“Saya dah beniaga kt FB ni lbih 5 bulan, tp takde sales.. krik krik jer.. FB ni tk bagus!”
Amboi.. Garang betul.. Tp tulah rungutan yg biasa diterima.. Bukan FB tu tk bagus, tapi kita yang masih blum mahir dan msih belum faham dgn konsepnya..
Orang kata,
Skang zaman dah moden, rugi besar kalau tak ONLINE-kan bisnes anda..
Yang dah start tu bagus, alhamdulillah.. Yang belum tu.. Takpelah, tak dapat ‘hidayah’ lg lettew..
Its okay..
Harini saya nak kongsikan, kesilapan-kesilapan yang sering dlakukan oleh peniaga-peniaga di FB.. Yang menjadi punca kenapa susah sangat nak ‘sedut’ sales ke akaun bank anda..
Yang sales dia da gempak tak payah tengok..
Tgk setiap poin di bawah ni satu per satu. Baca dan hadamkan..
#1: POSTING CARCA MARBA
Apa maksud carca marba ni? Maksudnya, content post di page anda banyak yang tak relevan dengan bisnes anda..
Sebagai contoh;
Anda menjual produk kecantikan kulit.. Tp apa yg berlaku ialah, anda post benda2 yg takde kaitan.. Cam posting islamik lah.. Kucing saya comel ke tak lah.. Post gambar-gambar kelakar lah..
Semuanya dicampur adukkan..
Semua tu yang menjdi punca kenapa susah nak convert sales..
Bukan tak boleh buat, tp cuba relatekan setiap posting tu dengan bisnes anda..
Jangan buatkan bakal pembeli nampak mcm bisnes anda main-main..
Nak buat bisnes? BE SERIOUS!
#2: PRODUK TAK MEYAKINKAN
Tahu nak menjual je… Nak sales masuk je.. Tp nk meyakinkan pgguna tk pandai.. Cmne sales nk masuk? Mmg parah sgt dah tu..
Apa sebab org tk yakin dgn produk anda?
Sbbnya, kita tk boleh nk convince mrk ttg keberkesanan produk anda.
So, camne nak convince mereka?
Caranya; banyakkan testimoni di page, atau semasa tengah deal tu, tunjukkan testimoni yang matching dengan masalah bakal pembeli tu..
#3: TAKDE SOCIAL PROOF
Mmg susah nak menjual kalau di page kita tu tiada langsung social proof.. Terutamanya pada post yg kita sdg fokus utk hasilkan jualan..
Mmg susah.. Susah..
Takde komen.. Takde like.. Share pn takde…
Macam mana nk yakinkan prospek?
Dia tgk cam takde demand je produk anda ni.. Cm x betul je produk ni..
So, kena create engagement dgn fans anda.. Buat diorg komen pd post anda.
Camne caranya?
Buat contest.. Buat cabutan bertuah ke, slogan ke.. Yang penting mesti relevan dgn produk anda.
Secara tak langsung anda dah mula bina raving fans..
#4: AYAT JUALAN TAK JELAS
Ni paling masalah.. Nak mnjual, tp ayat yg digunakan tk clear.. Orang tak faham.. Nak plak guna bahasa baku..
Payah.. Payah..
Cuba gune bahasa audiens.. Study blog sifufbads.com..
Bila org tak faham, cmne mereka nak mmbli?
Lagi satu..
Ayat penulisan tu kena ada struktur.. Ada flow.. Baru orang faham..
Apa contoh struktur jualan yg plg ssuai digunakan?
Pastikan ayat jualan anda ada;
- Headline
- Intro
- Ciri-ciri
- Kelebihan
- Manfaat
- Offer
- Call to Action
Simple..
#5: PRODUK TIADA USP
Apa mskd USP? Unique Selling Proposition..
Di zaman kegawatan ekonomi ni, smua orang nak mjual. Kita jual ni, dia nk jual jgk..
So, ada ramai pesaing..
Jadi, apa yang mmbezakan produk anda dgn lambakan produk yg lain tu?
Sebab tu kena ada USP.. Positioning produk anda..
Tk kiralah anda jual jubah ke, produk kecantikan ke, kesihatan ke..
Create stu USP yang bole jadi kekuatan anda tapi tiada pada orang lain..
USP bole jadi pada nama produk, bole jadi pada cara photoshoot.. Bole jadi sebab packaging.. Macam-macam lagilah. Bole study kat blog sifufbads..
Contoh;
Katalah produk kesihatan tu bole merawat macam-macam penyakit. Jadi, anda pilih satu je kekuatan dia..
Cer FOKUS..
Ikutkan ada banyak lagi ksilapan yang sering dibuat oleh peniaga fesbuk. Tapi ckuplah hadamkan 5 error ni dulu..
Buat masa ni, ada pelajari sesuatu?