Antara masalah untuk newbie bila nak buat FB ads adalah time nak buat payment utk iklan..Betul tak?
Di FB, utk buat payment iklan, anda boleh guna 2 cara iaitu:
- Kad Debit/ Kredit
- Perbankan Internet
“Apa beza kedua dua payment method ni Sifufbads?”
Sebenarnya, tiada perbezaan yg ketara sangat utk kedua dua payment method ni..Cumanya, kad debit/kredit ni selalu bermasalah utk buat pembayaran berbanding perbankan internet/prepaid ni, lebih mudah dan senang diuruskan.
Tapi jika anda menggunkan perbankan internet ada kelemahannya..
Kelemahannya, jika akaun FB ADS kita kena FLAGGED, duit yang ada dalam akaun tersebut akan burn..
Jadi, anda janganlah TOP UP banyak duit dalam akaun tu. Maksimum, letaklah bawah RM300. Nak lebih selamat, kalau akaun anda masih baru, letak bawah RM100 je dah cukup. Kalau kena flagged pun, takde la rugi sangat.
Jika anda pernah buat iklan sebelum ni menggunakan kad debit/ kredit, cara perbankan internet tak boleh digunakan..
“Kalau saya nak cuba gak, macam mana Sifufbads?”
Kalau nak gak, boleh..Tapi kenalah buat acc FB yang baru.
Wokay2..Skrg ni sy nak tunjukkan tutorial bagaimana nak buat payment utk iklan anda di FB.
Dah ready ke?
“Dah Sifufbads!”
STEP #1
Klik kat Manage Ads
STEP #2
Cari simbol 3 line macam dalam gambar tu dan klik. Pastu, anda cari Billing & Payment Method
STEP #3
Klik kat Add Money
STEP #4
Anda akan Nampak paparan macam gambar kat bawah ni.
STEP #5
Utk anda yg nak guna kad debit/kredit, anda boleh tick kat Credit or Debit Card dan Select Bank. Kemudian, anda masukkan butiran pada kad. Sifufbads nasihatkan anda buat pengesahan terlebih dulu dgn pihak bank.
STEP #6
Utk anda yg nak gunakan perbankan internet/prepaid, anda boleh skip STEP #5 tadi..Terus jer tengok step ni..Tick pada Perbankan Internet dan klik Continue.
STEP #7
Masukkan bape ringgit yg anda nak spend utk iklan dan bahagian Amount. Pastu klik kat Review Payment. Dinasihatkan anda masukkan duit yg nilai yg kecil terlebih dulu seperti yg Sifufbads dh bagitau tadi.
STEP #8
Jika anda berpuas hati dgn value yg dimasukkan, boleh terus klik Make Payment. Tapi jika anda nk tambah/kurangkan value wang anda, boleh klik Back.
STEP #9
Anda boleh pilih bank yg anda ingin gunakan. Sebagai contoh, anda gunakan CIMB. Kemudian, anda klik Continue.
STEP #10
Pastu, anda just klik Continue
STEP #11
Kemudian, paparan ini akan muncul. Anda boleh buat payment melalui CIMB. Jika selesa dgn bank2 lain, boleh buat payment dgn bank2 lain..
Wokeh..Ni jer yg Sifufbads dapat kongsikan setakat ni. Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada anda. InsyaAllah
The post Tutorial Cara Lakukan Bayaran Iklan di FB appeared first on SifuFBads.