya harap ianya boleh memberi motivasi kepada anda. Jangan takut untuk menceburi bidang Jualan dan Perniagaan. Pastikan DUIT SIMPANAN dan ILMU anda mencukupi untuk anda mengharunginya.

Sekian dari saya”

.. BONUS

Ini NASIHAT dari beliau untuk NEW SALESMAN..

Untuk buat sales, kita kena KONSISTEN dan ISTIQAMAH. Jangan mudah give up! Jangan harap nak hasil segera. Boleh jadi customer yang jadi prospek kita harini tak beli dengan kita dengan segera. Mungkin mereka akan beli dengan kita pada minggu depan.. bulan depan atau tahun depan.. mana tau kan?

Fokus anda hanyalah berikan SERVIS yang TERBAIK.

Jadi, kepada anda yg masih baru dalam bidang sales. BERUSAHALAH bersungguh sungguh! Cuba tahan at least setahun. Inshaallah anda akan berjaya..!


Panduan Cara Bina ‘Content’ Yang Baik Untuk Fans Anda

$
0
0

Panduan Menyampaikan 'Content' Yang Baik Di Fanpage Anda

Anda pernah dengar tak mengenai Content Marketing? Biasa buat tak? Kena tak tahu langsung? Pe benda Content Marketing ni?

Content Marketing adalah membina dan berkongsi informasi yang BERNILAI secara percuma kepada audiens. Ia digunakan untuk menarik dan tukarkan dari prospek ke pelanggan, akhirnya menjadi pelanggan setia. Jenis content yang anda kongsikan mestilah berkaitan dengan produk yang anda jual. Maknanya, anda EDUCATE fans anda supaya mereka PERCAYA, KENAL dan SUKA berurusan bisnes dengan anda.

Content marketing telah pun menjadi perkataan biasa dalam dunia online bisnes sekarang ini. Teorinya mudah, anda suarakan pendapat anda dalam industri yang anda ceburi, seterusnya berikan perkongsian yang bagus dan bernilai agar audiens suka untuk berkomunikasi dengan brand anda.

Maknanya, anda tulis perkongsian yang bermanfaat pada dinding Facebook, atau fanpage anda, dan jika perkara itu sesuai dengan audiens yang anda ada, mereka akan lebih SETIA dan PERCAYA dengan brand anda..

.. tetapi, dari segi praktikalnya, ia bukanlah  perkara yang boleh dilakukan dengan mudah. Ia memerlukan usaha yang berterusan untuk membina audiens dan menghasilkan content yang baik. Jadi, oleh kerana itu, kami ingin memberikan 5 cara untuk menyampaikan content bisnes anda dengan lebih baik.

1. Kenali Audiens Anda

Langkah ini sering diabaikan oleh ramai orang. Mereka tak kisah pun sesiapa yang berada di dalam circle mereka. Sedangkan, antara target utama untuk memperkenalkan brand mereka adalah kawan-kawan yang mereka ada di Facebook.

Untuk komunikasi yang baik, anda perlu jaga mereka elok-elok dan beri perkongsian yang bermanfaat. Biasanya, mereka akan suka apa-apa jenis perkongsian sekalipun, asalkan ianya tidak menjurus kepada hal-hal negatif. Contohnya, mengutuk, menyebarkan fitnah, dan sebagainya.

Content yang anda kongsikan mestilah ada kaitan dengan niche fanpage anda. Jika anda lebih kepada Internet Marketing, berikan berita terkini mengenai apa yang baru mengenai teknik-teknik fb ads.

Begitu juga jika anda menjual tudung, kongsikan info-info yang berkaitan dengan tudung.. asalkan ia tak lari dengan niche fanpage. Contohnya, jika anda jual tudung, tetapi anda asyik kongsikan perihal hartanah. Agak pelik kan?

2. Ikut Jadual

Anda tak digalakkan untuk post di fanpage anda sesuka hati sahaja.

Contohnya, hari ini, anda 2 post serentak pada jam 9 pagi. Esoknya, 3 post serentak pada jam 2 petang. Seeloknya, anda pelbagaikan tempoh masa untuk post di fanpage. Buat JADUAL yang tetap untuk setiap post. Pilih waktu-waktu yang digelar ‘peak-hour‘ ketika fans anda aktif bersosial.

Antara waktu-waktu yang mungkin anda boleh gunakan adalah pada jam 9 pagi, 12 tengahari, 3 petang, 5 petang, 9 malam, 11 malam. Setiap satu waktu, satu post. Jangan terlalu gopoh ingin kongsikan banyak perkara dalam satu masa. Simpan sikit untuk waktu yang seterusnya, sebab, kita inginkan RESPON yang konsisten daripada audiens, bukannya hanya sementara sahaja.

Closeup calendar page with drawing-pins

Jadi, tetapkan bila anda mahu post di fanpage anda dan sentiasa ikut jadual tersebut.

3. Jadi Lain Daripada Yang Lain

Jika anda bekerja di industri yang umum, seperti produk makanan, kecantikan dan pakaian, anda perlu menjadi unik dan berbeza daripada produk lain. Anda tak perlu ubah produk anda jadi pelik sehingga orang tak dapat bezakan yang ni tudung atau kain sarung.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, wujudkan keunikan daripada segi sudut pandang anda terhadap produk tersebut, dan cara anda sampaikan informasi mengenai produk tersebut. Berikan sesuatu yang fun, kreatif, dan pada masa yang sama, mempunyai kualiti yang bagus.

Contohnya, produk anda adalah kek coklat. Anda cuba ubah dan datangkan keunikan dengan cara anda interaksi dengan audiens.. anda lebih sempoi dan mesra dengan pelanggan. Anda juga KERAP berinteraksi dengan mereka secara online dan offline.

Ringkasnya, mula-mula.. anda kenal pasti perkara apa yang audiens perlukan, kemudian, kaji apa KEKURANGAN yang ada pada pesaing anda. Lepas anda dah jumpa, gunakanlah kekurangan tersebut sebagai keunikkan bisnes anda. Anda boleh menggunakan SWOT Analysis untuk mengkaji kekurangan bisnes pesaing anda.

Contohnya, perkhidmatan servis yang baik dan tangkas, caj post laju percuma, dan sebagainya.

4. Belajar Daripada Pakar

Berikan diri anda masa untuk pergi berjumpa MENTOR atau otai dalam industri bisnes anda. Luangkan masa bersama mereka, pergi seminar dan baca buku mereka. Follow perkongsian mereka di Facebook.

social-business-expert-620x250

Anda perlu sentiasa KEMAS KINI mengenai hal-hal semasa berkaitan bisnes.

Orang yang berpengalaman ini ada banyak perkara yang mereka mahu kongsikan, yang penting anda kena tanya soalan yang betul. Jangan risau, biasanya mereka tidak kedekut pun untuk berkongsi. Yang penting, anda mahu belajar dan berani bertanya.

5. Gambar, Gambar, dan Gambar!

Dalam era sosial media yang padat dengan maklumat ini, ramai orang akan terlepas informasi yang ingin kita sampaikan. Biasanya, kita pun scroll je News Feed Facebook sebab banyak sangat orang update status. Jadi, untuk tarik perhatian audiens yang terhad itu, masukkan sekali gambar yang sesuai. Mereka akan lebih mudah untuk menyerap maklumat yang ingin kita sampaikan jika kita sediakan content dalam bentuk gambar.

1

Oh ya, jika anda mahu sertakan video juga lebih baik.. tetapi, jangan spam wall anda dengan video dan gambar sahaja. Anda perlu KREATIF dalam mengendalikan fanpage anda. Fikirkan bagaimana nak jadikan fanpage anda seronok untuk dikunjungi oleh fans anda.

Kesimpulannya…

Semakin hari, semakin ramai pengguna Facebook di dunia. Ini bermakna usahawan Facebook juga akan bertambah. Oleh sebab itu, ianya lebih mencabar untuk kita sampaikan content dalam bentuk yang boleh menarik perhatian audiens.

Pastikan anda berikan maklumat dan perkongsian yang bermanfaat untuk mereka. Sampaikannya dalam bentuk yang UNIK dan kerap luangkan masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Dengan cara ini, mereka akan suka dengan brand anda seterusnya menjadi pelanggan setia bisnes anda.

Tutorial Cara Respons PM Dengan Pantas Menggunakan Fungsi ‘Saved Reply’

$
0
0

Tutorial Cara Respons PM Dengan Pantas Menggunakan Fungsi 'Saved Reply'

2, 3 bulan kebelakangan ni FB agak rancak menambahbaik sistem fanpage mereka. Salah satu fungsi terbaru yang diperkenalkan adalah function ‘Saved Reply’.

Fungsi ini membolehkan kita SAVE siap-siap template untuk reply PM yang masuk ke FB page. Bila ada je PM yang masuk ke page kita, just klik pada template reply yang bersesuaian. Tak perlu lagi nak ‘kopipes’ (copy paste) ayat reply dari notepad ke, Microsoft words ke…

So, kerja kita untuk reply PM dah jadi lebih mudah dan cepat. Bila respons cepat, prospek pun suke. Bila prospek dah suka dan happy, lagi mudahlah proses nak close sale! :)

Faham ke FAHAM? Hee..

Ok, meh saya ajar camne cara nak setting function SAVED REPLY ni.

Ikut step-by-step tau…

LANGKAH 1: Pergi ke Messages. Pilih mana-mana PM prospek, dan klik Manage Replies.

1

LANGKAH 2: Klik Create Reply.

2

LANGKAH 3: Masukkan ayat reply PM yAng anda kehendaki. Oh ye, anda juga boleh masukkan nama prospek secara auto bila reply PM tersebut. Klik Personalize.

3

LANGKAH 4: Pilih First Name.

4

LANGKAH 5: Anda akan lihat box ‘Persons First Name‘ dalam ayat reply anda. Ini maknanya, bila anda reply mesej prospek anda, secara automatik nama prospek tersebut akan keluar di bahagian ‘Person First Name‘. Apa yang bestnya tentang fungsi ni, ia membolehkan kita untuk beri sentuhan ‘personal‘ kepada prospek tersebut. So, mereka akan rasa lebih mesra dengan kita.

Klik Save Reply.

LANGKAH 6: Siap! Sekarang anda boleh pilih dan klik je template reply PM yang dah disiapkan tu untuk respon sepantas kilat.

5

Senang je nak setting ni kan?

Orait sume. Selamat mencuba!

Dulu Saya Anggota Polis

$
0
0

Nauf

Pernah dengar tak citer polis jual tudung?

Polis jual tudung? Boleh caya ke ni..?

Ni saya nak share sikit pasal sorang brader ni. Dulu kerja polis, sekarang dah turun pangkat jadi penjual tudung..

Bunyi macam kelakar tapi tu la kebenarannya..

Dah kenapa brader ni? Tak best ke jadi polis..? Kerja dengan GOMEN lak tu.. banyak kot kelebihan dapat. Nak buat LOAN pun senang.. kerja pun dah TETAP..

Lagi pelik, macam mane laa brader ni ada terdetik hati nak tukar kerja dari Mat Polis kepada Mat Tudung…

Ini kisahnya…

” Kalau hari ni orang lebih mengenali Nauf sebagai pereka tudung, tapi dulu Nauf adalah bekas anggota polis yang bertugas di sekitar daerah Petaling Jaya.

Bila kerja goverment ni, antara kelebihan yang ada adalah kerja tetap.. senang nak buat loan. Dalam usia 20 tahun, Nauf ada loan dengan bank dan kawan-kawan hampir RM100k. Kebanyakan loan sebab nak raya, nak beli motor la.. dan macam-macam lagi. Akibat dari tu, gaji yang tinggal jadi sikit.. jiwa Nauf meronta-ronta nak tambah pendapatan.

Mula-mula, Nauf pilih untuk sambung belajar, logik nya.. bila Nauf ada Diploma @ Degree, Nauf akan cepat naik pangkat dan gaji mungkin lebih besar..

Setiap bulan, bila dah start nak masuk tengah bulan, memang Nauf mengalami sedikit tekanan sebab duit gaji yang sedia ada tak pernah mencukupi.. sampai korek-korek tabung simpanan. Kadang-kadang tu, bila dah takde duit sangat.. nak cari 10 sen pun sangat susah.. makan maggie, sosej, nasi putih berkuahkan kicap. Allah… bukan tak bersyukur, tapi sampai bila.. hidup bujang pun dah susah camni.. nanti dah berkahwin macam mana pula? Dah ada anak?

Subhanallah, tak sanggup Nauf nak fikir dan lalui.. tu bila fikir diri sendiri.. kalau fikir plak mak abah adik kat kampung pulak macam mana? Nak bagi belanja lebih pun berkira-kira sebab takut nanti tak dapat menampung kos diri sendiri kat bandar..

Nauf dah serik hidup camni! Penat sangat-sangat.. setiap bulan, setiap tahun hidup macam ni. Dengan kos sara hidup semakin meningkat, nak pegi mana-mana pun memang kena guna duit.. dan masa tu lah jiwa ni meronta-ronta nak tambah pendapatan secepat mungkin. Nauf tengok orang jual tudung macam senang je.

Dengan baki gaji yang ada masa tu RM800 Nauf borong tudung di Jalan T.A.R, KL. Nauf masih ingat.. 1 helai tudung yang Nauf borong tu RM29/pcs jadi dengan modal RM800 Nauf dapat 27 helai..

Start dengan tidak ada ilmu tau. Main redah je.. Apa yang berlaku pada 27 helai tudung tu lepas tu? Yang terjual dalam 1 helai je.. selebihnya Nauf sedekahkan pada mak.. kakak dan kawan-kawan.. hahaha…

Lepas beberapa bulan, hidup Nauf masih tak berubah, masih di tempat yang sama.. masih makan meggi dan setiap hujung bulan Nauf masih berkira-kira untuk tunggu tarikh keramat 25hb sebab takde sokongan moral.. takde ilmu.. perniagaan tudung Nauf hampir dilupakan..

Nauf mengalami TEKANAN tahap tertinggi..

Disebabkan tekanan yang teramat sangat, Nauf mencari guru dengan hadir ke seminar perniagaan. Bayangkan masa tu dalam poket dan account bank Nauf ada sikit duit je.. tu pun duit modal. Nauf dengan berat hati nak laburkan duit tu untuk bayar seminar semata-mata nak tuntut ilmu..

Dalam kelas, Nauf takde la faham sangat apa sifu ajar. Lambat pikap la katakan… tapi, nasib baik Nauf jenis suka menyalin.. apa pun yang sifu bagitau, Nauf salin…

Sifu share macam-macam teknik sampai nak muntah yelaa.. Sebelum ni, kita main hentam je berniaga tetiba kena berniaga guna teknik yg baru kita belajar.. Nauf tak cuba semua teknik tapi Nauf cuma guna 1 teknik sahaja. Perghhhh! Betul-betul merempit sales lepas tu!

Dulu, tudung Nauf jual tak banyak.. tapi guna teknik yang sifu ajar.

Jualan pun mula meningkat dari 60 helai kepada 1500 helai per design. Paling mengujakan adalah design tudung original raudhah.. Shawl Qisha telah menjadi fenomena! Akibat promosi Qsha FREE Veil jualan Nauf meningkat kepada 3000 helai!

Kejutan yang sangat drastik sehinggakan kilang jahitan dan team raudhah huru-hara dengan permintaan di luar jangkaan dan pada bulan puasa.. operasi raudhah berjalan hampir 16 jam!

Semuanya alhamdulillah, lepas Nauf balik seminar.. Nauf dah yakin boleh buat sales dengan menjana income sendiri tanpa perlu usik duit gaji semasa bekerja…

Lepas setahun Nauf berniaga online, Nauf bercadang nak buka butik sendiri. Kalau dulu-dulu, nak buka kedai sendiri memang agak mustahil, tambah pula takde ilmu marketing offline kan.. tapi, sebab teknik sifu untuk sasarkan customer yang kita nak guna FB Ads.. lebih FOKUS dalam buat iklan. Nauf nekad sasarkan jualan 3 hari sebelom raya dan buat opening butik.

Kalau nak ikutkan, agak terlambat tapi sebab teknik tu berkesan.. modal renovation butik dan segala costing untuk membangunkan butik fully recover 3 hari sale opening Nauf. Ya Allah.. bersyukurnya Nauf tak terkata dengan sambutan customer, memang 3 hari penuh butik.. berpusu-pusu pelanggan masuk!

Alhamdulillah…

Sekarang ni, Nauf dah beri 100% jiwa Nauf untuk perniagaan, bukan senang untuk Nauf berada di tempat ni. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah.. gagal cuba lagi.. gagal terus cuba lagi.. dan setiap percubaan yang berjaya Nauf akan terapkan dan ajar terus kat stokis-stokis. Dari segi ilmu marketing, insyaAllah, Nauf akan bantu sesama stokis.. buat seminar, group coaching malah personal coaching pun ada..

Bila Nauf fikir balik, takde yang mustahil tukar dari seorang anggota polis kepada usahawan tudung. Jatuh bangun perniagaan yang Nauf lalui.. kegagalan yang Nauf terima adalah sebahagiaan daripada pembelajaran dalam perniagaan. Kegagalan yang sebenar adalah…

APABILA ANDA BERHENTI MENCUBA! TQ SIFU!”

~ Dari pemilik fanpage Raudhah my (Nauf Safwan)

Tutorial Teknik ‘Skodeng’ Audiens Pesaing

$
0
0

Tutorial Teknik 'Skodeng' Audiens Pesaing Cover

Pernah tak anda terfikir macam mana agaknya iklan-iklan FB Ads tertentu (termasuklah pesaing anda) keluar pada paparan newsfeed anda?

.. atau, pernah tak terlintas dalam fikiran anda, macam mana lah iklan XXX ni boleh kat keluar kat newsfeed anda? Macam tau-tau je anda memang tengah tercari-cari produk sebegitu..

Berita BAEKK untuk anda!

Sekarang anda boleh tau kenapa anda menjadi TARGET untuk FB Ads iklan-iklan tersebut. Anda boleh ‘skodeng’ jenis audiens yang mereka sasarkan..

Memperkenalkan fungsi “Why am I Seeing this?”.

Sebagai usahawan FB yang menggunakan FB Ads, function ini boleh membantu kita dapatkan IDEA bagaimana owner fanpage tersebut menyasarkan kita sebagai audiens FB Ads mereka.

Jadi anda boleh ‘cilok’ data yang diperoleh ni untuk digunakan pula untuk audiens FB ads anda.

Ok, follow steps ni:

LANGKAH 1: Klik pada bahagian atas kanan post Sponsored yang keluar di newsfeed anda.

LANGKAH 2: Pilih ‘Why am I Seeing This?

  • PAPARAN ‘DESKTOP NEWSFEED

Tutorial Teknik 'Skodeng' Audiens Pesaing

  • PAPARAN ‘DESKTOP SIDEBAR

Tutorial Teknik 'Skodeng' Audiens Pesaing 1

LANGKAH 3: Tadaaa.. reason kenapa anda menjadi SASARAN iklan FB ads tersebut akan terpapar.

  • PAPARAN ‘MOBILE

LANGKAH 1: Klik pada button yang ditunjukkan.

vv

LANGKAH 2: Pilih ‘Why am I Seeing this’. DONE!

bb

Ini antara contoh-contoh reason yang keluar bila anda klik pada ‘Why am I Seeing This?

  • Contoh 1:

Tutorial Teknik 'Skodeng' Audiens Pesaing 4

  • Contoh 2:

  • Contoh 3:

Tutorial Teknik 'Skodeng' Audiens Pesaing 2

  • Contoh 4:

Tutorial Teknik 'Skodeng' Audiens Pesaing 3

Jadi, kalau anda kekeringan idea, atau nak cari idea-idea baru utk disasarkan AUDIENS anda, bolehlah cuba-try-test fungsi ni.

Orait… tu je nak share kali ni.. moga bermanfaat ye.. :)

Tutorial Cara Bina ‘Instagram Ads’ Dalam Power Editor

$
0
0

Tutorial Cara Bina 'Instagram Ads' Dalam Power Editor

Adakah anda pengguna Instagram untuk bisnes?

Berminat nak buat iklan untuk Instagram?

Jom baca tutorial ini!

Semasa artikel ini ditulis, mungkin ada di antara anda yang masih belum dapat fungsi untuk bina iklan Instagram.. tapi, jangan risau! Anda pasti akan dapat fungsi ini tak lama lagi…

Dalam artikel ini, saya nak tunjukkan pada anda cara bagaimana buat iklan menggunakan Instagram..

1) Mula-mula, anda perlu connect dulu fanpage anda dengan akaun Instagram.

1

Jika anda masih belum ada lagi akaun Instagram, anda boleh terus bina akaun melalui facebook.

Pilih ‘Create New Account’, kemudian masukkan Username dan Email anda…

3

Emel pengesahan akan dihantar ke emel anda. Anda perlu setkan password untuk akaun Instagram anda.

2) Dah siap buat akaun Instagram anda? Ok, jom kita mula bina iklan.. 

Langkah pertama, masuk ke Power Editor..

Tak tahu cara guna Power Editor? Anda boleh baca artikel di bawah…

Dalam Instagram Ads, anda hanya boleh bina 3 jenis iklan;

  • Click to Website
  • Mobile App Installs
  • Video Views

5

Dalam contoh artikel ni, saya pilih objektif ‘Click to Website’..

Jika anda nak cuba buat iklan guna objektif yang lain pun boleh, caranya lebih kurang sama..

3) Selepas anda pilih objektif iklan instagram, anda perlu pilih siapa sasaran audiens anda.

Kebanyakkan fungsi targeting audiens boleh digunakan dalam Instagram Ads. Anda boleh boleh gunakan cara yang sama dengan Facebook Ads.

Untuk pemilihan placement iklan, anda boleh sasarkan pada audiens di Instagram dan facebook pada satu masa. Tapi, saya syorkan anda untuk pilih hanya satu placement sahaja. Buat SPLIT TEST untuk setiap satu placement.

4

4) Selepas selesai setting audiens iklan anda, sekarang anda perlu bina satu post iklan..

Pilih fanpage yang anda ingin gunakan, kemudian connect dengan akaun Instagram anda…

6

Jika anda dah connect akaun Instagram ke fanpage, secara automatik ia akan connect dalam Power Editor..

7

Kemudian, anda perlu bina post iklan pula..

Masukkan url website yang anda ingin promosikan, tulis ayat iklan yang sesuai..

10

Anda boleh lihat PREVIEW iklan di sebelah kanan monitor anda. Jika tak sesuai dari segi gambar dan ayat, anda boleh adjust semula..

11

Biasanya, MASALAH yang mungkin anda hadapi semasa buat iklan instagram ni adalah SAIZ GAMBAR.

Lihat pada gambar di bawah..

  • gambar yang paling sesuai diletakkan untuk buat iklan adalah bersaiz segi empat sama.
  • gambar tidak boleh ada ayat melebihi 20% 

8

Jika saiz gambar bukan segi empat sama, anda boleh CROP gambar tersebut.. 

12

13

.. tapi, tak wajib pun untuk adjust saiz gambar tersebut, kadang2 boleh je buat saiz gambar yang bukan segi empat sama. Jika tak boleh, barulah anda sendiri adjust saiz gambar tersebut.

Lepas siap setting iklan anda, klik je butang hijau di bahagian atas Power Editor untuk UPLOAD ke Ads Manager.

Jadi, siaplah iklan Instagram anda.

Selamat mencuba!

Jangan lupa juga untuk follow Instagram Sifufbads DI SINI.

Banyak tips-tips percuma dan info terkini yang kami dah kongsikan di situ.

Berhenti Kerja Buka Butik…

$
0
0

Mohamad Hafiz

Harini saya nak kongsikan lagi kisah inspirasi student Sifufbads..

Seorang lelaki graduan UKM yang terus cari kerja lepas habis belajar.. dapat la kerja dengan syarikat besar. Hari2 kerja dah macam robot.. keluar pagi, balik malam. Memang penat GILER kalau hari2 macam tu! Sambil kerja sambil buat bisnes pulak tu..!

Akhirnya, beliau buat keputusan untuk berhenti kerja sebab dah tension sangat kerja, nasib baik ada bini tolong buat bisnes. Ada la sikit sumber pendapatan..

Dalam keadaaan bisnes yang belum stabil, kerja pun takde.. macam2 la masalah yang datang…

Ok, saya tak nak citer panjang2 lagi..

Kalau anda nak tahu kisah selanjutnya, boleh teruskan baca…

Kalau malas, tak payah baca!

Ditulis sendiri oleh beliau…

” Assalamualaikum,

Nama saya Mohamad Hafiz, anak kelahiran tanjung karang.

Saya graduan dari UKM, lepas belajar terus cari kerja dan selepas beberapa kerja freelance dan part time. Berpuluh2 interview akhirnya saya dapatlah bekerja di syarikat Samsung Eletronik Malaysia, maka seronoklah saya masa tu dapat kerja executive di syarikat yg sangat ternama.

Hari demi hari berlalu… kehidupan harus diteruskan seperti biasa, saya pon berkahwin dengan gadis pilihan hati.

Satu hari tu isteri saya merungut sbb boring duk sorang2 kat rumah.

Al-maklumlah kerja cikgu, pukul 2 dah ada di rumah. Saya plak masuk keje pukul 8.00 pagi dan balik 9.00 malam. Serius xde life.

So, saya cadangkan pada wife untuk berniaga online. Masa tu, baru pertengahan 2011, masih awal, perniagaan kami berjalan lancar.

Maklum la… masa tu mane ade saingan sangat. Tak pakai fb ads pon boleh buat sales record RM1-2k sehari, sambil2 jer tu.

Mase tu, apps whatsapp pon takde lagi, kami gune sms jer.. haa cube bayangkan.. Seram tak..? Nak menjawab puluhan sms masa tu…

Hinggalah pada tahun 2012, saya dah mula rasa sangat ‘penat’ dengan kerja. Masuk pagi balik tengah malam. Dan sebab tak tahan sangat, akhirnya saya nekad berhenti kerja untuk teruskan bisnes yang belum stabil lagi.

Tahun 2012 adalah tahun paling sukar bagi saya kerana pada masa itulah saya berdepan dengan CABARAN GETIR bisnes online:

i – Lambakan peniaga online, persaingan harga dan fashion semakin sengit

ii – FB telah menghadkan organic viral, dimana pos di page hanya akan dilihat/reach oleh 20-30% dari audience sahaja

iii – Jualan semakin menurun disebabkan reach kami semakin menurun

iv – Duit sales banyak habis kat FB Ads yang saya sendiri pon tak mahir guna masa itu, satu hari untuk rm200, fb ads rm100..!! Memang garu kepala masa tu…

v – Pengaruh sekeliling yang mengatakan ekonomi tak berapa baik, dan sarankan saya untuk mencari kerja, saya mula tidak fokus

*** Perkara ini berlanjutan sehingga hujung 2012

Saya belum putus asa. Pada awal 2013 (mungkin bulan January – march), saya terbaca tentang Sifu FB Ads di FB, saya pon godek2, banyak input yang diberikan saya pon cube praktikkan dan ada nampak kesan..

Saya dah nampak sinar2 HARAPAN.

Idea yang diberikan sangat relevance dan penuh dengan teknikal fakta.

Namun, masa tu saya masih lagi ragu2 untuk join seminar. Jadi, saya cuma beli DVD missing chapter, lepas 2-3 hari dapatlah DVD berserta buku warna hitam.

Buku dan dvd tulah yang saya hadap setiap hari, dan teknik masa tu saya masih ingat saya gunakan teknik CPC, naik budget sikit2, placement to desktop (masa 2013 ramai takde smartphone lagi)

Saya nak IMPROVE lagi!

So, saya berguru dengan sifufbads..

Dari saat ini, bermulalah revolusi perniagaan saya…

i – Dari ambil gambar menggunakan manuqueen di rumah berpindah ke studio menggunakan life model

ii – Stock makin bertambah, saya terpaksa sewa rumah belakang untuk simpan stock.

iii – Tak boleh buat sorang – saya mempunyai kekangan masa justeru saya terpaksa hire staff dan tumpang di office kawan saya di setia alam unutk meminimumkan kos operasi.

iv – Langkah makin panjang, bile modal dah kuat, kemampuan sales makin baik.. maka saya pergi ke Jakarta & Vietnam untuk ambil stock raw material dan finish good.

** 2013 merupakan 1st step untuk bisnes expansion

Pada tahun 2014, kami memberanikan diri membuka butik pertama kami di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam bermula dari seorang staff. Kini, kami beroperasi dengan bantuan 6 orang pekerja boutique dan 14 orang di bahagian production/jahitan sepenuh masa dengan kapasiti pengeluaran mencecah 1,000 dress seminggu.

Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Tim Sifu FB Ads atas sokongan & ilmu beliau yang ikhlas.

TQ ALLAH, TQ SifuFBAds”

Saya nak SHARE sikit 3 sikap beliau yg anda boleh ikut…

  1. JANGAN KEDEKUT INVEST DUIT UNTUK IKLAN
  2. NEVER EVER GIVE UP
  3. BERANI UNTUK BERKEMBANG

Inilah sikap yg perlu ada dlm diri usahawan..

SEMOGA ANDA TERINSPIRASI DR KISAH BELIAU!

5 Sikap Yang Anda Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Bisnes

$
0
0

5 Cara Untuk Kejar Impian Bagi 'Newbie' Dalam Dunia Bisnes

Semua orang pasti inginkan impian mereka menjadi kenyataan. Anda juga pasti ada impian yang ingin dicapai. Betul tak?

Pernahkah anda merasakan yang diri anda akan berjaya suatu hari nanti?

Adakah anda mempunyai kekuatan diri yang akan membantu anda untuk melakukan sesuatu yang besar dalam hidup anda? Apakah anda hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi untuk buktikannya dan memastikan yang impian anda akan menjadi kenyataan?

Jika ayat di atas ini menggambarkan diri anda, sebenarnya anda sudah mempunyai SIKAP yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya! Tahniah!

Oleh sebab itu, kami ingin bantu anda dengan berkongsi mengenai 5 cara mudah untuk capai impian yang mungkin anda belum tahu.

#1: “Fake It, You’ll Make It.”

Ini adalah antara pepatah yang dibina berasaskan kajian sebenar, dan ianya sesuai untuk diaplikasi oleh mana-mana individu yang mahu berjaya. Jika sekarang anda masih belum berjaya, pura-pura dahulu, dan insyaallah suatu masa nanti anda akan berjaya.

Pakar psikologi mengatakan bahawa apabila kita wujudkan ‘rasa’ mengenai sesuatu perkara, ‘tindakan’ kita akan memberi respon terhadapnya.

Contoh mudahnya adalah seperti seukir senyuman. Senyuman bukan sahaja kesan daripada perasaan gembira. Tetapi dengan senyuman juga boleh membuatkan anda dan orang lain gembira.

Prinsip yang sama juga boleh diaplikasi dalam “fake it till you make it”. Jika anda bertindak dengan cara yang tertentu, perasaan anda, emosi anda, tahap keyakinan diri anda akan terikut selari dengan tindakan anda.

Lama-kelamaan, jika anda kerap berpura-pura bahawa anda seorang yang berjaya, insyaallah tenaga dan keyakinan diri anda akan semakin bertambah dan kejayaan itu tidak mustahil akan hadir dalam diri anda.

#2: Sentiasa Yakin Dengan Diri.

Aset yang paling berharga dalam diri anda adalah ‘keyakinan diri’. Tetapi, masalahnya, ianya sangatlah sukar untuk memaksa diri menjadi yakin tanpa mengira rasa was-was dan takut pada sesuatu.

Ramai orang yang berjaya, pada waktu dahulunya mengalami sindrom rasa rendah diri yang lahir akibat daripada status dan pencapaian seseorang. Bila dia kenal orang yang rapat dengannya menjadi lebih berjaya daripada dia, perasaan negatif sebegini akan lahir.

Walaubagaimanapun, jangan risau. Perasaan tersebut adalah normal bagi setiap manusia. Persoalannya sekarang adalah, sama ada anda mahu teruskan dengan perasaan tersebut, atau anda mahu berubah jadi kuat, dan melawannya dengan keyakinan diri anda.

Kami sarankan kepada anda supaya yakinkan diri. Keyakinan diri ini boleh membantu adalah menyelesaikan segala masalah dalaman diri. Percayalah, semua orang suka dengan orang yang tinggi keyakinan diri ini.

#3: Minta Bantuan Orang Lain.

Orang yang bijak, dia tahu betapa tidak bijaknya dia. Sebab itu, orang yang bijak ini selalu meminta pertolongan daripada orang lain.

Antara sebab ramai orang di luar sana berjaya adalah bukan kerana mereka tahu semua benda, tetapi kerana mereka selalu minta tolong daripada orang lain. Mereka sering melakukan kerja secara berjemaah.

Ingat, mungkin dengan beraksi ‘solo’, anda boleh berjaya dengan pantas, tetapi jika anda beraksi secara berjemaah, insyaAllah anda boleh pergi jauh dengan lebih cergas.

#4: Pilih Siapa Kawan Anda.

Orang yang berjaya tahu bagaimana untuk uruskan masa mereka. Mereka mengibaratkan pengurusan masa mereka sama seperti pengurusan wang.

Oleh sebab itu, anda seharusnya banyak meluangkan masa anda dengan orang yang boleh jadikan diri anda semakin baik dari hari ke hari. Anda jangan asyik duduk di tempat yang SELESA, atau letakkan diri anda dalam COMFORT ZONE.

Anda sepatutnya meluangkan masa ditempat yang anda sentiasa dicabar, diasah bakat, dan disemai benih-benih positif. Jangan biarkan diri anda terlalu rileks! Bukan tak boleh nak rileks, semua orang perlukan rehat.. tapi, jangan rasa selesa dengan hidup anda sekarang. Tak kira anda sudah jadi jutawan atau tak..

Anda perlu sentiasa CABAR diri anda untuk lakukan perkara-perkara baru, bergaul la dengan orang yang sukakan cabaran..

Orang yang berjaya sangat suka luangkan masa dengan orang yang dah berjaya. Dan apabila tiba isu mengenai cara pengurusan masa yang betul, maka anda perlu membuat keputusan yang tepat.

#5: Ambil Risiko.

Orang yang berjaya bijak mengambil risiko dalam hidup mereka. Rahsia untuk menjadi pengurus risiko yang hebat adalah dengan mula mengambil risiko. Ianya kelihatan mudah, tetapi, ia adalah benar. Anda tidak akan tahu kesan tentang apa-apa risiko jika anda tidak mahu mula untuk mengambilnya.

Mulakan dengan mengambil risiko yang kecil dahulu. Jika dalam pelaburan, jangan terus melabur semua modal anda. Buat kecil-kecilan dahulu. Cari risiko yang kecil, yang tidak menyebabkan rugi yang besar.

Cuba ambil risiko dengan yakin pada diri anda. Ianya akan dapat memberikan pengalaman yang bermakna untuk diri anda.

Jadi, sebenarnya tiada apa yang boleh menghalang diri anda untuk berjaya. Penghalang utama untuk mengecapi kejayaan adalah diri anda sendiri. Sama ada anda mahu berubah menjadi baik, ataupun teruskan dengan diri anda yang sekarang.

Ingat! penentu masa depan kita, adalah diri kita sendiri. Bukannya orang lain…


Tutorial Cara Menggunakan ‘Facebook Lead Ads’ Dalam Power Editor

$
0
0

Tutorial Cara Menggunakan 'Facebook Lead Ads'

Jika anda menggunakan Power Editor, cuba check pada bahagian ‘Objective’ apabila anda bina ‘Campaign’ untuk iklan anda..

Ada jumpa tak fungsi ‘Lead Generation’?

Kalau ada… TAHNIAH!

Anda sudah boleh bina iklan untuk kumpul maklumat pelanggan di Facebook..

Jika fungsi ini belum ada lagi dalam Power Editor anda, tunggu je la ye…

Sebelum saya mulakan tutorial ni, anda tahu tak apa Facebook Lead Ads ni?

“Saya tak tahu la, boleh tak bagitau saya?”

Ok la, sebab anda tak tau.. saya bagitau la…

Facebook Lead Ads ini digunakan untuk dapatkan maklumat audiens hanya menggunakan dari facebook sahaja.

Cuba lihat gambar di atas…

Audiens hanya perlu masukkan maklumat mereka dengan hanya 3 langkah mudah sahaja..

Tak payah mereka susah-susah nak klik link ke form di website anda. Dah masuk website, loading SLOW pulak. Tak jadi nak isi form tu, terpaksa la isi lain kali (pasti mereka akan terlupa nak isi). Akhirnya, anda pun RUGI. Duit iklan berjalan, anda pula tak dapat leads.

Inilah tujuan UTAMA fungsi leads ni… 

Dengan fungsi ini, audiens akan lebih mudah untuk isi maklumat mereka secara online. Ini juga dapat membantu anda untuk dapatkan maklumat mereka dengan lebih CEPAT dan PANTAS!

Itulah KELEBIHANNYA jika anda menggunakan fungsi ni…

Ok, jom kita teruskan tutorial ni..

1) Langkah pertama, anda perlu masuk ke Power Editor, kemudian pilih objektif ‘Lead Generation’. 

Selepas tu, masukkan NAMA yang sesuai pada Campaign, Advert Set dan Advert..

3

2) Dalam Advert Set tu, anda akan nampak pada bahagian placement hanya ada pilihan untuk MOBILE sahaja.

Itu bukan sebab error atau Power Editor bermasalah. Buat masa ni, hanya placement mobile sahaja yang boleh disasarkan untuk buat Lead Ads..

placement

Pada bahagian optimisation, facebook dah optimisekan untuk leads secara AUTOMATIK. Anda juga boleh setkan nilai setiap leads secara MANUAL.

optimise

3) Ok, sekarang tulis ayat iklan anda di bahagian ‘Creative’..

Ada 3 bahagian dalam yang perlu diisi..

  • Text
  • Headline 
  • News Feed Link Description

creative

Selepas selesai masukkan ayat untuk iklan, anda perlu pilih gambar yang sesuai pula. Saiz gambar yang sesuai adalah 1200 x 628 pixels..

Anda juga boleh masukkan ayat Call to Action yang sesuai..

image, CTA

Anda boleh lihat PREVIEW iklan tersebut di sebelah kanan anda..

full preview

4) Sekarang, anda perlu bina borang untuk dapatkan maklumat audiens.

Untuk bina borang tersebut, anda perlu klik pada butang ‘Create Form’. Jika anda pernah buat sebelum ni, anda boleh klik pada butang sebelah kirinya..

create form

Selepas anda klik pada butang ‘Create Form’, akan keluar POP UP seperti ni..

lead form

Berikan NAMA yang sesuai pada form anda.. kemudian, klik butang ‘Next’..

Anda perlu pilih apa maklumat yang anda ingin dapatkan dari audiens sasaran anda.

Secara default, facebook dah setkan maklumat form hanya ada NAMA dan EMEL.. tapi, anda juga boleh tambahkan lagi maklumat tersebut dengan klik ‘Show More Options’ dan ‘Add a question’..

Anda boleh baca dulu apa pilihan yang disediakan oleh facebook..

lead form1

Dah selesai pilih? Ok, klik butang ‘Next’..

Anda akan dibawa ke paparan berikut..

lead form5

Pada bahagian ini, anda perlu berikan link untuk ‘Privacy Policy’..

Jika takde, anda perlu bina satu page di website anda khas untuk ‘Privacy Policy’.. sebab ia WAJIB diletakkan untuk bina form ni. Nak tahu apa link yang saya letak?

Saya hanya letakkan link page mengenai syarikat Sifufbads, ini page tersebut.. kemudian, klik butang ‘Next’..

lead form6

Pada bahagian ini, anda perlu masukkan link TQ Page. Jika anda ada berikan FREE GIFT dalam bentuk ebook atau video, masukkan link download dalam page tu. Klik butang ‘Next’..

Anda akan dapat lihat ‘Preview Form‘ anda..

lead form7

Semak dulu form anda. Dah puas hati? Klik butang ‘Create Form’ sekarang..

Anda pasti tertanya-tanya..

“Ok, selepas saya buat iklan ni.. mana pergi kesemua leads saya tu?”

Jangan risau, leads anda ada disimpan di dalam akaun facebook anda..

Di mana leads tu disimpan?

Pergi ke fanpage anda, pada bahagian atas tu.. klik ‘Publishing Tools’.. kemudian, klik ‘Forms Library’ pada bahagian kiri anda..

Lihat pada bahagian kanan anda pula… klik link ‘Download’. Anda akan dapat files leads tersebut dalam format CSV.

Jika anda ada menggunakan autoresponder, anda boleh UPLOAD leads emel tu ke autoresponder tersebut. Jadi, lebih mudah untuk anda FOLLOW UP leads tersebut nanti..

Ok, sampai sini je tutorial kali ni…

Buat jangan tak buat ye..!

Umur 61 Tahun Jual Coway

$
0
0

Umur 61 Tahun Jual Coway

Inspired story weekend ni..

nama glemer yg team sifufbads pggil “Pakcik Coway”..

Baru 61 thn.. Muda lagi! Tiada istilah “pencen”. Selagi ada kudrat, ada akal, atau sng cite, selagi ada nyawa, selagi tu kena cari rzki, kena berusaha..

BETUL?

Cuba lihat wajah beliau…

Nampak sempoi je, cool je.. dah bersara dari sektor awam.. pencen!

Walaupun dah pencen, beliau start berniaga. Berniaga COWAY..

Nak tau tak?

Sales Cowaynya setiap bulan, dah cecah 6 angka! guna fb ads marketing..

Beliau mula buat bisnes bukan masa umur 20 tahun, tapi baru je tahun lepas…

Berapa umur beliau? Tu tak penting!

Apa yang penting adalah mcm mane beliau yang BUTA IT ni pun boleh buat sales sampai 6 angka!

SERIUS BUTA IT! (team sifufbads tahu akan ketahapbutaanITnya setahun yang lalu)

Yg power2 IT tu, ape citer!? Dah berapa sales sebulan?

Tak mau citer panjang, beliau dh kongsikan kisah hidupnya di bwh… anda bacalah!

” Nama saya Ismail bin Abd Hamid. Berasal dari Tapah, Perak. Sekarang ni menetap di Cheras, Selangor. Saya bergiat dalam bisnes Coway sejak awal 2014 tapi mula serius tahun 2015 ni.

Alhamdulillah…..skrg dah mampu beli kereta dari duit bisnes Coway. Bolehlah berbelanja dgn income dari Coway..

Sejak Mac 2015 4 bulan lepas, tumpuan bisnes sy lebih kpd pemasaran secara online. Bermula dgn jualan RM8K, sejak Disember 2014. Bulan 8 aritu start capai RM100k++. Skrg dah cecah RM250K utk jualan pada bulan Oktober 2015. Saya optimis jualan cecah RM320K menjelang Disember 2015 ni. Insyaallah!

Disebabkan “every business is a show businesss” kita kena tonjolkan bisnes online secara yg terbaik…..

Dan yg terbaik adalah ikut dan berguru dgn Cikgu Sifufbads..

DULU…

Sebelum guna fb, saya kena usung barang jualan ke sana ke mari, dah la berat.. mmg sangat penat, rasa nak pitam pun ada. Masa menjual pula sgt panjang, dari pagi sampai ke ptg.

Pg psr malam, booth, xpo ke.. Tiap2 hari mmg kna gi jmpa org. Max bleh jmpa sehari tak sampai 10 org pun..

TERAMAT LA PENAT!

Hanya doa sahaja yg jadi kekuatan saya masa tu…

Disebabkan faktor usia, saya cuba2 pula menjual secara online di fesbuk. Saya dh tak larat hari2 nak angkut brg berat. Saya nak cuba cari jalan lain pula…

Pada permulaan, sy buntu mcm mane caranya nak menjual secara online.. sy pandai2 la sendiri buat.. dh macam terlanggar dinding.

Nak buat satu iklan tu, saya terpaksa buat berulang kali..

Sekejap tak kena pada gambar, sekejap tak kena dgn copywriting.. byk kali sy kena tukar…

..tapi, walaupun banyak wang yang dibelanja…namun, hasil tetap mendukacitakan….

Ada sekali tu, pelanggan yg suruh saya buang iklan fb tu sbb dia rasa sedih tengok iklan fb saya dan tak nak org lain sedih juga. Diorg kata iklan saya buruk..

Ada masa tu, pelanggan mula hasrat nak beli cara sewa beli, kemudian, tukar nak beli cara tunai. Melalui pertukaran ni, saya rugi tapi pelanggan kata saya dah buat silap sbb tak cerita habis cara pembelian….

Ada top seller Coway dlm satu group syor saya bljr dr sifufbads. Org tu mmg tinggi salesnya guna fb ads..

TAPI..

masa tu tiada klas dibuka oleh sifufbads. So kena tunggu la..

.. pada suatu hari tu, masa scroll kat fb terjumpa iklan SifuFBads.. diorg offer tentang seminar mengenai pemasaran di fesbuk. Saya pun terus register utk hadir seminar tu, kalau tak silap sy masa tu Seminar Chapter F pd Nov 2014. Masa dlm seminar tu, mcm2 ilmu saya dapat & tanpa ragu2 saya terus berguru dgn Sifu Jamal untuk belajar dgn lebih mendalam dari mentor yg betul.

Masa mentoring, serius saya buta IT. Byk tgk laptop je tanpa berkedip mata. mmg mende baru! Tak boleh ikut sgt..

.. tapi saya terus blajar.. pksa diri utk btya..buat! buat sampai jadi..

Alhamdulillah! Selepas tu dengan ilmu yg betul dan tunjuk ajar dari sifu & team, sales Coway meningkat, meningkat, dan terus meningkat saban bulan lepas guna teknik2 yang Cikgu Jamal ajarkan!!

sales naik dari 8k jadi berbelas k, jadi berpuluh k dan sehinggalah Ogos lalu capai 100k pertama..

Saya buat fb ads, isteri layan whatsapp. sama2 membantu..

buat sales banyak dengan fb ads? Produk harga ribu2 pula tu…!

MCM X PERCAYA JER..

…..tapi, ia bukannya magik!

Ia adalah platform peniaga utk tingkatkan bisnes mereka. Sejak guna kaedah dan teknik yg saya belajar dari tim SifuFBads, saya dpt pasarkan produk ke serata tempat di Malaysia. Kawasan menjual jadi luas. Saya dpt pastikan mereka yg benar-benar minat sahaja untuk berurusan diberi perhatian.

Dan bila buat fb ads utk produk mhl spt coway ni, bg sy tak ssh mana. sbb brand coway ni sdri sgt kuat. tapi bila buat fb ads, sy buat scr konsisten.. bkn buat skli dua je.. saya buat konsisten sejak disember 2014 yg lalu hingga kini. bila jmpa sifu pd bln ogos lalu, beliau advise saya naikkan bajet iklan.. dan resultnya, sales naik lebih 100% lagi.. margin profit mmg tinggi. alhamdulillah..

Bisnes coway mmg mudah.. tak jmpa klien, tak simpan stok, smuanya coway uruskan. saya cuma dptkan klien..

Jadi kalau anda di luar sana nak berjaya, carilah MENTOR…

BUATLAH SESUATU HINGGA BETUL, DAN BUATLAH SESUATU YG BETUL…

Untuk buat sesuatu hingga betul, jgn mudah menyerah kalah! Cikgu Jamal selalu kata

” BUAT HINGGA JADI!”

Sekian, semoga anda berjaya! Wassallam….”

SEMUA KEJAYAAN DTG DARI USAHA, ILMU DGN IZIN DARI-NYA.. UMUR BKN “ALASAN” UTK TAK BNIAGA ONLINE..

ps – dengar citer atuk ni dah naik pangkat dalam team coway dia.. tahniah atas pencapaian yang hebat.

5 Tabiat Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

$
0
0

5 Tabiat Kerja Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti

Kadang-kadang, kita terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk selesaikan banyak perkara dalam satu hari. Sebab itu, kita perlu ada strategi dan pengurusan masa yang baik. Strategi ini dibuat untuk menguruskan aktiviti harian anda dengan lebih cekap dan efektif.

Mari kita lihat 5 tips di bawah untuk meningkatkan produktiviti kerja anda;

1) ‘2 Minute Rule’

Tak semua tugasan yang anda lakukan, perlukan masa yang lama untuk diselesaikan. ASINGKAN tugasan besar dan tugasan kecil. Siapkan dulu tugasan-tugasan yang kecil ini…buat cepat-cepat, jangan tangguh-tangguh. Inilah yang dinamakan ‘2 minute rule‘, banyak perkara dapat diselesaikan jika anda ikut peraturan ini.

Jika sesuatu tugasan itu anda boleh selesaikan kurang 2 minit seperti emel atau folllow up pelanggan, lakukan sekarang! Selepas itu, baru selesaikan tugasan-tugasan yang besar. Akhirnya, anda sendiri yang rasa seronok dan mudah untuk bekerja. Stress pun dapat dikurangkan.

2) Jangan tunggu hari Ahad untuk Isnin

Pernah tak anda rasa MALAS atau TAKUT nak pergi kerja pada keesokkan harinya..?

Simpton ini berlaku kerana kebanyakkan orang dah mula lepak, santai-santai pada petang Jumaat. Sebelum balik rumah, cuba ambil sedikit masa buat persediaan untuk hari Isnin minggu seterusnya. Fikirkan apa tugasan yang perlu anda lakukan sebaik sahaja anda tiba ofis. Dengan cara ini, anda akan lebih bersemangat untuk bekerja dan lebih produktif untuk sepanjang hari.

3) Semak emel anda 3 kali sehari

Tugasan ini juga sangat penting, pastikan anda TETAPKAN MASA untuk semak setiap emel tersebut.

Contohnya;

Anda boleh semak emel pada pukul 9 pagi, 12 tengah hari, dan 2 petang. Elakkan buka emel peribadi semasa kerja, anda akan hilang fokus.

Ikut jadual ini sehingga anda sudah biasa dan jadikan tabiat. Jangan ambil terlalu banyak masa untuk semak setiap emel, jika ada terlalu banyak emel…tetapkan 1 atau 2 jam untuk semak satu per satu.

4) Senaraikan semua tugasan anda dalam satu kertas

Ini adalah tabiat paling penting yang perlu anda biasakan dalam pengurusan kerja. Senaraikan semua tugasan anda mengikut keutamaan, dari paling tinggi hingga paling rendah. Tak perlu terlalu details…berapa jam perlu disiapkan, pukul berapa perlu mula buat, atau siapa yang perlu buat. Anda hanya perlu senaraikan apa tugasan yang perlu disiapkan untuk setiap hari.

Dengan cara ini, anda akan lebih mudah uruskan tugasan untuk waktu sekarang dan akan datang.

5) Simpan smartphone anda ketika bekerja

Jangan lupa untuk simpan smartphone anda ketika bekerja. Walaupun kadang-kadang smartphone boleh mambantu memudahkan kerja anda, ia lebih banyak mengganggu kerja anda. Jika anda asyik selalu check Facebook, SMS, atau Whatapp…ia akan mengurangkan  produktiviti kerja anda.

Jadikannya sebagai tabiat supaya anda sentiasa fokus dan konsisten semasa melakukan sesuatu kerja.

Orite, ini hanya beberapa tips yang anda boleh amalkan ketika bekerja.

Selamat beramal!

Servis ‘Repair’ Aircond Saya Huru-Hara!

$
0
0

Servis Reper Aircond Saya Huru-Hara!

Harini saya nak citer mengenai akak ni pulak…

Dulu.. sales lebih kurang RM5k-RM6k sebulan, tu pun yg bersih tggl RM300 sebulan..boleh la simpan sikit.

Sekarang, sales dah cecah 5 angka..dan semakin meningkat..

Memang UNIK bisnes akak ni, biasa org jual produk makanan..produk kesihatan..produk pakaian.. tapi, dia buat SERVIS PASANG/REPAIR AIRCOND!

Lagi best, customer beliau kebanyakkannya datang dari Fb!

Dulu masa buat OFFLINE, slow je.. tukar buat ONLINE, sales laju je masuk!

Cam tak caye kan? Servis camni pun boleh LAKU KERAS kat Fb! MENARIK!

Kalau anda ada buat bisnes servis, belajar la dari akak ni.. camner dia buat…

Baca perkongsian dari beliau…

” Nama saya Haslina Binti Baharom..berasal dari Melaka..berumur 30 tahun..saya merupakan founder kepada Eone Aircond Sdn Bhd. Pendidikan saya sehingga SPM sahaja, pernah bekerja sebagai Sales Girl..Operator Kilang dan Penjawat Awam..

Alhamdulillah, sekarang saya dah ada 7 orang staf..6 orang technician dan seorang kerani. Sales bulan lepas, Alhamdulillah, sebanyak RM45k ..dan kami target akan capai RM50k – RM60k dalam bulan depan.

Kami juga dalam perancangan membuka cawagan kami di Kuala Lumpur dan juga di Shah Alam..dengan target kami RM100k – RM120k sebulan..

Saya berasal dari family yang biasa2. Dulu masa sekolah, saya selalu tolong mak saya buat kuih untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga..dengan pendapat mak saya sebagai pekerja kilang..memang tak cukup nak menampung kami sekeluarga..pergi mana2 pun kami naik bas je.

Malam raya pergi rumah mak saudara pun naik bas..memang susah masa tu..nak minta apa apa kat mak pun serba salah..sebab memang selalunya tak kan dapat..

Bila saya dah bekerja, kerja makan gaji..memang tak cukup..nak tunggu hujung bulan memang semput. Kadang2, kena pinjam dengan abang saya..kena pinjam dengan mak..malu memang tak yah cakap la. Balik kampung pun muka tebal je..sebab nama je keje kerajaan..

.. tapi, poket selalu kosong..nak bagi belanja kat mak tiap-tiap bulan pun berkira..sampai mak saya kata..aku tak kisah pun..janji korang anak beranak cukup makan pakai.

Allahuakbar…masa tu memang sentap! Rasa macam hina sangat..mak sorang pun saya tak bole nak tanggung..

Sebelum ni, saya ada juga buat bisnes lain..saya pernah jual syampu..jual kopi radix..jual wallet..jual tali pinggang..buat doorgift..tapi, semua macam hidup segan mati tak mau. Rasa macam buang masa je..buang duit..sebab tak pulang modal..nak promote kat kawan2 pun malu.

Sehingga la, suami saya yang kerja sebagai Aircond Technician berhenti kerja..sebab masalah pengurusan dengan tempat kerja. Kami cuba cari ilmu macam mana nak buka syarikat. Dulu, tak ada impian pun nak buka syarikat besar2.

Asalkan bole hidup, tak pinjam sana sini..cukup la. Puas la join karnival sana sini..berhujan berpanas..buat flyers beribu2..tapi, semua tak berbaloi. Dalam sebulan, dapat la dalam RM2k ke RM3k je..tak berbaloi dengan masa dan tenaga yang kami dah keluarkan..

Satu hari, saya terbaca post sahabat fb saya. Beliau merupakan HOTSEAT Dr Azizan yang saya kagumi, beliau mengikuti seminar Sifu Jamal. Masa tu, rasa macam something..ramai orang yang dah berjaya..jadi student sifu..inikan pulak saya yang tak tahu apa apa..rasa macam something kat situ.

Bila saya search fb sifu, masa tu ada offer..saya pun register Seminar Chapter F masa bulan februari 2015. Masa kat seminar, dengar kisah2 hotseat..rasa macam aku memang kena join juga kelas elite (kelas ni dh takde) ni. Balik Melaka..saya bincang dulu dengan suami. Alhamdulillah, suami izinkan..sebab nak pegi KL sorang2 2 hari tu kan..memang risau juga.

Masa kat kelas tu, sifu ajar macam2 teknik..tapi, saya buat teknik rempit je. Masa tu juga terus buat, hari ke-2 kelas tu..suami saya kat Melaka call.. “na buat ape? Ramai yang call abang nak pasang dengan service aircond ni (masa tu suami buat sorang sorang..tak ada staf)”.

Dalam hati saya bersyukur sangat! Memang BERBALOI dengan apa yang kami dah laburkan..2-3 hari lepas kelas tu, saya dah dpt pulang modal yuran yang saya bayar untuk kelas sifufbads..

Masa tu dah huru hara! Sampai takut nak buat ads..! Takut tak bole nak cover permintaan customer. Lepas tu, sifu suruh ambik staf..sifu cakap HIT lagi! HIT lagi..! Jangan stop buat ads…!

Masa tu, Allah je yang tahu..hati ni macam nak pecah..sebab ramai sangat orang yang minta kami servis aircond mereka. Cari staf pun kami guna ads..hehehe..tak sampai 2 hari dah dapat staf..

Sifu Jamal memang sangat2 membantu..sangat2 OHSEM! Apa yang saya tak tahu, saya tanya sifu. Belum pernah lagi sifu tak jawab, masalah staf pun saya refer kat sifu. Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar sifu..kami semakin yakin dan berani bergerak laju mencapai matlamat matlamat kami.

Dalam masa beberapa bulan sahaja, kami berubah 200% dari kami yang dulu. Sekarang ni, hampir setiap hari team kami balik malam..sebab nak setelkan permintaan customer yang terlalu ramai nak servis aircond dengan kami..

Nasihat saya, kepada anda yang baru nak mula berniaga atau dah berniaga, tapi, sales biasa biasa je. Cari la ILMU dan MENTOR yang dah terbukti berjaya..dengan cari mentor yang betul..anda akan mendapat ilmu yang betul. Lepas tu, buat tindakan! Lagi cepat anda buat apa yang mentor ajar..lagi cepat anda berjaya!

Terima kasih Sifu Jamal dan team Sifufbads! Ilmu dan nasihat yang tuan ajar sangat2 bernilai sehingga kami mencapai apa yang kami inginkan selama ini..”

Ikhlas,
Puan Haslina Miswan,
~ Pemilik fanpage Eone Aircond.

Ini TIPS dari saya utk anda yg buat bisnes servis..

1) Ambik gambar2 KLIEN yg gembira yg telah dptkan servis anda.. Beserta ayat testimoninya.. lagi byk lg bagus. penuhkan di page anda

2) Ambik gambar2 AKTIVITI oleh staff anda. Gambar aktiviti staff/anda sdg jalankan servis tu.. setiap kali buat servis, amik gambar, post di page..

3) UPDATE hari2 page anda dgn gambar klien/aktiviti/testimonial

4) Bila buat iklan like, cuba fokus TARGET org di kawasan anda boleh cover

5) Bila buat ayt iklan page post, gunakan ayat2 HEADLINE berbentuk people motivation

SIMPLE JE KAN?

Bagaimana Cara Untuk Kenalpasti Post ‘Faveret’ Fans Anda di Fanpage?

$
0
0

Bagaimana Cara Untuk Kenalpasti Post 'Faveret' Fans Anda di Fanpage

Sebelum ni kami pernah sharekan tips cara untuk kenalpasti MASA TERBAIK untuk update post di fanpage anda. Post yang di update pada masa yang TEPAT boleh meningkatkan kebarangkalian untuk fans anda NAMPAK status yang anda UPDATE tu. Ingat lagi tak?

Tak ingat leh baca balik tips tu kat sini..

Ok..sekarang dah tau masa yg seswai utk update post.

Next question…NAK UPDATE POST APA?

Secara basicnya, yes, kita boleh update apa saja asalkan ia berkaitan dengan bisnes kita.

Update gambar produk, gambar aktiviti bisnes, gambar tengah packing barang, gambar testimoni, gambar owner produk, tips yang berkaitan bisnes dan sebagainya.

Tapi, adakah fans anda suka dengan apa yang anda post tu? Mereka beri respons tak dengan apa yang anda post tu?

Kalau kurang respon atau lebih teruk, takde respon langsung(no engagement), maknanya anda hanya post ‘SYOK SENDIRI’..

Jadi camner nak tau post macam mana yang fans anda suka?

Ok, jom follow steps ni, langkah demi langkah:

1) Gi ke fanpage anda, klik Insight..

1

2) Pilih Posts..

2

3) Skrol ke bawah hingga jumpa koleksi post. Di bahagian atas kanan koleksi post itu, pilih Engagement Rate.

34) Nah, sekarang anda akan dapat data Engagement Rate untuk setiap post yang anda hasilkan. Lebih tinggi Engagement Rate, bermakna lebih banyak RESPONS daripada fans anda untuk post tersebut.

4

Ambil contoh-contoh post yang dibuat di page SifuFBads.

Kami dapati post yang berbentuk Kisah Inspirasi mempunyai Engagement Rate yang tinggi berbanding post-post lain iaitu di antara 10-15%. Diikuti pula dengan post berbentuk tutorial (5-9%), dan lain-lain.

Ini bermakna, post ‘faveret’ fans SifuFBads adalah post yang berbentuk Kisah Inspirasi, kemudian post berbentuk tutorial. Jadi selepas ini, kalau nak hasilkan post yang memang dinanti-nantikan atau diperlukan oleh fans, kami akan fokus pada post-post berbentuk begini…

Ok lah. Tu saja tips untuk hari ni. Lepas ni boleh la check terus post macam mana yang fans anda suka. Jangan asyik wat post syok sendiri je, ok?

Viewing all 620 articles
Browse latest View live