Quantcast
Channel: SifuBad
Viewing all 620 articles
Browse latest View live

Bisnes Kek Buah Sis Ini Huru Hara Lepas Guna Fb Ads!

$
0
0

ariza

Arinie sy nk share kisah sorang akak ni yg punyai minat sesangat mendalam dlm membuat dan menjual kek…

tapi.. minat saja tak mencukupi..utk bisnes kita tetap perlukan ilmu..jadi, kisah akak ni sgt pntng utk kita jadikan satu pelajaran utk anda di luar sana yg mahu bisnes dlm bidang yg diminati terutama dlm bidang makanan…

Sy perkenalkan beliau sbg TENGKU NOOR ARIZA TENGKU MOHD NOR, merupakan pengasas kpd RIEZTHELICIOUS yg fokus kpd pembuatan kek sehingga menjadi begitu fofular skrg ! malah kini sdh berjaya miliki kedai sndr di kajang dan beberapa org staff utk membantu operasinya yg semakin meningkat maju hny dlm tempoh setahun shj ! Siyes..setahun jer tau !

kek kek1 kek2 kek3 kek4 kek5

 

BAGAIMANA BELIAU BERMULA?

Beliau dulu bekerja sbg Engineer di sebuah sykt multinasional..dek kerana faktor waktu keje yg x menentu…maka terus decide berenti keje..dgn harapan mahu memulakan terus bisnes kek yg diminati…sblm tue mmg dh buat mcm2 part time bisnes yg mengikut trend spt pakaian dan perfume..tp tak kekal lama.

Kek akhirnya dijadikan pilihan utk mulakan fulltime bisnes, tapi masuk income bulan pertama jer mmg dh teruk sgt2…ye lar kan..buat bisnes main redah jer, langgar dinding sana sini…syok sndr pulak tue…tapi….

disebabkan minat yg mendalam, beliau tetap teruskan dan mmg sgt yakin boleh pergi lbh jauh lg..dan tetap PUSH DIRI utk buktikan yg beliau mampu berjaya walau dgn hny jual KEK shj !

SEHINGGALAH…

Beliau join klas sifufbads aritu, dan terinspirasi dgn kejayaan student2 alumninya, dlm klas tue pula dpt blaja mcm2 teknik dari sifufbads dan blk rumah jer terus apply dan terkejut sbb mmg betul2 menjadi sbb byk pm dan respons yg mula diterima…kemudian beliau terus menerus buat iklan dan post sehingga masuk bulan ke-2 dan bulan ke-3, order makin byk masuk bertalu2, tak menang tangan, huru hara jadinya ! sehinggakan……

” Jam 4 pagi satu hari tue…suami sy pn terkejut knapa sy dok nangis sorang2 kat bwh sambil2 dok buat kek tue…rupanya nangis sbb terlalu byk order…dan sy pula dok pikir apa dh jadi ni..order byk sgt…org lain dok nangis sbb order takda…sy pula nangis sbb terlalu byk order !”…begitulah keadaanya spt yg diceritakan sndr oleh beliau…

Bila dh smp tahap huru hara mcm tue…beliau mula mencari solusi sbb dlm klas sifufbads ada bgtau yg seseorang menjalankan bisnes perlu mencapai freedomnya yg tersendiri..BIAR DUIT BYK MASUK, TAPI KITA TTP ADA MASA UTK DIRI DAN KELUARGA !

SO, APA YG BELIAU BUAT SETERUSNYA ?

Dlm masa seminggu ambil masa bertenang, strukturkan semula bisnesnya, dan mula fokus kpd apa yg beliau nak sbnrnya, pada masa tue teringat dlm klas ada disebut tntng FOKUS…iaitu fokus kpd sesuatu produk shj…maka…

beliau akhirnya memilih utk fokus kpd PROJEK KEK BUAH shj dgn hny menggunakan modal dari hasil jualan 3 bulan slps masuk klas sifufbads ! dan beliau mmg follow betul2 apa yg kita sarankan spt carik staff, rekrut agents , struktur semula bisnes !

Alhamdulillah, hari pertama saja mula buat iklan utk projek tue mmg double triple huru hara jadinya ! tapi disebabkan sudah prepare awal2…kali ni duit byk masuk..tapi hatinya rasa betul2 tenang sgt2 !

“…dan inilah apa yg sy cari2 selama ini…syukur sgt2 sbb sy juga berjaya achieve Rm50K sales utk projek KEK BUAH ni dlm ms 2 mgg tue sahaja !”..ujar beliau semangat menceritakan kejayaanya dlm projek tue…skrg beliau dh ada 100 agent yg aktif mempromosikan kek buah tersebut ! Tahniah !

STRATEGI DAN TEKNIK KHAS

Berikut merupakan teknik2 dan strategi khas yg digunakan beliau utk menggerakkan jualan yg boleh kita manfaatkan bersama, khas utk penjual makanan :

(+) USP

Beliau tekankan USP dan fokus kpd satu2 jenis produk iaitu dgn menaikkan KEK BUAH shj. Kek jenis lain beliau buat yg jenis bsr2 shj, yg kecil2 ni beliau ada buat klas mengajar dan sub shj terus kpd student ( berkongsi rezeki ).

(+) REKRUT AGENTS

Beliau juga membuat iklan rekrut agents utk melariskan lagi jualan kek buahnya. Kini beliau dh ada hmpir seratus agent yg bergerak aktif dari pelbagai kawasan.

(+) FOKUS JUALAN BULK

Bisnes makanan yg marginnnya kecil mcm kek ni…beliau fokus jualan secara bulk atau pukal kpd majlis2 spt majlis kawin, birthday, events, dan sebagainya. Fokus hny pada targeted audience yg berskala besar shj.

(+) KELAS MENGAJAR

Buat kelas mengajar org utk buat kek, dimana bila dpt byk sgt job besar, boleh sub kpd students. Disini beliau mmg betul2 fokus pd kelas dan pembuatan kek2 berskala besar shj, yg kecil2 semua sub pd students.

(+) KUATKAN BRANDING

Kuatkan branding sykt dgn menggunakan gmbr produk yg berkualiti, testimonial pelanggan dan terus tingkatkan USP produk..sehingga mewujudkan BUYING TRIGGER yg kuat dan RAVING FANS yg tegar.

Insyallah, beliau berhasrat utk memiliki kilang kek sendiri yg lbh besar dlm tempoh 5 tahun dari skrg…sama2 kita doakannya, Amin.

TIP KHAS DARI BELIAU SPECIAL UTK ANDA !

(+) Kenali bakat dan minat anda, beri fokus dan jgn sesekali cepat mengalah, buat, try, adjust smp jadi.

(+) Tekankan USP produk anda ! Fokus kpd keunikan dan kelainan produk anda. Biar ada beza kita pny produk dgn pesaing yg lain.

(+) Dptkan mentor atau guru yg betul dan berkualiti utk elak terlalu byk kesilapan, dan ini amat part yg sgt2 penting.

(+) Jgn kedekut utk INVEST dlm mencari ilmu, dgn ilmulah kita akan terus berkembang dan meningkat maju dgn lbh cepat dan betul.

Ada belajar sesuatu?

The post Bisnes Kek Buah Sis Ini Huru Hara Lepas Guna Fb Ads! appeared first on Sifu FB Ads.


Dulu, Wanita Ini Pernah RM100k Oleh Supplier…

$
0
0

ayu

Kalau anda ada masalah kulit berjerawat & berjeragat, bole try produk Ayu La Bonita. Ni sy kenalkan ownernya, Ayu Yusofbee. Bole panggil Kak Ayu. Asal dari Kuala Perlis. Berkelulusan undang2 dari Uitm Shah Alam. Beliau mula berniaga online pd tahun 2011 (dh 5 tahun berniaga), hanya jual produk yg diambil di Shah Alam melalui blog.

Pada tahun 2013, Kak Ayu mula hasilkan produk sendiri, iaitu produk utk penjagaan kulit yg bermasalah. Namanya adalah Catalyna Skin Expert.

Modal yg diperlukan sekitar rm50k.

Ramai org igt, bila dh ada produk sendiri, boleh kaya cepat. Sebenarnya tak! Nape? Cer baca citer Kak Ayu ni..

Bila dh ada produk sendiri, byk masalah Kak Ayu dpt. Antaranya:

..beliau pernah ditipu dgn supplier hampir rm100k.

..stokis buat produk niche same dan curi semua ejen beliau.

..rugi hampir rm50k sbb percayakan org lain utk naikkan brand dan sales.

Itulah cabaran terpaksa dilalui oleh Kak Ayu. Kalau anda la, sanggup anda lalui semua ni?

Pastinya tak, kan?

Sebagai owner produk, anda x bole lari dari cabaran ni. Itulah risikonya..

Tapi, risiko ni dpt dikurangkan dgn adanya ILMU.

Lihat apa jd pd Kak Ayu…

Lps belajar dgn ‪#‎SifuFBads‬, segalanya mula berubah. Sales bisnes beliau mula meningkat setiap bulan.

Akhirnya, Kak Ayu mula ambil sorg staff utk uruskan akaun, stok & production.

Dgn bantuan dari staff, bisnes beliau lbih cepat berkembang.

SKRG…

Kak Ayu hanya perlu fokus pd marketing je. X perlu nk pening kepala fikir byk perkara.

Cara pantas utk kembangkan bisnes adalah dgn ambil staff. Jgn takut hire staff! Sbb byk kerja yg dpt anda settlekan dgn pantas bila ada staff.

Alhamdulillah, skrg ni syarikat Ayu La Bonita dh ada 5 staff. Insyaallah, akan bertambah lg.

Sales juga dh bertambah2. Dulu nk dpt 4 angka pun susah, skrg dh capai 6 angka. Konsisten setiap bulan! Hebat!

Kalau anda nk tahu, Kak Ayu hanya gunakan fb ads je. Kos iklan dlm rm15k sebulan. Buat iklan apa?

+ Like marketing berterusan. Selain dptkan fans yg ramai, iklan ni juga utk naikkan brand Ayu La Bonita. Bila brand dh kuat, org lbih percaya utk membeli. Iklan yg disasarkan pd fans lbih tinggi conversionnya.

+ Buat iklan tarik ejen. Lps gunakan teknik rekrut ejen yg sifu ajar, skrg Kak Ayu dh ada 112 ejen di seluruh Malaysia.

HASILNYA…

Sales meningkat dari 4 angka ke 5 angka. Skrg ni dah capai 6 angka sebulan! Amazing!

Nasihat Kak Ayu…

“Carilah mentor yg mmg terbukti berjaya membantu usahawan lain. Jgn terburu2 buat keputusan utk sertai semua kelas yg ada kat pasaran. Mcm akak, mmg perlukan pakar marketing online sbb tu berguru dgn sifu. Buat sampai jd. Bila gagal sekali x bermakna kita gagal selamanya. Mcm dalam fb ads sendiri kena buat byk split test utk mahir dalam iklan”

Itulah serba sedikit kisah kejayaan Kak Ayu.

Bukan mudah nk bina satu syarikat yg berjaya, kan?

Kebanyakan org igt yg buat bisnes ni “shortcut” utk kaya cepat. Tp, sebalik kejayaan tersembunyi 1001 kepahitan. Ini perkongsian dari Kak Ayu…

–> APA PUNCA BISNES TUTUP AWAL?

1) SEMANGAT PALSU

Kebanyakan usahawan baru yg bt bisnes cuma bersemangat nk dptkn simbol mewah ja.. Motivasi golongan ni hanya nk dptkn simbol2 ni tp bla dh usaha bertahun2 tetap xda hasil, akhirnya give up…

2) X CKUP ILMU BISNES

Dgn ilmu yg betul bleh pengaruhi cara kita bt keputusan & urus bisnes. Terjun tanpa ilmu ibarat perjudikan nasib diri.

Ramai usahawan baru lebih cenderung utk keluarkan modal ratusan ribu utk start bisnes tp bla nk keluarkan Rm100 utk ilmu, sgt berat..

Bila ada ilmu, risiko duit hangus pon kurang.. Sbb dlm dunia bisnes ni akn ada org yg nk ambil kesempatan pd usahawan yg baru jinak2 dlm bisnes. Bila kita kurang ilmu, lg mudah nk kena perdaya.

3) GELOJOH BT KEPUTUSAN

Owner bisnes mcm ni selalunya bt keputusan atas dasar ‘sangkaan yang baik-baik sahaja’. keputusan ni di bwh pengaruh emosi ‘over-excited’.

Selalunya akn jd mcm ni, bila kita tgk org lain bleh jual dgn mudah benda yg sama tp kita hanya tgk end result. Proses meniru org berjaya bukan hanya berdasarkan end result mereka, sebaliknya bermula dari proses awal.

4) MULA BISNES DGN DUIT PINJAMAN

Fokus golongan ni bukan lagi nk expand bisnes, sebaliknya membayar hutang. Duit pinjaman slalunya digunakan utk kembangkan bisnes yg sudah stabil, bukan utk memulakan bisnes.

5) SAMAKAN DUIT BISNES DGN DUIT PERIBADI

Dlm erti kata mudahnya, kita “rompak” bisnes sendiri hihi. Bygkan tetiba sales drop & kita perlukan extra bajet tp duit company xckup.. Sbb dh habis guna utk shopping

6) X BERANI AMBIL STAFF

Ada 2 jenis sbb iaitu :

i. Isu kepercayaan.

Bila bisnes dh maju, mereka tkut nk serahkn tugas kt staff sbb tkut pch amanah & rahsia untung terdedah..

Pemilik bisnes yg berjaya pada hari ini mereka tak takut menghadapi isu2 khianat dlm bisnes.

Mereka faham “sistem delegate” kerja yg mantap amat penting utk bisnes berkembang. Oleh itu, mereka belajar bagaimana mahu mengurus kepercayaan sesama rakan kongsi dan staff supaya kes2 negatif dpt diurus dgn baik.

ii. Isu kos.

Nak hire sorg staff mmg melibatkan kos yg tinggi. Bayaran KWSP dan Socso juga perlu diambil kira.

Byk bisnes bungkus awal sbb terlalu berkira utk mengambil tenaga pakar yg terbaik di pasaran. Tp, mereka tak berkira pula jika duit itu digunakan utk memenuhi kehendak peribadi spt membayar wang pendahuluan kereta mewah, membeli gajet2 terkini dan lain2 yg tiada kaitan dgn kepentingan dan survival bisnes.

7) TIADA PERANCANGAN YG SPESIFIK

Bisnes tanpa perancangan ibarat sampan tanpa pendayung..

Salah satu cara nk elak risiko bisnes lingkup ialah dgn berguru. Ilmu bisnes yg betul akan memandu setiap pemilik bisnes supaya tak buat kesilapan2 besar.

Sharing ni bkn utk takut2kan, tp sbgai panduan supaya anda smua bleh elakkan. Insha Allah…

The post Dulu, Wanita Ini Pernah RM100k Oleh Supplier… appeared first on Sifu FB Ads.

Dulu Nani Meniaga Kedai Runcit Je, Sampailah…

$
0
0

nani

Petang ni, Sifufbads nak share satu kisah sorg student. Kalau tengok muka ada mirip2 kakak dia.. Jual pun produk yg sama..

Cumanya, kisah yg nk dikongsikan ni lain sikit.

Oklah, xnak mukadimah panjang2 sgt. Sy jemput anda smua baca.

Assalamulaikum semua.

Nama sy Siti Fatimah Nani Binti Abdul Mubarak, berumur 30 tahun.. Sy adalah Stokis Negeri MAMADIL SLIM & BEAUTY SDN. BHD di negeri Terengganu.

SEBELUM MAMADIL DAN FB ADS

Sy graduate tahun 2010.. Lepas grad, xpernah mintak keje. Just bantu ayah meniaga kt kedai runcit .. Kedai tu dekat je dgn rumah, kt Wakaf Tengah, Kuala Terengganu. Dari sehari, sebulan sampailah bertahun. Biasalah, kedai runcit kampung, mana ada sistem.. So, sayalah cashier, sy lah cek stok, sy lah yg uruskan supplier dan akaun. Boleh kata, dari depan ke blelakang, semua kerja sy buat.

Bila tak bersistem, kita kena kerja setiap hari, 7 hari seminggu. Badan dan otak mmg penat sangat. Allah je yg tahu. Tapi, demi ayah sy tetap bertahan.. Bukan tak teringin nak cari kerja lain. Cumanya, kedai ayah tu mmg xde orang yg betul2 jaga dan xde pewaris. Ayah manalah larat sangat nk uruskan smua sendiri. So, that’s why sy bantu ayah semampu mungkin. Ayah ada bgtau, dia nk serahkan kedai runcit tu utk sy uruskan. Sy pun xnak fikir byk.. “IKUT AYOHLAH”.

2 tahun berlalu.. Sy dah start stress… Sebab sy xde apa2! Aset, keluarga, kereta… SEMUANYA XDE! Sy ni college grad, umur pun dah 26.. Tapi… xsama macam orang lain… Sdgkan sy ada cita2 dan keinginan yg tggi.. Makin hari makin penat, makin stress.. Bila dah stress dan penat, mulalah masalah kecik pun buleh jadi gaduh.

PENAT..

PENAT…

PENAT SANGAT…

Itulah yg saya rasa setiap hari. Makin hari makin pressure…

Masa tu…

… Saya x jaga hubungan dgn Allah..

… Saya x jaga hubungan dgn ibu bapa..

… Saya rasa saya je yg betul..

… Saya rasa sunyi… tak tenang…

Dalam hati berdoa…

“YA ALLAH… TUNJUKKAN AKU JALAN… AKU DAH TAK SANGGUP…”

Hinggalah Januari 2013, persoalan terjawab..

Sy mula attend satu persatu program under DAO. Dari situ jugalah, satu persatu persoalan sy terjawab… Sy belajar mengenali pencipta sy, sy belajar mengenai perniagaan, hebatnya strategi perniagaan… Alhamdulillah, sy temui ketenangan. Sy mula kenal pencipta sy.. Masa tu ckup buat sy masa tu.. Semakin byk seminar yg sy pergi, saya dah mula bercita-cita nak miliki perniagaan sendiri.

Sy mula desak ayah sy utk serahkan perniagaan beliau pd sy.. Ayah sy ckp OK..

Setahun demi setahun berlalu.. Sy kembali tertekan.. Sy ambil inisiatif utk pasarkan rempah ratus… sy warisi ramuan turun temurun ayah sy, sy order rempah ratus mentah, sy adunkan sendiri dan hantar ke kedai mesin rempah.. Begitulah sy bermula dgn perniagaan sdr..

SAAT PERTAMA MENGENALI SIFUFBADS..

Ketika sy jalani perniagaan rempah, Kakak sy Dila Mubarak, dh bermula dgn perniagaan kecantikannya.. Dlm kelas Dr. Azizan, kami disuruh cari MENTOR, oleh sbb kami meniaga secara online, kami ke sana ke mari cari mentor dlm pemasaran FB.. Masa tu sy mana ada duit.. Business dahla baru start… Naseb baiklah, kakak saya sponsor.. padahal masa tu dia dah kena tipu, beribu ringgit jugak..

Sehinggalah 1 hari, Dila tanya sy,

“MUNG NOK DOK GI SMINAR SIFUFBADS, CHAPTER F? AKU TENGOK, MCM OK JE.”

Actually, sblm ni sy dh pernah buat fb ads utk perniagaan rempah sy.. Tapi, memang main hentam jela! Isi je apa yg patut.. Dok tahu kebende..

Masa tu, Seminar Chapter berlangsung dekat Wisma MCA. Time Sifu Jamal beraksi atas pentas, saya ngn kakak melopong… X pernah lagi saya dengar dari mentor-mentor lain sebelum ni. KAGUM GILER!

Habis seminar, Dila terus paksa sy join mentoring under Sifubads.. Sy ckp, “MU G AH DULU. NANTI AKU ADE PITIH, AKU G”. Mana sy ada duit time tu! Smua duit dah habis labur kt rempah.

Tp kakak sy masa tu xkan g sorg tnpa sy, dia ckp “XPE AKU BAYOR DULU. BUAT ADS PAKAI BRG AKU. KEKGI MUNG ADE PITIH, BAYORLA BALIK..”

Dah orang nk bayarkan, sy setuju jela. Lagipun, sy nak teman dia je. Masa tu, sy dah start buat page utk produk Mamadil. Cuma kurang aktif. Saya x berapa minat dgn produk kecantikan. Buat ads pun xde respon sangat. Tu yg sy rasa malas nk join.

Masa kelas mentoring tu, saya tengok je Sifu mengajar, sy hny tenung sifu.. Dlm hati sy.. “OTAK DIA NI MCM KAMUS”.. Tak pyh rujuk mana2, semua dlm kepala.. Dan sifu all out bg tunjuk ajar.. Tak mcm mentor2 yg kami pernah jumpa, mengajar tp xnak ank murid pandai..

Byk sgt sy belajar ttg pemasaran fb.. Masa tu la tau perkataan term-term dalam fesbuk ni. Barulah tau rupanya ada cara utk kira keuntungan dgn lbh cpt..

Balik seminar, sy promote bisnes rempah guna fesbuk ads. Sy pakejkan spt sifu ajar, sbb rempah margin kecil.. Sy bawa rempah ke hypermarket dan sy buat fb ads.. Staf hypermarket kata “HURU-HARA SY RAMAI SGT ORG TANYA REMPAH AWK”..

Tapi.. Oleh sbb sy buat 2 kerja, kedai runcit dan rempah, fokus sy hilang.. Perniagaan jd slow.. Dan semestinya penat yg amat.. Lama kelamaan sy x mampu dr segi production.. x mampu dr segi tenaga.. sy trs berhenti dan teruskan kedai runcit shj..

Stress dtg lg bila rsa diri x mampu capai sesuatu.. Sy inginkan pencapaian.. Hubungan dgn mak ayah makin x bagus, sbb saya jd pemarah..Saya x dpt buat apa yg saya nak buat.. Org kampung pulak dah start bunyi, “BLAJA SAMPAI UNIVERSITI, TP XDAPAT KERJA.”

Saya tak tahu nak buat apa…

Sy ingat lagi satu hari, Jumaat, sy mengadu pd Dila..

“AKU PENAT, XDE SIAPA PEDULI, XDE SIAPA AMBIL TAU.. APA PATUT AKU BUAT?”

Lps seketika sy tgk balik whatsapp, sy tgk Dila hny baca jer, x reply..

Bercucuran la air mata ni.. Ingat dia pun x peduli.. lepas 15 mint Whatsapp masuk, sy cpt2 buka fon..

Korang nak tahu, apa dia cakap?

“MU NI DH PERGI KELAS, KNP X BUAT PRODUK AKU? ORG LAIN DH BUAT PULUH2 RIBU DGN PRODUK AKU”

Saya xnak mengalah.. Saya ckp, “Aku X Dang La.. Nk Pegang Fon Jer Customer Masuk, Nk Tgk Whatsapp Je Supplier Dtg..”

Dila pn ckp..“KALO CMTU XLEH BUAT APA.. IKUT PANDAI MUNG LA”..

Sebenarnya sy harapkan kata semangat.. Tapi lain yang saya dapat.

Sy pelik sgt.. Dalam seminar IMKK under DAO, sy belajar cara menjemput rezeki.. Tentang sedekah, tentang solat2 sunat.. Semua sy buat x pernah tinggal..Tp kenapa sy x dapat? Sy terlupa 1 perkara..

MENJAGA HUBUNGAN DGN MAK AYAH.. sy suka gaduh dgn mereka kerana tekanan hidup sy sdr..

Malam tu, berjam-jam sy termenung.. Sy tertanya2.. “AKU SEDANG BG ALASAN KE KAT DILA?”

Then sy nekad.. “BAIKLAH, AKU ANGGAP AKU MASIH DI SINI MGKIN ALLAH NK BG AKU YG LBH BAIK KRANA BANTU ORG TUA AKU, MGKIN REZEKI SBENAR YG DIA NK BG AKU BKN DLM PERNIAGAAN REMPAH..”

Tiba2 sy ada perasaan nekad dan yakin.. Petang jumaat tu, lps hbs syif..Sy balik rumah.. Semua berlaku slps solat Asar hari Jumaat tersebut..

PERUBAHAN HIDUP BERMULA..

Doa sy lps solat Asar..

“YA ALLAH.. KALO BETUL DR.AZIZAN CKP IBUBAPA KERAMAT YG AKU PERLU JAGA, AKU AKAN BUAT, KALO BTL REZEKI AKU TERSEKAT SBB AKU X “JAGA” MEREKA, AKU AKN JAGA..MULAI SKRG AKU NAK BUAT SALE MELALUI MAMADIL, AKU NAK SALE AKU BLN APRIL 2015 NI SBYK RM10K.. HNY KAU YG BLH BG AKU”.

Lepas solat Asar, sy bg mak sy wang belanja RM300, mak sy pelik.. Tp sy buat xtau jer.. Sy jaga nada suara sy.. Sy tahan kemarahan sy setiap kali berlaku sesuatu.. Bermulalah sy sbg Stokis Mamadil..

Malam tu sy guna teknik Woren yg sifu ajr dlm kelas.. Teknik plg simple.. Sbb sy dh lama x buat ads.. Sy hanya tau buat teknik Woren shj, tu pn rujuk nota.. Copywriting sy msh hnacur.. Tp sy cuba.. Jam 10 mlm sy boost ads.. Tak lepas.. Smpai jam 1 pagi masih x lepas.. Tp sy ingat pesan Sifu sy..

“BUAT SAMPAI JADI!”.

Akhirnya, pkl 2 pg, ads sy berjalan.. Alhamdulillah.. setiap Whatsapp yg masuk sy blh closed sale, sy spt x percaya.. Bulan April sy capai jualan RM10K.. Sy xtau RM10K tu dtg dr arah mana.. Sbb sblm tu nak buat sale RM1K pn mcm dh nazak sgt..

Masuk bln May, sy doa lg.. mintak Allah bg RM20K pd May.. Sy gunakan teknik woren yg sama.. Alhamdulillah dpt juga RM20K.. Sy dh psg beberapa org agent, bln Jun sy mintak pula pd Allah, sy target sale RM30K sebulan, tp x dpt.. sy dpt RM40K pd bulan Jun.. Amazing nya doa pd Yg Maha Pemurah.. Begitulah bulan seterusnya..

SAYA KAKI SEMINAR SIFUFBADS

Bila dh dpt Jualan yg sy nak, sy mula pergi ke semua seminar2 yg Sifufbads anjurkan.. Sy pergi beberapa kali Missing Chapter, Chapter F dan lain2.. Tujuannya utk asah ingatan sy, utk asah Copywriting sy, pendek kata utk asah kemahiran dlm FB Marketing.. Subhanallah.. Sy hny mampu memuji kebesaran Allah kerana kurniakan manusia bernama Sifu Jamal.. dgn idea2 yg bernas.. Alhamdulillah.. slps pergi ke seminar2, Rezeki sy makin mencurah2 melalui idea menggunakan teknik Fb Ads yg Sifu Jamal ajar..

Dulu, page like sy hny meningkat ke 5k.. Sy belajar buat page like.. Sifu ajar terlalu detail smpai sy rsa x percaya likes naik dgn cpt.. Dlm 1 seminar tu Sifu ajar teknik Rempit Woren.. Mula2 buat kurang sambutan. Sy ikut satu-satu apa sifu ajar.. Lepas tu, respon memang meletup2! MEMANG BETUL2 MENAKJUBKAN!

Skali lg sy ke seminar, Sifu Jamal ajar Buzz Marketing.. “WAH.. MENARIKNYA”, sy ckp dlm hati.. Masa tu sy bwk adik sy form 5 ke seminar.. Dia nak sgt belajar Fb ads.. Masa sifu ngajar sifu ckp nak buat Buzz Marketing kena ada 50k fan.. ALAMAK!!! Sy baru ada 30k fan.. Sy ckp dgn adik sy.. Sy baru ada 30k fan.. “SHOULD I TRY THIS?” Dia jawab “TRY JER.. X JD XPE..”

Masa tu bln Febuari 2016.. Dlm seminar sy trus rangka ads utk try Buzz Marketing.. Sy nak buat Sale Chinese New Year.. Sy pun boost ads.. Subhanallah.. Dalam masa 7 hari je.. Sy dapat buat sales cecah RM 50K!

SAYA JATUH CINTA PADA ‘BUZZ MARKETING’

Bulan Mac 2016 sy dinaikkan pangkat jadi Stokis Negeri Mamadil Terengganu. Alhamdulillah.. Bila 7 hari jer dpt sale RM50K, sy jatuh hati pd ‘Buzz Marketing’.. Akhir bln Mac 2016, sy buat sale, guna teknik ni skali lagi.. Sy libatkan skali agent2 sy, sy offer pd mereka siapa nk join sale, sy masukkan nama mereka dlm ads.. Tp permulaan x ramai yg join sbb mereka msh blm expert dgn sale.. Alhamdulillah.. 7 hari sale, sy capai RM70K.. Ya, 7 hari sahaja…

Bulan Mac 2016 sy trs register mentoring under Sifufbads… Dalam kelas, Sifu suruh buat

..350 headlines dan Intro..

..Belajar struktur Copywriting yg power..

..Belajar tau mahal murah kos iklan..

..Apa yg perlu diperbaiki jika kos iklan tinggi..

..Belajar kira keuntungan..

Dan macam2 lglah.. nak sebut satu-satu kang, panjang sangat.. Cuma yg sy boleh kata, mmg complete ilmu Fb Ads dr Sifu Jamal.. nak meletup kepala hadam ilmu sifu..

Bulan April 2016, Sy buka booth di Shah Alam.. Sy nk cari pengalaman n naikkan sale bln April, sy pakat dgn adik sy.. Sy x pernah dgr pn nama festival tu.. Bkn spt yg femes2 dlm fb tu.. Tp sy yakin dgn fb ads.. 3 hari sblm pergi sy guna Buzz Marketing, tarik semua warga S.Alam dan KL dtg.. Masa smpai di tapak booth, penganjur bgtau kami esok jumaat, xde org.. Sabtu baru ramai.. Sy ckp ooo.. Okey.. Pg jumaat sy pn lambat la bersiap.. Booth start jam 10.. Jam 11 kami msh kt hotel krna sangka xde org.. Tiba2 regular customer sy msg tny Nani kat mana, 3,4 org dk tggu nk beli Mamadil ni.. sy terperanjat, ada org tggu booth buka?

Hari pertama yg penganjur ckp xde org tu kami collect sale RM9K.. Serious.. Booth org lain xde pengunjung.. Hny booth kami shj hgga penganjur update dlm IG dorg, Mamadil hot selling booth.. Hari ke 2 kami collect jualan RM15K, dan hari ke 3 kembali 9k krn hujan lebat.. Subhanallah.. Allah bg sy rezeki melalui SIFUFBADS..

X puas lg bulan May sy buat lg Sale melibatkan agent2 sy, sy ajar agent2 utk libatkan diri dgn sale, sy buat Buzz Marketing.. Alhamdulillah.. 7 hari sale sy collect lbh RM100K… Bermulalah jualan 6 angka sy.. Hingga skrg sy masih lg ulang alik ke seminar utk curi idea Copywriting Sifu.. Mtk halal ya sifu.. setiap kali g seminar sifu, sale sy akn meningkat.. sbb tu sy kaki seminar Sifufbads!

Sifu selalu ajr ttg USP.. sy agent produk, so USP produk sy dh dpt dr hq.. sy cari USP diri sy sdr. Dalam x sedar, sy satu2nya stokis negeri yg guna fb ads. Sy bina kreadibiliti sy di kalangan fan. Apa shj produk yg baru launch sy dpt grab byk customer dgn fb ads.. Sy akn buat seeding dan seterusnya buzz marketing bila hq lancarkn produk baru.. Mmg sy ada fan sy sdr skrg ni.. kebanyakan stokis negeri fokus dptkn income dr agent, ttp sy fokus pd end customer dgn fb ads.. Dari sales pada end customer je sy dh blh maintain jualan RM70K-RM100K sebulan.

PERANCANGAN AKAN DATANG

Pertama skali, sy merancang utk buka kedai Stokis Negeri Mamadil Terengganu di Kuala Terengganu. Sy dh x sbr nak guna teknik tarik org dtg kedai. Agent2 semua dh blh pick up brg kt kedai, xpyh dtg rumah ikut waktu sy lg. Customer sy pn ramai di bandar Kuala Terengganu..

InsyaAllah teknik fb ads akn buat kedai sy sentiasa sesak dgn pelanggan.. Beberapa rancangan lg utk staf spy kami dpt letupkn jualan online dan offline.

Seterusnya sy akn ajar agent2 sy utk buat fb ads.. utk lbh advance In Shaa Allah sy akn cari pengajar utk ajr agent2 sy di Kuala Terengganu. Sy nak semua agent sy buat jualan plg krg RM20K sebulan dan kuasai wilayah mereka. Sy akn rekrut lbh ramai agent yg berkualiti utk sy naikkan income.

NASIHAT PD RAKAN YG BARU NAK MULA BERNIAGA

Kebanyakan kita akn lalui waktu sukar, terjatuh dgn pelbagai dugaan, ketika tu kita akn hilang keyakinan, merasa tekanan, kecewa dgn hidup.. Perkara pertama kita perlu ada ialah “AKU YAKIN SETERUK2 AKU JATUH, SETINGGI2 ITULAH ALLAH AKN ANGKAT AKU”..

(+) YAKIN DGN ALLAH DAN REZEKI MILIKNYA.. anggap waktu2 sukar itu hnyalah proses utk mencapai kekayaan dan kejayaan.. Nak berjaya kna lalui proses tu..

(+) KITA JEMPUT REZEKI, TAK PERLU PENAT2 CARI REZEKI.. Buat solat Sunat Dhuha, solat awal waktu, Solat sunnat taubat, Tahajjud, Istikharah, hajat, sedekah.. pabila kita buat Dia suka, Dia akn bg apa yg kita suka.. sgt mudah.. jaga ibubapa, bg yg ada suami, taat pd suami.. kita hny blh lakukan semua ni dlm kehidupan seharian..

(+) DOA YG JELAS. Anda nak berapa jualan (yg logik). Anda minta btl2 bila anda nak, berapa.. Kalo kereta.. Model apa, biar btl2 jelas.. Contohnya anda SMS rakan anda “sy nak buku”.. agak2 buku apa yg kwn anda nak bg? Bila dia nk kna bg pd anda? Dia xtau sbb permintaan/mesej anda x jelas.. Begitu juga doa.. Mesej kena jelas dan sampai..

(+) HADAM FB ADS.. Bg anda yg buat biz Online @ Offline, jgn lpskan peluang utk tarik org beli dgn anda @ dtg kedai anda. Anda cuma perlu belajar teknik dan strategi.. Anda akan jumpa jalan anda bila bersama Sifufbads In Shaa Allah..

Ok.. Lastly, sy nak ambil kesempatan utk mengucapkan jutaan terima kasih kpd Sifu Jamal. Sy doakan spy Allah memberkati team SIFUFBADS dan mengangkat sifu ke darjat yg lebih tinggi..

So, amacam geng? Terbakar tak? Ape lg? Share lerrr..

The post Dulu Nani Meniaga Kedai Runcit Je, Sampailah… appeared first on Sifu FB Ads.

Nak Tahu Bagaimana USP Boleh Bantu Tingkatkan Sales Bisnes Anda?

$
0
0

Nak Tahu Bagaimana USP Boleh Bantu Tingkatkan Sales Bisnes

Dunia bisnes online di M’sia dah makin sengit. Ada ramai taiko2 bisnes dh pegang pasaran skrg. Produk makanan, pakaian, kosmetik, kesihatan.. semua diorang dah pegang. Peniaga baru? Hari2 ada je yg turun padang. Nak bersaing? Bukan mudah, anda akan penat. So, camne nak bersaing dengan mereka ni? Satu je caranya. Anda perlu bina USP…

“Hmm… apa tu? Tak penah dgr pun…”

Masih belum tau USP? Anda kene tonton video ini sekarang…

Ps – Video ini adalah salah satu “video bersiri” dalam 22 TIPS BUAT SALES PANTAS DI FB. Dapatkan 21 video seterusnya secara PERCUMA di sini –> 22 TIPS BUAT SALES PANTAS DI FB

Ada banyak lagi topik menarik yang dapat anda pelajari…

“Bengang Betul! Sifu Hentam Aku Sebab Tak Up-kan Sales!”

$
0
0

ASHRAF

Sebelum tu, jom sy perkenalkan tuan punya badan. Brader ni, namanya ASHRAF, merupakan pengasas produk Supplement Gym berjenama TRIBOR NUTRITION MALAYSIA, dulu pernah dibuang asrama semasa Form 5 dan dibuang kolej pula kerana tak lepas semester 1 ketika ambil foundation in engineering. Tapi berjaya juga habiskan degree kemudiannya dgn Anugerah Naib Caunselor selepas dapat “hidayah” katanya…Alhamdulillah…

Ok, Jom kita baca lagi kisah pengalaman dan perkongsian yg dikarang oleh beliau sendiri…

Assalamualaikum, Nama saya Ashraf, berumur 27 tahun, skrg menetap di Shah Alam, disini sy ada ofis kecil dgn 3 org staff sales, admin dan part time runner. Semua ni saya capai selepas 3 bulan bertapa dengan sifufbads. Alhamdulillah, skrg dlm proses membeli ofis lot baru di shah alam untuk perbesarkan lagi operasi jualan kami.

LANGKAH PERTAMA DLM BISNES

Saya memulakan langkah pertama dlm bisnes ketika saya mula bekerja sebagai graphic designer. Saya start meniaga dgn menjual hot dog, masa tu main redah jer pun, dimana ada event, disitulah sy buka tapak, tp pnh satu masa tue di event astro dkt stadium merdeka, saya dtg dgn membawa 100 unit hotdog, tapi yg terjual ms tue hny 5 unit jer…

Perghh…mmg Down Habis time tue…dah lar tido tak cukup utk preparation mlm tue…sempat tido 3 jam jer…end up dpt penat sbb byk tue jer yg terjual…hmmm…baki yg tak terjual tu saya sedekah je dekat penari dan crew event.

Perjuangan bisnes sy tak terhenti begitu je, saya tak patah semangat, saya masih mencari event lain masa tu dkt Rock the World di stadium bukit jalil, tapi kali ni, saya jual air plak. Saya jual air special sket, lemonade. Rupenye kat situ ramai betul peminat lemonade, jadi air saya laku keras masa tu. Dapatlah untung sedikit walaupun tak banyak tapi saya gembira kerana itu hasil usaha titik peluh saya sndr, rasa sgt puas.

MULA BISNES ONLINE

Setahun berlalu, saya sambung pelajaran Sarjana muda Graphic Design di Uitm Puncak Alam. Hidup sebagai student masa sangat terhad. Saya cari satu persatu bisnes apa yg sesuai utk saya sebagai student yg tidak perlu guna masa banyak sangat. Saya cuba bisnes online, kebetulan saya memang kaki gym dan tahu sumber utk dapat protein supplement gym yg murah. Saya pun gatal tangan cuba jual produk gym dalam forum masa tu.

Wow ! ketika tue Sambutan tetiba sangat menggalakkan, saya dapat banyak order dan pertanyaan. Masa tu selesa juga lah, masa student pun sy berjaya dapat jana RM3K sebulan bersih.

Sehingga lah pada tahun akhir semester, saya ditipu oleh seorang durjana, kerugian hampir RM30K. Nangis tak berlagu, saya jiwa kacau berbulan. Duit saya kumpul separuh nafas habis sekelip mata. Hari demi hari saya cuba cari semangat balik, saya cuba kumpul semula duit dan buat produk sendiri.

BERMULA SEMULA

Saya bermula semula dgn bilik kecil di rumah kepunyaan salah seorang bisnes partner saya. Kami bertiga start buat marketing di FB. Hasilnya? sangat malang. Tidaklah seindah dan semudah yg disangka. Tanpa strategi, kami main hentam jer !

Tekan jer mana yg boleh di Fb Ads tu. Bulan demi bulan, sales makin menurun, profit makin kecil, sehinggalah salah seorang bisnes partner saya undurkan diri kerana tiada gaji, dan bulan seterusnya pula gaji kami bahagi 3 pula dimana jd cuma seorang RM300.

Sudah lar menumpang di rumah die sbg tmpt pusat operasi. Partner saya td tue dpt tawaran kerja pula di industri oil & gas yg mana gajinya lebih menarik. Apakan daya, saya terpaksa akur dan mula bekerja di rumah bersama seorang lagi bisnes partner sy yg lain.

Saya jemm sekejap, tak tahu apa yg perlu dilakukan, tak tahu mana nak start semula. Marketing FbAds pun x pandai sangat. Beginilah bilamana kita buat bisnes tanpa ilmu, hentam kromo…jalannya BUNTU !

TURNING POINT

Kemudian ada sorang kawan ni dia recommend SifuFbAds , dengan berbekalkan sedikit wang simpanan, saya laburkan juga demi mencari ilmu. Bile pegi seminar tu macam2 belajar teknik yg pelik2 ni, tapi tak sangka berkesan. Balik dari class saya terus praktik apa yg belajar. Sikit demi sedikit saya nampak perubahan sales.

  • Sales masa Oct & Nov terpaksa campur sbb terlalu sikit, sale Rm9K jer sbln..
  • Kemudian Dec sale terus jadi Rm35K…
  • Bila masuk bulan Mac dapat cecah Rm58K….
  • dan terkini pada June aritu kami berjaya cecah sales sbyk Rm93K !

Macam mana kami berjaya capai result perubahan sales begitu drastik begini dlm tempoh kurang setahun? pastinya ia tdk dtg bergolek mcm tue jer….ada faktor2 penting yg telah menjadikan kami berjaya smp ke tahap ini !

TEKNIK & STRATEGI DI KLAS SIFUFBADS

Inilah kelas yg telah byk merubah pencapaian bisnes sy…saya paling salute kat sifu ni, die boleh tanya setiap sorang students die and kupas apa yg kurang, apa yg patut tambah, kat mana silap, comment ads kite, suggestion copywriting. Cara ni buat saya rasa lebih dekat dan mudah faham sbb sifu kupas khas utk kite punye niche produk sahaja satu persatu.

Dlm klas, Sifu banyak tekankan USP, bile copywriting saya tukar kepada USP punye copywriting, masa tulah sale start berdentum. Sy masih ingat antara kata2nya pada sy..

” AKU KENA HENTAM BEB!! DEK SIFU…”

“Ashraf, awk jual produk MUSCLE BOOSTER…semua org pn ramai yg jual produk muscle booster yg sama..apa bezanya produk muscle booster Tribor ni dgn yg lain di pasaran tue?…x nampak apapun.. Saya pon xnak beli tgk camni… Kitakena cipta keunikan dan tonjolkan kelainan pd produk kita…”

Masa tue keunikan Tribor adalah pada sumber BUAH KURMA yg menghasilkan ASID AMINO…so…sifu tegaskan..

” Haa…kalau KURMA itu USP-nya….tonjolkannya pada headline dan copywritting kita….jelaskan knapa KURMA itu digunakan….spt menghasilkan 20 jenis ASID AMINO dan sebagainya….barulah org nmpk knapa dia mesti beli muscle booster Tribor berbanding produk muscle booster yg lain…”

Saya masih ingat yg Sifu juga tekankan utk kami kuatkan BRANDING, utk ini sy suka gunakan TEKNIK HANTU. Sifu juga byk nasihat utk dijalankan kempen LIKE MARKETING tue secara berterusan. Sebab bila kita iklan kepada fans, ia akan menjadi lebih jimat kosnya berbanding menghala ke SASPEK semata.

TIPS KHAS UNTUK ANDA

(+) Kita kena ada semangat yang tinggi, tidak mudah putus asa dan buat BIAR SMP JADI. Selagi tak jadi jangan berhenti.

(+) Jika hendak berjaya, kene ubah SIKAP dan DISIPLIN yg tinggi, barulah dapat menerajui perniagaan anda

(+) Kena berani dalam menghadapi risiko, setiap perniagaan pasti ada risiko cuma risiko dapat dikurangkan dgn adanya ILMU.

Sekian..

Ashraf

Page : Tribor Nutrition Malaysia

Alumni Sifufbads

“HP Kak Fasha Sandha Meletop! Fb Ads Punyer Pasai!”

$
0
0

fasha

Fasha Sandha? Hahaha..Tak aihh…Orang jer panggil kak ni Fasha Sandha…Nama dia Ayu.. lbh pemes di kalangan student2 Sifufbads sbg AYU MEWANGI. Beliau adalah pengasas kpd produk yg tgh super meletop skrg ni iaitu “MEWANGI”

Ayu Mewangi ni bukanlah dari famili dgn background bisnes. asal dari kampung je. Tapi, beliau telah buktikan yg itu sume bukan halangan utk berjaya ! Bermula dari ZERO, BUTA IT, beliau berjaya pecahkan tembok ketakutan yg ada dalam diri dgn ILMU yg didada yg beliau usaha pelajari sungguh2.

Ok, jom kita baca kisah jatuh bangun yang ditulis sendiri oleh beliau.

Bismillahhirahmanirahim….

Saya Ayu Azmera Bt Abd Moin 34th berasal dari Kedah,selama ini tidak menyedari sama sekali bahawa saya seorang miskin disebabkan kasih sayang yang banyak diberikan oleh Arwah tok & tok wan.Hidup ini tersangat happy dikampung itu,walau tidak merasai kemewahan seperti org lain

Ayah ? .Semua orang kampung tahu siapa saya, sejak kecil saya ditinggalkan oleh ayah disebabkan faktor penceraian antara mereka

Penting untuk saya melakar masa depan sendiri Biodata peneman diri ,apa yang saya nak pasti akan tulis didlm buku tersebut dan meskipun saya tak punya Ayah Saya mempunyai insan luar biasa yang sangat bermakna dalam hidup iaitu suami saya En Shanizam Bin Othman

Khawin awal pilihan keluarga TEPAT utk Allah tunaikan impian & minat saya

Suami Bisnes Man jadi sedikit sebanyak saya mengetahui dunia perniagaan Tapi….apa yang saya nampak dunia pernigaan ni menakutkan,kejam dan hipokrit

Saya selalu melihat suami asyik ditipu je,sian dia sehingga satu hari saya fikir nak buat perniagaan sendiri,mana tahu menjadi kali ni

BERMULANYA SAYA SEBAGAI STUDENT SIFUFBADS

Dulu…

Untuk pengetahuan semua saya ni BUTA IT,tidak mengetahui langsung apa itu online marketing,bukan online marketing ja,Malah Facebook Pesonal,Page yang sekarang ni “Mewangi Satu Dunia” itu pun org tolong buatkan…Terima kasih Wani.

YA ! INI CERITA BENAR,saya tak tipu,baca cerita saya sampai habis.

Tentangan hebat dari suami ketika saya maklumkan utk berniaga online,sampai sekarang dlm ingatan.

“hang nak bayaq mahai2 masuk kelas? ni sedaq sat ,bunyi telepon tak pernah diangkat ,whatsapp tak pernah berjawab,fb pun tak reti nak post ada hati nak berniaga online,buang duit ja,Ni nak tanya ? beribu modai abang bagi utk buka SPA di UUM sat ja tutup,Kedai kosmetik abang bagi jaga bukan satu tapi 3 kedai lingkup,lepaih tu hang nak buka butik abang bagi tahan 4 bulan ja tutup.Hang “HANGAT – HANGAT TAHI AYAM JA” Arghhh tak payah….”

Ayat ini masih tergiang giang ditelinga sampai sekarang.Ketika itu saya hubungi suami utk khabarkan saya mahu ke kelas anjuran SIFUFBADS.

Sangat kecewa Allah shj yang tahu 3 kali saya hubungi suami utk yakinkan dia.

LAS AYAT YANG SAYA DAPAT DARI SUAMI….

“Ikut Suka Lah,Buat Lah Keputusan Sendiri,Jangan Berharap Sangat Pada Abang”

(+) Kekuatan kisah Inspirasi Pak Cik Coway dan En Sang Ellite S7 dikuatkan lagi dengan dorongan kawan saya Dyla bahawa saya mesti boleh ! telah MEMECAH TEMBOK KETAKUTAN dalam diri.

Masa tu apa yang saya fikir hanya satu mereka boleh,kenapa saya tak boleh !

KEPUTUSAN ?

Akhirnya dengan semangat itu saya memilih kekelas anjuran sifu walaupun suami masih ragu2 dengan keputusan saya.

DUGAAN DEMI DUGAAN UTK SAYA BERJAYA

Untuk pengetahuan semua setelah mengikut suami berpindah ke KL keluar rumah secara besendirian tidak pernah sama sekali,apatah lagi nak drive sorang2.Senang cerita saya tak tahu jalan lansung **kat kampung pun sesat tambahlan bandar besar hu hu hu.

Cuba bayangkan…saat itu saya besendirian utk Drive ke The Mine ,Balakong ( saya langsung tak tahu tempat tu ) sebelum ini nak pergi mesti suami yang bawakan,bermula cabaran pertama.

Berbekalkan ilmu Waze yang diajarkan oleh kawan saya Dyla dan semangat nak sahut cabaran suami yang COP SAYA BUTA IT membuatkan saya nekad ! Ya Allah fasa itu saya lepas,Syukur saya tak sesat.Saya sampai seperti pelajar yang lain,yang mana kami sama2 tinggalkan keluarga utk memperbaiki kekurangan diri.

Cabaran keduanya bila mana Sifu Jamal menerangkan pelbagai teknik – teknik Ads membuatkan saya semakin binggung..

PALING BISING DALAM KELAS YA SAYA !

Untuk cuba memahami benda baru yang langsung saya tak faham amat payah kiranya beberapa hari berada dikelas memang BERASAP otak.Soalan demi soalan saya usulkan,HEBAT 5 bintang saya berikan,sabarnya SIFU & Krew Sifufbads masa itu melayan kerenah ini amat saya kenang sehingga hari ini.Terima kasih En Sharin & Krew yang banyak membantu saya ketika itu.

Memilih teknik { VIDEO & TEKNIK REMPIT } pilihan bijak dan rezeki saya waktu itu.Ads saya rm30 sehari dlm seminggu HP 2 biji MELETOP, 2 hari tak tidur seronok melayan Whatsapp yang mahukan Produk saya..

PM /Whatsaaap beratus tapi TAK CLOSE ?

Cabaran ketiga ..bila mana Allah dah beri tapi saya tak bersedia menerimanya.Saya pasti ANDA mesti mengalami nasib yang sama seperti saya.TAK DAPAT CLOSE COSTUMER KAN ?

Saya perlu bersyukur walau pun kelas dah tamat GROUP suport banyak membantu mereka tunjuk ajar menggunakan Whatsapp Web setelah HP saya meletop ** ajar teknik terbaik utk CLOSE COSTUMER & Teknik Skill menulis Copywriting .Kenangan manis saya waktu itu.

{ ITU DULU,BUDAK KAMPUNG,BUTA IT,TAK BERSOSIAL,TAKUT PADA KEKURANGAN DIRI }

KINI Saya Ayu yang baru…..

Seperti mana MENTOR PERTAMA saya Sifu Jamal berpesan ilmu sgt mahal harus dicari bukan datang tergolek depan mata semua dapat & jadi harus diprantikkan.

BUAT DAN BUAT !

Akhirnya jejak Sifu saya ikut,Kalau dia boleh berjaya dengan menjadi kan ilmu sebagai asas.

**HEBATNYA SEMANGAT & CARA MENGAJAR SIFU JAMAL SAYA MAHU TAHU DARI MANA BELIAU DAPAT KEKUATAN ITU.HEBAT SANGAT !

Kembali ke landasan asas KENAL DIRI KENAL MAHA PENCIPTA .INGAT ! Ilmu marketing setinggi gunung pun kalau Allah tak izinkan siapakah kita.Nothing..Saya perbaiki dan perbaiki dengan ilmu yang saya pelajari.

Berkat tunjuk ajar dari Sifu jamal dalam dunia Online marketing beserta dengan IzinNya,saya mempunyai 40 org stokis dan semasa CW ini ditulis sale saya sudah mencapai 7 angka dari awal perniagaan diatas talian hampir 9 bulan yang lalu,Alhamdullilah pencapaian yang amat membanggakan suami & semua ahli keluarga.

Paling saya bersyukur suami kini 100% membantu & paling Best ! Mak kini tinggal bersama dengan saya.

Kesimpulannya disini….

REZEKI ALLAH SHJ YANG TAHU BILA MASA MAHU DIBERIKAN JADI JANGAN TAKUT UTK BERUBAH.

Akhir cerita, penulisan angan2 & impian saya yang tertulis dibuku Biodata waktu dikampung hampir menjadi kenyataan.

Dunia perniagaan yang MENAKUTKAN ,KEJAM & HIPOKRIT tidak lagi saya gentar dengan adanya ilmu didada.

Ikhtiar – Tawakal – Beserah

**Saya mohon semua Doakan saya lebih kuat ya !

Saya juga Doakan anda yang membaca dan share penulisan saya ini..

KAYA BERJAYA DUNIA AKHIRAT

TERIMA KASIH SEKALI LAGI SIFU JAMAL BANYAK MEMBANTU SAYA DENGAN IZIN ALLAH.Kini anak didik sifu dah menjadi pendidik kepada suri rumah yang mahu menambah pendapatan sampingan.

Seperti sifu bangga dengan saya,saya pun bangga dengan diri saya sendiri.

“Anda berhak utk berubah kerana Rezeki itu milik Allah.Bangkit yang sedang leka tidur”

Sekian cerita saya …

AYU MEWANGI (Alumni Sifufbads)

Page : Mewangi Satu Dunia

7 Tips Bagaimana Bina “Die Hard Fans” Untuk Bisnes Anda

$
0
0

raving fans

Pernah tak anda terfikir… camne nk buatkan org berebut2 nk dptkan produk anda? Lebih2 lg jika anda jual produk baru… Caranya dgn bina RAVING FANS. “Sape diorang ni?”, mereka adalah orang yang sangat percaya pada bisnes anda. Mungkin tergila-gilakan kan anda. Jual la apa pun, mereka akan beli. Fuhh.. best! Senang nak buat SALES PANTAS! Inilah antara rahsia bagaimana ramai student SifuFBads mampu jana sales dalam tempoh singkat!

Teringin nak ada raving fans sendiri? Jom tonton video ni sekarang…

Ps – Nak tahu lebih byk “teknik & strategi” cara tingkatkan sales bisnes anda? Saya ada kongsikanya di sini –> 22 TIPS BUAT SALES PANTAS DI FB

Chapter M Ogos 2016

$
0
0

Koleksi gambar sekitar seminar Chapter M 20-21 Ogos baru-baru ni..

Seminar 2 hari ni special untuk OWNER BISNES, ENTERPRISE @ SDN BHD… tak kira BERNIAGA DI KEDAI @ ADA PREMIS, yang BUAT SERVIS, yang JUAL PRODUK RETAIL, yang JUAL PRODUK SDRI, atau yang …. bakal bergelar owner bisnes.. 2 days sharing yang bakal buatkan sales anda NAIK, bisnes anda GROWING dan pelanggan MENINGKAT setiap bulan!

Sape datang? Cer kongsi sikit apa yang anda dah belajar dari seminar ni…

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Bisnes Jatuh.. Kena Tipu.. So, Bagaimana Nak Bangkit Semula?

$
0
0

Bisnes Jatuh.. Kena Tipu.. So, Bagaimana Nak Bangkit Semula

Dalam perjalanan bisnes situasi spt diatas biasa berlaku..jatuh bangun dlm bisnes dah mcm rempah ratus resipi zaman berzaman…tak sah kalau tak jadi…elak mcm mana pun..terkena juga kan…apa2 pun kita kena bijak mengurus risiko spt ni…kena byk blaja dari pengalaman org lain…ada yg pernah terkena tak?..mesti ada kan…

So..Bisnes jatuh…apa nak buat? nangis? Give up? main biola tepi pantai? layan blues sambil karok lagu2 sedih? marah kat semua org? makan puas2 tanpa henti? jerit kuat2 sampai terkeluar anak tekak? adudu…mcm2….tp..apa2 pun yg terjadi..please..

JGN GIVE UP!

Jgn lama2 down…kena cepat bangun semula ! Dunia belum berakhir…selagi kita masih hidup..selagi itu tetap ada jalan..meh saya share tips dan transfer sikit aura2 semangat utk kita semua bangkit semula…jom !

REVIVAL YOUR PLAN NOW!

1)  SENYUM DULU

Haa..first step kena kasi senyum dulu, kasi lepas semua rasa yg terpendam, senyum dgn penuh ikhlas tau, kemudian pandang ke atas dgn penuh kesyukuran, Insyallah perasaan anda akan kembali tenang dlm masa yg singkat…cubalah !

2) KEMBALI SEMULA PADA ALLAH

Apa pun yg berlaku pasti ada hikmahnya, hny Allah yg tahu, audit semula perjalanan bisnes kita adakah mendapat rahmat dan barokah darinya? ubah mana patut..lakukan apa yg Allah suruh dan tinggalkan apa yg dilarangNya…kalau belum byr zakat…sila bayar dgn segera ! sucikan harta anda dgn kewajipan zakat !

3) CONTACT POSITIVE NETWORK

Hubungi mentor2 dan rakan2 bisnes yg positif, ajak diorang mengopi sama2, bncngkan agenda utk pacu ke hadapan, jadikan yg lps sbg pengajaran bersama utk lebih menikmati kejayaan yg lbh bsr.

4) JOIN GROUP BISNES

Wujudkan atau sertai kembali kumpulan usahawan yang boleh saling berkongsi maklumat, pengalaman dan semangat. Disini anda akan temui byk solusi dan jalan, manfaatkan chanel yg ada.

5) REVIVAL PLAN

Luangkan masa untuk merancang semula hala tuju bisnes. AWAS, jangan terlalu ‘over planning’! Rancang seminima mungkin terutama usaha yang boleh dilakukan dalam jangka masa pendek (1 – 3 bulan). Tangguhkan dahulu matlamat yang besar, sebaliknya bina dan kukuhkan kembali ‘tapak yang telah retak’. Dan yang penting adalah kita benar-benar jelas apa yang kita mahu dan apa yang akan kita lakukan.

6) CONTACT SEMULA DATABASE

Hubungi kembali subscibers anda melalui database yg ada spt whatsapp, sms, call or email list. Berikan mereka maklumat yang berguna dan berinteraksilah bersama mereka utk wujudkan semula ransangan urusniaga.Boleh ucap selamat atau offer sesuatu yg menarik pada mereka.

7) AKTIFKAN DIRI SEMULA DI MEDIA SOSIAL

Aktifkan kembali penulisan di blog dan facebook. Jika sebelum ini anda aktif dan kemudian mendiamkan diri, kembalilah ke sana kerana sudah pasti ramai yang sedang menunggu kehadiran semula anda.

8) TERUS JALANKAN MARKETING

Marketing adalah nadi pntng sebuah bisnes, kembali konsisten dalam melakukan pemasaran produk dan perniagaan anda, bina strategi marketing autopilot yang akan terus beroperasi tanpa perlu kita melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.

9) KUATKAN TEKAD, BULATKAN HATI

Perkara paling penting adalah utk terus berusaha tanpa ada rasa mahu berputus asa. Kali ini, sematkan dalam diri bahawa anda tidak akan mudah mengalah lagi! Teruskan perjuangan anda smp jadi !

Hidup di dunia adalah satu perjuangan. Mahu tidak mahu kita perlu terus berjuang. Kita bukan hidup keseorangan dan untuk mengenyangkan perut sendiri sahaja, tetapi kita ada ibu, ayah, isteri, anak-anak dan keluarga yang perlu disara. Kita perlu berani bangkit kembali dari kegagalan untuk terus berjuang.

Maka jadilah seperti orang yang dijelaskan Rasulullah SAW ( Mohon Selawat ) dalam salah satu hadisnya iaitu :

“Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Ayuh..Kita Bangkit Bersama !

Mostly 90% Usahawan Yang Gagal Tu Sebab Skip Formula M.A.P Ini..

$
0
0

Apa benda Formula M.A.P ni? Peta ke? Apa pulak kaitan peta dengan bisnes fbads ni?

Bukan peta dunia tu.. Formula M.A.P tu merujuk pada Market, Audiences dan Product.

Kalau anda baru nak berniaga, memang wajib buat Formula M.A.P ni dulu, kalau tak buat, tu yg gagal tu. Main pakai redah je..

Anda perlu faham ketiga-tiga aspek ni, jgn sesekali skip proses ni. Bahaya!

“Uish. Apa yg bahaya sgt tu sifu?”

Nk tau knp bahaya, katalah anda tak follow Formula M.A.P ni, sy nk tny anda;

  • Adakah anda pasti produk anda betul-betul menepati kehendak pasaran?
  • Adakah anda betul-betul kenal siapa audiens anda?
  • Adakah produk anda ada keunikan tersendiri?
  • Adakah produk anda dijual dgn harga yg munasabah?
  • Adakah design produk anda menarik? Lain dr yg lain?

Ha.. Ce Jawab ce jawab..

Haa takleh.. tu baru tanya sikit, belum lain-lain lagi, pengsan kang..

So, kalau anda sendiri takde jawapan utk soalan sy tu, bermakna anda dalam bahaya!

Anda sedang mengalami masalah besar! Anda orang yg main redah je dalam dunia bisnes ni, tangkap muat..

Yelah, sebagai owner produk atau agen sekalipun, kalau anda tak tahu 3 benda ni mmg bahaya;

  1. Tak tahu produk ada demand ke tak. Camne nk jual kalau takde orang berminat? Buatlah apa cara pun, kalau dah bukan trend, mmg susah. Kalau ada pun biasa-biasa je. Penat..
  2. Tak kenal siapa audiens! Camne nk buat fbads kalau sasaran audiens pun tak jelas? Rugi je buat fbads nanti.. Banyak buang masa, bila takde hasil, tu yang giveup tu..
  3. Tak tahu apa kelebihan produk sendiri. Ni plg bermasalah, camne nk jual kalau produk sendiri pun tak kenal? Camne nak yakinkan prospek? Kena study dan fahamkan dulu apa kelebihan, ciri2 dan keunikan produk anda. Baru boleh yakinkan pelanngan.. Ni tak, kata produk takleh jalan lah apa lah.. Peninggg arr…

Oleh sebab tu, sebagai usahawan, anda perlu kaji dan fahami kehendak pasaran, audiens dan juga produk anda sendiri.

Bila dah betul-betul faham, dah menjiwai barulah senang nak hasilkan copywriting yg memukau dan tepat pada audiens anda..

“tolong saya sifu.. Apa step yg sy perlu buat tu..?”

Okay, ni saya kupaskan secara ringkas tentang FORMULA M.A.P;

#1: [ M – MARKET ]

market

Igt.. Kaji market ni bukan g kaji supermarket giant tuh.. Tapi kaji PASARAN produk/servis anda. Buat checklist balik..

  • Adakah produk anda diperlukan?
  • Adakah produk anda ada demand?
  • Adakah produk anda masih relevan dengan trend terkini?
  • Kenalpasti siapa pesaing anda
  • Apakah kelebihan produk/servis anda berbanding org lain

List down dulu apa jawapan kepada soalan-soalan kat atas ni, buat research sikit.

#2: [ A – AUDIENCES ]

audience

Sebelum ni buat iklan main pukul rata jer, tak kesahlah nenek tua ke budak sekolah ke, suma disasarkan.. Bagus bagus.. Memang bagus.. Terbaikk..

Jangan! Tak boleh camtu.. Rugi.. Buatpa sasarkan pada orang yang tak berminat dgn produk kita? Buang masa!

Rahsia utk menghasilkan copywriting yg power rangers, anda kena habis ‘bercinta’ dgn audiens, kena kenal mereka sedalam-dalamnya. Bila dah kenal, baru senang nak cuit emosi mereka.. Hoho

So, untuk langkah permulaan, anda perlu membina customer avatar……

“Fuyooo.. avatar yg warna biru tu kee sifu?”

Aiyaa.. Bukan tu.. Byk tgk tv betullah.. Customer Avatar ni adalah satu teknik bayangan, bagaimana anda nak gmbarkan sifat,ciri-ciri, dan rupa bakal pelanggan anda.

Bila dah ada gambaran karakteristik audiens, barulah mudah nk rancang apa jua strategi pun, yelah benda dah kenal kan..

Yang bestnya tentang FB Ads ni ialah, kita boleh pilih audiens kita secara terperinci dgn berdasarkan Customer Avatar yg dah kita bina tadi tu..

Dalam Fb Ads utk memilih audiens ada 4 data utama;

  • DATA GEOGRAFI

Bahasa lebih mudah, dimanakah lokasi mereka berada. Jangan target suma tempat! Pemilihan lokasi yg tepat byk membantu jualan kita. Nak target luar bandar ke, dalam bandar ke..

Jika anda ada premis, anda boleh sasarkan lokasi tersebut kepada mereka, boleh tingkatkan awareness mereka ttg wujudnya premis anda. Selain tu, anda juga boleh mention lokasi mereka pada bahagian headline utk trigger mereka.. Faham?

  • DATA DEMOGRAFI

Data ni lebih merujuk kepada maklumat peribada audiens yg ingin disasarkan. Apakah demografi yg boleh digunakan dlm fbads? Ia adalah umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan, tahap pendidikan dan juga bahasa.

So, dengan data ni, anda boleh tapis bakal pelanggan anda. Apabila isi copywriting anda di isi dengan tepat dan dipadankan dengan sasaran audiens di fbads, pasti respons iklan anda sgt bagus.

Saya bg contoh, katalah anda menjual produk kecantikan. Kemudian, bygkan customer avatar produk anda, golongan dewasa, wanita, berumur 22-35 tahun, dah bekerja dan sudah berkahwin.

Daripada data-data inilah anda boleh bina isi-isi penting dlm copywriting anda, cthnya;

“office mate asyik jeling-jeling je, nak tanya kita pki produk apa lah tu..”

“Kulit gelap punca rakan malas nak ajak berborak..”

“Suami tegur.. kata kulit awak dah cantiklah..”

Isi-isi camnilah yg perlu diolah dan jadikan isi penting dlm copywriting, barulah memukau bakal pelanggan.

  • DATA PSIKOLOGI

Ini antara bahagian pnting dan sering digunakan dlm fb ads. Data ini melibatkan maklumat sprti hobi, minat, dan aktiviti audiens.

Data inilah yg sering kita masukkan pada bahagian interest di fbads, katalah anda jual produk memancing, anda boleh masukkan pada bahagian interest tu sbg contoh ‘fishing’, nama produk memancing, ikon memancing, rancangan tv memancing, dan lain-lain.

Dengan data ini juga anda boleh masukkan di poin penting dlm copywriting anda.

  • DATA SOSIOGRAFI

Dalam fbads ada 3 jenis data sosiografi yg boleh kita gunakan;

1- People who like your page : anda boleh sasarkan pada audiens yg pernah like page anda atau page-page lain yg anda miliki. Mereka adalah fans anda.

2- Friend of people who like your page : Sasarkan pada rakan-rakan audiens anda yg pernah like page anda.

3- Exclude people who like your page : Audiens yg belum like fanpage anda, mereka adalah suspek atau audiens yg masih belum mengenali anda.

#3: [ P – PRODUCT ]

product

Okay, ni poin terakhir, elemen terakhir, ni point penting ni. Sgt-sgt penting…

“uish.. serius betul ni sifu..”

Ya mmg serius. Ok, anda dah kaji market bisnes anda, dah kaji siapa sasaran audiens utk servis/produk anda. Kini, anda perlu fahami dgn teliti ttg PRODUK anda.

Dlm mazhab sifufbads, maklumat berkaitan produk merupakan poin yg ssgt penting utk dimasukkan dlm copywriting. Poin ini dipanggil F.A.B..

“Apa plak FAB ni sifu.. Lepas MAP FAB plak..”

Ha.. F.A.B ni adalah maklumat maklumat produk yg perlu dimasukkan dlm copywriting anda.

  • F – Features
  • A – Advantages
  • B – Benefit

Tapi, utk mudah faham, anda boleh list down dan fokus pada 4 maklumat ini, MANFAAT, LIFE CYCLE, DESIGN dan USP produk. Kaji dan ketahui apakah maklumat yg ada dlm produk anda dan itulah F.A.B produk anda..

Bila dah tahu apakah FAB produk anda, masukkan dalam copywriting anda.

Faham?

Kisah Brother Pemotong Daging!

$
0
0

kisah pemotong daging

Hari nie saya nak share sikit tntng kisah brother pemotong daging di sebuah pasar raya di KL time awal 70-an dulu, time tue susah jugak nak dpt makanan sejuk beku yg dapat dipastikan status halalnya.

Brother ni kemudiannya bertindak menyelesaikan masalah tersebut dengan membantu org ramai pada zaman itu dengan mengambil peluang menghasilkan makanan sejuk beku halal bagi memenuhi permintaan umat Islam di negara ini.

Ketika di peringkat awal, byk cabaran mendatang, ramai yg perlekehkan usahanya, tapi dia tak pedulik dan terus fokus dan berusaha dengan penuh semangat mengembangkan perniagaannya, berbekal modal dengan simpanan sendiri, dan pinjaman modal Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad, beliau terus mengorak langkah demi langkah.

Sehingga kini, bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan dengan hanya mengeluarkan daging sebanyak 300 keping sehari, kini perniagaan beliau mampu mengeluarkan 30 tan daging sehari selepas 20 tahun.

Power ! 20 tahun tue….dah mcm tempoh penghasilan pokemon go !

Beliau yang saya maksudkan ialah Tuan Haji Ramly yang merupakan pengasas kepada produk jenama Burger tempatan paling femes dimalaysia iaitu ‘RAMLY’ atau lebih sering disebut2 sbg Burger Ramly…ada yg tak kenal ker?..

Rugi…Jom kenal beliau lebih dalam…

Hari ini, beliau yang lebih dikenali sbg Haji Ramly berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga ke tahap komersial. Syarikatnya kini berkembang sebagai sebuah syarikat besar iaitu Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food Processing Sdn Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd, Ramly Supermart Sdn Bhd dan Ramly Mokni Bakeri Sdn Bhd.

Malah, syarikatnya juga telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh pihak Bank Pembangunan atas kecemerlangan dan prestasi baik.

So..kenapa hari ni saya nak share kisah beliau?…apa bestnya beliau?…haaa…siapa tak kenal burger ramly kan?…boleh bertahan begitu lama…apakah kekuatannya?..berdasarkan pemerhatian saya…ada beberapa point penting yg kita boleh ambil sbg pengajaran penting utk kita BERTAHAN LAMA dalam sesuatu bisnes !

Jom…kita kupas satu2…moga ia bermanfaat utk kita hadam bersama…

  • SELESAI MASALAH ORANG

Beliau bermula dengan niat untuk bantu selesaikan masalah masyarakat ketika itu yang sukar mendapatkan makanan sejuk beku berasaskan daging yang halal. Menjadikan usaha beliau ketika itu sbg satu jihad fardhu kifayah penting yang memberi impak kepada industri makanan halal di Malaysia.

  • BRANDING

Syarikat Ramly membina penjenamaan yg sgt kukuh sehingga hampir semua daging burger kini disebut burger ramly walaupun kdg2 stall burger itu tdk menggunakan daging ramly pn…malah jenama Ramly memiliki raving fansnya yg tersendiri yg kuat membeli rangkaian produk jenama beliau.

  • FOKUS

Dari hanya seorang pemotong daging, kemudiannya menjual kepingan daging, beliau terus fokus berada dalam industri yg sama sehingga mampu menjadi seorang yg pakar dalam industri tersebut dan mampu bertahan lama sehingga kini. Selain daging burger, jenama lain yg bernaung di bawah Ramly adalah burger ayam dan daging, rangkaian produk nugget, jejari, sosej dan banyak lagi, malah produk Burger Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus kepada perniagaannya.

  • BERANI MELABUR

Beliau berani membuat pelaburan besar bagi mengembangkan syarikat dan perniagaannya dimana pada tahun 2008, beliau telah membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi membesarkan kilangnya di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang itu dilengkapi penggunaan teknologi lebih baik, telah berjaya meningkatkan hasil pengeluaran tiga kali ganda dengan kualiti yang sama standardnya.

  • JAGA KUALITI & PELANGGAN

Syarikat Ramly juga dilihat sentiasa berusaha meningkatkan standard kualiti produk makanan mereka bagi memastikan kualiti produk sentiasa di tahap terbaik dalam usaha memenuhi cita rasa pelanggan. Dimana syarikat itu juga telah menubuhkan makmal Mikrobiologi Ramly sekali gus berfungsi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk Ramly.

Anda belajar sesuatu dari kupasan diatas?…saya yakin korang semua pn mesti mahu bina legasi bisnes yg bertahan lama spt ini kan?…jadi saya simpulkan antara ciri2 utk sesuatu bisnes itu bertahan lama..ia harus memiliki ciri2 berikut :

  1. Beri Manfaat Pada Ramai Orang.
  2. Fokus dan Tidak Mudah Putus Asa.
  3. Penjenamaan yg Berterusan dan Kukuh.
  4. Yakin dan Berani utk Kembangkan Bisnes Sendiri.
  5. Sentiasa Jaga Kualiti dan Jaga Pelanggan.
  6. Sentiasa Kaji Perubahan Kehendak Pasaran Semasa.

Mari kita sama2 audit perjalanan bisnes kita utk ia mampu kekal BERTAHAN LAMA! Aminn…

Bagaimana Hasilkan Copywriting Yang Boleh Buatkan Prospek Percaya Anda?

$
0
0

Bagaimana Hasilkan Copywriting Yang Boleh Buatkan Prospek Percaya Pada Anda

Jika anda berniaga di fb atau kat mana-mana sekalipun, dah tentu pembeli ni lebih suka membeli dengan org yg mereka boleh percayai, yg ada kredibiliti atau dah famous..

Kredibiliti, atau trust merupakan salah satu sebab utama knp org sggp nk membeli, semakin tinggi kredibiliti, semakin tnggi potensi utk mereka nk beli produk anda..

Kenapa pembeli ni memilih? Anda sendiri nampak kn? Diorang ni lebih yakin dn suka membeli dgn orang yg boleh dipercayai atau nmpk mcm famous..

Actly, dorang tak salah pun, tu hak diorang.. Hoho.. Sbbnye ia berkaitan dgn emosi manusia.. Kita bole ekjas tu.. Hehe

Dari kajian yg pernah sy jlnkn pd pelanggan SifuFBads sendiri, rata-rata mereka sggp membeli kerana keredibiliti yg ada pada sifufbads..

“oohh.. camtu sy nk bina kredibiliti kaw-kaw la sifu..”

Sabar dulu.. Kredibiliti bukanlah perkara yg plg utama, kredibiliti ni berada dlm kedudukan no. 3 selepas inspirasi dan strategi marketing yg digunakan..

So kena balance jugak ye.. Jgn fokus tuu jer..

Kalau nak diikutkan, bina branding dan trust ni memang makan masa..

Seius.. Mmg lama! Tak boleh 1 hari, 1minggu pun tak boleh.. 1 bulan? pun tak cukup!

“alamak.. abes tu mcm mana sifu..?”

Tapi jgn risau..

Kalau copywriting kita bagus, secara tak langsung kita dah pun bina kredibiliti..

Ni sy nak kongsikan 5 cara camne anda boleh bina kredibiliti dlm copywriting anda..

#1: SPESIFIK & KHUSUS

spesifik

Okay, pernah sy terangkan di post sblm ni, kalau buat iklan tu pastikan ayat dia spesifik. Org senang tangkap..

Iklan spesifik ni boleh dipecahkan pada 3 kelas, ni sy bg contoh headline;

  • Audiens yang spesifik

Pastikan ayat tersebut ditujukan betul-betul pada audiens anda, lagi bagus kalau anda boleh gunakan data demografi + gegografi dlm ayat headline tersebut. Cthnya;

“PERHATIAN IBU BAPA YG MENCARI KELAS NGAJI UTK ANAKNYA DI KAWASAN SHAH ALAM SEK 9”

“SPECIAL OFFER JUBAH HAWA UTK STUDENT UITM SHAH ALAM!”

  • Masalah audiens yang spesifik

Sebut masalah audiens dengan spesifik dan berikan solusi pada mereka. Dengan ini mereka akan betul-betul ‘tersentuh’ dan tertarik utk teruskan bacaan. Cthnya;

“PIL HERBA CIKTON DGN RAMUAN 17 HERBA DARI CHINA YG DISAHKAN HALAL INI MAMPU MENURUNKAN BACAAN PARAS GULA DARI 15 KE 9 DLM MASA 7 HARI!”

  • Ciri-ciri produk yang spesifik

Terangkan ciri-ciri produk secara spesifik. Contohnya, jika anda menjual kambing, nyatakan ia baka jenis apa, berapa beratnya, apa jantinanya.

Contoh lain, katalah anda jual produk supliment, nyatakan secara detail apakah ramuan-ramuan yg ada dlm produk tersebut. Ada bahan import dari timur tengah ke, rupa dia yg unik ke, bagitau dlm copywriting anda.

Contoh headline yg tonjolkan ciri spesifik produk;

“LATEST ONE! SUPPLEMENT BINA BADAN YG MENGANDUNGI 100% HERBA ASLI YG DIIMPORT KHAS DARI LADANG NO. 1 DI JAMAICA!”

Faham? Boleh cuba mana-mana kaedah yg bersesuaian. Tak cuba tak tahu..

#2: GUNAKAN TESTIMONI

testimoni

Untuk lebih myakinkan prospek, masukkan testimoni pengguna anda. Pastikan testimoni yg digunakan tu betul-betul berkaitan dgn produk anda.

“ok.. tapi kt mana plak nk masukkan ayat testimoni tu sifu..?”

Bagus soalan tuhh.. Biasa gambar je kan?

Ok, Nak ikutkan ada byk tempat anda boleh masukkan bahagian testimoni ni, tapi utk lebih mudah. Anda boleh gunakan dlm 3 keadaan..

Yang pertama – pada bahagian headline ataupun intro..

Yang kedua – pada selepas intro ataupun sebelum CTA, masukkan 2 atau 3 testimoni pendek dlm copywriting anda.

Yang ketiga- berikan link album testimoni dlm copywriting anda.. Mungkin boleh letakkan pada bahagian selepas intro..

#3: BERIKAN JAMINAN

jaminan

Part ni mmg penting utk anda gunakan dlm copywriting anda, ia buatkan iklan anda lebih dipercayai. Ada bbrapa contoh jaminan yg anda boleh gunakan;

  • Jaminan keberkesanan

Masukkan jaminan betapa cepat dan pantas keberkesanan atau hasil produk atau servis anda.

Contohnya, katalah anda jual krim pencerah wajah, anda boleh nyatakan jaminan kepada bakal pengguna yg mereka akan lihat perubahan wajah dalam masa beberapa minit atau hari sahaja, nak lagi best.. Bagitau masa yg lebih spesifik, 2 minit ke, 1 hari setengah ke..

  • Jaminan pulangan wang

moneyback guarantee.. Bagi balik duit pelanggan anda jika produk anda tidak berkesan, ya dgn cara ini juga boleh buatkan iklan anda lebih dipercayai.

“camne kalau semua pelanggan tu nk duit dia balik sifu..? rugi saya nnt!”

Rileks, kena ltkkan T&C dlm copywriting anda, cthnya cmni;

“Dah pakai hari-hari? Dah lebih seminggu? Tapi masih tiada hasil? anda berhak tuntut semula wang yang anda telah bayar..”

So.. Kalau produk anda betul-betul berkesan bila pelanggan anda gunakan 2x sehari dan kesannya nmpk selepas seminggu, apa nak takut? Yg penting jgn terlalu hype masa mula-mula buat copywriting tu.. Tulis dgn jujur..

Biasanya ratio pelanggan yg nak refund ni 1/100 jer.. Kecuali produk gadget ke elektronik ke yg melibatkan teknikal. Yg pnting klu
produk anda bgus tiada isu refund.

  • Jaminan kerosakan

Ni bergantung pada sesetangah produk, contohnya produk elektronik seperti gajet, jam atau permainan kanak-kanak. Kadang-kadang itulah punca yg buatkan mereka takut nk membeli produk anda jika tiada jaminan ini.

Nyatakan mana-mana bahagian yg anda boleh tanggung, bgtau dlm copywriting tersebut. Dengan cara ini, prospek akan berasa lebih confident dgn iklan anda.

#4: ULANG POIN PENTING

repeat poin

Ya, kalau anda perasan, sy selalu ulang poin-poin penting dlm copywriting sy. Ia bertujuan utk meningkatkan keyakinan prospek terhadap sesuatu produk/servis.

Point penting ni boleh jadi ciri-ciri produk, offer, tempoh offer ataupun masa offer dijalankan.

Bila prospek nampak poin ni diulang-ulang, mereka akan igt dan percaya dgn iklan tersebut.

Contoh poin ulangan;

–> SALES MANJAS, 25hb MAY 10PM, BUTIK ABC
–> SALES MANJAS, 25hb MAY 10PM, BUTIK ABC
–> SALES MANJAS, 25hb MAY 10PM, BUTIK ABC

Cth lagi,

–> LAST CALL, TAMAT MLM INI, BERTINDAK SGERA
–> LAST CALL, TAMAT MLM INI, BERTINDAK SGERA
–> LAST CALL, TAMAT MLM INI, BERTINDAK SGERA

Haa.. Faham?

#5: PENGESAHAN PAKAR

pakar

Dah pnah ada result? Pnah dpt tumpuan org rmi? Atau pnd Dpt pandangan dr pakar atau org yg terkenal?

So.. Boleh kongsikan gambar-gambar atau sijil-sijil berkaitan.

Kalau ada gambar, masukkan dlm iklan tersebut, buat teknik woren ke.. kalau dia ada bg pandangan, boleh masukkan dlm headline atau intro..

Jdkan sbgi endorsement utk produk anda.. Org lebih percayai apabila produk/servis tsbut pnh digunakan oleh org yg ada nama..

Okay?

Bagaimana Nak Buat “Untung Besar” Senyap-Senyap?

$
0
0

Bagaimana Nak Buat Untung Besar Senyap-Senyap

Ramai org igt, kalau nak untung besar, mudah jual di fb ni –> TIRU APA PRODUK YG LARIS DIJUAL!

Ramai tiru bolat-bolat!

Almaklumlah, OEM kan ada banyak..

Hasilnya, berlambak2 produk sama muncul di market. Beza pada kotak jer.. Beza nama aje! Bersaing satu sama lain. Maka tak heran lah kalau ada yang;

.. main”sailang”,

.. Fitnah produk org len

.. Cilok customer

.. Men jatuh harga..

.. Banyak produk jenis “HIT N GO” ..

Macam-macam! Hasilnya, produk x mmpu bertahan lama di pasaran.. Produk 100% pentingkan untung saja, tak pikir value kepada pengguna..

Ni yang sebab kan ramai TERSONTOT..

Akhirnya, ramai yang bilik tidur rumahnya – jadi “stor simpan stok”! Tidak pun, produk untuk kegunaan sendiri..

Walaupun, anda..

TIRU EXACTLY – jaga2! Anda dalam bahaya.. Xde USP, xde INOVASI, produk anda xleh survive..

“Sifufbads.. u ckp itu mcm, so apa i mau niage di fb ni? Takkan jual ‘kapal selam’ plak? Takkan jual ‘lembu’ plak?”

Rileks, saya x habis tulis lagi..

That’s why saya nak share ni..

“ANDA JUAL PRODUK YG ORG LAIN KURG JUAL DI FB!”

Tu dia..

Jual apa yg org len xbuat lagi di fb. Tapi dgn SYARAT;

–>ADA PERMINTAAN!

Takde demand, jangan jual!

“Saya ni jual produk baru! Satu2nya di dunia.. Manasaya tau ada demand ke tidak!”

Eh…Eh.. Eh! Boleh punye.. Lihat apa mslh org yg boleh produk anda setelkan.. Di situ ada masalah, di situ ada demand. Di situ ada bisnes..

Story skit..

Bro dalam gambar ni, jual surah yasin. Bkn jual satu-satu mcm kat kedai ye.. tapi jual bundle! Tempahan bsr.. Maybe utk corporate, utk sekolah, maybe u, utk event, dll..

Di fb, mmg ada org jual.. Tapi x smua tau mkting. tak expert dlm fb ads.. So, produk x ramai org tau..

Mcm bro ni.. dia buat fb ads, konsisten.. bina follower! Bina awareness.. maybe naskhah surah ysin dia unik, cantik designnya.. copywritingnya juga ‘SENTAP’..

Resultnya – whatsapp masuk setiap minit! HURU-HARA TUW.. sehari 6000 pcs.. kalau sebulan? leh capai 180k pcs..

Tu baru jual naskhah surah Yasin.. blum bisnes2 yg lain..

(jgn tiru plak idea surah yasin tu, nnti anda kecewa.. hehehehe)

“Woi sifufbads! Itu mcm, cer bagi idea – apa aku bleh jual?”

Haha.. tu anda pikirlah sdri…

Tapi, saya bg idea la jugak..

Maybe anda bleh try;

  • SERVIS JAHIT BAJU KURUNG CUSTOM? BLAZER KE? JAKET?
  • SERVIS MEKANIK KE RMH? REPAIR KETE? MOTO?
  • SERVIS PSG JUBIN? TILES? PAGAR RMH?
  • SERVIS MENULIS ARTIKEL? BUKU?
  • SERVIS CUCI KETE BULANAN KE RMH2 ? CUCI RMH?

“Aiyaa.. semua servis! Produk xde ka?”

Ok la.. bagi idea skit:

  • Jual mesin buat eskrem, ABC, cendol yg kecil, mobile..
  • Jual jaket Superbike, F1 ke..
  • Jual krim khas utk uban ke.. khas utk kutu ke..
  • jual tudung labuh budak ke? Tudung labuh baby?
  • buat kelas ajar “speaking London”? Kelas mandarin? Arab?
  • jual beg travel? beg ibu myusu?
  • Ada kedai mkn? restoran? lgi sng trik org ke kedai gna fb..
  • Jual brg kemas? Silver? permata?
  • Pakej travel? Ke kenyir? Ke hatyai? Ke Lombok? Ikut suka anda ler..

Berlambak2 lagi idea. Nak tulis semua, 3 hari 7 malam x habis!

Ramai lg org x buat di psrn fb ni.. Kalau ada pun, skit jer.. ataupun kurang aktif..

Padahal, demand ada.. tinggi!

Bkn x leh jual produk org len dah jual. Tapi nasihat saya;

WUJUDKAN USP..

KUATKAN BRAND..

KONSISTEN..

Ni ramai org fail ni..

Tak nak ssh2 – JUAL JE PRODUK YG ORG LAIN BLM JUAL/KURANG JUAL..

Itu je story kali ni. Ok lah, saya gerak dlu.. Gi jenjalan kat BALI… cari idea, ilmu baru..

Rezeki Bisnesku Masih Sangkut!

$
0
0

Rezeki Bisnesku Masih Sangkut

Dah join mcm2 klas ilmu…Dah buat mcm2 teknik utk marketing…dah rangka juga pelbagai strategi suppa pawwa utk bisnes…dah gerak sunggoh2 utk pastikan semuanya jadi…

Tapi…

Ntah kenapa…pergerakan bisnes masih tersangkut sana sini….cashflow company hampir negatif…staff dan partner pula buat hal…kena tipu dgn client…dan mcm2 lagi…makin diusahakan tapi makin tenat…tapi hasilnya masih serba kekurangan…siapa kat sini ada rasa mcm tue juga?

Mesti ada kan…tapi sure ramai yg tak nak ngaku punya….xpa2….mari kita sama-sama audit diri utk lihat apa lagi yg missing dlm hidup kita…mana tahu…itulah part yg kita perlu perbaiki utk tingkatkan semula taraf perjalanan hidup…

Tidak semestinya point2 ini merupakan sebab mutlak punca rezeki kita masih tersangkut kerna sudah pastinya soal rezeki itu adalah rahsia Allah, namun sbg hambaNya, kita harus sama-sama sentiasa muhassabah diri lihat point mana yg boleh kita perbaiki…

Lets Audit !

#1: Lupa Tanggungjawab pada Ibu Bapa

Ibu bapa kita merupakan keramat hidup, berbaktilah pada mereka untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat dari Allah, kerna Allah yg suruh kita berbuat baik pada ibu bapa. Jika anda ada buat salah dgn ibu bapa, mohon cepat2 minta ampun pada mereka, dan mulalah berbakti pada mereka, luangkan masa2 anda utk mereka serta gembirakan hari2 mereka.

#2: Kedekut Nak Bersedekah

Kedekut ibarat sikap yg menyekat aliran laluan rezeki, dimana apabila anda menahan pengeluaran duit utk manfaat dan hak org lain, maka rezeki baru anda juga susah nak masuk ke dalam aliran tersebut. Kerna dalam rezeki kita ada hak org lain juga, kongsikan bersama, Yakinlah Allah pasti tambahkan rezeki yg lebih besar utk kita apabila kita suka bersedekah dan berkongsi

#3: Suka Komplen ( semua orang tak betul )

Sikap suka menyalahkan org lain adalah satu sikap yg sgt buruk, ia ibarat kita menyekat rezeki dgn byk menyalahkan orang lain saja, apabila banyak menyalahkan orang lain, jadi ramai yang mula menjauhkan diri dari kita dan kita sendiri akan banyak bersendirian kerana tidak boleh bekerja dalam kumpulan dan masyarakat. Berada sendirian tidak akan menjadikan rezeki kita masuk dgn baiknya.

#4: Bergaduh dgn adik beradik ( putuskan sillaturrahim )

Mungkin juga kita ada perselisihan faham dan bergaduh dengan ramai orang terutama dgn adik beradik sndr, so, hubungan sillaturrahim yg terputus ini mengurangkan keberkatan dalam hidup kita utk aliran rezeki keluar masuk dalam hidup kita. Jadi, mana2 yg sedang hadapi krisis dgn pelbagai org, marilah kita sama2 perbaiki hubungan menjadi lebih baik dan eratkan semula ikatan sillaturrahim yg terputus itu.

#5: Pengotor

Bersikap pengotor bukan saja dari segi tingkah laku dan fizikal, tapi turut melibatkan soal dalaman iaitu seperti bercakap kotor, hati kotor dan berfikiran kotor dimana ia melibatkan pemikiran negatif yang mencemarkan aliran rezeki utk masuk. Jadi, haruslah kita sentiasa bersikap positif dan sentiasa membersihkan diri dari dicemari oleh attitute kotor dan busuk.

#6: Solat ala Kadar ( Doa ala kadar )

Allah yang Maha memberi rezeki, Allah jua memiliki segala khazanah di muka bumi ini. Dia berhak memberikan rezeki kpd siapa shj yg dikhendakiNya, maka jaga hubungan dgn Allah, lakukan apa yg diperintahNya dan tinggalkanlah apa yg dilarangNya. Dirikanlah solat dgn penuh tanggungjawab dan berdoalah sungguh2.

#7: Malas (Suka Buang Masa)

Sikap malas dan bertangguh byk membunuh masa kepada perkara sia-sia, bagaimana rezeki mahu diatur masuk jika sikap kita sendiri yg malas berusaha, sdgkan Allah sudah nyatakan dgn jelas, Barangsiapa yg berusaha, pasti akan mendapat hasilnya, andai anda malas, hasilnya juga adalah hasil yg malas.

#8: Tak ingat Mati (tak bersedia utk mati)

Mengingati mati mampu membuatkan kita lebih kuat berusaha untuk membentuk sesuatu yg bermanfaat sebagai bekalan abadi kita diakhirat nanti, Allah akan melimpahkan rezeki dgn rahmatNya apabila kita melaksanakan sesuatu yg mampu memberi manfaat kpd ummah.

#9: Tak Sabar (cepat melenting dan marah)

Sikap tak sabar dgn cepat melenting dan mudah marah membuatkan hidup kita tidak tenang serta serba tak kena. Sikap tergopoh gapah ini biasanya akan memakan diri semula apabila byk perancangan yg dirancang dalam keadaan yg tegang akan membuatkan hasilnya juga serabut dan teruk.

#10: Susah nak Senyum

Senyum itu rezeki, pemudah bicara, dan membuatkan org lebih mudah suka dgn kita. Malah ia mampu membuatkan kita lebih mesra berurusan dgn ramai org. Hubungan mesra dgn ramai org mampu membuatkan aliran rezeki kita bertambah laju kerana Allah pastinya memberikan kita rezekiNya melalui orang lain.

Cuba lihat semula diri kita…

Kita ni jenis yang macam mana? Di mana kekurangan & kelebihan kita? Dari situ kita akan dapat tahu siapa sebenarnya diri kita, apa yang kita perlu buat di dunia ini dan ke mana kita akan pergi selepas ini. Dengan cara ini, kita tak akan lupa diri, sombong, berlagak dan lain-lain..

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda…

Wanita Ini Asalnya Saya Jumpa “Menjaja Make Up” di PWTC…

$
0
0

nora furla

Bagaimana wanita ini asalnya saya jumpa menjaja make up di PWTC bulan 12 lepas, berjaya jana RM750k sales 3 bulan lepas itu…

Ada ramai orang, asalnya dari zero, jatuh tersungkur, berjaya bangkit dek kerana memiliki keazaman, keinginan untuk berjaya yang kuat dan sudah pasti dengan adanya ilmu…

Dan today

Saya nak share inpired story, dari seorang wanita yang strong, yang asbennya kena berhenti kerja.

Nora adila, nama fb nya pon sama…

Skrg ni, dia menjual mascara di fb…

Ok, Kak Nora ni baru je mula jual mascara pada bulan 8, tahun lepas. Baru lagi, kan? Tapi sales sekarang, alhamdulillah..

Camner Kak Nora boleh mula dapat idea jual mascara ni? Apa yang Kak Nora buat nak capai sales banyak macam tu? Buat terus berjaya ke? Kak Nora ada share panjang lebar di bawah.. baca la ye 🙂

Kisah ni ditulis sendri oleh Kak Nora..

“Kak Nora start online bisnes pada tahun 2013, di Instagram. Masa tu, sales byk juga la.. lebih kurang dlm RM20k, tapi lupa diri kejap. Bagi saya sales tu dh cukup byk. Sbb tak pernah lagi dpt duit sebanyak tu. Rasa seronok sgt masa tu!

Tapi kejap jer rasa seronok tu..

Tak lama kemudian, sales Kak Nora makin sikit. Lama2 takde sales langsung. Masa tu buat bisnes takde ilmu pun. Main buat jer. Sampai satu tahap rasa nak give up. Rasa bisnes online ni tak sesuai dgn Kak Nora.

Pernah gak pinjam duit kat mak hampir RM10k. Rasa bersalah masa tu. Satu hari tu, suami pula berhenti kerja. Takut nak bagitahu mak ayah. Kak Nora terpaksa rahsiakan dari mereka.

3 bulan Kak Nora berhenti buat bisnes, takde income. Kak Nora dgn suami terpaksa jual segala barang2 kat rumah utk survive. Pinjam duit dgn kawan2, diorang pun dh menyampah.

Apa yg buatkan Kak Nora bangkit semula utk buat bisnes kerana hari raya tahun lepas. Kak Nora dan suami takde duit langsung. Terpaksa lagi pinjam duit ayah, kata ada benda penting. Ayah bagi RM500.

PERISTIWA HARI RAYA.

Lepas tu, Kak Nora bawak anak2 utk persiapan raya. Masa jalan2 kat shopping mall, Kak Nora hanya mampu tgk jer.. tak mampu nak beli utk anak2. Terpaksa pegi jalan tar beli baju murah2 dua pasang RM60. Huhuhu.. rasa sedih sgt. Kak Nora rasa sgt sedih..

Lepas raya, Kak Nora tekad utk bangkit nak buat online bisnes. Saya start balik jual barang org. Kak Nora mula jual mascara pada bulan 8, tahun lepas.

Idea nak jual mascara ni datang pada pukul 4 pagi selepas Kak Nora selesai sunat tahajjud. Masa tu masih mengharap Allah akan bantu Kak Nora keluar dari masalah yg membelenggu. Idea datang out of no where. Tiba2 terdetik nak jual fiber mascara which is sebelum ni pun Kak Nora pernah jual tapi tak menjadi pun.

Percaya dgn kata hati Kak Nora tak tunggu lama. Esok nya terus Kak Nora try promote. Hari pertama dah ada orang bertanya walaupun tak ramai dan Kak Nora keep update consistently. Alhamdulillah order bertambah setiap hari.

KAK NORA MULA MENJUAL MASCARA

Dari Kak Nora mula jual dgn hanya ambil stok 12pcs sampai la Kak Nora berjaya ambil stok 240pcs. Masa tu dah cukup gembira Dan bersyukur sebab Kak Nora tau Apa rasanya bila tak ada duit. Dan tiba2 bila ada demand, stok pula takde. Kak Nora terputus stok hampir 2 minggu.

Masa tu sedih la jgk. Yela baru nak dpt income semula stok pula takde tp Kak Nora tak give up. Kak Nora keluar mencari lagi. Search di Internet, keep cari sampai dapat dan akhirnya bertemu la dgn duoya mascara. Tp harga yg Kak Nora dapat jauh lebih tinggi dari mascara sebelumnya. Kak Nora dah mula takut.

Dalam hati terfikir “ade ke orang nak beli mascara RM50?” Tapi sebab tak ada choice Kak Nora redah je. Kak Nora start dgn ambil 12pcs je. Memang mahal harganya Dan untung pun tak seberapa. Tapi takpe lah sebab nak cuba. Kalau tak Cuba pun mana nak ada hasil kan. Mula2 jual seperti yg disangka memang tak dapat sambutan.

Tp Kak Nora tekadkan hati utk terus promote setiap hari tanpa putus asa then selepas 2 hari Kak Nora dapat 2 orang customer yeayyy! Masa tu happy bukan main. Dan Alhamdulillah, selepas dari itu sale Kak Nora meningkat setiap hari. Kak Nora berjaya dapat untung bersih RM6k hasil jual mascara satu2 tu je.

Tapi kegembiraan Kak Nora tak bertahan lama. Kak Nora fikirkan sbb Kak Nora orang pertama yg promote duoya mascara ni, takkan ade orang la yg nak tiru. Rupanya ramai yg memerhati bisnes Kak Nora.

PESAING KAK NORA MULA BERTAMBAH

Mulalah ada orang yg meniru dan yg paling teruk mereka buang harga! Bayangkanlah Kak Nora susah payah naikkan brand ni, tp orang lain cuma cuci kaki ambil kesempatan dgn bisnes Kak Nora. Tapi Kak Nora tak mudah putus asa.

Kak Nora bincang dgn supplier dan supplier bagi pilihan pada Kak Nora. Kalau Kak Nora nak closed market utk mascara ni, Kak Nora perlu commit RM36k setiap bulan. Hancur luluh hati masa tu.

Yela.. mana Kak Nora nak cari duit sebanyak tu? Tapi demi mempertahankan idea Kak Nora, Kak Nora redah lagi. Kak Nora minta supplier bg masa 2 bulan. Dalam masa 2 bulan, kalau Kak Nora tak dapat commit Kak Nora akan surrender.

Dan bermula dari sini la Kak Nora mula ambil ejen. Walaupun pada peringkat awal Kak Nora rasa ade ke orang nak join ejen dgn Kak Nora? Tp Alhamdulillah bila buka offer ramai rupanya yg berminat. Bulan pertama Kak Nora berjaya hit target walaupun duit belanja Kak Nora cukup2 makan je.

Masuk bulan ke-2 Kak Nora dah mula sesak sebab stok lebih banyak dari permintaan. Berlonggok stok kat rumah masa ni, Kak Nora mula shaking. Kak Nora dah mula rasa penat. Hampir setiap hari nak give up. Kak Nora terpaksa pajak barang kemas dan dapat RM5k untuk survive, itu pun tak cukup juga. Pada saat ni Kak Nora mula sedar yang Kak Nora sangat CETEK ILMU.

KAK NORA NAK BELAJAR FB ADS

Bermula dari saat tu. Kak Nora mula belajar. Apa je seminar yg Kak Nora mampu, Kak Nora join. Sampai la Kak Nora berjumpa dgn SifuFBads. Kak Nora ambil keputusan utk belajar fb ads utk bantu bisnes Kak Nora.

Selepas belajar, Kak Nora cuba buat ape je ilmu yg sifu bagi. Walaupun tak pandai Kak Nora REDAH jgk. Bagi Kak Nora once Kak Nora melabur Kak Nora mesti nak hasil. Busuk2 dapat duit bayar class pun dah cukup. Hampir sebulan jgk Kak Nora try and error. Takde hasil. Ada improvement in terms of feedback yg Kak Nora dapat. Tapi sales sendu!

Kak Nora tak give up. Bila sifu panggil utk gathering Kak Nora datang walaupun hati tak gembira. Yela takde hasil kan. Tp Kak Nora yakin kan diri yg Kak Nora akan berjaya! Bila pergi gathering Kak Nora ambil ilmu.

Dan sifu bagi tips macam mana nak improve sales. Kak Nora take note. Balik rumah Kak Nora mula kumpul bahan, kemudian macam biasa pukul 4 pagi lepas sunat tahajjud Kak Nora mula duduk dan mengarang copywriting! Amazingly idea datang mencurah2.

Kak Nora karang, karang, karang post! Lepas subuh Kak Nora tido! Letih sangat dan malas nak mengharap magic utk berlaku!

EJEN BERTAMBAH!

Bangun pagi Kak Nora terkejut bila tgk whatsap banyak gila, Dan pm dkt inbox pun BANYAK! tp Kak Nora taknak gembira dulu. Kak Nora reply semua Dan Alhamdulillah hari pertama je Kak Nora dapat 5 orang ejen complete dgn bayaran!

Dan ejen makin bertambah setiap hari. Dalam masa 6 hari berjaya dapat 100 ejen! Semuanya keluarkan modal. Sesuatu yg Kak Nora tak pernah sangka. Hebatnya kuasa Allah.

Dan selepas tu bisnes Kak grow dgn sangat cepat! Tp biasa la. Bila kita berjaya bukan semua orang suka! Kak Nora diserang kembali. Kak Nora dapat tahu mascara Kak Nora ni dah ada yg fake, nak menangis masa tu.

Byk pihak cuba menjatuhkan Kak Nora. Setiap hari ade je yg menganggu. Bayangkanlah macam mana perasaan Kak Nora saat tu. Dan Kak Nora pun cerita la pada sifu Kak Nora minta advice. Simple je nasihat sifu Kak Nora, ‘redah je’..

Starting that point, Kak Nora nekad dalam hati utk FIGHTING! Bukan untuk Kak Nora je. Tp lebih kepada nak menjaga periuk nasi ejen2 Kak Nora. Setiap kali nak give up Kak Nora akan terus ingat tanggungjawab Kak Nora nak menjaga hampir 500 orang ejen. Kak Nora beranikan diri utk buat marketing besar-besaran.

Kak Nora beranikan diri utk commit dgn supplier minta rebranding mascara which is memerlukan cost RM100k! Dgn niat nak membantu team Kak Nora, Kak Nora redah je. Dan masa saat Kak Nora difitnah dgn sgt teruk haritu memang sales Kak Nora sgt drop.

Tp Kak Nora tak mudah shaking sbb Kak Nora berada di pihak yg benar! Alhamdulillah lepas announce rebranding sale Kak Nora kembali terus meningkat 3 kali ganda!

Phewww.. panjangnya kisah Kak Nora ni! Sebenarnya panjang lagi. Tp Kak Nora tak mampu nak cerita semua. Apa yg boleh dimanfaatkan Kak Nora Cuba sampaikan sebaik mungkin.

My advice utk anda yg berniaga. Berniaga lah dgn prinsip yg betul! Anda nak bantu orang! Bukan semata nak kejar keuntungan. Dan sentiasa lah minta bantuan Allah sepenuhnya. InsyaAllah benda yg paling mustahil pun Allah mampu selesaikan sekelip mata! Perjalanan Kak Nora masih jauh.

Dan setiap hari sebenarnya Kak Nora rasa boleh ke Kak Nora bertahan? Tp Kak Nora yakin 1 perkara je.

Selagi Kak Nora membantu ramai orang utk menambah nilai hidup InsyaAllah bisnes Kak Nora tak kan terjejas walaupun ramai yg menanti masa utk melihat Kak Nora terjatuh. Kak Nora yakin Allah akan sentiasa ada bersama orang2 yg bersabar dan bertaqwa! Kak Nora harap perkongsian ni dapat memberi semangat luar biasa pada sesiapa sahaja yg membaca.

Andai masih ada yg ‘bad thought’ pasal Kak Nora, terpulang. Kak Nora mengaku Kadang2 kata2 Kak Nora terlalu kasar utk sesetengah orang. Tp Kak Nora yakin kekasaran itu dapat membantu anda utk bangkit dan berjaya!

Apa je yg Kak Nora mampu utk membantu bangsa dan agama Kak Nora? Kak Nora berdoa Semoga perjuangan kecil Kak Nora ni dapat menjadi salah Satu asbab utk Allah angkat Kak Nora ke syurga-Nya. Hidup kita terlalu sementara. I want to make it worth.

Kak Nora punya cita-cita lebih besar dari sekadar nak berjaya. Semoga Allah terus memberi kekuatan utk Kak Nora. Walaupun ada satu hati yg terkesan dgn tulisan Kak Nora, itu sudah cukup utk membuatkan Kak Nora tersenyum!”

Ok ni TIPS lagi dari Kak Nora. Kalau anda nak buat produk sendiri, wajib baca!

Sebelum nak hasilkan produk sendiri, ada beberapa perkara yg perlu diambil kira..

1) TARGET MARKET

Anda perlu tahu kepada siapa anda nak pasarkan produk anda? Perlu spesifik. Jangan tamak nak semua. Kenal pasti target market anda. Kaji siapa sasaran audiens produk anda.

Contoh, Wanita yang dah berkahwin & bekerja, lingkungan umur 25- 35.

2) MEDIUM PEMASARAN

Anda perlu kenal pasti apakah medium pemasaran yg anda nak gunakan untuk buat marketing. Jangan syok sendiri buat produk tapi tak tau nak jual dekat sape. Sudahnya pakai sendiri stok berlonggok tu.

3) MODAL

Yg ini sgt penting! Anda perlu ada modal yg CUKUP! Modal bukan hanya modal barang, tp perlu sediakan juga modal pusingan Dan marketing! Jangan berangan nak ambil ejen/stokis dan harapkan mereka bekerja utk anda. Nak dapat ejen pun perlukan marketing!

4) BRAND AWARENESS

Anda perlu pastikan brand anda dikenali ramai untuk memastikan produk anda dapat bersaing di dalam industri bisnes yg sgt sengit! Salah satu cara brand awareness yg paling jimat dan cepat adalah dgn menggunakan medium “mulut ke mulut”!

5) PRODUK

Produk anda perlu ada keunikan, ada USP! Jangan sesekali buat bisnes ikut-ikutan. Orang jual cendol, awk pun nak jual cendol tp yg org tu laku, yg awk takde org nak beli. Pastikan anda produk ada keunikan yg orang lain tak ada. Baru produk anda boleh menonjol!

Ok.. itu la some of the tips. Ade lg sebenarnya, tp cuba check 5 ni dulu. Kalau yg ni pun tak buat lagi, STOP dulu angan2 nak buat produk sendiri sebab anda hanya akan jerat diri sendiri. Elakkan ambil loan utk buat produk.

Mulakan dgn modal anda sepenuhnya! Kalau belum cukup experience, cuba jual produk orang lain dulu dan kumpul byk2 experience! Kak Nora dulu pun bermula sebagai ejen dan stokis sahaja!


Saya Dedahkan Strategi Bisnes Air Kelapa “Hogoh De Coco” Ini…

$
0
0

Strategi Bisnes Air Kelapa Hogoh De Coco

Puan Ain..Jual air kelapa jer, tepi jln plak tu..Tp income-nya, lebih tggi dr gaji asben dia.. Sesiapa saja, kalau ada ilmu yg btl, ada strategi yg btl, kreatif, insyallah, berjaya. Maybe peniaga2 makanan boleh ikuti apa strategi yang digunakan Ain ni.

Sabtu lalu, masa blik Temerloh, sblm btolak ke Besut hsri esoknya, saya try mencri gerai tp jln HOGOH DE COCO di Kg. Paya Pulai, Temerloh.. Sllu tgk gmbr2 di page Hogoh De Coco, meleleh air liur nak merasa..

Lokasi gerainya tepi jln, jln menghala ke Maran.. Jln lama.. Org2 kmpg jer biasa lalu jln ni.. Org temerloh, org Maran, org Jengka mmg lalu jln ni…X jauh dr hospital Temerloh.. Lps lalu hospital Temerloh tu, bleh nmpk poster2 yg bg direction ke gerai ni.. KREATIF!

“TAK SBR2 DAH NAK RASA ESKREM KELAPA HOGOH DE COCO NI.. SLURRRP”

Kata sy dlm hati bila lihat poster2 tu..

Bila dah smpai..

Wow! Amazing rupanya.. Dgn gerai mmnjg, tepi jln.. Warna hijau, warna temanya.. Design meja, kerusinya, mmg ssuai sgt dgn tema kelapa..unik..logonya, mmg unik…cer anda tgk kat gmbr…

Bila turun jer, trus diorang jmput duduk.. Padahal nak tutup dah masa tu..kat kul 7 mlm..

“JEMPUT DUDUK BANG.. JEMPUT BANG.. SPECIAL AIR KELAPA, NGAN ESKREM KELAPA SINI”, jemput sorang brader hensem ni..Bila saya duduk, pastu dia pandang semula..

“EH SIFU.. TAK SGKA DTG..”, bila pdg kali ke-2..

Dia pggil wife dia, Ain..Lps tu kitorang bersembang, dgr story diorang suami-isteri..

Ain, suri rmh.. husband kerja bank di KL. Weekend husband..Dia dok kmpg, Temerloh.. Bosan2 dok kmpg, dan jga nak cari income lebih, Ain buat bisnes.. Dropship.. Agen produk kecantikan..

Ain n husband rajin gi kls2 ‪#‎sifufbads‬ & ‪#‎drazizanosman‬..katanya, nak bisnes, kena ada ilmu.. Dan ilmu kena cari, kena buru..

Mula2 jual produk scr dropship, hasil2 biasa2.. Agak ssh.. Persaingan sengit!

.

Dlm kls #sifufbads, Ain belajar ssuatu utk org baru, iaitu;

“ORG BARU UTK LEBIH BERMOTIVASI, KALAU BOLEH.. KALAU BOLEH LA YER…ELAKKAN JUAL BRG PERSAINGAN TINGGI.. PERSAINGAN SENGIT, DAN BIASA ORG BARU SBGAI AGEN NI MUDAH DOWN KALAU BRG SSH NAK TJUAL..MAYBE BOLEH CUBA SERVIS, CUBA JD ORG TGH, ATAU CUBA PRODUK BARU YG USP NYA..”

Tak sgka plak dia buat bisnes air kelapa lps balik kls..walaupon ramai org bisnes air kelapa, dia buat lain dr org lain.. Dari apa yg saya perhatikan, mmg byk yg boleh saya kongsikan pd anda.Nak tau?

1) NAMA BRAND – HOGOH DE COCO – namanya unik! Org lain guna coconut shake, dia guna “hogoh”.. Loghat Pahang.. Yg bmksud ‘gegar’.. Coco tu kelapa.. HOGOH DE COCO.. Unik.. Catchy.. Dgn nama yg unik, Ain bjya menarik phtian…org dinkwsn sasarannya, Temerloh..

2) WARNA TEMA – HIJAU.. Kaler kelapa.. Dari kerusi, gerai, bunting n banner, smua hijau.. Sng org ‘recognized’ gerainya..x guna byk kaler pon..

3) STICKER LOGO – Logonya, dijadikan sticker pd bekas airnya.. Wlupun bks air tu sama jer mcm org niaga di psr mlm, tp bila ditampal sticker logonya, nmpak unik, & xclusif… Skligus menaikkan brand HOGOH DE COCO..

4) MENU UNIK – menu utama yg smpt sy lihat, dan rasa – air kelapa fresh.. Aiskrim dlm buah kelapa.. Ni mmg unik.. Sblm ni dah rasa aiskrim dlm tempurung klpa, tp dlm buah klpa ni agak rare bg saya..Jus alpukat cmpur air kelapa mmg plg saya suka.. X pnh rasa mcm ni..sblm ni biasa minum Jus Alpukat di WONG SOLO, tp yg ni lg sdp, rare.. Alpukat ada rasa air kelapa fresh..

5) KUALITI FRESH – org smpai, order baru dia buat.. So air kelapa mmg fresh..kelapanya pon kelapa yg jenis kecik tu x silap saya..syiok air kelapanya.. Saya bungkus jus alpukat kelapa tu, jam 7 mlm, kul 12 mlm baru minum blik tanpa letak dlm peti ais, still rasa fresh.. Sdp..Ni maybe antara sbb kenapa ramai org dtg sini..

6) HARGA – harganya mmg lbh mhl dr yg dijual di psr mlm, tp berpadanan lah dgn cara air kelapa nya disediakan.. Cara potong kelapanya.. Nmpk sng tp x sng.. Bekas airnya..dekorasi gerainya.. brandingnya.. KITA YAKIN DGN KUALITI KITA, TIADA MSLH UTK NAIKKAN HARGA..org sggup mmbyr disebabkan branding..

7) DRIVE THROUGH – jual air kelapa pon ada drive thru.. Tanpa turun kereta, pelggan boleh trus order.. Dan siap! Ikut turn.. Patut la berderet2 kereta beratur di situ.. Rupanya drive thru.. Mmg rare..

8) FB ADS MARKETING – ni bgus.. Dgr kata chekgu! Bila tarik org dtg gerai ni, kena fokus geografi.. Tarik org dtg guna keunikan, gunakan sosial proof, gmbr menu, dan mmg dibuat..buat fb ads, tarik org dtg.. Wat ads RM10-30 shri ok dah ni. Gambar2 ads nya, di page, mmg menggiurkan eskrem kelapanya.. Mana taknya, di gerai diorang ni, dah stenbai kamera DSLR, amik gmbr tetamu yg dtg.. Tu psl gmbr2 di page diorang cun..

Ni lah rahsia beliau, yg buatkan tak putus-putus pelanggan dtg singgah order air kelapa dan aiskrim kelapanya..

Tu baru 1 cawangan…

Skrg, dlm masa tdkt, cwgn ke-2 bakal siap..2-3 cwgn ni, leh cecah 6 angka ni..ikut calculator saya ni.. Kalau ada 5 cawangan? 10 cawangan? Tu baru buka di Temerloh, Pahang..kalau suatu hari nnti buka di KL?

Hasben dia pon nak bhnti keje dah..

Nak fokus.. Saya pon galakkan dia fokus! Walaupun byk cabaran, tp kalau kita fokus, insyallah lbh cpt bjya..

Utk peniaga-peniaga produk makanan, especially Ramadhan ni, boleh contohi apa yg dibuat oleh puan Ain pd bisnes air kelapanya.. Baru jer bakar, tp ramai org singgah.. Hasil dari USP dan MARKETING-nya..

NIAGA GERAI, BOOTH, KEDAI, BUTIK KE, JGN HARAP ORG LALU KAT SITU DAN SINGGAH.. ANDA KENA BUAT MARKETING, TARIK ORG DTG..GUNAKAN FB ADS UTK TARIK ORG DTG! KALAU HARAP TRAFIK DI SITU SAJA, BAHAYA! TU PSL BYK KEDAI KENA TUTUP TAK SAMPAI SETAHUN BERNIAGA…

Baca, baca jugak yer 🙂 tp jgn lupa amalkan ilmu yg diperolehi…(org jarang hargai ilmu free ni.. nasib baik anda x mcm tu, kan?)

Gadis Berumur 21 Tahun Ini Berniaga Gerai Tepi Jalan Jer…

$
0
0

plonxbox

Bermula dari zero, gadis berumur 21 tahun ini terpaksa berhenti belajar dan ambil keputusan untuk fokus pada bisnes Plonxbox-nya…

This is her story…

Mgkin ada org yang belum kenal lagi peniaga Plonxbox ni, namanya Zulfa bt. Zaidi (student UIA Gombak dalam bidang kaunseling).

Idea nak buka jual Nasi WowKawKaw dapat selepas bisnes printing mak ayahnya jatuh yang sudah dibina hampir 30 tahun. Disebabkan skrg ni zaman IT, bisnes printingnya jatuh tergolek. Semua staff dah biasa cara oldskool. Tak reti nak buat fb ads.

Dulu, mudah jer nak cari client. Cara marketing dulu berbeza dengan cara sekarangg. Jumpa org, ada kenalan, pergi ofis je dah boleh dapat job, dapat tender.

Dalam dunia IT ni, susah nak dpt job. Bila job kurang, sales slow. Jadi, income yg ada tak cukup nak bayar gaji staff.

Kerana sayangkan bisnes printing yg sudah dibina lamanya, Zulfa dan keluarga ambil keputusan buka gerai makanan utk support bisnes printing tu.

Nak buka restoran takde modal. Jadi, buka gerai ala kadar jer. Semuanya bermula dgn “apa yg ada” sahaja. Payung yg digunakan pun pergi kutip beli dekat tempat besi buruk nak kurangkan startup cost. Dan alat panggang pun cari kat bilik store (alat panggang BBQ cap ayam jer yang lama2 tak guna dah). Alat ni pun boleh bakar 4-5 ketul ayam jer sekali masak. Waktu ni staff alhikmah printing terpaksa buat 2 kerja. Waktu lunch kene tolong jual nasi.

Gerai ni buka kat mana? Kat Sungai Buloh, dpn kilang printing tu jer.

Akhirnya, Zulfa ambil keputusan berhenti belajar utk bantu naikkan sales bisnes family. Fokus betul2 untuk buat marketing.

Mula2 tu, mak Zulfa tak bagi berhenti belajar. Tangguhkan dulu niat berhenti belajar. Bila bisnes betul2 dah berjaya, barulah boleh berhenti. Sbb jaminan takde.

Masa mula2 buka gerai makanan, Zulfa hanya promosikan di fb grup kawasan sekitar gerai tu jer. Jadi, hanya kenalan terdekat jer yang datang ke gerai. Jiran2 kilang tu jer yg dtg. Fanpage ada, tapi tak aktif.

Lepas dh berhenti belajar, Zulfa fokus utk belajar marketing. Sbb strategi marketing zaman skrg ni dh berbeza dari dulu. Nak belajar dgn Azizan Osman, tapi takde duit. Nak minta mak ayah pun tak sampai hati.

Satu hari tu, Zulfa nampak SifuFBads buat contest untuk sponsor 100 orang pergi ke seminar IMKK Dr Azizan Osman. Alhamdulillah, Zulfa terpilih utk dapatkan tiket IMKK secara percuma.

Dalam seminar tersebut, Dr Azizan Osman ajar supaya cari mentor. Dan dari situlah, Zulfa ambil keputusan utk belajar dgn SifuFBads. Tapi, takde duit.

Jadi, mcm mane Zulfa boleh join gak? Sbb Sifu offer beliau utk belajar dgn SifuFBads secara percuma. Apa lagi, Zulfa terus bagi nama dan pergi je ke seminar tersebut. Dlm seminar tu, Zulfa fokus dan belajar betul2. Kemudian apply kat bisnes Plonbox.

1 2 3 5 6 7

.

Zulfa buat fb ads untuk tarik orang datang ke gerai. Alhamdulillah, kalau dulu hanya jiran2 terdekat je yg dtg. sekarang org tinggal jauh pun boleh dtg. Ada yg sesat nak cari gerai tu.

Gerai Plonbox ni tersorok, orang tak terfikir ada gerai kat situ. Sampai ada org tanya, “Naper buka gerai kat sini? Susah betul nak cari.”

Lepas guna fb ads, gerai Plonxbox jadi viral. Sampai ada tv9, jalan2 cari makan approach nak datang

SALES SETIAP BULAN…

Dulu nak jual 20-50 bungkus sehari pun susah. Terpaksa makan sendiri atau sedekat kat org. Alhamdulillah, dah meningkat ke 500-1000 bungkus sehari. Skrg ni, gerai belum buka lagi dh ada banyak tempahan masuk. Kalau dulu mereka terfikir perlu buang pekerja sbb tak cukup nak bayar gaji staff, tapi Alhamdulillah skrg terpaksa tambah lagi staff.

Plonxbox juga dlm proses nak buka kedai makan berkonsepkan kontena café. Jom kita doakan mereka berjaya.

APA STRATEGI MAKETING PLONXBOX GUNAKAN HINGGA BOLEH CAPAI TAHAP NI?

1) Sasarkan iklan pada LOKASI terdekat. Gerai Plonbox ada kat Sungai Buloh, jadi Zulfa target org yg tinggal di Sungai Buloh jer. Umur, jantina, interest? Takyah letak. Semua org suka makan. Jadi, target lokasi je dh cukup.

2) KONSISTEN update post di fanpage. Bykkan share gambar customer & makanan di fanpage. Letak gambar customer yg ramai tengah beratur dan makan. Share gambar makanan yg nampak sedap dan lazat.

3) VIRAL bantu naikkan sales. Walaupun Zulfa sasarkan iklan pada Sungai Buloh jer, tapi org org KL pun datang makan. Sampai ada yg sesat nak cari gerai Plonbox tu. Nasib baik ada waze, jumpe gak gerai tu. Yup, itulah kuasa viral.

4) Bina USP. Gunakan packaging dan nama yg unik. Nama “Plonxbox & Nasi Lemak WowKawKaw” jadi tarikan org utk dtg ke gerai. Kena timbulkan perasaan ingin tahu pada customer. Barulah mereka tak sabar2 nak datang ke gerai anda.

5) BRANDINGKAN gerai makan. Prasan tak? Biasanya gerai makan yg ada branding lebih laku drpd gerai yg takde branding. Sebab dgn branding, org akan kenal & ingat gerai kita. Dalam bisnes makanan, sgt penting ada kotak makanan yg ada logo anda sendiri.

Tu citer Plonxbox. Apa citer bisnes printing lak?

Alhamdulillah dgn bisnes makanan ni, dpt support bisnes printing beliau. Packaging Plonxbox pun buat sendiri, custom made. Skrg sales bisnes printing beliau, Al-hikmah Printing dah mula meningkat. Bisnes ni skrg hanya pd printing packaging jer. Itupun order dah byk masuk. Hebat!

Saya Nak Share Strategi Bagaimana Calaqisya Jana Sales 6 Angka Guna Fb Ads…

$
0
0

Calaqisya

Strategi FB ADS yang saya sharekan pada Calaqisya untuk tarik orang datang ke booth & butik, dan beliau berjaya jana 6 figures sales darinya.

Calaqisya, antara nama besar dlm niche pakaian muslimah di Malaysia. Ada butik, selalu join event, mood Republik. Memang bisnesnya dah ok, mantop, tapi still blajar. Hujung tahun lps beliau bljr fb ads marketing dari sifufbads, apabila berlaku penurunan salesnya. Calaqisya mencari jalan camne nak naikkan salesnya. Dan dlm post ni lah saya share sebahagian strategi yg digunakan oleh Calaqisya utk melonjakkan salesnya..

Dan jika anda ada butik, kedai ke, restoran ke, kiosk ke, buka booth ke, gerai tepi jalan ke, anda bokeh gunakan strategi ni. SERIUS..

Namanya Hazwan Faiz, seorang Marketing Director Calaqisya. CEO kpd Calashoes & salah seorang peneraju syarikat Calaqisya sendiri.

Sebelum ni..

Beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam. Kemudian, mula hasilkan produk sendiri pada tahun 2013 dgn bermodalkan RM100.

Mula2 byk gunakan Instagram utk promosikan produk beliau. Tak lama lepas tu, apabila Instagram dah kurangkan organic reach, pelanggan semakin berkurang. So, dia mula belajar dari Sifufbads.

Apa yg sifu ajar adalah teknik tarik org ke booth. Utk makluman, Hazwan ada 3 butik dan dia selalu sertai booth Mood Republik. Pada bulan 11 tahun lepas, selepas belajar dari Sifufbads. Dia gunakan teknik tarik org dtg booth utk Mood Republik Ipoh.

Mula Mood Republik Ipoh, kemudian Mood Republik KL YES, then Butik2, da smua event2.. Setiap masa launch produk baru, launch offer..

Jom ikutinya..

Salah satu caranya adalah, dia buat iklan dgn menggunakan gambar2 booth. Kemudian, utk menarik org dtg ke boothnya, dia gunakan special offer. Cthnya, jika harga kasut yg dijual dgn harga RM100, ia dijual dgn harga RM70.. dpt free 1.

Kemudian, buat iklan fb ads utk tarik org di kawasan sekitar. Cthnya, kawasan yg berhampiran dgn Ipoh, utk tarik org dtg. Apa yg dia buat? Dia akan buat fb ads marketing utk beritahu org lebih awal supaya org akan bersedia utk dtg ke boothnya..

PERINGATAN..

Kita tak boleh gunakan strategi ini utk masa yg singkat. Cthnya, esok ada event arini baru kita nk buat iklan. So, kita akan buat seminggu awal atau 3 hari paling lmbat.

Dan Alhamdulillah, iklan tersebut yg dibuat tak sampai RM2k-RM3k je berjaya hasilkan jualan hampir 700 pasang Calaqisya sold out. Belum campur baju2 lagi. Dan didapati kebykkan pelanggan membeli disebabkan mereka sudah ketahuinya dari FB.

Siap ada yg dtg tanya, “Bang, nilah iklan yg sy nampak tadi. Ada lagi tak offer ni?”

Dan selain itu juga, jubah2 dia juga sold out.. yg mana salah satu strategi yg digunakan adalah menyasarkan pada fans sendiri dan juga pada fans2 lain yg sama niche.

Inilah teknik2 yg sifufbads ajar pada Hazwan.

Selepas itu, dia buat iklan tarik org dtg ke Year End Sales Festival Kuala Lumpur Mood Republik dan menggunakan teknik yg sama, buat marketing awal. Di sini, dia fokus pada jubah dan juga kasut.

Jubah, katakan kita sasarkan pada student2. Berikan voucher awal2, gunakan fb ads utk bina awareness supaya mereka standby pada hari year end sales.

Buat marketing, seminggu lebih awal dan dan berterusan sehinggalah pada hari event.

Pada hari event, kita akan update situasi semasa dan buat iklan juga. Target pada fans sendiri dan pada fans pesaing yg berdekatan. Cthnya, booth bersebelahan dgn Sugarscarf.

Dlm copywriting, masukkan offer.. kedudukkan booth. Kena ada offer, cthnya beli 2 dpt 1 atau diskaun 50%. Offer ini utk tarik org dtg, dan sasarannya adalah student.

Kos iklan utk Hazwan tarik org dtg dgn buat buzz marketing tak sampai RM5k, dan resultnya adalah beliau berjaya hasilkan jualan hampir RM600k dlm tempoh event tu diadakan. Dan didapati 70% jualannya dtg dari FB.

Kemudian, balik tu dia tak stop sampai situ jer. Dia buat year end sales utk butik2nya pula dgn gunakan kaedah yg sama. Bila buat year end sales di butik2, di tajuk iklan tu perlu ada “Year End Sales + [Nama tempat]”, cthnya.. “YEAR END SALES DI BUTIK CALAQISYA BANGI”..

Hazwan bagi offer special dan umumkan 5 hari awal. Semasa marketing year end sales dijalankan selama 5 hari, dia akan update dan buat iklan lagi utk beri awareness. Bila dah selalu beri awareness, pada hari pelancaran.. org terus serbu kedai tu. Mereka akan berebut2 nak dptkan offer beliau!

Hasilnya, beliau berjaya capai sales dlm RM500k – RM600k! Lebih kurang sama dgn sales semasa buka booth di Mood Republik PETC YES

APA YG ANDA BELAJAR DARI SINI?

  • Penting pembinaan raving fans. Utk long term bisnes, anda perlu bina raving fans supaya org akan selalu follow dan igt anda. Brand akan lebih kuat apabila brand anda ada ramai raving fans.
  • Anda boleh cipta spesifik audiens spt buat offer khas utk student atau utk warga Shah Alam jer dll. Offer ni dpt tarik perhatian pada audiens tertentu. Anda boleh tulis nama audiens ni di bahagian headline.
  • Bila ada waktu kemuncak, anda perlu wujudkan offer sbb manusia ni mudah tertarik dgn offer. Tapi, offer ni perlu dibuat pada waktu sepatutnya, spt hujung tahun ni, buat offer kpd your fans. Wujudkan irrestible offer.. lain dr biasa.
  • Sebenarnya, anda boleh dpt sales yg besar dgn kos yg rendah. Syaratnya, fokus pada followers sendiri. Tapi, kena bina fans dan engagement secara konsisten. Sasarkan iklan pd fans sendiri, lebih mudah utk bina engagement. Copywriting pun kena mainkan emosi.. ayat2 emosi, ayat bual, ayat pendek2, dll. Barulah org terpukau nak membeli.
  • Anda juga boleh sasarkan iklan pada brand yg sama kategori/niche dgn brand anda utk tarik perhatian mereka. Audiens tersebut pasti mempunyai minat yg sama dgn brand anda.
  • Apabila nak berikan offer spt year end sales atau jualan hari raya aidilfitri.. anda kena umumkan lebih awal bukannya terus lakukan pelancaran. Bina awareness dulu. Berikan masa yg secukupnya, barulah org lebih bersedia utk hari pelancaran tersebut.

Ok, ada belajar sesuatu?

Nak cuba boleh, tak nak cuba takper..

SEKIAN..

Dulu, Rumah Mereka Sampai Kena Lelong…

$
0
0

ummu aiman

Dah lama rasenya saya x kongsikan kisah student SifuFBads. Pasti anda tertunggu2, kan?….

“Ada kisah baru yg menarik ke Sifu?”

Mesti la ada…

Harini saya nak kongsikan story mengenai Pn Mazliana, atau lebih pemes di kalangan student2 Sifufbads sbg Kak Maz. Beliau adalah pengasas kpd butik “UMMU AIMAN MUSLIMAH COLLECTION”

1 2 3

.

Kak Maz ni bukanlah dari famili dgn background bisnes. Belajar pun sampai SPM je. Tapi, beliau telah buktikan yg itu sume bukan halangan utk berjaya! Bermula dari ZERO, hinggalah ada butik sendiri di Seremban 2. Kalau ada masa, boleh la singgah ke butik beliau disana.

Ok, jom kita baca kisah jatuh bangun yang ditulis sendiri oleh beliau…

” Saya seorang isteri dan juga ibu kepada 5 cahaya mata dan saya juga merupakan anak pertama dari 5 orang adik-beradik. Hidup bukanlah indah bak drama melayu, saya dibesarkan di lembah kota raya Kuala Lumpur yang hidupnya di bandar tapi sangat miskin melebihi di luar bandar.

Perjalanan hidup tak semudah yang disangkakan. Dilahirkan, dibesarkan sehingga berkahwin bahkan mempunyai anak hidup saya hanyalah “Miskin Bandar”. Di Kuala Lumpur saya hanya duduk di rumah flat 2 bilik sahaja.

Bayangkan anak2 saya sudah makin membesar, keadaannya semakin lama semakin sesak dan anak semakin bertambah. Disitu makan, disitu buat kerja sekolah dan disitulah kami tidur. Dalam hati sentiasa terdetik saya perlukan yang lebih baik buat anak2 saya.

Namun saya bersyukur dengan percaturan Allah. Sewaktu mengandungkan anak ke-3 saya memperoleh pekerjaan sebagai Kerani di satu sektor Swasta yang sangat gah.

Namun bagi kesemua pekerja kerajaan mahupun swasta, sudah pasti terbiasa dengan pujukan dari bank2 tempatan mahupun koperasi utk membuat pinjaman peribadi. Dan akhirnya gaji yang saya terima sangat menyedihkan.

Saya terpaksa berhempas pulas mencari wang tambahan setiap kali raya, setiap kali nak buka sekolah dan setiap kali itu lah saya tak pernah berputus harap dengan rahmat Allah.

Pelbagai kerja tambahan saya lakukan, dari menjual kerepek & menjual kain pasang di office, menjual tauhu bakar, otak2 & menjual belon di tapak2 ekspo. Namun, tanpa ilmu marketing yang betul saya kecundang.

Dan benarlah janji Allah “Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”, Surah Al-Insyirah.

PENGHIJRAHAN

Tahun 2010 adalah tahun badai melanda bagi keluarga kami, rumah kami kena LELONG 😭, di situ titik tolak yang merubah hidup saya dari orang biasa2 kepada luar biasa. Pelbagai tekanan yang kami terima hingga memaksa saya berhijrah keluar dari Kuala Lumpur.

Sepanjang tahun 2011, saya masih bekerja makan gaji, namun keadaan sangat mendesak. Anak2 perlukan wang persekolahan, suami dah puas kerja pagi pulang hingga tengah malam.

Anak2 waktu itu… aduhai sungguh kasihan. Saya juga turut membantu suami dengan membuat OT di pejabat sehingga pulang lewat.

Masa itu, saya bertawakal pada Allah, semoga anak2 saya dalam keadaan baik dan dlm jagaan Allah. Umur mereka waktu itu 12, 10, 9, 5 dan paling kecil 1 tahun.

Dan saya kira tuan puan yang membaca ini juga terpaksa melepaskan anak2 sendirian di rumah bagi jihad utk baiki ekonomi keluarga kan?.. Namun, saya tak mengalah. Saya yakin ada lagi perkara yang saya boleh lakukan.

Bermulalah episod perniagaan kami, di rumah dengan bermodalkan wang gaji bersih RM1000 sebagai agen.

MULA KENAL FB

Penghujung tahun 2012, baru saya mengenali FB, itu pun adik yang tolong bantu create profile. Bayangkan saya bukan seorang yang sangat mahir dengan komputer apatah lagi dengan media sosial.

Dan saya mula berjinak2 dengan FB. Masa tu komputer & internet pun tak ada di rumah. Saya mula ikhtiar nak buatkan jualan jubah secara online.

Timbul minat utk mendalami ilmu menjual di online. Namun, jika minat saja tidak cukup tanpa ilmu, tanpa ilmu bagaimana mahu menakhoda perniagaan, tambahan lagi saya bukanlah orang berpelajaran.

Namun saya berpegang teguh dengan prinsip ‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’.

BUTIK PERTAMA & ONLINE

Butik pertama kami ‘Ummu Aiman Muslimah Collection’ dibuka pada Disember 2013, bertempat di Mydin Mall Seremban 2. Pada waktu itu, sales kami hanya biasa2 sahaja.

Namun kadang2 kecundang juga, jika tiada ilmu bagaimana menaikkan sales. Dan saya bukanlah orang yang pandai gunakan FB secara advance, tahu basic jer..

Masa itu, bila di tanya pada adik, dia juga sudah tidak tahu dengan terms2 yg digunakan oleh FB. Dan dari situlah saya mencari mentor untuk berguru.

Suami saya paling banyak membantu setelah kewujudan butik kami. Dialah driver angkut barang, dialah cashier dan dia jugalah jurujual untuk jubah muslimah.

Namun bahagia dan indahnya saat waktu sama2 susah dahulu. Suami berhenti bekerja dan sama2 setuju untuk menaikkan brand ‘Ummu Aiman Muslimah Collection’, kemudian disusuli saya meletakkan jawatan pada tahun 2015.

MENTORKU SIFUFBADS

Pd bulan Ogos 2015, kali pertama saya menyertai seminar yang diadakan oleh SifuFBads. Waktu itu, sales saya biasa2 saja..

Kalaulah saya dah lama tahu SifuFBads, tak adalah perjalanan ‘Ummu Aiman Muslimah Collection’ sejauh ini. Disebabkan ilmu yang saya pelajari, saya berani berimpian besar.

Dgn sales cukup2 makan, saya sudah melebih bersyukur jika dibandingkan saya pada tahun 2010 dengan berbekalkan gaji bersih RM1000 SAHAJANamun, dengan ilmu yang saya dapat dari SifuFBads, saya lebih berani berimpian besar. Saya orang biasa2 tuan puan. Dulu saya sering dibelengu dengan pemikiran dan perasaan takut untuk mengambil risiko.

Saya pulang dengan harapan, saya tidak mahu sia2kan investment yang telah saya lakukan ini.

Lps pulang terus saya praktikkan ke semua ajaran yang di ajar. Sekali lagi saya bukan mahir komputer, saya bukan mahir untuk berkira segala percentage, saya bukan mahir dengan segala terms FB, namun saya mahu belajar dan belajar. Lps 3 bulan, jualan sales saya telah melonjak secara konsisten. Alhamdulillah!.

Kalau dulu saya impikan utk letak billboard di highway, Alhamdulillah, impian saya dimakbulkan kini billboard telah pun dinaikkan di Highway KL-Seremban. Alhamdulillah, saya bersyukur sgt.

Perjuangan saya tidak akan terhenti di situ, banyak lagi impian & angan2 perlu saya kejar.

Yang paling penting kerja adalah ibadah dan inilah kisah saya…”

Founder Ummu Aiman Collection,
Puan Mazliana Mazalan.

Macam mana?..anda dapat belajar sesuatu dari kisah beliau?

Dari kisah ini saya ada sedikit TIPS TAMBAHAN utk semua peniaga di luar sana…

1) MENTOR – Carilah mentor yang betul dalam perniagaan. Dia buat dan ada result! Bukan tahu ckp je, tapi x pernah buat pun. Jgn cari mentor yg camtu tau! Buang duit, buang masa. Skrg ni dh ada ramai mentor yg bagus, cari je kat FB tu. “Sape mentor yg bagus tu?”, cthnya mcm Kak Mazliana ni, anda boleh cari dan berguru dgn beliau.

2) IMPIAN – Berani berfikir di luar kotak, ada impian dan matlamat besar. Hidup ni perlu ada matlamat. “Apa nak buat harini? Apa nak dicapai dlm tahun ni? Apa anda nak jadi 5 tahun dari skrg?”. Bila dah ada matlamat, anda perlu fokus! Cuba fokus utk capai 1 matlamat. Bila dah capai, bina pula matlamat baru. Itulah kerja yg anda perlu buat hari2.

3) MEMBACA – Banyakkan juga membaca buku2 yg ditulis oleh mentor bagi menambahkan ilmu, motivasi dan semangat kita. Itulah cara paling mudah nak belajar. Semua org mampu buat. “Aduhh, sy x suka baca buku!”. Jgn camtu..anda tahu tak?..antara tabiat org berjaya adalah byk membaca. Bukan baca novel tau! Tapi baca buku ilmiah spt buku motivasi, buku agama, buku bisnes dll.

4) TINDAKAN – Lepas dah belajar sesuatu, kena terus BUAT dan PRAKTIS ! jangan menangguh2…nanti mmg tak terbuat punya…rugi saja belajar sana sini…tapi tak buat kan?…siapa yg mcm tue?…baik anda terus buat skrg…jgn tangguh2…nanti rezeki anda pun boleh tertangguh..jom buat sekarang !

5) KONSISTENT – Dah mulakan tindakan tu kena konsisten dan berulang2 kerana salah satu kunci kejayaan adalah REPETITION. Buat kasi sampai jadi…kasi adjust sampai berhasil…jangan mudah putus asa dan berhenti terlalu lama. Usaha harus berterusan dan Istiqamah.

6) TAWAKAL – Last sekali…setelah kita usaha bersungguh2..tindakan dah superb…Tawakal pada Allah juga kena kuat…Yakin akan rezeki Allah…Doa sungguh2..Insyallah…kalau rezeki itu baik utk kita…Allah pasti permudahkan…kalau kita bersungguh2..pasti dia makbulkan…Amin.

Jika Kak Maz ini boleh buat, sudah tentu anda pun BOLEH ! So, jgn tangguh2 lagi….apa? takut?…kasi sergah jer perasaan tue….harghhhh !

Jom Mulakan LANGKAH PERTAMA anda skrg !

Engineer Ini Berjaya Jual Beratus-Ratus Unit Jam Qiblat Secara Part Time Je..

$
0
0

fahmi

Siapa lagi nak tahu strategi yang digunakan oleh engineer ini yang berjaya jual beratus-ratus jam Qiblat di Malaysia dalam masa yang singkat secara part time je?

Org bisnes full time buat sales ratus2 unit dlm masa shri dua tu, biasa dgr. Yg story ni, dia buat part time shj..siang engineer, mlm niaga online…Dan yg menariknya, produk yg dijual boleh dikategorikan agak mahal la di FB ni.. Atas RM300..NAK TAU, TERUSKAN BACAAN!

Fahmi…

Beliau menjalankan perniagaan berasaskan produk gajet & digital. Apa produk yg dijual?

Beliau menjual jam sensor qiblat (produk sendiri). Produk ni khas utk bantu muslim & muslimah traveller cari arah kiblat dan waktu solat secara automatik di mana2 saja. Insyaallah.

Kalau anda nk tau…

Tuan fahmi juga adalah founder kpd Jam F&A Qiblat Sensor yg pertama di M’sia.

Tuan fahmi masih lg bekerja full time sebagai engineer. Baru lg start menjual produk ni selama 1 tahun. Bermula hanya sebagai ejen. Guna juga fb ads, hanya belajar dari blog sifufbads saja.

Kalau ikutkan…

Beliau dh mula berniaga pd tahun 2005 lg, tp gagal pada 3 bulan pertama. Lps tu, tuan fahmi dah x nak berniaga lagi. Rasa give up jap..

Sehinggalah pd tahun 2015, beliau mula berniaga semula secara online, tp masalahnya beliau x fokus. Jual mcm2 jenis produk. Hanya ikut ckp kawan je.

Apa yg nmpak best & untung, beliau jual je. Harini jual tudung, esok jual buku, lusa jual kerepek dan mcm2 lg la. Semuanya buat tanpa ilmu, redah je semua.

Beliau mula belajar fb ads secara serius masa join kelas missing chapter finale (skrg dh xde). Lps tu, tuan fahmi sambung lg belajar dgn sifufbads lbh dekat.

Dari experience yg beliau dpt, barulah beliau berani utk mula buat produk sendiri, iaitu jam sensor qiblat..

STRATEGI FB ADS YG DIGUNAKAN..

“Sbb ni brand sy sendiri, bina like, follower dgn byk engagement dgn like marketing dan boost post. Sy juga gunakan high frequency ads utk bina jenama. Yg paling best adalah SOCIAL PROOF & BUZZ MARKETING.”, kata Tuan Fahmi.

Tuan fahmi masih lg bekerja, jd waktu cuti la beliau akan tulis semua posting di fanpage.

Kemudian, beliau akan schedule kan semua post tu pd hari bekerja. Tuan fahmi akan check audience insight utk lihat waktu bila paling ramai fans online.

Produk ni juga agak mahal. Harga rm420.

“Wow, mahal kot! Ada ke org nk beli?”

Well, ada je org beli. Tp tu x penting. Apa yg anda perlu tahu adalah camne tuan fahmi boleh jual semahal ni?

So, bagaimana nk jual produk mahal ni di fb? How? Nak tau x?

“Mestilah nk tau! Tlg la bgtau, pleaseee…”

Baik, sy share apa yg tuan fahmi buat…

Beliau masukkan elemen offer dlm copywriting. Antara offer yg diberi adalah..

1) DISKAUN RM90 – semua org sukakan diskaun. Kita boleh offer harga diskaun utk kuota/masa terhad. Ini utk buatkan customer pantas bertindak.

2) POS PERCUMA – antara offer yg paling org tggu. Org x suka byr postage. Rasa rugi. Bila kita kasi percuma, customer akan rasa untung sgt. Serius!

3) DEPOSIT RM50 JE – harga produk ni mahal. Kdg2 ada customer ni beli ssgt, tp duit xde. Masa ni kita suruh deposit dulu. Bila dh ckup duit, baru byr full payment.

4) MONEY BACK GUARANTEED – rugi ke kalau letak offer ni? Takkk… kalau kita yakin produk ni bagus, nape takut. Org akan lbih yakin nk beli bila ada offer ni. Trust me!

5) SWOT ANALISIS – lps buat kajian produk dan pelanggan, baru mudah kita nk menjual. Dlm jam qiblat ni, ada byk usp boleh buat. Apa uspnya? Go study di fanpage ni – F&A Qiblat Sensor Watch HQ

Nasihat dari tuan fahmi…

Jgn tunggu PERFECT kalau nk jual sesuatu produk. Tahu skit, terus buat. Lbih lama kita tggu, lbih lmbt result kita akan dpt.

Mulakan je. Dari situ kita akan tahu apa yg perlu dibaiki. Setiap hari, kita perlu monitor iklan, pastu baiki.

Dlm bisnes, kita perlu selalu try & adjust, tp mesti ada mentor. Dgn cara ni, kita akan dpt byk belajar benda baru.

Semoga perkongsian ini dpt bantu bisnes anda. Insyaallah!

Viewing all 620 articles
Browse latest View live